12 April 2022

16 April 2021

Makna CLBK

5 Jenis CLBK, Kamu yang Mana?

Ada berapa sih mantan pacar kamu yang pernah ngajakin balikan?

Cinta itu emang "easy come easy go" persis kayak kentut gitu, datang nggak diundang pergi juga tanpa permisi dan "sialnya" cuma ninggalin baunya aja. Nggak beda sama mantan, dulu datang ngajak jadian terus putus ngajak bubaran, akhirnya pergi dan cuma ninggalin kenangan. sekalinya kamu udah bisa move on, dia malah datang lagi di kehidupan kamu, kan jadi bikin baper.

Kalau udah baper kan repot, jadi bikin pengen balikan lagi, istilahnya CLBK gitu deh. Tapi sekarang CLBK itu udah banyak jenisnya lho, mendingan kamu hati-hati deh jangan sampai gagal paham terjemahin CLBK, nanti malah jadi nyesel lho gegara terlalu baper... Hehehe.

Dari pada penasaran, mendingan simak aja deh ulasannya berikut ini.

  1. Cinta Lama Bersemi Kembali
    CLBK jenis yang pertama ini merupakan jenis CLBK yang lumrah orang dengar, di mana ketika kamu dipertemukan kembali dengan mantan kamu dan benih benih cinta yang sekian lama terputus itupun kini bersemi kembali.

    Kalau ternyata udah ketemu dan masih saling menyayangi sih mendingan kamu balikan lagi aja deh, yuhuuuuu.


    Cinta Lama Bersemi Kembali

  2. Cinta Lama Belum Kelar
    Jenis CLBK yang kedua ini merupakan percintaan yang belum usai (kelar), biasanya kebanyakan orang yang mengalami jenis CLBK ini belum sempat putus dari sang mantan. Yaaa istilahnya pergi tanpa kabar gitu deh, nggak ada kata putus tapi ngilang gitu aja, padahal kan lagi sayang-sayangnya, "Hiiks... Hiiiks... Hiiks".

    Setelah sekian lama berpisah baru deh ketemu lagi, untungnya masih ada perasaan sayang. Kan cintanya belum kelar nih, yowiis lah jadian lagi aja deh, Ciyeeee balikan.


    Cinta lama udah kelar belom?
     
  3. Cuma Lu Belum Kelar
    Nah ini nih yang maksa banget, dia sih sebagai mantan udah berusaha jauhin kamu dan mungkin juga pengennya ngelupain kamu, tapi sayangnya emang dia belum pikun gitu, jadinya masih lah inget sama kamu walaupun cuma sedikit. Tapi kamu jangan terlalu berharap banyak gitu dong, sampai ngarepin banget buat balikan sama mantan. Terus sedihnya lagi ternyata cuma "lu" doang yang anggap hubungannya belum kelar, dia sih enggak.

    Saran saya sih dari pada malu mendingan kamu buru-buru siuman deh "Sadar wey sadar... Dia udah nggak cinta sama lu tuh" Hehehe.


    Dia sih udah hepi, situ udah? 
     
  4. Cerita Lalu, Bersambung Kembali
    Kalau yang keempat ini CLBK jenis sinetron, padahal sih udah putus tapi pengennya nyambung lagi, kalau bisa malah pengennya sampai 1000 episode gitu.

    Ya udah deh kalau emang masih sama-sama sayang baiknya sih nyambung aja lagi, bila perlu halalin aja sekalian pacar kamunya biar nyambungnya sampai kakek nenek gitu. Syedaaaaps, hehehe.


    Cieeee... nyambung lagi. Kesempatan baru nih, menang banyak lo!
     
  5. Coba Lagi, Balikan Kagak
    Jenis CLBK yang terakhir ini emang kayak undian berhadiah gitu, "Coba lagi". Mungkin kamu pernah juga ngerasain kayak jenis ini, sama siapa pun pacarannya kalau putus ya deketnya sama mantan yang itu lagi-itu lagi padahal
    sih balikan mah kagak.

05 April 2021

Tips Bina Rimah Sendiri

 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159019094718334&id=556073333


Anda mahu bina banglo sendiri?

 

Tentu ramai mempunyai impian membina banglo sendiri dengan rekaan citarasa masing-masing. 


Jika anda mempunyai tanah lot atau tanah pertanian di kampong, memang berbaloi membina rumah dengan bajet lebih murah dari pembelian rumah pemaju. 

 

Sebagai jurutera awam berpengalaman 40 tahun dalam pembinaan bangunan, saya senaraikan sedikit tip jika anda berniat membina banglo idaman. 

 

Soalan lazim.

 

1. Berapa keluasan tanah lot yang diperlukan?


Paling minima dan selesa ialah 4000 kaki persegi (50’x80’). Tiada masalah jika anda mempunyai tanah lot keluasan besar tetapi akan memeningkan kepala untuk penyelenggaraan.

 

2. Berapa keluasan rumah yang selesa?


Tentunya mengikut citarasa dan bajet peribadi tetapi untuk keluarga sederhana empat bilik, 1 stor dan 3 tandas adalah memadai dengan saiz antara 1500 hingga 3000 kaki persegi.

 

3. Bajet.


Semuanya bergantung pada kewangan anda, dan dari pengalaman saya harga Rm150-RM180 kps adalah sesuai dan berpatutan. 


Terlalu murah nanti kontrektor akan cuba curi dalam kos pembinaan dimana kualiti bangunan akan menurun. Lagi teruk, kontrektor mungkin cabut lari dan biarkan rumah anda terbengkalai. 


Ini bermakna untuk rumah saiz 2000 kps, bajet pembinaan anda ialah RM360,000 (Rm180/kps). 


Anda boleh membina rumah dengan kos RM100/kps tetapi akan memeningkan kepala. 


Anda juga boleh bina rumah dengan bajet RM250/kps jika memilih kemasan yang mahal.

 

4. Bajet yang tak nampak.


i) Kos lantik juruperunding (akitek, engineer, pelukis pelan dll)

ii) Kos submit pelan kepada Majlis.

iii) Kos sambungan air dan letrik.

 

5. Bajet yang selalu tertinggal.

i) Kos pagar (RM100 per ft run)

ii) Kos pembetung (culvert)

iii) Kos piling jika perlu

iv) Kos treatment anai-anai.

v) Kos tanaman rumput dan lanskap.

vi) Kos built-in cabinet terutama cabinet dapor, langsir, aircon dan furniture (10% dari bajet).

vii) Kos fittings (kepala paip, grills, kipas, sinki, tandas, kunci, dll).

viii) Kos water heater, lampu dalaman dan kawasan.

ix) Kos perparitan. 

x) Kos premix hadapan rumah. 

 

6. Pemilihan Akitek.


Ramai menjadi ‘cheapskate’ kerana ingin potong bajet dengan tidak melantik akitek dan jurutera merekabentuk rumah idaman. Akhirnya rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. 


Percayalah, bahawa anda tidak rugi melantik akitek dan jurutera kerana mereka terlatih dalam rekabentuk rumah mengikut kepuasan pelanggan. 


Jika anda membina rumah simple berbentuk empat segi, cukup dengan mengambil khidmat pelukis pelan.

 

7. Kos Juruperunding.


Harga boleh dirunding tetapi kebiasaan antara 3% - 8% dari harga rumah. 


Anggaran kos pelukis pelan antara RM3,000 – RM6,000 bergantung pada kepandaian anda menawar.

 

8. Pemilihan Kontrektor.


Ini bab paling rumit kerana terdapat berbagai kontrektor yang mengaku berpengalaman membina rumah. 


Kebiasaan saya nasihatkan rakan-rakan untuk memilih kontrektor yang sedang membina rumah berdekatan dengan cadangan rumah anda. 


Teliti kualiti pembinaan yang dilaksanakan dan bertanya pada tuan rumah tentang keikhlasan kontrektor tersebut.


Ada kontrektor memberi khidmat ‘All in One’, dari melukis pelan, submission Majlis, pembinaan, permohonan utiliti sehingga siap. 

 

Satu lagi cara ialah mendapat kontrektor dari rekomen rakan-rakan yang pernah berurusan dengan beliau. Jangan pilih kontrektor yang advertise atas pokok. 


Berapa untung kontrektor? Paling minima 10% dan kebiasaan 30%. Jika harga terlalu murah dan kontrektor tidak beroleh keuntungan tentunya mereka akan cabut lari. Tiada kontrektor mahu menyiapkan projek tanpa keuntungan dan membina rumah secara percuma untuk anda. 

 

9. Surat perjanjian dengan kontrektor.


Semua terma yang dipersetujui mesti dimeterai dalam satu surat perjanjian lengkap dengan saksi dan cop pesuruhjaya sumpah. 


Paling penting ialah terma pembayaran mengikut schedule progress kerja.


Ini hanya contoh mudah:


Deposit - kebiasaan 10%. 

i) Siap pembersihan tapak – RM2000

ii) Siap piling/foundation – RM3000

iii) Siap ground beam – Rm3000

iv) Siap column – RM3000

v) Siap roof beam – RM3000

vi) Siap trusses dan roofing – RM10000

vii) Siap brickworks – RM5000

viii) Siap kerja pipe, sewer dan wiring – RM5000

ix) Siap plastering – RM3000

x) Siap flooring – RM3000

xi) Siap tiling – RM5000

xii) Siap kerja cat – RM3000

xiii) Siap kerja tingkap dan pasang pintu – RM10000

xiv) Siap kerja fittings – RM3000

xv) Siap kerja pagar – RM15000

xvi) Siap tangki najis – RM3000

xvii) Siap pembersihan, testing and commissioning dan handover – Final payment.


Kebiasaan akan ada perbalahan antara tuan rumah dan kontrektor jika schedule payment tidak dipersetujui dahulu.


Jika projek Kerajaan ada bond atau bank garanti yang ditinggalkan sehingga defect liability period, tetapi untuk projek kecil membina banglo tiada kontrektor akan bersetuju final payment mereka dipegang selama setahun. 


Walaubagaimana pun anda boleh berbincang dengan kontrektor berkenaan kerja-kerja defect selepas handover.

 

10. Beberapa tip pembinaan.


i) Jika anda mempunyai banyak masa terluang, anda boleh upah kontrektor untuk membina rumah anda tetapi semua barangan binaan anda beli dan hantar sendiri. 


Sekurang-kurangnya anda boleh jimat 10-20% dari bajet asal, tetapi cara ini memeningkan kepala. Saya pernah membina rumah kampong cara ini dan ianya sangat memenatkan. 


ii) Siapkan rangkaian pipe pvc yang sudah ditebuk ditanam keliling foundation tiang agar kimia anti anai-anai boleh dipam selepas rumah siap. 


Anda boleh juga sembur kimia anti anai-anai didalam kawasan foundation sebelum ditimbuskan.


iii) Pastikan rekabentuk rumah ada free air flow untuk natural ventilation dan cukup shading dari matahari.


iv) Pastikan bilik utama terima sinaran matahari pagi bukan sinaran petang.


v) Ketinggian ‘floor to ceiling’ minima 10 kaki.


vi) Lebihkan plug point letrik disetiap bilik dan ruang.


vii) Jika ada bajet, tanam kabel CCTV dan alarm dalam plastering dinding.


viii) Pastikan semua wiring letrik disimpan dalam conduit PVC atas siling.


ix) Jika ada bajet, mohon 3 phase supply dari TNB.


x) Siapkan semua saluran dan plug point air-con didinding untuk elakkan penebukkan dilain hari.


xi) Pastikan tangki air rumah minimum 400 gelen atau lebih.


xii) Pastikan Kontrektor faham bancuhan konkrit 1:2:4 gred 20 (1 simen, dua pasir dan 4 batu kerikil). 


Lebih baik penggunaan konkrit gred 25 (1:1.5:3) atau gred 30 (1:1:2). Kadangkala pekerja hentam kromo sahaja. 


xiii) Lebih baik guna besi bunga dari besi biasa.


xiv) Guna batu bata merah dari batu bata simen.


xv) Jangan lupa pasang lintol beam dan stiffener column setiap 12’x12’ dinding.


xvi) Guna cat weather shield acrylic paint untuk dinding luaran.


xvii) Buat ponding waterproofing test dan flow test di setiap toilet sebelum tiling agar air tidak bertakung. Buat pressure test untuk paip air dalaman sebelum plaster dinding agar tidak bocor. 

 

11. Contoh kiraan bajet.


Luas tanah = 50’ x 80’

Cadangan rumah = 30’ x 50’ (1500kps)

Kos rumah =  1500kps x Rm180 = RM270k.

Harga Pagar = RM100 x 260’ = RM26k

Kos perabut & fittings 10% x RM270k=RM27k

Fees Akitek/Engineer & Majlis =

8% x RM270k = RM21.6k

 

Anggaran kasar, lebih kurang RM350,000


Jika bajet anda RM100 psf (bare- minimum), anggaran kasar ialah RM225,000. 


Wallahua’lam. 


*Kelaziman penipuan kontrektor dalam pembinaan rumah - part 2. 


*Pemilihan jenama berkualiti barangan pembinaan - part 3. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 


*******************


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar

20 March 2021

Perompak Bodoh vs Cerdik

 APA YG KITA BOLEH PELAJARI DARI ROMPAKAN BANK INI ? 


Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit. 


"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"


Semua orang meniarap dengan ketenangan. 


[Ini dipanggil "Mind Changing Concept" . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]


Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!" 


[Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]


Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yg lebih muda(Degree) memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6):Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini."


Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'


[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]


Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank". 


[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]


Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."


[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.] 


Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta. 


Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"


[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]


Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan. 


[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]


Jadi siapa perompak yg sebenarnya ?

06 March 2021

MRTT VS MLTT


 Banyak betul iklan rumah sekarang ni. 


Bila beli rumah, kita kena ambil peduli juga untuk jadikan rumah tu milik kita sepenuhnya. Biasanya loan rumah akan ambil masa selama 30 -35 tahun, bergantung pada tenure pinjaman. Tapi, kita fikirkan juga risiko sebelum sempat bayar rumah habis tapi diuji dengan lumpuh kekal atau kematian.


Untuk rumah, kita lindung dengan MRTT atau MLTT.


MRTT ni untuk cover pinjaman rumah saja. Kalau peminjam tak ambil full coverage atau full tenure, memang kena expect untuk topup nanti.


Contoh, suami cover rumah dengan MRTT dan meninggal selepas 5 tahun. Untuk isteri selesaikan MRTT, paling kurang akan ambil masa 6 bulan. Jadi, dalam 6 bulan tu, memang isteri kena topup sendiri untuk bayar bulanan rumah. 


Lepas setel claim MRTT. Macam mana dengan rumah? Memang milik isteri dan anak-anak? Jawapannya, tidak. Tengok pada ahli waris faraid yang lain. Kalau mereka semua bersetuju untuk serahkan pada pada isteri, selesailah. Jika tidak, isteri cuma dapat 1/8 sahaja. Lagi-lagi kalau tinggalkan anak perempuan sahaja, waris faraid yang lain boleh tuntut.


Macam ni, katakanlah rumah waktu tu dah RM 1,000,000.


Daripada RM 1,000,000 x 1/8 = RM 125,000. Baki RM 875,000 adalah milik ahli waris yang lain.


Jadi, isteri waktu ni ada 2 pilihan:

1. Jual rumah dan untung tu dibahagikan kepada waris mengikut pecahan. 


Bila nak jual rumah, pun ambil masa untuk cairkan. 


atau ;


2. Cepat-cepat sediakan RM 1 Juta untuk isteri supaya urusan mudah nanti. Inilah INSTANT CASH. Daripada isteri tak ada duit nak bayar bulanan rumah, isteri ada INSTANT CASH untuk bayar bulanan macam biasa. Dengan budi bicara, isteri ada kuasa CASH untuk bayar pada waris. Sangat okay kan daripada jual rumah kenangan bersama?


Macam ni kawan. Buatkan siap-siap isteri sebagai penerima manfaat takaful RM 1,000,000. Manfaat dalam takaful ni, tak perlu nak lalui urusan faraid dan boleh dicairkan dalam masa 2 minggu. Selain digunakan untuk bayar rumah bulanan, isteri boleh guna untuk proses pengurusan harta di institut berkenaan. 


Ini kalau cerita 6 bulan, dan harta cuma rumah. Bila waris faraid ramai dan tak bagi kerjasama, boleh jadi proses makan masa lebih dari 6 bulan. Silap-silap 2 tahun. 


Jadi, sekarang AIA ada buat promosi untuk sediakan manfaat takaful pada keluarga. Untuk manfaat RM 650,000, AIA nak bagi cashback sebulan. Bulan ni bulan last tau!

Kredit: https://www.facebook.com/1335008716/posts/10219637697116381/






untuk pertanyaan lanjut.


#AAA

05 March 2021

KANSER - SATU PERNIAGAAN - BIJI APRIKOT

Pautan asal : https://www.thepatriots.asia/betul-ke-apricon-mampu-sembuhkan-kanser/

Pada bulan Jun yang lepas saya telah menjumpai sebuah artikel (baca disini) yang diterbitkan oleh newsrescue.com, menyatakan bahawa biji aprikot mampu mengubati kanser, dan kanser bukanlah sebuah penyakit, tetapi simptom kekurangan nutrien. Jadi, pada kesempatan kali ini, saya ingin membincangkan mengenai dakwaan artikel tersebut.

Pertama sekali, saya rasa adalah perlu, untuk menjelaskan perkara perkara yang terlibat dalam perbincangan ini. Artikel newsrescue mendakwa bahawa kanser bukan sebuah penyakit:

You might not believe this but cancer is not a disease; it is a business.

Know this: there is no disease called cancer. Cancer consists of only a deficiency of vitamin B17. It is nothing else.

Fikiran saya apabila membaca mengenai dakwaan ini ialah, kepala hotak dia kanser bukan penyakit! Malah, penulis artikel tersebut meneruskan dakwaan dengan mengatakan bahawa kanser hanyalah kesan daripada kekurangan vitamin B17. Ini menunjukkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang sangat kurang, malah salah mengenai penyakit kanser.

“Kanser bukanlah sebuah penyakit”; jika ditafsirkan daripada suatu perspektif, ya ia bukan sebuah, malah sejenis kumpulan penyakit. Masyarakat lazim menafsir bahawa kanser merupakan satu jenis penyakit, tetapi sebenarnya, kanser merangkumi pelbagai jenis penyakit dengan satu persamaan dalam ciri kemunculannya, iaitu mutasi terhadap gen sel badan.

Gen boleh dianggap sebagai pelan rumah ataupun kod perisian komputer, dan jika terdapat kesalahan atau perubahan yang tidak diingini (mutasi), sel tersebut akan bertindak di luar kawalan badan (sama seperti jika pelan rumah menunjukkan bumbung dipasang di bahagian tepi atau rumah tidak mempunyai tiang, semuanya akan jadi serabut dan di luar kawalan. Dan jika memakai analogi perisian komputer, boleh jadi ia akan bertindak di luar algoritma, dan tidak menamatkan perkiraan seperti virus trojan).


 

Lalu sel sel kanser akan bertindak di luar kawalan badan, bertindak seperti ia mengutamakan kemandiriannya sendiri. Ia mula membiak tanpa had, dan menarik salur darah ke arahnya agar dia mempunyai keutamaan dalam mendapat nutrien. Sel sel yang membiak akan membesar dan menghasilkan ketumbuhan (tumor). Tumor ini pula terbahagi kepada 2 jenis, benigna (tidak merebak) dan malignan (merebak)2.

Vitamin B17, atau nama sebenarnya amygdalin, bukanlah sejenis vitamin. Vitamin adalah bahan yang diperlukan dalam kuantiti yang sangat sedikit dalam usaha untuk melakukan proses fisiologi badan.  Oleh sebab itu, nama vitamin berasal daripada singkatan “vital amine”. Tetapi mengikut konvensi terkini, vitamin tidak terhad kepada sebatian amina sahaja. Manusia boleh hidup sihat tanpa pengambilan amygdalin, oleh itu amygdalin tidak dikelaskan sebagai vitamin.

Terma vitamin B17 diperkenalkan oleh Ernst T.Krebs untuk melabelkan amygdalin dan laetril sebagai makanan tambahan dan bukannya bahan farmaseutikal. Hal ini mungkin bertujuan untuk mengelak peraturan bahan farmaseutikal yang ketat dikenakan oleh pihak kerajaan.

Amygdalin merupakan sebatian glikosida sianogenik. Glikosida adalah kumpulan sebatian yang mempunyai molekul atau rantaian karbohidrat terikat dengannya. Terma sianogenik digunakan untuk menunjukkan sebatian ini mempunyai kumpulan berfungsi nitril, -C≡N.

Masalah dengan amygdalin dan laetril  berpunca dari kumpulan berfungsi nitril tersebut. Bahan bahan nitril akan ditukarkan kepada  hidrogen sianida (bahan beracun) di dalam usus manusia3. Laetril, bahan kimia sintetik yang digunakan sebagai pengganti amygdalin juga bertindak sedemikian dalam usus manusia. Mengikut nilai dos kematian amygdalin (LD50), 50-80 biji diperlukan untuk membawa kematian kepada lelaki4 dewasa dan bilangan  maksimum paling selamat ialah 3 biji untuk lelaki dewasa. Untuk kanak kanak pula ialah  setengah biji5. Tetapi kandungan amygdalin dan hidrogen sianida mungkin berbeza beza dalam setiap sampel biji aprikot,  dan mungkin ada biji aprikot yang mengandungi bahan ini secara berlebihan. Jadi pengambilan biji aprikot adalah sangat tidak digalakkan. Kerana ia merupakan sesuatu yang tidak perlu malah memudaratkan.


Badan manusia akan menguraikan  sebatian sianida menggunakan enzim rhodanes. Bagi individu yang dilahirkan kurang berkebolehan untuk mengurai sianida, pengambilan biji aprikot akan menjadi sangat bahaya.  Pengambilan vitamin C bersama biji aprikot pula akan memburukkan lagi keadaan, kerana vitamin C meningkatkan penukaran amygdalin dan laetril kepada sianida dan mengurangkan tahap cystein yang diperlukan untuk membuat enzim rhodanes. Hasilnya, lebih banyak sianida akan terkumpul di dalam badan pesakit yang mengambil vitamin C bersama-sama biji aprikot6.

Terdapat beberapa kes keracunan amygdalin dan laetril yang popular, antaranya  kes  melibatkan manusia dewasa7,8,9 dan beberapa kanak kanak10,11. Kanak kanak  berisiko untuk mati, walaupun dengan pertolongan medikal yang rapi 10,11.  Lasch & Shawa  (1981) mendokumenkan 3 orang kanak kanak Gaza mati akibat keracunan  sianida hasil pengambilan biji aprikot. Seorang wanita Australia menghidap penyakit diabetes insipidus selepas mengalami keracunan sianida, dipercayai hasil tindak balas badan untuk membuang amygdalin yang diambil olehnya24. Semua kes keracunan amygdalin dan laetril serupa dengan keracunan  sianida.

Sebenarnya Ernst T.Krebs mengharapkan bahawa amygdalin menjadi bahan yang mampu mengubati kanser. Tetapi  pelbagai kajian oleh saintis lain membuktikan amygdalin tidak berkesan dalam merawat kanser, malah menyebabkan keracunan sianida. Sebenarnya banyak bahan yang mempunyai potensi untuk membunuh sel kanser ditemui, tetapi bahan tersebut tidak sesuai kerana cirinya yang beracun. Seorang pensyarah saya di UIA dalam tesis masternya12, mengenal pasti beberapa bahan yang berpotensi mengubat kanser daripada pokok medang ketukur/balong, namun bahan tersebut juga tidak sesuai atas sifatnya yang toksik.

Amygdalin, seperti yang saya bincangkan pada perenggan di atas, menunjukkan potensi untuk merawat sel kanser dengan cara membataskan tumbesaran tumor14,15,16,17 dan membunuh sel kanser13,18 dalam keadaan in vitro (kultur makmal). Namun , tiada satu kes in vivo (sel di dalam organisme hidup) yang menunjukkan amygdalin dan laetril berjaya dalam melawan sel kanser23. Sebuah kajian hampir membuktikan amygdalin berjaya merawat kanser, namun, rupanya genom kuman pada tikus tersebut telah mempengaruhi  metabolisme amygdalin, oleh itu kesan antitumor di dalam kajian ini telah dipersetujui bukan disebabkan oleh amygdalin19.

Atas sebab sebab yang telah dibincangkan di atas, saintis telah memutuskan bahawa amygdalin dan laetril yang boleh didapati di dalam biji aprikot tidak membawa apa apa manfaat perubatan20,21  malah menghalang kajian terperinci dilakukan terhadap manusia kerana sifat racun dan toksik bahan tersebut telah dibuktikan22.

Penulisan artikel newsrescue telah dipengaruhi oleh buku “A World Without Cancer” hasil penulisan  G. Edward Griffin. Beliau mempunyai kelulusan peringkat ijazah dalam syarahan dan komunikasi. Beliau terkenal dengan penyebaran teori konspirasi. Antara penipuan lain yang disebarkan oleh Griffin selain amygdalin boleh mengubati kanser ialah penyakit AIDS bukan penyakit sebenar tetapi kesan ubat HIV. Tahniah Griffin, darah mereka yang tergadai disebabkan pengambilan amygdalin dan laetril di tangan awak.

Saya seru mereka yang mengambil biji aprikot untuk hentikan pengambilannya. Berhenti meracuni diri anda. Khabar yang menyatakan biji aprikot boleh mengubati bukan daripada saintis dan doktor, tetapi daripada seorang ahli konspirasi tanpa latar  belakang sains dan perubatan.

Akhir kalam, saya tampar G. Edward  Griffin dengan  24 rujukan saya.

Rujukan:

  1. Zehir, A., Benayed, R., Shah, R., Syed, A., Middha, S., & Kim, H. et al. (2017). Mutational landscape of metastatic cancer revealed from prospective clinical sequencing of 10,000 patients. Nature Medicine, 23(6), 703-713.
  2. King, R. (2000). Cancer biology(2nd ed.). Essex: Pearson Education.
  3. George Mann, Frederick; Charles Saunders, Bernard (1975). Practical Organic Chemistry (4th ed.). London: Longman. pp. 509–517.
  4. Adewusi, S., & Oke, O. (1985). On the metabolism of amygdalin. 1. The LD50 and biochemical changes in rats. Canadian Journal Of Physiology And Pharmacology, 63(9), 1080-1083.
  5. Taylor J, Roney N, Harper C, Fransch, M, Swarts S. (2006). Toxicological Profile for Cyanide. US Department of Health and Human Services, Agency for Toxic Substances and Disease Registry. Washington, DC.
  6. Bromley, J., Hughes, B., Leong, D., & Buckley, N. (2005). Life-Threatening Interaction Between Complementary Medicines: Cyanide Toxicity Following Ingestion of Amygdalin and Vitamin C. Annals Of Pharmacotherapy, 39(9), 1566-1569.
  7. Smith, F., Butler, T., Cohan, S., & Schein, P. (1977). Laetrile Toxicity: A Report of Two Cases. JAMA: The Journal Of The American Medical Association, 238(13), 1361.
  8. Vogel, S., Sultan, T., & Ten Eyck, R. (1981). Cyanide Poisoning. Clinical Toxicology, 18(3), 367-383.
  9. Morse, D., & et al. (1979). More on Cyanide Poisoning from Laetrile. New England Journal Of Medicine, 301(16), 892-892.
  10. Sahin, S., Kırel, B., & Carman, K. (2011). Fatal cyanide poisoning in a child, caused by eating apricot seeds. American Journal Of Case Reports. 12, 70-72.
  11. Lasch, EE. Shawa, RE. (1981). Multiple Cases of Cyanide Poisoning by Apricot Kernels in Children from Gaza. American Academy of Pediatrics. 68(1).
  12. Anissuhailin Zainal Abidin. (2010). Chemical constituents of Litsea Machilifolia (Postgraduate). University of Malaya.
  13. Chen, Y., Ma, J., Wang, F., Hu, J., Cui, A., & Wei, C. et al. (2012). Amygdalin induces apoptosis in human cervical cancer cell line HeLa cells. Immunopharmacology And Immunotoxicology, 35(1), 43-51.
  14. Qian, L., Xie, B., Wang, Y., & Qian, J. (2015). Amygdalin-mediated inhibition of non-small cell lung cancer cell invasion in vitro. International Journal Of Clinical And Experimental Pathology, 8(5), 5363-5370.
  15. Juengel, E., Thomas, A., Rutz, J., Makarevic, J., Tsaur, I., & Nelson, K. et al. (2015). Amygdalin inhibits the growth of renal cell carcinoma cells in vitro. International Journal Of Molecular Medicine, 37(2), 526-532.
  16. Juengel, E., Afschar, M., Makarević, J., Rutz, J., Tsaur, I., & Mani, J. et al. (2016). Amygdalin blocks the in-vitro adhesion and invasion of renal cell carcinoma cells by an integrin-dependent mechanism. International Journal Of Molecular Medicine, 37(3), 843-850.
  17. Makarević, J., Tsaur, I., Juengel, E., Borgmann, H., Nelson, K., & Thomas, C. et al. (2016). Amygdalin delays cell cycle progression and blocks growth of prostate cancer cells in vitro. Life Sciences, 147, 137-142.
  18. Lee, H., & Moon, A. (2016). Amygdalin Regulates Apoptosis and Adhesion in Hs578T Triple-Negative Breast Cancer Cells. Biomolecules & Therapeutics, 24(1), 62-66.
  19. Yamshanov, V., Kovan’ko, E., & Pustovalov, Y. (2016). Effects of Amygdaline from Apricot Kernel on Transplanted Tumors in Mice. Bulletin Of Experimental Biology And Medicine, 160(5), 712-714.
  20. Milazzo, S., Ernst, E., Lejeune, S., & Schmidt, K. (2015). Laetrile treatment for cancer. Cochrane Database Of Systematic Reviews, (4).
  21. Moertel CG, Fleming TR, Rubin J, Kvols LK, Sarna G ,Koch R, et al. A Clinical Trial of Amygdalin (Laetrile) in the Treatment of Human Cancer. Journal of Medicine. 306(4):201–6.
  22. Kapoor, S. (2014). Safety of studies analysing clinical benefit of amygdalin. Immunopharmacology And Immunotoxicology, 36(1), 87-87.
  23. PDQ Integrative, Alternative, and Complementary Therapies Editorial Board. Laetrile/Amygdalin (PDQ®): Health Professional Version. 2017 Mar 15. In: PDQ Cancer Information Summaries [Internet]. Bethesda (MD): National Cancer Institute (US); 2002
  24. O’Brien, B., Quigg, C., & Leong, T. (2005). Severe cyanide toxicity from “vitamin supplements”. European Journal Of Emergency Medicine, 12(5), 257-258


10 February 2021

Kamu & Kenangan

Seusai itu Senja jadi sendu Awanpun mengabu Kepergianmu menyisakan duka Dalam hidupku Ku memintal rindu Menyesali waktu Mengapa dahulu Tak ku ucapkan aku mencintaimu Sejuta kali dalam sehari Walau masih bisa senyum Namun tak selepas dulu Kini aku kesepian Kamu dan segala kenangan Menyatu dalam waktu yang berjalan Dan aku kini sendirian Menatap dirimu hanya bayangan Tak ada yang lebih pedih Daripada kehilangan dirimu Cintaku tak mungkin beralih Sampai mati hanya cinta padamu Ku mencintaimu Kamu dan kenangan

09 February 2021

Plaster Dinding...DIY

 




Kalau nak ratakan follow step ni. Basic je :

1. Tarik benang dari kiri ke kanan (hujung sampai hujung. Pastikan jarak benang atas & bawah dalam 1 meter).

2. Letak level peg. Tepek simen tu sampai kena benang supaya rata.

3. Bila level peg dah kering, boleh start plaster ikut tebal level peg.(pakai pasir halus ya)

4. Ratakan guna kayu panjang.(biasa pakai untuk plaster)

5. Dah siap plaster ikut level peg. Mostly dah nampak rata dah..

6. Bila permukaan start dah nak kering, gosok dengan span lembab.. sponge trowel... 




Pakai benang.

Langkah 1.

Tepi dinding kiri dan kanan tarik benang secara vertikal.

Gunakan paku batu.

Jarak benang dari dinding sekurang-kurangnya 20mm. Ini    bagi tujuan ketebalan plaster dinding. Timbang tegak benang guna spirit level.


Langkah ke 2. Tarik benang di dinding di bahagian paling bawah, tengah dan atas secara horizontol. Benang ini perlu menyentuh (tanpa menekan benang vertikal) benang dilangkah 1.


Kemudian plaster dengan tebal simen ikut benang yg dipasang.

Peringkat ini cuma perlu plaster lebih kurang 4 inci lebar sahaja mengikut laluan benang.


Langkah 3.

Buka benang2 tadi dan plaster ikut simen yang dah di plaster di langkah 2.


Selamat mencuba.


Nota : lebih banyak benang lebih baik.




Kena ratakan masa kasar, (pasir halus) plastar kasar sampai betul2 cun, pakai kayu panjang yg lurus, aluminum plaster. repair sebaik mungkin sampai puas hati pakai span basah. sampai betul Rata. tunggu kering, baru plaster simen dgn kapur layan je. Kena sabar kerja ni, klu satu tak Rata, memang tak Rata abis. nak repair Kena buat dua lapisan balik klu nak repair, kasar bagi Rata, baru pelicin. mase simen dgn pasir boleh dibentuk, klu dah simen saje tak jadi bentuk.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1227966947401975&id=213738372158176