12 April 2022

16 May 2019

Kereta Jerking - CUCI OCV

Kredit: http://proton-cfe-diy.blogspot.com/

Salam...satu dua hari ni tiba-tiba kereta macam ada jerk...masuk gear N ke D lepas brake kereta mcm jalan tak jalan je...masuk ke gear R pun sama...tekan pedal minyak baru jalan...
sebelum ini tak tekan pedal pun kereta dah jalan...masalah tak berlaku selalu pulak tu...kadang-kadang. Lampu check enjin pun tak menyala. Enjin tak mati...bawa pi check SC Hari ini check tak ada  pulak faulty...
SC suspek OCV (oil control valve). Ada pendapat tak tentang kes macam ini...ingat nak try cuci filter OCV tu dulu..
Dengar harga pun dekat RM800++

Kat mana kedudukan OCV ni?
Bahagian belakang enjin...sebelah pemandu...kena buka cover enjin dan ada nampak wayar masuk ke ocv tu...


Yup...ada 3 filter kat situ...SC cakap ketiga-tiga filter tu sepatutnya tak bergerak... kena selari...
Filter ni boleh dibuka tapi hati-hati...jangan smpai patah...
Dari Drex Chan
Same old story - minyak kena jaga. The solenoid is a very sensitive part as it has a very tight tolerance. Slight contaminant can cause it to jam up. Even using good oil of a viscosity too high can cause issue. 5W30 is preferred.
Simple conceptual explanation - Solenoid buka, minyak masuk VVT phaser, intake valve timing advance. Solenoid tutup, minyak dipicit keluar dari VVT phaser, timing retard balik asal.
In action, solenoid is pulsed by PWM controller to control the amount of oil flowing into the phaser. Cam sensor reads the deflection, and the pulse rate is held to maintain at a certain deflection. Pulsing stops and the valve is back to the rest position, to allow oil to flow out of the phaser.
Sebab apa pagi susah start? Sebab phaser pumped up with oil overnight. Causing intake valve to open too soon, causing a lost in the compression.
Kenapa engine mati masa idling, sebab solenoid sealing dah out, minyak mengalir masuk ke phaser, advancing the intake cam, disrupting the compression at low rev.
Cara - cara mencuci OCV


  • masuk current, rendam dalam minyak engine. Bagi dia pulse.

Dréx Chan ada marking tak utk polarity +ve dan -ve tu?
polarity tak penting. It's a coil.
  • Dah cuci...dan dah test buat cpr...tgk solenoid ada pergerakan...buka dan tutup atau plunger naik dan turun...hopefully ok la....

Siap pasang kembali

DIY Proton


Banyak DIY di sini


http://proton-cfe-diy.blogspot.com/

08 May 2019

Fungsi Bahan-Bahan & Ramuan Dalam Pembuatan Kuih

1) Tepung gandum 

Dalam pembuatan kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung protin rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung superfine, red rose dan sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa (serbaguna/protin sederhana) tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika menggunakan tepung protin rendah yang menjadikan kek lebih halus. 

Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding. 

2) Gula 

Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan. Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah.
Dalam kek mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti. 
Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum. 

3) Lemak 

Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. 
Dalam kek mentega, lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. 

Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut. 
Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek. 

4) Telur 

Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula. Ia juga membantu mencairkan gula. 

Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek. 

5) Ovalett 

Ia adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier. Nama lain adalah quick 75 atau super sponge. Ia berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati dikedai menjual bahan kek. Ia dibuat daripada sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan. 

Fungsinya adalah sebagai penstabil dimana ia dipukul bersama telur dan gula. 

Ia bertujuan menggebukan kek dan kuih. Juga supaya kek ‘tak jatuh’. Ia juga membuatkan telur dan adunan yang dihasilkan nampak halus dan gebu. Bahan ini menyebabkan adunan telur tetap gebu dan tidak mendap. Hasilnya kek juga akan menjadi gebu. 

Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah mengesahkan bahan ini halal digunakan oleh orang Islam. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka. 

Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.

6) Bahan Penaik 

Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih.  Ianya ialah 
  • serbuk penaik (baking powder), 
  • serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan
  • serbuk tartar (cream of tartar). 
Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. 
Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu. Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. 

Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu 
  • yang jenis biasa dan  
  • jenis berganda (double-action baking powder).
Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek.

Jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar. 

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak. Soda bicarbonate menurunkan kadar asid di dalam kek yang menggunakan bahan seperti pisang, buah-buahan campuran, epal dan lain-lain. 

Baking soda berfungsi dalam menggebu dan menggembangkan kek. 

Manakala baking powder pula adalah sama seperti serbuk penaik. 

Pada umumnya 1 sudu kecil baking powder nisbah 1 cawan (200 - 250g) tepung, 1 cawan cecair, 1 biji telur.

Anda dinasihatkan mengurangkan jumlah baking powder dalam adunan berasid tinggi (jus limau, buttermilk dan madu) kerana jika berlebihan akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa kurang enak, selain dari itu ia akan naik dengan cepat dan akan mendap/jatuh lepas dibakar atau akan terlalu merekah. 

Untuk elakkannya dari terjadi sedemikian perlu tambahkan soda bicarbonat dalam bancuhan. Contohnya : 1 cawan tepung + 1 biji telur + 1 cawan buttermilk hanya perlukan ½ sudu kecil baking powder + ½ sudu kecil soda 

Untuk menguji samaada baking powder masih elok atau tidak : Campurkan 5gm/1 sudu kecil baking powder dengan 120ml air panas. Jika berbuih serta merta, tandanya ia masih elok. 

Pastikan ianya diayak bersama tepung untuk memudahkan kerja pencampuran bahan kalau buat sebarang masakan yang menggunakan bahan-bahan ini. 

7) Shortening 

Adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Juga dikenali sebagai planta putih. Warnanya putih dan teksturnya sama dengan mentega. Biasanya digunakan untuk buat roti, biskut, donut (jadikan lebih lembut dan gebu) dan salah satu bahan untuk buat krim kek. Krim kek akan jadi lebih keras dan tak mudah cair. 

8) Cream of tartar 

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. 

Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. 

Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon. 

Biasanya ia diguna untuk buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul-batul kering. 

9) Creamwell dan shortening 

Adalah dua benda yang sama tapi berbeza. Keduanya adalah lemak sayuran yang diperbuat daripada kelapa sawit. 

Creamwell lebih mahal daripada shortening. 

Creamwell lebih sesuai untuk buat buttercream dan shortening lebih sesuai untuk biskut dan adunan roti (tak pasti samada boleh digantikan dengan salah satu). 

Creamwell teksturnya lebih mild. Manakala shortening padat sikit. Creamwell + gula aising pun dah cukup leh jadikan aising/topping kek.. 

10) Buttercream 

Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair. 
Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300 - 340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi. 

Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising. 

11) Whipping cream 

Terdapat 3 jenis whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream dan topping. 

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan. 

a) Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Dairy Whip Cream. Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek

Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 
1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci. Kandungan: Minyak kernel sawit, sirap jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu. 

Tekstur: Mudah kental apabila dipukul. Ia akan mengembang 2x ganda, rasa manis. Kegunaan: Sebagai topping dan filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain lagi. 

Kaedah Penyimpanan: Simpan ditempat beku (freezer) tahan 1 bulan selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Rich's, Shine Read, Value Pride, Golden Peak. 

Dimana boleh di dapati: Di kedai-kedai bekalan bakery, dipasaraya jarang didapati 

b) UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream. Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. 

Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. 

Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. 

Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.

Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. Kandungan: Pepejal susu. 

Tekstur: Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, rasa tawar. 

Kegunaan: Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-Cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek) 

Kaedah Penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Anchor, Emborg, Pauls, Shani, Greenfields, Bridel. 

Dimana boleh didapati: Di kedai-kedai bekalan bakery dan pasaraya 

**Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan. 

Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. 

Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek.

Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .

 **Satu kotak whipping cream jenama anchor - lebihan whipping cream 2-3 bulan lepas simpan kat peti ais (tempat beku). Kalau nak guna Cuma masukkan ke bahagian chiller, bila dah cair boleh guna. 1 kotak 900gm boleh topping 2 biji kek . 

Untuk deko susah sebab jika lambat deko nanti cair pula. 

Caranya: Keluarkan dari tempat beku. Biar cair jap kemudian putar guna mixer dengan hi-speed sampai jadi (ala-ala2 kalau terbalikan mangkuk tu whipping cream tu tak tumpah). Jangan putar lama-lama nanti ia akan cair balik dan tak boleh guna lagi. Nak pakai defrost dan kalau ada lebihan air toskan jap pastu pakai. Putar sampai soft (berapa minit tak pasti). 

Kelemahan whipping cream ni memang tak boleh over beat. Nanti kalau diputar lagi dah tak jadi terus dan kalau nak deko tu kena buat kat tempat sejuk-sejuk. Tapak tangan tak boleh panas masa deko. Nanti whipping cair. 

12) Bahan pengawet 

Kegunaannya adalah seupaya kek tahan lama. Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/baking powder. Ia adalah bahan pengawet yang membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould.

13) Dough softener 

Digunakan untuk membuat roti atau donut yang lembut. 

14) Yis 

Secara ringkasnya, yis adalah sejenis kulat yang digunakan sebagai bahan penaik (leavening agent) dalam menghasilkan roti. Tanpa yis, roti yang dihasilkan akan kelihatan meleper dan keras. Ia juga digunakan untuk membuat minuman beralkohol. Yis membiak dengan cepat. 

Ia boleh menukarkan gula menjadi alkohol. Ia terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Yis aktif ketika bercampur dengan gula dan air suam (bukan air panas), di mana ia akan menukarkan gula dalam doh kepada gas karbon dioksida, lalu mewujudkan poket-poket atau ruang udara di dalam doh. Apabila doh tersebut masak, yis yang ada di dalamnya akan mati. Poket-poket atau ruang udara yang terbentuk ketika proses fermentasi tadi akan kekal, lalu memberikan tekstur yang lembut dan 'spongy' pada roti tersebut. 

Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis segar. Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera. 

Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.

07 May 2019

Ayam Masak Merah Ngam

Permintaan Custemors saya untuk Ayam masak merah mmg tak menang tgn,seminggu dlm 20 ekor custemors2 saya order, untuk sekor saya amik rm30 sahaja..resepi pernah saya kongsikan dulu, ni bukan iklan atau promote ye just suka2

Akk belanja resepi Ayam masak merah cara Akk ye, kalo ada yg dh pandai scroll laju2 n jgn banding2 kan ye.. Almklom resepi Akk cara Akk....

Bahan2
-ayam (potong 14).
-serbuk kunyit
-garam halus
-minyak masak secukupnya
-lada mesin (5 senduk)
-sos tiram (3 sudu makan)
-sos tomato (2 sudu makan)
-sos cili (2 sudu makan)
-gula melaka (1/2 ketol)
-kerisik-(2 sudu makan)
-serai-3 batang (ketok)
-halia-(3 inci) blend
-b.merah kecil (15 biji) blend
-b.putih (12 biji) blend
-bawang besar (2 biji) hiris masuk last
-air putih 2 cawan teh
-2 kiub ayam
-3 sekawan (Tumis)
-serbuk perasa (saya tak guna)
-gula pasir (agak2)

Hiasan
-daun sop/daun bawang/daun ketumbar
-tomato hiris
-kacang gajus(goreng dulu ye)
-kismis

Cara-caranya...

-cuci Ayam bersih2 ,lumurkan ngan kunyit n garam(panaskan minyak n goreng Ayam)... Jgn garing2 Sgt ye nati Ayam keras

- cedok minyak Dari gorengan Ayam tadi dlm 2 senduk, tumis 3 sekawan, bwang merah, putih n halia.... Tumis smpai colour kuning2 sikit.

-masukkan lada mesin,kacau smpai terbit minyak masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili...kerisik, gula mlka,kiub ayam. Masukan air sikit demi sedikit (api slow)....

- bila dh terbit minyak masukkan serai, garam,gula n masukkan Ayam.... Kacau rata n masukkan bawang besar yg dh dihiris..

-tutup api n taburkan bhn2 utk hiasan... Kalo takda pun takpe..

(KALO TIME NAK HIDANG TGOK BYAK SGT MINYAK BOLE CEDOK BUANG YE)

SELAMAT MENCUBA.

Credit : Faizah Md Zain
#mahn

06 May 2019

ACMPRO - DIY Throttle Body

Assalam dan selamat sejahtera. DIY kali ini berkaitan dengan komponen dalam enjin campro itu sendiri. Kali ini kita cuba cuci throttle body. Memandangkan dah empat tahun sejak dibeli memang aku tak pernah cuci  TB ni, maka kali ini aku nak cuba DIY cuci TB ni. Tak perlu banyak perkakasan sebenarnya, cuma spanar saiz 8 dan 10 sahaja.
Hehe maaf ruang enjin kereta rally memang kotor.

Untuk enjin campro IAFM, TB terletak di belakang kotak penapis angin. Jadi untuk mengakses TB, kena keluarkan kotak penapis angin dahulu, tak nak buka pun boleh, tapi nanti ruang jadi agak sempit dan terhad.

Tanggalkan juga paip laluan angin ini.

Inilah dia TB, tersorok sedikit, di atas link stereng kuasa.

Tak kotor sangat pada aku walaupun dah empat tahun dipandu, dengan jarak perbatuan lebih kurang 150 ribu KM. Tapi kalau dibersihkan lebih baik kan.

Kerja-kerja menanggalkan TB, ada empat skru semuanya, buka dengan cermat dan berhati-hati takut skru terjatuh di celah ruang enjin.

Jangan lupa tanggalkan juga satu soket dan satu paip getah di badan TB sebelum skru dibuka

Ok, rupa TB di luar enjin kereta, baru nampak kotornya hehe

Ini rupa inlet ke IAFM, jangan lupa lap dengan kain kering dan bersih.

Part number TB campro IAFM. Jenama BOSCH tu.


Untuk mencuci TB, digalakkan dapatkan TB cleaner di kedai alat ganti. Tapi memandangkan kerja aku ni ad-hoc, tak sempat nak mencari di kedai, aku cuci dengan petrol dan berus sahaja. Namun, ada pendapat yang tidak menggalakkan kaedah ini. Jadi dapatkan TB cleaner.Amcam? berkilat macam baharu tak?

Pasang semula TB, pastikan semua paip dan socket dipasang semula, skru dengan ketat dan kemas. Jangan terlalu ketat sangat, rosak "trip" skru nanti.

Pasang semula kotak angin dan sambungan ke TB, pastikan semua komponen yang ditanggalkan tadi dipasang dengan kemas dan rapi. Selesai pemasangan, jangan terus hidupkan enjin. TB perlu diset semula terlebih dahulu mengikut kaedah berikut.
  1. Masukkan kunci, pusing kunci sehingga posisi ON, maknanya semua lampu amaran menyala, jangan hidupkan enjin. Tunggu untuk 2 minit lebih kurang. Kemudian tutup kembali suis kunci.
  2. Dengan posisi kunci OFF, pijak paddle minyak sehingga habis, dan pusing semula kunci kereta ke posisi ON. Tunggu sekitar 10 saat. Anda akan mendengar bunyi "buzzing" dari ruang enjin.
  3. Lepaskan paddle minyak, kemudian cuba hidupkan enjin kereta anda.


Kredit: http://faieelegance.blogspot.com/2014/01/diy-throttle-body.html