12 April 2022

06 May 2019

ACMPRO - DIY Throttle Body

Assalam dan selamat sejahtera. DIY kali ini berkaitan dengan komponen dalam enjin campro itu sendiri. Kali ini kita cuba cuci throttle body. Memandangkan dah empat tahun sejak dibeli memang aku tak pernah cuci  TB ni, maka kali ini aku nak cuba DIY cuci TB ni. Tak perlu banyak perkakasan sebenarnya, cuma spanar saiz 8 dan 10 sahaja.
Hehe maaf ruang enjin kereta rally memang kotor.

Untuk enjin campro IAFM, TB terletak di belakang kotak penapis angin. Jadi untuk mengakses TB, kena keluarkan kotak penapis angin dahulu, tak nak buka pun boleh, tapi nanti ruang jadi agak sempit dan terhad.

Tanggalkan juga paip laluan angin ini.

Inilah dia TB, tersorok sedikit, di atas link stereng kuasa.

Tak kotor sangat pada aku walaupun dah empat tahun dipandu, dengan jarak perbatuan lebih kurang 150 ribu KM. Tapi kalau dibersihkan lebih baik kan.

Kerja-kerja menanggalkan TB, ada empat skru semuanya, buka dengan cermat dan berhati-hati takut skru terjatuh di celah ruang enjin.

Jangan lupa tanggalkan juga satu soket dan satu paip getah di badan TB sebelum skru dibuka

Ok, rupa TB di luar enjin kereta, baru nampak kotornya hehe

Ini rupa inlet ke IAFM, jangan lupa lap dengan kain kering dan bersih.

Part number TB campro IAFM. Jenama BOSCH tu.


Untuk mencuci TB, digalakkan dapatkan TB cleaner di kedai alat ganti. Tapi memandangkan kerja aku ni ad-hoc, tak sempat nak mencari di kedai, aku cuci dengan petrol dan berus sahaja. Namun, ada pendapat yang tidak menggalakkan kaedah ini. Jadi dapatkan TB cleaner.Amcam? berkilat macam baharu tak?

Pasang semula TB, pastikan semua paip dan socket dipasang semula, skru dengan ketat dan kemas. Jangan terlalu ketat sangat, rosak "trip" skru nanti.

Pasang semula kotak angin dan sambungan ke TB, pastikan semua komponen yang ditanggalkan tadi dipasang dengan kemas dan rapi. Selesai pemasangan, jangan terus hidupkan enjin. TB perlu diset semula terlebih dahulu mengikut kaedah berikut.
  1. Masukkan kunci, pusing kunci sehingga posisi ON, maknanya semua lampu amaran menyala, jangan hidupkan enjin. Tunggu untuk 2 minit lebih kurang. Kemudian tutup kembali suis kunci.
  2. Dengan posisi kunci OFF, pijak paddle minyak sehingga habis, dan pusing semula kunci kereta ke posisi ON. Tunggu sekitar 10 saat. Anda akan mendengar bunyi "buzzing" dari ruang enjin.
  3. Lepaskan paddle minyak, kemudian cuba hidupkan enjin kereta anda.


Kredit: http://faieelegance.blogspot.com/2014/01/diy-throttle-body.html

No comments: