12 April 2022

23 September 2018

Keladi Tikus Membantutkan Sel Kanser

 




Place your order HERE



Khasiat dan kegunaan

Di antara khasiat herba ini, ia bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang. Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisue dalaman (edema). Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru paru. Di Filipina pembungaannya (inflorescence) diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu dalam penyembuhan luka (Perry, 1980).

Pembuatan Jus Keladi Tikus

Seluruh tanaman ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan, mulai dari akar (ubi), batang, daun, sehingga kebunganya. Ada berbagai cara penyediaan, diantaranya ;

1. Rebusan
Rebus dan minum airnya. Boleh kalau diambil bersama-sama dengan herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, dan temu putih. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu diantara dua atau tiga sudu setiap hari.

2. Dikisar tanpa masak
i) Ambil tumbuhan Keladi Tikus segar sebanyak 50 gram (keseluruhan: terdiri dari ubi, daun, akar). Pilih bagian yang elok (sehat), buanglah bahagian-bahagian yang sudah rosak, bersihkan ubi yang membusuk dsb. Cuci sampai bersih pada air yang mengalir.

ii) Keringkan dahulu kemudian tumbuk / giling atau blend.Cuba elak dari memakai peralatan dari besi terutama yang mudah berkarat termasuk alumunium.

iii) Tambah air secukupnya. Gunakan air RO ia amat amat digalakkan kemudian diPerah dan tapis.

iv) Jus Keladi Tikus siap diminum. Kalau ingin merasa manis tambahlah madu. 

3. Pengeringan / Serbuk

Tumbuhan yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu;

i) Dibasuh bersih,batang dan daun dari kotoran. 

ii) Dibasuh bersih di celah celah batang dan dibawah lipatan. 

iii) Di gosok ubinya sehingga bersih dari kulit kering dan kotoran.

iv) Di pisahkan batang dari ubinya dan dibasuh bersih

v) Di tos keluar air dari tumbuhan kemudian dijemur kering.

vi) Tumbuhan yang sudah kering di tumbuk / kisar dijadikan serbuk kemudian dijadikan dalam bentuk pil.

PENGAMBILAN:

3 x sehari @ 50 gram tanaman segar (pagi, petang,malam). Diminum ½ jam sebelum makan. Bagi yang mempunyai gangguan perut diminum ½ jam setelah makan. 
Wanita hamil kurang dari 4 bulan dilarang minum Jus Keladi Tikus.

Catatan yang perlu diperhatikan

• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yang menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.
• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.
• Jika tidak dapat minum habis jus yang telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yang sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rusak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yang terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yang baru
• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastis.
• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / majun. Hati-hati dengan informasi yang menyesatkan.
• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya. Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yang sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yang sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.
• Pastikan anda berpakaian panjang dan bersarung tangan dan kasut getah apa bila mencuci buah dan pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal diagggota badan.

KHASIAT UBATAN KELADI TIKUS

1. Membantut ketumbuhan Sel Tumor
2. Membantut ketumbuhan sel kanser
3. Mengurangkan kesan sampingan dari rawatan kemoterapi (keguguran rambut, mual, hilangan selera makan dsb)
4. Bertindak sebagai Anti-virus dan bakteria
5. Merungkaikan keracunan toksik ubatan
6. Merungkaikan keracunan toksik rokok
7. Mengatasi penyakit diabatis melitus
8. Mengatasi tekanan
9. Meningkat stamina dan ketahanan diri
10. Membantu melegakan penyakit kegagalan jantung
11. Meyembuh selsema, batuk, kahak dan sakit kepala
12. Anti Asma
13. Meredahkah bengkak dan sakit
14. Mengatasi masalah kekembungan perut
15. Menyembuh penyakit hati

Isi kandungan pada Daun;

1. Hexa acid dekanoat
2. Acid okta dekanoat
3. Lauric acid
4. Acid kapriat
5. Koniferin

Isi Kandung dalam Batangnya(steim):

1. Serebrosida
2. Daukasterol
3. Inactivating ribosome protein / RIP

Isi Kandung pada Jalur Melintang (rhizome)

1. Alkaloids
2. Triterpenoid
3. Polyphenols
4. Arginine
5. Tritofan
6. Fitol

Bagaimana Typhonium Flagelliforme bertindak ?

Typhonium Flagelliforme / keladi tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat cancer. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.

Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pankreas.

Apakah itu Sel kanser?

Kanser adalah penyakit yang melibatkan fikiran, tubuh dan jiwa. Jiwa proaktif berfikir positif sangat membantu penyembuhannya. Emosi, sifat sulit memaafkan memicu tubuh kita berada dalam situasi tegang dan mempengaruhi tingkat kasaman menjadi tinggi dan ini menyuburkan sel-sel kanser.

Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak terkawal dan mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ. 

Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.

Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Keladi tikus mempunyai senyawa beracun
Penggunaan nya harus berhati 2


Kredit: https://m.facebook.com/groups/938519249600921?view=permalink&id=1293404830779026


No comments: