12 April 2022

03 December 2018

MEE BANDUNG MUAR ASLI (TANPA MENGGUNAKAN PES SEGERA)

Saya masak untuk 30 orang, jadi semua bahan didarab tiga sebab resepi ini untuk 8-10orang.  

Bahan-bahan:

1 kg Mee Kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)

½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)

Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.

Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


Cara memasak:


1. Kisar cili kering, udang kering bersama air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Yang inilah kita bekukan untuk kegunaan waktu kecemasan.

2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali.

3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.

4. Masukkan sos tiram.

5. Masukkan udang, daging rebus.

6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging serta garam. Biar sehingga pekat

Tips: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.

4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

5. Hidangkan.


Kemudian, cara hidang tu, setakat satu family bolehlah nak masak telur tu sesatu. Kalau ramai macam jemputan saya tu, saya masukkan 10 biji telur.

Cara dia macam ni. Sediakan 1 mangkuk kecil. Pecahkan 1 biji telur. Masukkan perlahan-lahan ke dalam periuk kuah. Api kena besar supaya telur kuning tu terus masak. Kacau perlahan supaya telur putih pecah TETAPI jaga telur kuning. Biarkan telur kuning tu keras.



CDT: https://saudah-salleh.blogspot.com/2014/08/resepi-mee-bandung-tanpa-pes.html

No comments: