Banyak betul iklan rumah sekarang ni.
Bila beli rumah, kita kena ambil peduli juga untuk jadikan rumah tu milik kita sepenuhnya. Biasanya loan rumah akan ambil masa selama 30 -35 tahun, bergantung pada tenure pinjaman. Tapi, kita fikirkan juga risiko sebelum sempat bayar rumah habis tapi diuji dengan lumpuh kekal atau kematian.
Untuk rumah, kita lindung dengan MRTT atau MLTT.
MRTT ni untuk cover pinjaman rumah saja. Kalau peminjam tak ambil full coverage atau full tenure, memang kena expect untuk topup nanti.
Contoh, suami cover rumah dengan MRTT dan meninggal selepas 5 tahun. Untuk isteri selesaikan MRTT, paling kurang akan ambil masa 6 bulan. Jadi, dalam 6 bulan tu, memang isteri kena topup sendiri untuk bayar bulanan rumah.
Lepas setel claim MRTT. Macam mana dengan rumah? Memang milik isteri dan anak-anak? Jawapannya, tidak. Tengok pada ahli waris faraid yang lain. Kalau mereka semua bersetuju untuk serahkan pada pada isteri, selesailah. Jika tidak, isteri cuma dapat 1/8 sahaja. Lagi-lagi kalau tinggalkan anak perempuan sahaja, waris faraid yang lain boleh tuntut.
Macam ni, katakanlah rumah waktu tu dah RM 1,000,000.
Daripada RM 1,000,000 x 1/8 = RM 125,000. Baki RM 875,000 adalah milik ahli waris yang lain.
Jadi, isteri waktu ni ada 2 pilihan:
1. Jual rumah dan untung tu dibahagikan kepada waris mengikut pecahan.
Bila nak jual rumah, pun ambil masa untuk cairkan.
atau ;
2. Cepat-cepat sediakan RM 1 Juta untuk isteri supaya urusan mudah nanti. Inilah INSTANT CASH. Daripada isteri tak ada duit nak bayar bulanan rumah, isteri ada INSTANT CASH untuk bayar bulanan macam biasa. Dengan budi bicara, isteri ada kuasa CASH untuk bayar pada waris. Sangat okay kan daripada jual rumah kenangan bersama?
Macam ni kawan. Buatkan siap-siap isteri sebagai penerima manfaat takaful RM 1,000,000. Manfaat dalam takaful ni, tak perlu nak lalui urusan faraid dan boleh dicairkan dalam masa 2 minggu. Selain digunakan untuk bayar rumah bulanan, isteri boleh guna untuk proses pengurusan harta di institut berkenaan.
Ini kalau cerita 6 bulan, dan harta cuma rumah. Bila waris faraid ramai dan tak bagi kerjasama, boleh jadi proses makan masa lebih dari 6 bulan. Silap-silap 2 tahun.
Jadi, sekarang AIA ada buat promosi untuk sediakan manfaat takaful pada keluarga. Untuk manfaat RM 650,000, AIA nak bagi cashback sebulan. Bulan ni bulan last tau!
Kredit: https://www.facebook.com/1335008716/posts/10219637697116381/
untuk pertanyaan lanjut.
#AAA
No comments:
Post a Comment