12 April 2022

03 December 2018

Anika Resipi Mee



10 SENARAI RESEPI MEE YANG BERKUAH. Buat untuk berbuka nanti. Sedap!

1. MEE BANDUNG
2. MEE REBUS TULANG
3. MEE UDANG MEATBALL
4. MEE KUNGFU
5. MEE KETAM MUDAH
6. MEE JAWA
7. MEE SIZZLING
8. MEE KUAH LADA HITAM
9. MEE UDANG KUALA SEPETANG
10. MEE HONG KONG


_____________________________________________________

Resepi Mee Bandung


Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
6 ekor udang basah
2 ekor sotong
50 gm udang kering – ditumbuk
1/4 cawan kacang tanah goreng – ditumbuk
Sedikit sayur sawi – dihiris
Sedikit kobis – dihiris halus
Sedikit hirisan daging – direbus
Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam
4 biji telur
Gula dan garam secukup rasa
Mee kuning – dicelur
1 sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar –

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan –

Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. 5Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda.

4. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.

5. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Hidangkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Rebus Tulang


Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Sup/Kuah –

Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia – diketuk
1 inc kunyit – diketuk
1 inc lengkuas – diketuk
2 batang serai – diketuk
1 kiub daging
Garam secukup rasa

Bahan Rencah –

3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 inc kunyit hidup – dikisar
30 tangkai cili kering – dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
1 cawan air asam jawa
1 kiub daging
1 buku gula melaka
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Cara Memasak Sup/Kuah –

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.

2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara Memasak Rencah –

1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.

3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.

4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.

5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Udang Meat Ball


Bahan-Bahan:

mee kuning secukupnya ~ dicelur
telur ~ direbus
tauhu ~ digoreng
sawi ~ dicelur
bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah –

sos cili secukupnya
udang secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
1 biji kentang ~ direbus dan dikisar/lecek
garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar –

1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering ~ rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.

2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.

3. Masukkan kentang yang dikisar dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa.

4. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.

5. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah masak, tutup api. Siap dihidang.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Kung Fu


Bahan-Bahan:

Bahan Mee –

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah –

3 ulas bawang putih diketuk
100gm isi ayam dipotong kecil
5 ekor udang dibuang kulit
2 ekor sotong dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
3 batang baby corn dipotong memanjang
3 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam & gula secukup rasa
serbuk lada sulah
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.

2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.

3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.

4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.

5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.

6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Ketam Mudah


Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
3 ekor ketam saiz sederhana (dipotong 2)
1 biji telur
Beberapa jenis sayur yang digemari
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 sudu kecil air sotong (Nampla)
2 sudu besar chili paste
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar –

4 biji tomato saiz sederhana
1 mangkuk kecil udang kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 cawan air

Cara Memasak:

1.Panaskan minyak dan tumis chili paste sehingga naik bau harum. Masukkan bahan kisar.

2. Masukkan air, kemudian masukkan ketam.

3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, air stok sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.

4. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau.

6. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.

9. Tinggalkan kuah di dalam periuk dan masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.

10. Masukkan mee kedalam pinggan bersama ketam dan sayuran tadi. Tuangkan kuah ke dalam pinggan.

11. Hidangkan bersama daun sup, dau bawang dan hirisan cili merah.

------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Jawa


Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging (rebus lembut dan hiris nipis)
300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Bahan Kisar Halus –

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai
Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
sedikit cili padi, jika suka pedas

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Sizzling


Bahan-bahan:

2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
4 sb Kicap pekat
4 sb Sos tiram
3 cawan air
2 bj Telur
1 sb tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.

5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Kuah Lada Hitam


Bahan-Bahan:

500gm mi kuning
3 biji bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
100gm ayam | dihiris nipis
6 ekor udang
20gm lobak merah
20gm kubis
20gm sawi
1 ½ sudu makan sos lada hitam
1 ½ sudu makan lada hitam
2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk
100ml air
60ml cawan kicap manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.

3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Udang Kuala Sepetang


Bahan-Bahan:

1 kati mi kuning
½ kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Memasak:

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mi Hong Kong


Bahan-Bahan:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

29 November 2018

BRIYANI GAM & DAGING BRIYANI


NASI BARYANI GAM

Bahan-bahannya :
2 kg beras basmati
Air ikut sukatan beras
100 gram minyak sapi
4 cm halia ]
2 labu bawang besar ] tumbuk atau kisar kasar bersama

Bahan Penumis :
5 ulas bawang putih ]
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

50 gram air mawar
2 helai daun pandan
1 ½ cawan susu cair
Sedikit pewarna kuning atau saffron
Gula dan garam secukup rasa

1 helai kain maslin
Tepung gandum di uli dengan air hingga sesuai untuk digam pada periuk.

Cara Membuatnya :
1. Basuh beras dan toskan
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan penumis dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan susu. Kacau sebentar. Masukkan air, gula dan garam. Tutup periuk. Biarkan mendidih.
3. Mendidih, rasakan gula dan garamnya. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering. Renjiskan pewarna kuning atau taburkan sedikit saffron (yg sudah direndam dalam sedikit air)
4. Sediakan periuk besar. Masukkan sedikit nasi sebagai pelapik. Bentangkan kain maslin. Letakkan nasi lagi sedikit, lapiskan dengan lauk baryani dan kuah, buat hingga semua nasi dan lauk habis. Bunjut kain maslin tadi.
5. Tutup periuk dan gamkan sekeliling periuk dengan doh tepung gandum tadi.
6. Masak dengan api kecil hingga tepung merekah.
7. Buka tutup periuk dan bunjut dan renjis air mawar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

NASI BERIYANI

Bahan-bahannya :

4 pot beras basmati
4 pot air
4 sudu besar minyak sapi
½ tin susu cair Ideal
2 sudu besar rempah beriyani
2 biji bawang besar, di hiris bulat
3 helai daun pandan
1 batang daun sup
3 pelapah daun ketumbar
Sedikit daun pudina
Badan, gajus, kismis
Garam secukup rasa
Bahan penumis : 1 inci kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cendkih, 9 biji buah pelaga.
Bahan kisar : 1 inci halia, 6 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :
1. Basuh beras dan rendam sekejap, toskan
2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan penumis dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan rempah beriyani dan kacau sekejap. Masukkan air, susu dan daun pandan. Biarkan mendidih, masukkan garam dan beras.
3. Bila hampir kering, masukkan daun-daun.
4. Bila nasi dah kering, masukkan badam, gajus dan kismis. Kalau suka, masukkan koma-koma atau renjiskan pewarna kuning.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

LAUK BARYANI DAGING

Bahan-bahannya :
5 kg daging lembu
1 cawan rempah beriani
3 sudu makan gula
1 ½ cawan minyak sapi
Garam secukup rasa

Bahan A (dikisar)
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
8 cam halia

Bahan B (digoreng kekuningan)
8 labu bawang besar
1 cawan kismis kuning
½ cawan gajus

Bahan C (dicampurkan)
1 cawan susu cair
2 biji perahan limau nipis

Bahan D
8 biji cili hijau
1 cawan badam
½ cawan daun pudina
½ cawan daun ketumbar
½ cawan daun sup
½ cawan daun bawang

Bahan E
½ cawan tomato puree
1 tin kecil sup tomato
3 cawan air (boleh tambah jika daging tidak empuk)

Bahan F
Penumis : 6 cm kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 8 kuntum bunga cengkih, 12 biji buah pelaga.

Cara Membuatnya :
1. Perap daging dengan bahan A selama ½ jam dalam periuk
2. Masukkan minyak sapi dan rempah beriani. Gaul rata.
3. Masukkan bahan C dan D. Gaul rata lagi.
4. Masukkan bahan B dan E.
5. Baru naikkan periuk atas api yang sederhana besar. Biarkan lauk reneh perlahan-lahan (jgn besarkan api)
6. Kacau-kacau hingga daging empuk. Rasakan gula dan garamnya.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




PAJERI TERUNG & NANAS

Bahan-bahannya :
3 biji terung panjang, potong dan belah 2, jangan putus
¼ biji kelapa, dibuat kerisik
¼ biji kelapa parut buat santan 1 cawan
3 sudu besar rempah kari daging
Asam jawa sebesar ibu jari, ambil airnya
1 sudu besar udang kering
Sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
2 sudu besar gula
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dikisar
2 cm halia ]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis beserta bahan kisar. Masukkan rempah kari daging. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan udang kering, santan, asam jawa, santan dan terung. Masak hingga terung empuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan



Kredit: http://maklangzainab.blogspot.com

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

PAJERI NENAS

Bahan-bahannya :
1 biji nenas (buang kulit, belah 4 , baung empuilur dan hiris tebal satu jari)
4 sudu besar rempah kari daging
½ cawan kerisek
Gula dan garam secukup rasa
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 biji merah ] belah 4 jangan putus
2 biji cili hijau ]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cangkih
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis (kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang) Masukkan bahan kisar dan rempah kari. Kacau hingga wangi.
  2. Masukkan nenas, kerisek, cili merah dan hijau. Rasakan garam dan gulanya. Mendidih, tutup api.

Perapan / Memerap / Marinate

#1 Kambing / Daging


Ni dia bahan yang diperlukan untuk perapan kambing / daging.
1) Of course kambing / daging tu. Haha.
2) Bawang putih
3) Lada hitam
4) Sos cili
5) Sos tiram
6) Besen.

Mula2 goreng bawang putih & lada hitam. Kemudian tumbuk guna lesung batu,

Ok ini daging kambing dalam anggaran sekilo setengah. Saya guna bawang putih 2 labu, lada hitam 1 peket RM1. Daging nak potong kiub macam ni atau nak bakar sekeping2 tu. Ikutlah mana2 yang selera ya.

Seterusnya tuang sos cili, sos tiram & bahan tumbuk tadi. Gaul sebati. Sos banyak mana? Agak2 je sampai boleh melitupi semua bahagian daging. Saya guna setengah botol setiap 1. Dah sedap sangat dah.

Dah siap gaul sebati boleh perap. Lagi lama lagi sedap. Tapi kalau nak perap sehari semalam, simpan dalam peti ais tau😃 Saya perap dalam 3 jam tadi.



#2 Resipi Ayam bakar BBQ


Bahan-Bahan Masakan:
  • 2 Kg ayam segar dibasuh
  • 1 biji bawang holland
  • 5 biji bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 2 batang serai besar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu besar gula
Cara-cara Memasak:
  1. Potong ayam yang sudah dibasuh mengikut kesukaan anda. Boleh potong empat, potong 16 atau potong 32. Jika potongan tersebut besar-besar, cucuk ayam guna garpu supaya perapan lebih cepat menyerap dan ayam lebih cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Blend semua bahan di atas sehingga lumat. Jangan letak terlalu banyak air. Pastikan letak 3 cubit garam kedalam kisaran tersebut supaya rasa ayam nanti tidak lari.
  3. Masukkan bahan-bahan yang di blend tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut selama 12-36 jam di dalam peti ais sejuk. Bukan Peti Ais Sejuk Beku Ya..( lagi lama ayam diperap lagi sedap itu!)
  5. Bakar ayam di atas dapur arang atau dapur kayu untuk rasa smoky atau bbq. Gunakan serai dan minyak yang dicampur madu dan gula sewaktu proses BBQ dilakukan. 




#3 Resipi Ayam bakar BBQ



Ada yang bertanya dengan saya, bagaimana nak buat ayam perap BBQ.
Caranya agak mudah. Bahan-bahan untuk ayam perap BBQ juga tidak susah nak cari. Jom kita cuba resepi ayam perap BBQ ini.
Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar mentega/margerin or minyak
  • 1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
  • garam secukup rasa
Cara Memerap :
  1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
  2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
  3. Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nanti, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.

DIY Carbonated Drink





http://www.metacafe.com/watch/780462/carbonation_the_cheap_and_easy_way/

DIY Carbonated Drink