12 April 2022

03 December 2018

Anika Resipi Mee



10 SENARAI RESEPI MEE YANG BERKUAH. Buat untuk berbuka nanti. Sedap!

1. MEE BANDUNG
2. MEE REBUS TULANG
3. MEE UDANG MEATBALL
4. MEE KUNGFU
5. MEE KETAM MUDAH
6. MEE JAWA
7. MEE SIZZLING
8. MEE KUAH LADA HITAM
9. MEE UDANG KUALA SEPETANG
10. MEE HONG KONG


_____________________________________________________

Resepi Mee Bandung


Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
6 ekor udang basah
2 ekor sotong
50 gm udang kering – ditumbuk
1/4 cawan kacang tanah goreng – ditumbuk
Sedikit sayur sawi – dihiris
Sedikit kobis – dihiris halus
Sedikit hirisan daging – direbus
Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam
4 biji telur
Gula dan garam secukup rasa
Mee kuning – dicelur
1 sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar –

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan –

Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. 5Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda.

4. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.

5. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Hidangkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Rebus Tulang


Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Sup/Kuah –

Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia – diketuk
1 inc kunyit – diketuk
1 inc lengkuas – diketuk
2 batang serai – diketuk
1 kiub daging
Garam secukup rasa

Bahan Rencah –

3 biji ubi keledek saiz sederhana – di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 inc kunyit hidup – dikisar
30 tangkai cili kering – dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering – direndam lembut dan dikisar
1 cawan air asam jawa
1 kiub daging
1 buku gula melaka
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Cara Memasak Sup/Kuah –

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.

2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara Memasak Rencah –

1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.

3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.

4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.

5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak..

-------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Udang Meat Ball


Bahan-Bahan:

mee kuning secukupnya ~ dicelur
telur ~ direbus
tauhu ~ digoreng
sawi ~ dicelur
bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah –

sos cili secukupnya
udang secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
1 biji kentang ~ direbus dan dikisar/lecek
garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar –

1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering ~ rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.

2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.

3. Masukkan kentang yang dikisar dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa.

4. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.

5. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah masak, tutup api. Siap dihidang.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Kung Fu


Bahan-Bahan:

Bahan Mee –

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah –

3 ulas bawang putih diketuk
100gm isi ayam dipotong kecil
5 ekor udang dibuang kulit
2 ekor sotong dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
3 batang baby corn dipotong memanjang
3 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam & gula secukup rasa
serbuk lada sulah
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.

2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.

3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.

4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.

5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.

6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Ketam Mudah


Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
3 ekor ketam saiz sederhana (dipotong 2)
1 biji telur
Beberapa jenis sayur yang digemari
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 sudu kecil air sotong (Nampla)
2 sudu besar chili paste
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar –

4 biji tomato saiz sederhana
1 mangkuk kecil udang kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 cawan air

Cara Memasak:

1.Panaskan minyak dan tumis chili paste sehingga naik bau harum. Masukkan bahan kisar.

2. Masukkan air, kemudian masukkan ketam.

3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, air stok sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.

4. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau.

6. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.

9. Tinggalkan kuah di dalam periuk dan masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.

10. Masukkan mee kedalam pinggan bersama ketam dan sayuran tadi. Tuangkan kuah ke dalam pinggan.

11. Hidangkan bersama daun sup, dau bawang dan hirisan cili merah.

------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Jawa


Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging (rebus lembut dan hiris nipis)
300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Bahan Kisar Halus –

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai
Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
sedikit cili padi, jika suka pedas

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Sizzling


Bahan-bahan:

2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
4 sb Kicap pekat
4 sb Sos tiram
3 cawan air
2 bj Telur
1 sb tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.

5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Kuah Lada Hitam


Bahan-Bahan:

500gm mi kuning
3 biji bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
100gm ayam | dihiris nipis
6 ekor udang
20gm lobak merah
20gm kubis
20gm sawi
1 ½ sudu makan sos lada hitam
1 ½ sudu makan lada hitam
2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk
100ml air
60ml cawan kicap manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.

3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mee Udang Kuala Sepetang


Bahan-Bahan:

1 kati mi kuning
½ kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Memasak:

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Resepi Mi Hong Kong


Bahan-Bahan:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

No comments: