12 April 2022

Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

05 March 2021

KANSER - SATU PERNIAGAAN - BIJI APRIKOT

Pautan asal : https://www.thepatriots.asia/betul-ke-apricon-mampu-sembuhkan-kanser/

Pada bulan Jun yang lepas saya telah menjumpai sebuah artikel (baca disini) yang diterbitkan oleh newsrescue.com, menyatakan bahawa biji aprikot mampu mengubati kanser, dan kanser bukanlah sebuah penyakit, tetapi simptom kekurangan nutrien. Jadi, pada kesempatan kali ini, saya ingin membincangkan mengenai dakwaan artikel tersebut.

Pertama sekali, saya rasa adalah perlu, untuk menjelaskan perkara perkara yang terlibat dalam perbincangan ini. Artikel newsrescue mendakwa bahawa kanser bukan sebuah penyakit:

You might not believe this but cancer is not a disease; it is a business.

Know this: there is no disease called cancer. Cancer consists of only a deficiency of vitamin B17. It is nothing else.

Fikiran saya apabila membaca mengenai dakwaan ini ialah, kepala hotak dia kanser bukan penyakit! Malah, penulis artikel tersebut meneruskan dakwaan dengan mengatakan bahawa kanser hanyalah kesan daripada kekurangan vitamin B17. Ini menunjukkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang sangat kurang, malah salah mengenai penyakit kanser.

“Kanser bukanlah sebuah penyakit”; jika ditafsirkan daripada suatu perspektif, ya ia bukan sebuah, malah sejenis kumpulan penyakit. Masyarakat lazim menafsir bahawa kanser merupakan satu jenis penyakit, tetapi sebenarnya, kanser merangkumi pelbagai jenis penyakit dengan satu persamaan dalam ciri kemunculannya, iaitu mutasi terhadap gen sel badan.

Gen boleh dianggap sebagai pelan rumah ataupun kod perisian komputer, dan jika terdapat kesalahan atau perubahan yang tidak diingini (mutasi), sel tersebut akan bertindak di luar kawalan badan (sama seperti jika pelan rumah menunjukkan bumbung dipasang di bahagian tepi atau rumah tidak mempunyai tiang, semuanya akan jadi serabut dan di luar kawalan. Dan jika memakai analogi perisian komputer, boleh jadi ia akan bertindak di luar algoritma, dan tidak menamatkan perkiraan seperti virus trojan).


 

Lalu sel sel kanser akan bertindak di luar kawalan badan, bertindak seperti ia mengutamakan kemandiriannya sendiri. Ia mula membiak tanpa had, dan menarik salur darah ke arahnya agar dia mempunyai keutamaan dalam mendapat nutrien. Sel sel yang membiak akan membesar dan menghasilkan ketumbuhan (tumor). Tumor ini pula terbahagi kepada 2 jenis, benigna (tidak merebak) dan malignan (merebak)2.

Vitamin B17, atau nama sebenarnya amygdalin, bukanlah sejenis vitamin. Vitamin adalah bahan yang diperlukan dalam kuantiti yang sangat sedikit dalam usaha untuk melakukan proses fisiologi badan.  Oleh sebab itu, nama vitamin berasal daripada singkatan “vital amine”. Tetapi mengikut konvensi terkini, vitamin tidak terhad kepada sebatian amina sahaja. Manusia boleh hidup sihat tanpa pengambilan amygdalin, oleh itu amygdalin tidak dikelaskan sebagai vitamin.

Terma vitamin B17 diperkenalkan oleh Ernst T.Krebs untuk melabelkan amygdalin dan laetril sebagai makanan tambahan dan bukannya bahan farmaseutikal. Hal ini mungkin bertujuan untuk mengelak peraturan bahan farmaseutikal yang ketat dikenakan oleh pihak kerajaan.

Amygdalin merupakan sebatian glikosida sianogenik. Glikosida adalah kumpulan sebatian yang mempunyai molekul atau rantaian karbohidrat terikat dengannya. Terma sianogenik digunakan untuk menunjukkan sebatian ini mempunyai kumpulan berfungsi nitril, -C≡N.

Masalah dengan amygdalin dan laetril  berpunca dari kumpulan berfungsi nitril tersebut. Bahan bahan nitril akan ditukarkan kepada  hidrogen sianida (bahan beracun) di dalam usus manusia3. Laetril, bahan kimia sintetik yang digunakan sebagai pengganti amygdalin juga bertindak sedemikian dalam usus manusia. Mengikut nilai dos kematian amygdalin (LD50), 50-80 biji diperlukan untuk membawa kematian kepada lelaki4 dewasa dan bilangan  maksimum paling selamat ialah 3 biji untuk lelaki dewasa. Untuk kanak kanak pula ialah  setengah biji5. Tetapi kandungan amygdalin dan hidrogen sianida mungkin berbeza beza dalam setiap sampel biji aprikot,  dan mungkin ada biji aprikot yang mengandungi bahan ini secara berlebihan. Jadi pengambilan biji aprikot adalah sangat tidak digalakkan. Kerana ia merupakan sesuatu yang tidak perlu malah memudaratkan.


Badan manusia akan menguraikan  sebatian sianida menggunakan enzim rhodanes. Bagi individu yang dilahirkan kurang berkebolehan untuk mengurai sianida, pengambilan biji aprikot akan menjadi sangat bahaya.  Pengambilan vitamin C bersama biji aprikot pula akan memburukkan lagi keadaan, kerana vitamin C meningkatkan penukaran amygdalin dan laetril kepada sianida dan mengurangkan tahap cystein yang diperlukan untuk membuat enzim rhodanes. Hasilnya, lebih banyak sianida akan terkumpul di dalam badan pesakit yang mengambil vitamin C bersama-sama biji aprikot6.

Terdapat beberapa kes keracunan amygdalin dan laetril yang popular, antaranya  kes  melibatkan manusia dewasa7,8,9 dan beberapa kanak kanak10,11. Kanak kanak  berisiko untuk mati, walaupun dengan pertolongan medikal yang rapi 10,11.  Lasch & Shawa  (1981) mendokumenkan 3 orang kanak kanak Gaza mati akibat keracunan  sianida hasil pengambilan biji aprikot. Seorang wanita Australia menghidap penyakit diabetes insipidus selepas mengalami keracunan sianida, dipercayai hasil tindak balas badan untuk membuang amygdalin yang diambil olehnya24. Semua kes keracunan amygdalin dan laetril serupa dengan keracunan  sianida.

Sebenarnya Ernst T.Krebs mengharapkan bahawa amygdalin menjadi bahan yang mampu mengubati kanser. Tetapi  pelbagai kajian oleh saintis lain membuktikan amygdalin tidak berkesan dalam merawat kanser, malah menyebabkan keracunan sianida. Sebenarnya banyak bahan yang mempunyai potensi untuk membunuh sel kanser ditemui, tetapi bahan tersebut tidak sesuai kerana cirinya yang beracun. Seorang pensyarah saya di UIA dalam tesis masternya12, mengenal pasti beberapa bahan yang berpotensi mengubat kanser daripada pokok medang ketukur/balong, namun bahan tersebut juga tidak sesuai atas sifatnya yang toksik.

Amygdalin, seperti yang saya bincangkan pada perenggan di atas, menunjukkan potensi untuk merawat sel kanser dengan cara membataskan tumbesaran tumor14,15,16,17 dan membunuh sel kanser13,18 dalam keadaan in vitro (kultur makmal). Namun , tiada satu kes in vivo (sel di dalam organisme hidup) yang menunjukkan amygdalin dan laetril berjaya dalam melawan sel kanser23. Sebuah kajian hampir membuktikan amygdalin berjaya merawat kanser, namun, rupanya genom kuman pada tikus tersebut telah mempengaruhi  metabolisme amygdalin, oleh itu kesan antitumor di dalam kajian ini telah dipersetujui bukan disebabkan oleh amygdalin19.

Atas sebab sebab yang telah dibincangkan di atas, saintis telah memutuskan bahawa amygdalin dan laetril yang boleh didapati di dalam biji aprikot tidak membawa apa apa manfaat perubatan20,21  malah menghalang kajian terperinci dilakukan terhadap manusia kerana sifat racun dan toksik bahan tersebut telah dibuktikan22.

Penulisan artikel newsrescue telah dipengaruhi oleh buku “A World Without Cancer” hasil penulisan  G. Edward Griffin. Beliau mempunyai kelulusan peringkat ijazah dalam syarahan dan komunikasi. Beliau terkenal dengan penyebaran teori konspirasi. Antara penipuan lain yang disebarkan oleh Griffin selain amygdalin boleh mengubati kanser ialah penyakit AIDS bukan penyakit sebenar tetapi kesan ubat HIV. Tahniah Griffin, darah mereka yang tergadai disebabkan pengambilan amygdalin dan laetril di tangan awak.

Saya seru mereka yang mengambil biji aprikot untuk hentikan pengambilannya. Berhenti meracuni diri anda. Khabar yang menyatakan biji aprikot boleh mengubati bukan daripada saintis dan doktor, tetapi daripada seorang ahli konspirasi tanpa latar  belakang sains dan perubatan.

Akhir kalam, saya tampar G. Edward  Griffin dengan  24 rujukan saya.

Rujukan:

  1. Zehir, A., Benayed, R., Shah, R., Syed, A., Middha, S., & Kim, H. et al. (2017). Mutational landscape of metastatic cancer revealed from prospective clinical sequencing of 10,000 patients. Nature Medicine, 23(6), 703-713.
  2. King, R. (2000). Cancer biology(2nd ed.). Essex: Pearson Education.
  3. George Mann, Frederick; Charles Saunders, Bernard (1975). Practical Organic Chemistry (4th ed.). London: Longman. pp. 509–517.
  4. Adewusi, S., & Oke, O. (1985). On the metabolism of amygdalin. 1. The LD50 and biochemical changes in rats. Canadian Journal Of Physiology And Pharmacology, 63(9), 1080-1083.
  5. Taylor J, Roney N, Harper C, Fransch, M, Swarts S. (2006). Toxicological Profile for Cyanide. US Department of Health and Human Services, Agency for Toxic Substances and Disease Registry. Washington, DC.
  6. Bromley, J., Hughes, B., Leong, D., & Buckley, N. (2005). Life-Threatening Interaction Between Complementary Medicines: Cyanide Toxicity Following Ingestion of Amygdalin and Vitamin C. Annals Of Pharmacotherapy, 39(9), 1566-1569.
  7. Smith, F., Butler, T., Cohan, S., & Schein, P. (1977). Laetrile Toxicity: A Report of Two Cases. JAMA: The Journal Of The American Medical Association, 238(13), 1361.
  8. Vogel, S., Sultan, T., & Ten Eyck, R. (1981). Cyanide Poisoning. Clinical Toxicology, 18(3), 367-383.
  9. Morse, D., & et al. (1979). More on Cyanide Poisoning from Laetrile. New England Journal Of Medicine, 301(16), 892-892.
  10. Sahin, S., Kırel, B., & Carman, K. (2011). Fatal cyanide poisoning in a child, caused by eating apricot seeds. American Journal Of Case Reports. 12, 70-72.
  11. Lasch, EE. Shawa, RE. (1981). Multiple Cases of Cyanide Poisoning by Apricot Kernels in Children from Gaza. American Academy of Pediatrics. 68(1).
  12. Anissuhailin Zainal Abidin. (2010). Chemical constituents of Litsea Machilifolia (Postgraduate). University of Malaya.
  13. Chen, Y., Ma, J., Wang, F., Hu, J., Cui, A., & Wei, C. et al. (2012). Amygdalin induces apoptosis in human cervical cancer cell line HeLa cells. Immunopharmacology And Immunotoxicology, 35(1), 43-51.
  14. Qian, L., Xie, B., Wang, Y., & Qian, J. (2015). Amygdalin-mediated inhibition of non-small cell lung cancer cell invasion in vitro. International Journal Of Clinical And Experimental Pathology, 8(5), 5363-5370.
  15. Juengel, E., Thomas, A., Rutz, J., Makarevic, J., Tsaur, I., & Nelson, K. et al. (2015). Amygdalin inhibits the growth of renal cell carcinoma cells in vitro. International Journal Of Molecular Medicine, 37(2), 526-532.
  16. Juengel, E., Afschar, M., Makarević, J., Rutz, J., Tsaur, I., & Mani, J. et al. (2016). Amygdalin blocks the in-vitro adhesion and invasion of renal cell carcinoma cells by an integrin-dependent mechanism. International Journal Of Molecular Medicine, 37(3), 843-850.
  17. Makarević, J., Tsaur, I., Juengel, E., Borgmann, H., Nelson, K., & Thomas, C. et al. (2016). Amygdalin delays cell cycle progression and blocks growth of prostate cancer cells in vitro. Life Sciences, 147, 137-142.
  18. Lee, H., & Moon, A. (2016). Amygdalin Regulates Apoptosis and Adhesion in Hs578T Triple-Negative Breast Cancer Cells. Biomolecules & Therapeutics, 24(1), 62-66.
  19. Yamshanov, V., Kovan’ko, E., & Pustovalov, Y. (2016). Effects of Amygdaline from Apricot Kernel on Transplanted Tumors in Mice. Bulletin Of Experimental Biology And Medicine, 160(5), 712-714.
  20. Milazzo, S., Ernst, E., Lejeune, S., & Schmidt, K. (2015). Laetrile treatment for cancer. Cochrane Database Of Systematic Reviews, (4).
  21. Moertel CG, Fleming TR, Rubin J, Kvols LK, Sarna G ,Koch R, et al. A Clinical Trial of Amygdalin (Laetrile) in the Treatment of Human Cancer. Journal of Medicine. 306(4):201–6.
  22. Kapoor, S. (2014). Safety of studies analysing clinical benefit of amygdalin. Immunopharmacology And Immunotoxicology, 36(1), 87-87.
  23. PDQ Integrative, Alternative, and Complementary Therapies Editorial Board. Laetrile/Amygdalin (PDQ®): Health Professional Version. 2017 Mar 15. In: PDQ Cancer Information Summaries [Internet]. Bethesda (MD): National Cancer Institute (US); 2002
  24. O’Brien, B., Quigg, C., & Leong, T. (2005). Severe cyanide toxicity from “vitamin supplements”. European Journal Of Emergency Medicine, 12(5), 257-258


14 August 2019

Diet dan Penyakit Kanser

PENGENALAN:
Pemakanan yang seimbang dan nutrient yang mencukupi adalah penting untuk setiap individu. Keperluan pemakanan bagi pesakit kanser akan meningkat semasa sakit dan sewaktu menerima rawatan.

Pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan. Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser juga semasa menjalani rawatan. Ia di akibatkan oleh kerana kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.

PROTEIN DAN KALORI YANG MENCUKUPI DIPERLUKAN UNTUK:
a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DIET TINGGI KALORI DAN TINGGI PROTEIN?
Diet tinggi kalori dan tinggi protein adalah diet yang dapat membekalkan tenaga dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan pesakit kanser bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.

CONTOH:
MAKANAN TINGGI KALORI MAKANAN TINGGI PROTEIN
  • Nasi Goreng/ Beriani/Lemak
  • Mee Kari/Bandung
  • Roti Canai/Roti Murtabak
  • Bubur Kacang/Jagung/Cha-Cha
  • Puding Bersusu/ Puding Karamel/Kek
  • Ais Krim/ Cendol/Abc
  • Sup Berkrim-Cendawan/Ayam
  • Susu Penuh Krim/Minuman Bersusu Dan Minuman Formula Khas
  • Ikan/ Ayam/Daging
  • Susu Dan Hasil Tenusu
  • Telur
  • Kekacang Dan Hasil Kekacang
Seperti Kacang Dhal, Kacang Hijau, Kacang Merah, Tauhu, Tempe Dan Lain-Lain.

TIPS UNTUK MENINGKATKAN KALORI DAN PROTEIN DI DALAM HIDANGAN ANDA.
  1. Tambah susu atau/dan gula dalam pudding, telur hancur, lempeng dan ABC.
  2. Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega/marjerin dan makan dengan madu/jem.
  3. Tambah keju dan mentega di dalam sandwich.
  4. Tambahkan sos salad dalam salad sayur-sayuran.
  5. Tambah telur dalam cucur dan cicah dengan sos atau kuah kacang.
  6. Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.
  7. Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman
  8. Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, gula, jem, kaya dan madu dalam makanan dan minuman harian menhgikut kesesuaian.
KESAN SAMPINGAN RAWATAN ANTI KANSER YANG BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA PENGAMBILAN MAKANAN PESAKIT KANSER.
Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit kanser mengalami penurunan sistem ketahanan badan dan juga mengalami penurunan berat badan yang ketara yang boleh memberi kesan terhadap keberkesanan rawatan anti kanser kepada pesakit.
 
Kesan-kesan sampingan tersebut adalah:


a) Hilang selera makan
b) Sakit mulut/tekak
c) Mulut kering
d) Loya / muntah
e) Cirit-birit
f) Perubahan deria rasa dan bau
g) Kurang sel darah putih


AWAS!
MAKANAN YANG TERPROSES ATAU 'JUNK FOOD', DAGING TERPROSES DAN MINUMAN RINGAN SEPERTI MINUMAN BERKARBONAT BOLEH MEMBERIKAN MUDARAT KEPADA PESAKIT KANSER.


DISEDIAKAN OLEH
JABATAN DIETETIK & SAJIAN
INSTITUT KANSER NEGARA

PANTANG LARANG BAGI PESAKIT KANSER. PESAKIT KANSER SEDAYA UPAYA ELAK MAKAN:



1) Elak makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat ditukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5 - merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Elak ambil gula - Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian.

3) Elak makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Mengalakan sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Elak makan seafood - seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Elak Minum - Kopi, teh, minuman bercoklat (sel kanser akan lebih cepat merebak).

6) Elak makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Elak makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Elak makan Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. (Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain - Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Elak makan makanan jeruk, segera & sebarang produk dalam tin - seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Elak makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan seumpamanya.

11) Elak makanan yang dipanggang & dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Elak makan sayur-sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih, cendawan dan lain-lain (sebarang sayur yang berwarna putih.

Sumber: Tidak pasti kebenarannya

12 Jenis Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Penghidap Kanser


 
Kanser merupakan satu daripada lima punca kematian utama di Malaysia dan sebanyak 12 peratus kematian dilaporkan di hospital kerajaan setiap tahun akibat kanser  Di Malaysia, kanser pang­kal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan. Selain itu kanser paru-paru, hidung, limfoma, serviks dan prostat terus menjadi kebimbangan utama di kalangan rakyat negara kita. Pemakanan yang baik amat penting bagi mereka yang menghidapi kanser.
Terdapat beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh penghidap kanser.

1. Taugeh
Mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser.

2. Laici, Nenas, Buah Dalam Tin
Meransang pertumbuhan kanser kerana adanya bahan pengawet.

3. Nangka
Adanya gas dan mengurangkan fungsi ubat.

4. Alkohol

Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.

5. Tapai dan minuman ringan
Mengandungi alkohol ( tapai ) dan zat lain yang merangsang pertumbuhan kanser.

6. Perasa makanan ( MSG ) Dan Gula
Karsinogen. Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.

7. Ikan yang diawet, belacan, ayam broiller, makanan berlemak dan berminyak
Karsinogen dan mengurangkan kelancaran peredaran darah. Mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

8. Kangkung dan sawi putih
Mengurangkan kesan ubat.

9. Ais
Mengurangkan kelancaran peredaran darah dan mengurangkan kesan ubat.

10. Cili
Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.

11. Daging Merah
Menyediakan pertumbuhan tidak normal. Orang yang makan banyak daging merah ( daging lembu dan daging kambing), dan daging yang dibakar dan daging diproses seperti sosej, daging dan burger adalah berisiko menghidap kanser usus, menurut laporan dalam Jurnal Perubatan British. 

Penyebabnya adalah  amina heterocyclic yang terbentuk di permukaan daging apabila ia panggang, goreng atau dibakar.  Walaupun kajian haiwan menunjukkan bahawa pengambilan tinggi amina heterocyclic boleh menggalakkan kanser, namun ia tidak ada bukti langsung pada manusia.
Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur.

12. Soya
Elak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estroge yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan makan makanan berasaskan soya hanya untuk pesakit kanser rahim,ovari dan prostat.

Sumber : Buku Pencegahan Penyakit Dengan Terapi Herba

https://www.wanista.com/2014/28135/12-jenis-makanan-yang-harus-dielakkan-oleh-penghidap-kanser/

23 September 2018

Keladi Tikus Membantutkan Sel Kanser

 




Place your order HERE



Khasiat dan kegunaan

Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisue dalaman (edema). Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru paru. Di Filipina pembungaannya (inflorescence) diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu dalam penyembuhan luka (Perry, 1980).

Pembuatan Jus Keladi Tikus

Seluruh tanaman ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan, mulai dari akar (ubi), batang, daun, sehingga kebunganya. Ada berbagai cara penyediaan, diantaranya ;

1. Rebusan
Rebus dan minum airnya. Boleh kalau diambil bersama-sama dengan herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, dan temu putih. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu diantara dua atau tiga sudu setiap hari.

2. Dikisar tanpa masak
i) Ambil tumbuhan Keladi Tikus segar sebanyak 50 gram (keseluruhan: terdiri dari ubi, daun, akar). Pilih bagian yang elok (sehat), buanglah bahagian-bahagian yang sudah rosak, bersihkan ubi yang membusuk dsb. Cuci sampai bersih pada air yang mengalir.

ii) Keringkan dahulu kemudian tumbuk / giling atau blend.Cuba elak dari memakai peralatan dari besi terutama yang mudah berkarat termasuk alumunium.

iii) Tambah air secukupnya. Gunakan air RO ia amat amat digalakkan kemudian diPerah dan tapis.

iv) Jus Keladi Tikus siap diminum. Kalau ingin merasa manis tambahlah madu. 

3. Pengeringan / Serbuk

Tumbuhan yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu;

i) Dibasuh bersih,batang dan daun dari kotoran. 

ii) Dibasuh bersih di celah celah batang dan dibawah lipatan. 

iii) Di gosok ubinya sehingga bersih dari kulit kering dan kotoran.

iv) Di pisahkan batang dari ubinya dan dibasuh bersih

v) Di tos keluar air dari tumbuhan kemudian dijemur kering.

vi) Tumbuhan yang sudah kering di tumbuk / kisar dijadikan serbuk kemudian dijadikan dalam bentuk pil.

PENGAMBILAN:

3 x sehari @ 50 gram tanaman segar (pagi, petang,malam). Diminum ½ jam sebelum makan. Bagi yang mempunyai gangguan perut diminum ½ jam setelah makan. 
Wanita hamil kurang dari 4 bulan dilarang minum Jus Keladi Tikus.

Catatan yang perlu diperhatikan

• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yang menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.
• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.
• Jika tidak dapat minum habis jus yang telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yang sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rusak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yang terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yang baru
• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastis.
• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / majun. Hati-hati dengan informasi yang menyesatkan.
• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya. Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yang sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yang sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.
• Pastikan anda berpakaian panjang dan bersarung tangan dan kasut getah apa bila mencuci buah dan pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal diagggota badan.

KHASIAT UBATAN KELADI TIKUS

1. Membantut ketumbuhan Sel Tumor
2. Membantut ketumbuhan sel kanser
3. Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb)
4. Bertindak sebagai Anti-virus dan bakteria
5. Merungkaikan keracunan toksik ubatan
6. Merungkaikan keracunan toksik rokok
7. Mengatasi penyakit diabatis melitus
8. Mengatasi tekanan
9. Meningkat stamina dan ketahanan diri
10. Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung
11. Meyembuh selsema, batuk, kahak dan sakit kepala
12. Anti Asma
13. Meredahkah bengkak dan sakit
14. Mengatasi masalah kekembungan perut
15. Menyembuh penyakit hati

Isi kandungan pada Daun;

1. Hexa acid dekanoat
2. Acid okta dekanoat
3. Lauric acid
4. Acid kapriat
5. Koniferin

Isi Kandung dalam Batangnya(steim):

1. Serebrosida
2. Daukasterol
3. Inactivating ribosome protein / RIP

Isi Kandung pada Jalur Melintang (rhizome)

1. Alkaloids
2. Triterpenoid
3. Polyphenols
4. Arginine
5. Tritofan
6. Fitol

Bagaimana Typhonium Flagelliforme bertindak ?

Typhonium Flagelliforme / keladi tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat cancer. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.

Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pankreas.

Apakah itu Sel kanser?

Kanser adalah penyakit yang melibatkan fikiran, tubuh dan jiwa. Jiwa proaktif berfikir positif sangat membantu penyembuhannya. Emosi, sifat sulit memaafkan memicu tubuh kita berada dalam situasi tegang dan mempengaruhi tingkat kasaman menjadi tinggi dan ini menyuburkan sel-sel kanser.

Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak terkawal dan mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. 

Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.

Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Keladi tikus mempunyai senyawa beracun
Penggunaan nya harus berhati 2


Kredit: https://m.facebook.com/groups/938519249600921?view=permalink&id=1293404830779026


01 August 2018

Hot foods such as curry, chili, ginger, etc. let the body's cancer cells go to sleep more



 
In an international seminar, one of Dr. Dai, who is currently at the American Cancer Center, shared his findings on the growth kinetics of cancer cells with "Is Cancer Curable?" What is scared is metastasis.

Primary cancer does not kill the patient, and once the cancer cells metastasize, the wind and waves in other tissues and organs allow the patient to gradually (or quickly) die. But why do some patients with metastatic cancer have not continued to deteriorate?


Japan has dissected dozens of 90-103-year-olds who have no pain and naturally survived, and found that each of them has many cancer cells in their bodies. But why are their cancer cells not causing physical pain?


Dr. Dai and several cancer research scholars have found that cancer cells enter a "dormant period" after a period of activity, and they become active again after a period of sleep, making waves. The longer the "dormancy period," the longer the patient can live, without even fearful "transfer."


The medical community is now actively researching ways to delay the "dormant phase" of cancer cells, including the use of drugs and diet. "Effectively Preventing Cell Carcinogenesis," the paper mentions several natural products that can help cancer cells enter a "dormancy period" by controlling the pathway of signal transduction in cancer cells. 


The ingredients of the food, let the cancer cells in the body go to sleep more.

1. Curry (anti-cancer ingredient is curcumin)
2. Chili (anti-cancer ingredient is capsaicin)
3. Ginger (anti-cancer ingredient is curcumin)
4. Green tea (anti-cancer ingredient is catechin)
5. Soybean (anti-cancer ingredient is isoflavones)
6. Tomato (anticancer ingredient is lycopene)
7. Grape (anti-cancer ingredient is resveratrol)
8. Garlic (anti-cancer ingredients are sulfides)
9. Korean cabbage (anti-cancer ingredient is Indole 吲哚)
10. Cauliflower (anti-cancer ingredients are sulphides)

PS. * A pharmacist raises the following:

This article was passed to everyone for merit easy to understand.
Because of the recent medical longevity drugs
Contains the following four types:
Curcumin, Resveratrol, Silymarin, and Astragalus (four components), the first two of which appeared in the above text, mentioned above: Curcumin and Ginger have anti-cancer properties of "curcumin."
Look at the following [first, third, sixth, eight, nine items], it is terrible!

Wei Fu Department announced that the main cause of colorectal cancer comes from
Ten horror foods...


https://www.youtube.com/watch?v=jF0C1rtUfKE

China News Magazine

Beware! Cancer is eaten.

1. hamburger fries + cola
2. Pork ribs rice + Zhen milk
3. Pot Sticker + Soy Milk
4. Roasted Italian pasta + pastry soup
5. Korean fried chicken + beer
6. Fried Rice + Meatball Soup
7. Ramen + Frost Cream
8. Braised Pork Rice + Fish Ball Soup
9. Braised beef noodles + sauerkraut
10. Fried meat round + Oden





Yuzhong Research Institute has worked hard for 8 years to complete the most detoxified food...


* Release date: June 20, 2018 *


1. Sweet potato
2. Mung bean
3. Oats
4. Coron
5. Xiaomi
6. Brown rice
7. Red Beans
8. Carrots
9. Yam
10. Burdock
11. Asparagus
12. Onions
13. Lotus root
14. White radish
15. Artemisia halodendron
16. Sweet potato leaves
17. Radish leaves
18. Chuanqi
19. Yogurt
20. Vinegar

25 June 2018

Karot - Rawatan Kanser Kolon


Kisah Benar Pesakit Kanser Usus (Sumber buku: “Curing cancer with carrots”) - 


Seorang penulis buku kanak-kanak yang popular, Ann Cameron berkongsi pengalamannya tentang penyakit yang pernah dihadapinya yakni kanser usus. Sebelum itu suaminya meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru pada tahun 2005 walaupun menjalani kemoterapi. Pada Jun 2012 kanser ususnya sudah berada aras stage 3. Beliau tidak mahu mati seperti suaminya dan tidak mahu dirawat secara kemoterapi. Beberapa bulan kemudiannya, kansernya telah merebak ke paru-paru dan kansernya sudah berada pada stage keempat.


Beliau cuba mencari penawar dan menemui kisah Ralph Kalley yang mengalami kanser kulit dan Ralph sembuh dengan sendirinya apabila setiap hari mengamalkan jus lobak merah sepanjang hari. Ann Cameron mengamalkannya seperti yang di syorkan dan hasil selepasnya adalah seperti berikut;

8 minggu - doktor mengesahkan bahawa kanser nya telah berhenti merebak, tumor mula mengecut tetapi berlaku pembengkakan pada nod nod limfatik.
+ 4 bulan - nod nod limfatik kembali normal dan sel kanser mulai berkurangan.
+ 8 bulan – berdasarkan pemeriksaan Tomography berkomputer menunjukkan kansernya telah hilang.

Ini memberi kejutan kepada doktor dan beliau sendiri. Beliau mendapati jus lobak merah mempunyai sifat-sifat anti-tumor semulajadi.

Berikut adalah resipinya:

6 lobak merah
½ lemon, (dikupas)
1 inci halia (dipotong halus)
1 inci kunyit (dipotong halus)
⅛ sudu teh serbuk kayu manis
½ cawan air

Masukkan semua bahan dalam fruit juicer.

24 June 2018

Kayap - kaedah tradisional

Tidak kurang 50 kaedah alternatif ubati kayap
  1. sy ni india yg bagitau..dan sy dah cuba sendiri mmng menjadi....ambil taik cacing yg baru ..yg maseh basah tu..taik cacing tu cuma tanah basah jer dapu pada kayap semasa die basah tu biarkan kering baru lah d cuci..buat berulang kali inn shaa allah
  2. Sireh cina atau ketumpang air ambil pokok sireh cina, lumatkan tampal pd tempat kayap, sejuk dan cepat lega. lg bagus campur bedak sejuk.
  3. Daun delima
  4. Hempedu bumi rebus daun tu banyak2 Mandi dgn air yg dah Di rebus tu pastu minum obat hospital juga
  5. Sagu belanda
  6. tangkai jntung pisang, spu getah dia
  7. Akar pokok delima...diasah belakang pasu.... lps tu tempek tempat kena kayap.
  8. Ubi gerek..ubi gadong..
  9. Pokok ekor ular pn blh utk kulit..
  10. Pucuk daun gelenggang..tumbuk mcm inai..sapu sebelum mandi..
  11. Tpg jgung cmpur air kunyit idup n pati santan..sapu nti kurg rasa sakit n panas..
  12. daun keman air,daun delima,ubi benban giling sampai hancur buat sapuan.baca fatihah, ayat 3kul dan selawat. pas tu sapu kat atas kayap. inshaallah cepat kering dgn izin allah.
  13. Kelapa parut/sagat campur gula merah, semburkan d tempat kayap, tukang sembur mestilah teruna yng kawin janda, serius ni bukan main2
  14. Daun delima dng akar kangkung tumbuk dng bedak sjuk sapu
  15. Gambir makan sirih dgn santan pekat
  16. Keladi candek. Sapu kan getah dia pd kayap. Esuk dh kering. Blh kopek.
  17. Pucuk daun cili padi
  18. Daun gelengganh..tumbuk..buh kunyit hidup skit n kapur sireh..tampalkan kat tmpat kena kayap..in shaa allah..
  19. Paling mujarap gunalah daun reribu. Pokok melilit yg sering memanjat pagar. Daun digiling halus dan di pupuk ditempat kayap. Insyallah cepat sembuh. Diguna turun temurun keluarga kami. Ubat warisan paling bkesan
  20. Amek ubi sagu bemban di asah dan di campor dgn bedak sejuk disapu pd bahagian yg kena kayap..insya Allah
  21. Daun bunga melur cmpr bedak sejuk
  22. Ubi sagu belanda tu sejuk.kayap tu panas.sesuailh sejuk &panas
  23. Akar rumput samba dgn bedak sejuk je.
  24. Daun bunga birin...gesel2kan di tapak tangan sampai lumat tempek ke kayap..,ade juga kepercayaan kami org2 sarawak ambik air dri parang yg mati di bunuh...,air sapu ke situ.
  25. Pokok kayap...lekat dpokok mcm wau layang2,,,,ambl ubi akar asah n bdak sjuk spu je....
  26. Daun sagu belanda...mcm daun kunyit tpi ada ada putih2. Isinya d asah ats pasu....Tampal pda kayap. Kayap ular pun sembuh Sbb isi sagu belanda sejukk.
  27. Pokok duit2..tumbuk hingga lumat dan sapukan pd tempat kena kayap..inshaallah..
  28. Ustaz ade bgtahu ubot dia pokok semalu (akar dia) campur dgn sarang angkut angkut tumbuk letak sikit air zam ckit.sapu tempat kayap.insha Allah dgn izinNya
  29. Pucuk jering tumbuk Gaul dgn bedak sejuk
  30. Getah keladi kemahang tu mujarab
  31. Sagu lerek/sagu belanda / ubi garut...ambik isi nye...asah di pungung pasu n bedak kn tempat yg ade tumbuh kayap...cuba lh...
  32. Tepong ubi goreng dgn serbok tea .sampai kuning .angkat ambil sikit buh air gaul dan sapu .cuba tengok .ya....ustaz yg kata .
  33. Kunyah pinang dn daun sirih...pastu ambik air sapu tmpt yg kena...tk lama terus baik..time tu suami msuk ops..tu je lh yg dia guna..
  34. Daun amin buah,tumbuk dlm lesung,boh aiq cikit,pastu perah bik aiq dia cmpoq ngn bedak sjuk...sapu kt tmpat kayap,sejuk ja..insa allah...parut kayap pun xdak...ank dah jd...sya buat mcm tu...pesan tok guru sya...
  35. daun setawar
  36. Putik nangka pergi cari janda kawin dengan teruna suruh dia sembur dengan putik nangka nanti baik akak dah buat itu petuanya
  37. buah jagung muda.. tumbuk n sapu..
  38. Getah pokok rumbia.ambil dahan muda yg bergetah.bekas di potong tu ada lendir.lendir tu sapu pada kayap.past sembuh
  39. Sagu rumbia+bedak sejuk(x pedih tapi sagu rumbia susah nk dpt la ni)...Abg sulung akak kata...getah keladi..tapi pedih sgtt2..ada yg kata cili padi(uiii x sanggup aihh)sepupu suami akak buat ayaq penawaq asah dgn akaq bunga raya putih+bedak sejuk tapi klau nk cepat dan senang cerita...jumpa doktor je...
  40. keman air. tumbuk pokok keman air campur dgn bedak sejuk sapu kat kayap tu.
  41. Ubi larut/garut +bedak sejuk sapu kt kayap tu..sejuk rasanya..saya juga jumpa org yg blh tawarkan kayap..dulu kwn ada cite mak dia janda kawin bapanya teruna, maknya kunyah sireh dan sembur pesakit kayap tu Alhamdulillah sembuh..itu petua org tua2
  42. Air Akar Kayu Amirna
  43. Daun dukung anak. Anti virus. Kayap virus
  44. sembur pd kayap dgn air kunyahan pinang.bc bismillah,alfatihah,selawat syifa'.sembur. mtk Allah sembuhkn. Smga sembuh ye yg sakit tu.
  45. Daun pucuk pokok sentang
  46. Getah pelepah daun pisang, saya guna pisang raja.
  47. Daun takup bumi n rumput kucai yg keras
  48. Semalu air Tumbuk hingga hancur dan campur dengan bedak sejuk.. lepas tu tampal kat tempat sakit kayap
  49. pucuk peria tumbuk ngan beras atau bedak sejuk. Sapu kt tempat kena kayap. Kayap dia panas so ja ngan sapu minyak atau pun krim.
  50. getah jantung pisang.tapi nak dpt banyak susah gth cpt kering saya blend je jantung tu.pupuk atas kayap.nak baca2 x pandai .saya selawat n doa je.
  51. Daun kangkung darat,lenyek lumat2,campur dgn sdikit pati santan,tepek pd kayap tu,selawat,doa la bg sembuh,buat sampai kering kayap tu
  52. Akar pokok RHU yang banyak dipantai cari akarnya yang sebesar dua jari yang terbenanm ditanah ..yang nampak timbul tidak boleh ..gali dan cuci bersih..kemudian asah dibontot pasu yang kasar tu..dengan letak air sedikit demi sedikit..kemudian sapu atau tampal hampas tadi ditempay kayap insyaalh cepat sembuh ....dari pengamal perubatan tradisional.
  53. Ibu kunyit nk pati santan.kelapa diperah tanpa air.tumbuk kunyit campur ngn pati santan.dulu sya kena.ada orng indonesia bagi petua..alhamdulillah.dah sapu dia akn kering nnti
  54. Akar,batang & daun semalu,digiling/ tumbuk hingga lumat.
  • Tambahkan dgn seketul kecil tanah sarang angkut2 ( selalu terdpt pd dinding luar rumah)
  • Tambahkan sedikit air Zamzam..
  • Sambil menggaul bahan tersebut baca ..Selawat keatas Nabi kita & diikuti doa nabi Ayub "Anni massaniad dgurruu waanta arhamurrahimiin"
  • Tempelkan ramuan tersebut pada tpt ada kayap sambil terus bacakan dia diatas..InnShaaAllah kayap akn beransur kering & pulih..





Ubi Garut / Sagu Belanda dalam bahasa latin spesies Maranta Arundinacea. Umbi garut merupakan sagu belanda, labia walanta, irut, gaerut, erut, angkrik, peda-peda, hula moa, sagu bamban, pantat sagu, Erut (sebutan dipedukuhan Tepus), angkrik (Betawi), patat (Sunda), sagu (Ciamis dan Tasikmalaya), tarigu (Banten), sagu Belanda (Padang, Ambon dan Aceh) atau larut, pirut, kirut (Jawa Timur).


 
https://www.facebook.com/groups/540810316077189/permalink/1055987224559493/


http://tarmiziblog.blogspot.com/2011/03/rimpang-garut-sebagai-obat-mencret.html