1) Tepung gandum
Dalam pembuatan kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung protin rendah (low protein) seperti tepung kek, tepung superfine, red rose dan sebagainya. Anda boleh gunakan tepung gandum biasa (serbaguna/protin sederhana) tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika menggunakan tepung protin rendah yang menjadikan kek lebih halus.
Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding.
Dalam kek mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti.
Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.
Dalam kek mentega, lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin.
Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut.
Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.
Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.
Fungsinya adalah sebagai penstabil dimana ia dipukul bersama telur dan gula.
Ia bertujuan menggebukan kek dan kuih. Juga supaya kek ‘tak jatuh’. Ia juga membuatkan telur dan adunan yang dihasilkan nampak halus dan gebu. Bahan ini menyebabkan adunan telur tetap gebu dan tidak mendap. Hasilnya kek juga akan menjadi gebu.
Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah mengesahkan bahan ini halal digunakan oleh orang Islam. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka.
Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.
Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu. Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu
Jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.
Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak. Soda bicarbonate menurunkan kadar asid di dalam kek yang menggunakan bahan seperti pisang, buah-buahan campuran, epal dan lain-lain.
Baking soda berfungsi dalam menggebu dan menggembangkan kek.
Manakala baking powder pula adalah sama seperti serbuk penaik.
Pada umumnya 1 sudu kecil baking powder nisbah 1 cawan (200 - 250g) tepung, 1 cawan cecair, 1 biji telur.
Anda dinasihatkan mengurangkan jumlah baking powder dalam adunan berasid tinggi (jus limau, buttermilk dan madu) kerana jika berlebihan akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa kurang enak, selain dari itu ia akan naik dengan cepat dan akan mendap/jatuh lepas dibakar atau akan terlalu merekah.
Untuk elakkannya dari terjadi sedemikian perlu tambahkan soda bicarbonat dalam bancuhan. Contohnya : 1 cawan tepung + 1 biji telur + 1 cawan buttermilk hanya perlukan ½ sudu kecil baking powder + ½ sudu kecil soda
Untuk menguji samaada baking powder masih elok atau tidak : Campurkan 5gm/1 sudu kecil baking powder dengan 120ml air panas. Jika berbuih serta merta, tandanya ia masih elok.
Pastikan ianya diayak bersama tepung untuk memudahkan kerja pencampuran bahan kalau buat sebarang masakan yang menggunakan bahan-bahan ini.
Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue.
Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon.
Biasanya ia diguna untuk buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul-batul kering.
Creamwell lebih mahal daripada shortening.
Creamwell lebih sesuai untuk buat buttercream dan shortening lebih sesuai untuk biskut dan adunan roti (tak pasti samada boleh digantikan dengan salah satu).
Creamwell teksturnya lebih mild. Manakala shortening padat sikit. Creamwell + gula aising pun dah cukup leh jadikan aising/topping kek..
Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300 - 340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi.
Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.
Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan.
a) Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Dairy Whip Cream. Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak.
1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci. Kandungan: Minyak kernel sawit, sirap jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu.
Tekstur: Mudah kental apabila dipukul. Ia akan mengembang 2x ganda, rasa manis. Kegunaan: Sebagai topping dan filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain lagi.
Kaedah Penyimpanan: Simpan ditempat beku (freezer) tahan 1 bulan selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Rich's, Shine Read, Value Pride, Golden Peak.
Dimana boleh di dapati: Di kedai-kedai bekalan bakery, dipasaraya jarang didapati
b) UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream. Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu.
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.
Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. Kandungan: Pepejal susu.
Tekstur: Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, rasa tawar.
Kegunaan: Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-Cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Anchor, Emborg, Pauls, Shani, Greenfields, Bridel.
Dimana boleh didapati: Di kedai-kedai bekalan bakery dan pasaraya
**Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan.
Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.
Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek.
Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .
**Satu kotak whipping cream jenama anchor - lebihan whipping cream 2-3 bulan lepas simpan kat peti ais (tempat beku). Kalau nak guna Cuma masukkan ke bahagian chiller, bila dah cair boleh guna. 1 kotak 900gm boleh topping 2 biji kek .
Untuk deko susah sebab jika lambat deko nanti cair pula.
Caranya: Keluarkan dari tempat beku. Biar cair jap kemudian putar guna mixer dengan hi-speed sampai jadi (ala-ala2 kalau terbalikan mangkuk tu whipping cream tu tak tumpah). Jangan putar lama-lama nanti ia akan cair balik dan tak boleh guna lagi. Nak pakai defrost dan kalau ada lebihan air toskan jap pastu pakai. Putar sampai soft (berapa minit tak pasti).
Kelemahan whipping cream ni memang tak boleh over beat. Nanti kalau diputar lagi dah tak jadi terus dan kalau nak deko tu kena buat kat tempat sejuk-sejuk. Tapak tangan tak boleh panas masa deko. Nanti whipping cair.
Ia boleh menukarkan gula menjadi alkohol. Ia terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Yis aktif ketika bercampur dengan gula dan air suam (bukan air panas), di mana ia akan menukarkan gula dalam doh kepada gas karbon dioksida, lalu mewujudkan poket-poket atau ruang udara di dalam doh. Apabila doh tersebut masak, yis yang ada di dalamnya akan mati. Poket-poket atau ruang udara yang terbentuk ketika proses fermentasi tadi akan kekal, lalu memberikan tekstur yang lembut dan 'spongy' pada roti tersebut.
Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis segar. Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera.
Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.
Tepung gandum berfungsi sebagai agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti puding.
2) Gula
Gula berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan. Ada sesetengah kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah.Dalam kek mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan gebu. Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting untuk menaikkan adunan kek nanti.
Dalam kek yang menggunakan kaedah membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum.
3) Lemak
Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus.Dalam kek mentega, lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin.
Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut.
Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.
4) Telur
Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula. Ia juga membantu mencairkan gula.Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.
5) Ovalett
Ia adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier. Nama lain adalah quick 75 atau super sponge. Ia berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati dikedai menjual bahan kek. Ia dibuat daripada sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan.Fungsinya adalah sebagai penstabil dimana ia dipukul bersama telur dan gula.
Ia bertujuan menggebukan kek dan kuih. Juga supaya kek ‘tak jatuh’. Ia juga membuatkan telur dan adunan yang dihasilkan nampak halus dan gebu. Bahan ini menyebabkan adunan telur tetap gebu dan tidak mendap. Hasilnya kek juga akan menjadi gebu.
Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah mengesahkan bahan ini halal digunakan oleh orang Islam. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka.
Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.
6) Bahan Penaik
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah- serbuk penaik (baking powder),
- serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan
- serbuk tartar (cream of tartar).
Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu. Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu
- yang jenis biasa dan
- jenis berganda (double-action baking powder).
Jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.
Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak. Soda bicarbonate menurunkan kadar asid di dalam kek yang menggunakan bahan seperti pisang, buah-buahan campuran, epal dan lain-lain.
Baking soda berfungsi dalam menggebu dan menggembangkan kek.
Manakala baking powder pula adalah sama seperti serbuk penaik.
Pada umumnya 1 sudu kecil baking powder nisbah 1 cawan (200 - 250g) tepung, 1 cawan cecair, 1 biji telur.
Anda dinasihatkan mengurangkan jumlah baking powder dalam adunan berasid tinggi (jus limau, buttermilk dan madu) kerana jika berlebihan akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa kurang enak, selain dari itu ia akan naik dengan cepat dan akan mendap/jatuh lepas dibakar atau akan terlalu merekah.
Untuk elakkannya dari terjadi sedemikian perlu tambahkan soda bicarbonat dalam bancuhan. Contohnya : 1 cawan tepung + 1 biji telur + 1 cawan buttermilk hanya perlukan ½ sudu kecil baking powder + ½ sudu kecil soda
Untuk menguji samaada baking powder masih elok atau tidak : Campurkan 5gm/1 sudu kecil baking powder dengan 120ml air panas. Jika berbuih serta merta, tandanya ia masih elok.
Pastikan ianya diayak bersama tepung untuk memudahkan kerja pencampuran bahan kalau buat sebarang masakan yang menggunakan bahan-bahan ini.
7) Shortening
Adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa. Juga dikenali sebagai planta putih. Warnanya putih dan teksturnya sama dengan mentega. Biasanya digunakan untuk buat roti, biskut, donut (jadikan lebih lembut dan gebu) dan salah satu bahan untuk buat krim kek. Krim kek akan jadi lebih keras dan tak mudah cair.8) Cream of tartar
Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama.Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue.
Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar. Ia berfungsi macam baking powder juga - membantu mengeluarkan gas. Warnanya putih sahaja tapi ada yang mengatakan ada keraguan dalam penggunaannya. Jadi sebagai alternative boleh digantikan cream of tartar dengan jus lemon.
Biasanya ia diguna untuk buat meringue (putih telur dipukul hingga jadi bertanduk). Ia menghasilkan pukulan putih telur yang cantik dalam proses meringue. Juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan. Ada juga cara lain jika mahu buat meringue jika tidak ada jus lemon hanya guna telur putih dan castor sugar sahaja dah jadi. Pastikan jangan ada tercampur walau sedikit pun kuning telur atau air. Perkakasan juga kena pastikan betul-batul kering.
9) Creamwell dan shortening
Adalah dua benda yang sama tapi berbeza. Keduanya adalah lemak sayuran yang diperbuat daripada kelapa sawit.Creamwell lebih mahal daripada shortening.
Creamwell lebih sesuai untuk buat buttercream dan shortening lebih sesuai untuk biskut dan adunan roti (tak pasti samada boleh digantikan dengan salah satu).
Creamwell teksturnya lebih mild. Manakala shortening padat sikit. Creamwell + gula aising pun dah cukup leh jadikan aising/topping kek..
10) Buttercream
Buttercream hendaklah dibuat dengan lemak sayuran (vegetable shortening) dan marjerin supaya ia tidak mudah cair.Anggaran lemak sayuran, 100 gm, manakala marjerin 50 gm. Gula aising pula 300 - 340 gm, dipukul hingga sebati dan gebu. Jika ingin lebih keras, tambahkan gula aising lagi.
Gunakan pes pewarna (dalam tiub) kerana pewarna jenis cecair akan melembikkan aising.
11) Whipping cream
Terdapat 3 jenis whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream dan topping.Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan.
a) Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Dairy Whip Cream. Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak.
1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci. Kandungan: Minyak kernel sawit, sirap jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu.
Tekstur: Mudah kental apabila dipukul. Ia akan mengembang 2x ganda, rasa manis. Kegunaan: Sebagai topping dan filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain lagi.
Kaedah Penyimpanan: Simpan ditempat beku (freezer) tahan 1 bulan selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Rich's, Shine Read, Value Pride, Golden Peak.
Dimana boleh di dapati: Di kedai-kedai bekalan bakery, dipasaraya jarang didapati
b) UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream. Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu.
Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.
Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. Kandungan: Pepejal susu.
Tekstur: Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, rasa tawar.
Kegunaan: Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-Cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka. Jenama di Pasaran: Anchor, Emborg, Pauls, Shani, Greenfields, Bridel.
Dimana boleh didapati: Di kedai-kedai bekalan bakery dan pasaraya
**Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan.
Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.
Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek.
Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .
**Satu kotak whipping cream jenama anchor - lebihan whipping cream 2-3 bulan lepas simpan kat peti ais (tempat beku). Kalau nak guna Cuma masukkan ke bahagian chiller, bila dah cair boleh guna. 1 kotak 900gm boleh topping 2 biji kek .
Untuk deko susah sebab jika lambat deko nanti cair pula.
Caranya: Keluarkan dari tempat beku. Biar cair jap kemudian putar guna mixer dengan hi-speed sampai jadi (ala-ala2 kalau terbalikan mangkuk tu whipping cream tu tak tumpah). Jangan putar lama-lama nanti ia akan cair balik dan tak boleh guna lagi. Nak pakai defrost dan kalau ada lebihan air toskan jap pastu pakai. Putar sampai soft (berapa minit tak pasti).
Kelemahan whipping cream ni memang tak boleh over beat. Nanti kalau diputar lagi dah tak jadi terus dan kalau nak deko tu kena buat kat tempat sejuk-sejuk. Tapak tangan tak boleh panas masa deko. Nanti whipping cair.
12) Bahan pengawet
Kegunaannya adalah seupaya kek tahan lama. Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/baking powder. Ia adalah bahan pengawet yang membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould.13) Dough softener
Digunakan untuk membuat roti atau donut yang lembut.14) Yis
Secara ringkasnya, yis adalah sejenis kulat yang digunakan sebagai bahan penaik (leavening agent) dalam menghasilkan roti. Tanpa yis, roti yang dihasilkan akan kelihatan meleper dan keras. Ia juga digunakan untuk membuat minuman beralkohol. Yis membiak dengan cepat.Ia boleh menukarkan gula menjadi alkohol. Ia terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Yis aktif ketika bercampur dengan gula dan air suam (bukan air panas), di mana ia akan menukarkan gula dalam doh kepada gas karbon dioksida, lalu mewujudkan poket-poket atau ruang udara di dalam doh. Apabila doh tersebut masak, yis yang ada di dalamnya akan mati. Poket-poket atau ruang udara yang terbentuk ketika proses fermentasi tadi akan kekal, lalu memberikan tekstur yang lembut dan 'spongy' pada roti tersebut.
Jumlah yis segera/kering selalunya digunakan separuh dari jumlah yis segar. Bererti, jika 20 gm yis segar diperlukan, boleh diganti dengan 10 gm yis segera.
Cara menggunakannya juga berbeza kerana yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung manakala yis segar perlu di’naikkan’ dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.
1 comment:
Saya akan sangat mengesyorkan perkhidmatan pembiayaan meridian Le_ kepada sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan dan mereka akan membuat anda berada di atas direktori tinggi untuk sebarang keperluan selanjutnya. Sekali lagi saya memuji diri anda dan kakitangan anda untuk perkhidmatan dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, kerana ini merupakan aset yang hebat untuk syarikat anda dan pengalaman yang menyenangkan kepada pelanggan seperti saya sendiri. Mengharapkan anda semua yang terbaik untuk masa depan. Perkhidmatan pembiayaan meridian adalah cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman mudah, di sini ada email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau bercakap dengan Encik Benjamin Pada WhatsApp Via_ 1-989-394-3740 Terima Kasih untuk membantu saya dengan pinjaman sekali lagi dengan sepenuh hati saya bersyukur selama-lamanya.
Post a Comment