12 April 2022

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

16 June 2021

Bina Rumah atas Tanah 50' x 80'

Credit: https://www.facebook.com/100000781999504/posts/4080202118682481/

 

Selalu jumpa soalan ini.

Saya ada tanah berkeluasan 50' x 80'. 

1. Berapa bajet nak bina rumah?

2. Berapa besar rumah boleh bina?

3. Dimana nak beli pelan rumah?

4. Siapa boleh kasi harga paling murah, pm tepi.

5. Tanah pertanian boleh bina rumah ke?


Jawapan : 

☑️Soalan no 5 dahulu.

Boleh. Walaupun Akta 52, Kanun Tanah Negara, Seksyen 121 menyatakan kegunaan tanah mestilah mengikut Syarat Nyata yang di tulis di geran tanah, 

Tapi Seksyen 115 ada menyebut syarat tersirat yang membenarkan membina rumah atas tanah pertanian dengan syarat luasnya tidak melebihi 1/5 dari total keluasan tanah dan rumah dibina untuk tujuan aktiviti pertanian contohnya untuk didiami oleh pemilik tanah sendiri atau pekerjanya.

(ini untuk rumah tau, untuk kategori bangunan lain contoh surau, kandang, sekolah dll sila rujuk akta).


☑️ Soalan no 4 pula.

Sangat bahaya soalan ini. Mengundang kontraktor penipu untuk ambil peluang menipu.

Harga bina rumah di Johor Bahru tidak sama dengan harga bina rumah di Pulau Pinang. Maksudnya harga bina rumah berbeza ikut lokasi kerana kos operasi kontraktor dan harga upah buruh adalah perkara yang kita tidak boleh nak kawal. 

Lainlah harga bahan binaan, sewa jentera, kos pengangkutan. Selalunya lebih kurang sama di mana-mana.

Saya jumpa ramai kontraktor pukul rata kasi satu harga standard. Di Terengganu pun dia tawar RM140kps, di Melaka pun harga sama, di Sabah pun harga itu juga, di Kuala Lumpur pun beri RM140kps. 

Gila.

Sifu marketing mana ntah ajar buat marketing macam ni. 

Takat nak capai sales, mesti boleh.

Tapi, takat nak deliver, tergolek nanti.

Selepas 3 negeri, kontraktor itu pun lari sebab rugi.

Yang teraniaya, adalah pemilik rumah itu sendiri. 

 

๐Ÿ˜ญNak report di tribunal, jika menang pun kontraktor tak nak bayar, tak boleh buat apa.

๐Ÿ˜ญNak saman di mahkamah pun, turun naik mahu 4-5 tahun kes di bicara.

๐Ÿ˜ญNak buat aduan di CIDB pun, akta dan peraturan sedia ada hanya membenarkan CIDB tarik balik lesen kontraktor. Esok kontraktor yang sama, daftar semula lesen baharu guna nama isteri pula.

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญNak viral di media sosial, silap langkah dengan syarat tersirat dalam kontrak yang ditandatangani, akhirnya pemilik pula kena saman berjuta oleh kontraktor kerana memalukannya.


Pemilik kena berhati-hati dalam pemilihan kontraktor. 

๐Ÿ˜…Bina rumah bukan satu perkara mudah. 

๐Ÿ˜…Banyak tricky part terutama bila berurusan dengan perkara diluar kawalan. Contohnya cuaca, wabak, pkp, sop, harga barang naik, load struktur salah kira, tanah nature, bahan binaan tiada QC dan banyak lagi.

๐Ÿ˜… Banyak akta dan peraturan perlu dipatuhi.


Bukan semua kontraktor mampu menanggung beban tekanan kerja di tapak. 

Bukan semua kontraktor mampu tanggung rugi dan keluar modal sendiri. 

Bukan semua kontraktor mampu uruskan cashflow dengan baik.


☑️Baik, untuk soalan no 1 hingga 3 pula, boleh gunakan panduan di bawah untuk menggira anggaran bajet.

1. Reiki harga bina rumah di kawasan itu. Contoh ada jiran buat rumah RM140kps, ada yang buat RM150kps, ada juga pada harga RM160kps. Maka ambillah harga purata pada RM150kps.

2. Kemudian periksa bajet sendiri. Contoh ada RM300k. Simpan 10% untuk kos pre dan post construction. Maka tinggal baki RM270k untuk bina.

3. Kira keluasan maksima boleh bina dengan luas tanah sedia ada, ikut peraturan biasa kena buat anjakan 10kaki kiri kanan, 20kaki depan dan 10kaki belakang maka tinggallah 30' lebar x 50' panjang atau luas maksima boleh bina 1500kps. 

4. Kira luas boleh bina, ikut harga pasaran, dengan bajet sedia ada

Contoh RM270k (bajet)/RM150kps (harga bina) = 1800kps maksima saiz ruang boleh bina dengan bajet sedia ada.

 

Oleh kerana luas maksima tanah sedia ada adalah 1500kps maka bolehlah buat pilihan bina 2 tingkat pula

Contoh 1800kps/lebar 20' = 90' panjang/2 aras = 45', maka lebih kurang 20' x 45' x 2 aras.


Contoh....

Ini contoh tau.

Atau

5. Ada bajet bina RM207k (bajet)/RM150kps (harga bina) = 1380kps maksima saiz ruang boleh bina dengan bajet sedia ada.

Oleh kerana luas maksima adalah 1500kps maka bolehlah buat kesesuaian ikut saiz pula

Contoh 1380kps/lebar 30' = 46' panjang,

maka bolehlah bina dalam 30' x 46' x 1 aras.

Bajet bina RM207k itu selepas sudah ketepikan pre dan post cost binaan 10% ya. 

Atau

6. Tiada bajet tertentu. Maka ambillah luas saiz boleh bina 30' x 50' = 1500kps maksima boleh bina. 

X harga bina rm150kps = rm225k bajet kena sedia.

Ini hanyalah anggaran kiraan sahaja. 

๐Ÿ˜€

Bila nak buat rumah nanti, wajib kemukakan permohonan kepada PBT/Majlis. Tanpa kelulusan Majlis, perlu tanggung pelbagai risiko, termasuk 

✔️rumah di roboh setelah 3 tahun tinggal,

✔️tak dapat pampasan jika terbakar, 

✔️jiran sebelah saman jika rumahnya terbakar juga akibat kecuaian binaan tak ikut kelulusan.

✔️pelaburan RM200k bina rumah tiada nilai bila nak refinance atau cagar semula 

✔️ nak jual tanah, dapat harga tanah sahaja tak  tak dapat harga tanah dan rumah

✔️ tiada pampasan dari kerajaan untuk rumah andai ada keperluan pengambilan tanah untuk pembangunan negara.


๐Ÿ˜€

Untuk kemukakan permohonan, lantik arkitek. 

✔️Sebaiknya lantik arkitek yang pernah ada pengalaman buat permohonan di PBT/Majlis tersebut, kerana mereka pastinya sudah tahu apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan untuk dibina.

✔️Tidak kenal arkitek, cuba tanya Majlis jika mereka boleh rekomen mana mana arkitek .

✔️ Lantik arkitek yang berintegriti. Bukan yang kena bayar 'harga tandatangan', selepas itu lantaklah pemilik, kena tipu dengan kontraktor bina rumah tak ikut pelan yang diluluskan. 

Ada. 

Memang banyak kes rumah terbengkalai kerana pemilik tersilap lantik arkitek jenis jual tandatangan pada pelan yang disediakan oleh kontraktor sendiri.

Ingat, bina rumah atas pelan bangunan yang diluluskan Majlis, dan kita sendiri kenal arkitek yang bangunkan pelan tersebut, atau diperkenalkan oleh kontraktor yang kita lantik.

Ingat, bina rumah ikut pelan bangunan yang diluluskan Majlis, bukan bina rumah ikut pelan yang kita beli di pasaran. Itu hanya pelan yang diluluskan arkitek atau pelukis pelan sahaja. Silap-silap pelan lukisan yang dibuat oleh student internship sahaja.

Pelan bangunan yang dijual di pasaran atau disediakan oleh tukang, kontraktor, student, pelukis pelan atau yang mengaku arkitek tapi tiada tauliah arkitek tu, masih tidak boleh digunakan untuk bina rumah kerana belum lagi diluluskan Majlis.

Tunggu ya, banyak lagi tips saya nak kongsi dalam buku yang akan datang ini. 

๐Ÿ–‹

Mahanom Mohammad


#https://www.facebook.com/100000781999504/posts/4080202118682481/


16 November 2020

Elektrik di Rumah - RCCB / RCBO / MCB / MCCB / MPCB / ELCB / Isolator

 

Common Question Answer of Residual Current Circuit Breaker


1. What is a Residual Current Miniature Circuit Breaker (RCCB)?

Residual current circuit breaker is a device that protect against electric shock. It senses earth leakages and residual currents and ensures protection against electric shock. RCCB does not have overload and short circuit protection features built-in. Therefore, they are used in combination with MCB. RCCB is very common and can be found inside the panel board in houses.

RCCB is available in four poles and two poles only. The leakage current sensing range differs as 30mA, 100mA and 300mA. Also, current ratings of 20A, 25A, 40A, 50A, 63A, 80A, 100A and 125A are available. Since RCCB does not protect against short circuits, it does not have short-circuit withstand rating. It is highly recommended to use a short circuit protection device such as MCB or MCCB in series with RCCB.


2. What is a Residual Current Circuit Breaker with Overload (RCBO)?

Residual current circuit breaker with overload name RCBO, it is a combination of RCCB and MCB. It constitutes short circuit, overload and residual current protection features. It is designed to withstand short circuit currents and has arc chutes within.

It is used for the protection of devices like geyser etc. where the risk of electric shock and overload are more. RCBO is available in two poles and four poles. The leakage current sensing range of RCBO ranges as 10mA, 30mA, 100mA and 300mA. Also, current ratings include 20A, 25A, 40A, 63A, 80A, 100A and 125A. The short circuit breaking capacity breaking capacity of a RCBO varies up to 15kA.


3. What is an Isolator or Switch disconnector?

Isolators or Switch disconnector are devices used to isolate a circuit or equipment from the power supply during maintenance, in order to ensure the safety of workman. Isolators are offload devices, meaning the current flow through the isolator should be zero before the operation. So it do not offer any kind of protection to the circuit or device.


4. What is a Motor Protection Circuit Breaker?

Motor Protection Circuit Breaker name MPCB, it is a short circuit and overload protection device dedicated used for the safe operation of motors. But unlike MCCB and MCB, the trip characteristics of a MPCB allow the high inrush current during the motor start without allowing over current that may damage the motor winding. The short circuit capacity of MPCB is very high compared to that of MCB. Also, MPCB are more compact than MCCB. The over current set point of the MPCB can be adjusted as required. Moreover, MPCB can protect the motor against phase loss or phase imbalance. MPCB once tripped is must to be manually reset after the clearance of fault.

MPCB is available only in three poles and has a maximum short-circuit current withstand capability of 100kA. MPCB are a cost-effective and efficient solution to conventional motor starters, which use fuse-thermal overload relay combinations.


5. What is the difference between MCB, MCCB, RCCB, RCBO and Isolator?

Miniature Circuit Breaker name MCB – Short circuit and overload protection device, commonly used in the protection of household devices and devices with low short-circuit currents.

Moulded Case Circuit Breaker name MCCB – Short circuit and overload protection device, commonly used in the protection in low voltage power distribution and industrial equipment.

Motor Protection Circuit Breaker name MPCB – Short circuit, overload and phase loss protection device, used in motor starters of industry.

Residual Current Circuit Breaker name RCCB – Provides protection again electric shock and residual currents.

Residual Current Circuit Breaker with Overload name – Provides protection again electric shock, residual currents, short circuit and overload, commonly used in the protection of household devices and low short-circuit currents devices.

Isolator/ Switch Disconnector – Safety device, operated during maintenance or service of equipments.


6. What is the difference between MCB and RCBO?

Miniature Circuit Breaker name MCB and Residual Current Circuit Breaker name RCCB with Overload Protection are circuit protection devices. These devices are commonly used in low voltage power distribution and can be seen in distribution boards in house, offices, commercial buildings etc.

RCBO are available in two poles (L + N), single pole with solid neutral and four poles (L+L+L+N) versions. A series connection of short circuit protection devices such as MCB or MCCB and earth fault or Residual current protection device such as ELCB or RCCB can be used as an alternative to RCBO.

30 April 2020

KERJA2 MELEPA (PLASTERING)


Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.
Tujuan Lepaan
i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.
iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.
v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.
Jenis-jenis Lepaan
a. Lepa Kapur
b. Lepa Gypsum
c. Lepa Simen
a.Lepa Kapur
Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.
b.Lepa Gypsum
Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.
c.Lepa simen.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.
Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai
c. Lepaan bahagian atas / siling
Mortar untuk Lepaan
Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.
a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.
b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)
Peralatan kerja Lepa
a. Sudip lepa (Plastering Trowel)
b. Kayu perata (Wooden Float)
c. Pemaras kayu panjang (Darby)
d. Penatang Mortar (Hawk)
e. Sudip Penjuru (Angle Iron)
f. Baldi (Bucket)
g. Alat aras Spirit (Spirit Level)
h. Berus cat
i. Sponge Trowel
j. Rough Cast Machine
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)
Perkakas dan peralatan Kerja Lepa
Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa
Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat
dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.
a. Permukaan bata
Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok
b. Permukaan konkrit.
Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.
Kaedah Lepaan
Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin
lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh
dibahagikan kepada tiga lapisan.
Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepa
dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.
Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan
kemasan kerutu.
a. Kemasan Licin (Cement Face)
Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.
b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)
Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.
c.Kemasan Shanghai
Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.
d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)
Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.
e. Kemasan Skim (Skim Coat Finishing)
Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.


Kredit:

https://www.facebook.com/search/top/?q=Kontraktor%20Malaysia%20kerja%20melepa&epa=SEARCH_BOX 

08 October 2019

Taiwanese Bubble / Booba / Pearl Tea


by Frank Tiu • featured in Delicious Asian Drinks

 
 
Ingredients
for 2 servings
Black Tea
  • 2 cups water (480 g)
  • 6 black tea bags
Tapioca Pearls and Brown Sugar Syrup
  • ½ cup medium black tapioca pearls (50 g)
  • 2 cups brown sugar (440 g)
  • 1 cup hot water (240 mL)
Assembly
  • ½ cup tapioca pearls, cooked (50 g)
  • ½ cup ice (30 g)
  • brown sugar syrup, to taste
  • 1 cup black tea, chilled (240 mL)
  • ¼ cup half & half (60 mL)
Special Equipment
  • 2 wide-opening straws
Preparation
  1. In a medium pot over high heat, combine the water and tea bags. Bring to a boil, then remove the pan from the heat and let the tea cool to room temperature.
  2. Bring a medium pot of water to boil over high heat. Once the water is boiling, add the tapioca pearls and boil until softened, about 20 minutes.
  3. Drain the pearls through a strainer.
  4. Set the strainer with the pearls over a medium bowl. Add the brown sugar to the strainer and pour the hot water over.
  5. Stir to dissolve the brown sugar. Soak the pearls in brown sugar syrup for 30 minutes, then store the bubbles and syrup separately until ready to serve.
  6. Assemble the tea: Divide the pearls and ice between 2 glasses, then add the brown sugar syrup, tea, and half and half.
  7. Stir with a wide-opening straw, then serve.
  8. Enjoy!
 
 Comments / Suggestions

I’ve made this about 100 times, it’s AMAZING. One thing is to follow the directions that are provided on the bag of tapioca bubbles you buy (mine said to boil for 2-3 minutes, simmer for 2-3 minutes or more then cool in cold water for 20 seconds) but I would still soak them in the brown sugar syrup (unless you like the boiled water taste..)
 
al2003
i’m taiwanese and here are a few tricks i’ve picked up: 
1. steep the tea as long as possible to ensure it isn’t watery, especially if you’re making big batches 
2. follow the instructions on your boba packaging because different brands make their product differently 
3. use WHOLE MILK for the milk!! it makes a big difference!


Ana Munson
When making the boba (or the bubbles) let them soak in honey and sugar. It makes them taste 10x better than plain boba.


ramune
I tend to make this with milk instead of half and half, which is especially useful if you don’t like cream or you want slightly less calories in your drink. It’s delicious!



https://tasty.co/recipe/taiwanese-bubble-tea