12 April 2022

09 February 2021

Plaster Dinding...DIY

 




Kalau nak ratakan follow step ni. Basic je :

1. Tarik benang dari kiri ke kanan (hujung sampai hujung. Pastikan jarak benang atas & bawah dalam 1 meter).

2. Letak level peg. Tepek simen tu sampai kena benang supaya rata.

3. Bila level peg dah kering, boleh start plaster ikut tebal level peg.(pakai pasir halus ya)

4. Ratakan guna kayu panjang.(biasa pakai untuk plaster)

5. Dah siap plaster ikut level peg. Mostly dah nampak rata dah..

6. Bila permukaan start dah nak kering, gosok dengan span lembab.. sponge trowel... 




Pakai benang.

Langkah 1.

Tepi dinding kiri dan kanan tarik benang secara vertikal.

Gunakan paku batu.

Jarak benang dari dinding sekurang-kurangnya 20mm. Ini    bagi tujuan ketebalan plaster dinding. Timbang tegak benang guna spirit level.


Langkah ke 2. Tarik benang di dinding di bahagian paling bawah, tengah dan atas secara horizontol. Benang ini perlu menyentuh (tanpa menekan benang vertikal) benang dilangkah 1.


Kemudian plaster dengan tebal simen ikut benang yg dipasang.

Peringkat ini cuma perlu plaster lebih kurang 4 inci lebar sahaja mengikut laluan benang.


Langkah 3.

Buka benang2 tadi dan plaster ikut simen yang dah di plaster di langkah 2.


Selamat mencuba.


Nota : lebih banyak benang lebih baik.




Kena ratakan masa kasar, (pasir halus) plastar kasar sampai betul2 cun, pakai kayu panjang yg lurus, aluminum plaster. repair sebaik mungkin sampai puas hati pakai span basah. sampai betul Rata. tunggu kering, baru plaster simen dgn kapur layan je. Kena sabar kerja ni, klu satu tak Rata, memang tak Rata abis. nak repair Kena buat dua lapisan balik klu nak repair, kasar bagi Rata, baru pelicin. mase simen dgn pasir boleh dibentuk, klu dah simen saje tak jadi bentuk.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1227966947401975&id=213738372158176 





No comments: