Kredit: http://marmaguesthouse.blogspot.com/2017/06/tips-dan-teknik-untuk-plaster-simen.html
" Jika ada minat, lambat atau cepat sahaja "
tapi
" Kalau tiada minat, tiada ubat lah "
Kata - kata ini saya dapat semasa membuat kerja - kerja plaster simen putih. Tajam baq hangggggg. Tersentak saya seketika, membuatkan saya terfikir sekejap.
Dia berkata lagi, benda - benda macam ini, perlu tahu serba sedikit kerana banyak digunakan dirumah. Kalau nak upah orang, biasanya sikit - sikit orang tidak mahu datang, tapi kalau orang itu datang, memang kena cas kaw - kaw lah.
Dan kalau anda mahukan ilmu dan teknik pertukangan di rumah, WAJIB klik link ini. In shaa Allah sangat - sangat membantu.
Tetapi manusia hanya akan menilai sesuatu benda yang sudah siap. Itu praktikal yang salah sebenarnya. Sepatutnya, anda harus menghargai kerja - kerja semasa proses pertukangan sedang dijalankan. Baru orang akan salute dan respect anda.
Di sini saya akan terangkan cara - cara untuk memplaster simen putih di dinding. Cara dan teknik ini sama digunakan untuk memplaster syiling rumah.
Pertama sekali, anda perlukan barang - barang untuk memulakan proses memplaster simen putih.
Antara barang yang diperlukan adalah
1. Simen Putih
2. Tong Sampah
3. Baldi untuk campur simen putih dan air
4. Air
5. Scrapper
5. Pisau (Sangat Penting)
6. Jibson Box
7. Tempat pemegang simen putih. Saya tidak tahu nama sebetulnya.
Simen Putih |
Tong Sampah |
Baldi untuk campur simen putih dan air |
Air Paip |
Scrapper |
Pisau. Ini sangat penting |
Jibson Box |
Tempat untuk letak simen putih semasa kerja - kerja plaster |
Tempat untuk letak simen putih semasa kerja - kerja plaster |
Pertama sekali. Anda perlu meletakkan sedikit air. Agak - agak anda laa. Ikut kuantiti yang anda nak plaster.
Letakkan Sedikit Air |
Simen Putih |
Ratakan serbuk simen dengan air |
Ratakan serbuk simen dengan air |
Anda perlu meletakkan simen putih ke dalam air sehingga serbuk simen menutup permukaan air.
Sehingga menutup permukaan air. |
Macam ini ok sangat |
Sehingga menutup permukaan air. Macam gambar di atas. Memang cun.
Amaran!! Jangan sesekali anda gaulkan kesemua sekali.
Kemudian, bahagian yang anda ingin tampal dengan simen putih, anda perlulah memotong sedikit seperti ini. Potong bersudut 45 degree.
Sebab apa kena potong bersudut bersudut? Kerana untuk memberi simen
putih memegang permukaan dengan lebih kuat dan apabila anda plaster
simen putih tidak berbonjol.
Selepas itu, ambil simen putih dan mulakan plaster. Hehehe. Ini bahagian yang mencabar.
Amaran sekali lagi!! Jangan gaulkan kesemuanya.
Ini info, jika anda tidak menggaulkan simen putih itu, simen putih mampu bertahan tanpa keras sehingga 15 minit tampa sentuh.
Tetapi jika anda sudah gaulkan, simen putih akan bertahan 5 minit sahaja, kemudian keras. Ini yang kita tidak mahu.
Info. Untuk permukaan pertama gunakan peralatan seperti gambar di atas. Dan kemudian, biarkan ia kering selama 5 minit.
Amaran!! Jangan sesekali anda gaulkan kesemua sekali.
Kemudian, bahagian yang anda ingin tampal dengan simen putih, anda perlulah memotong sedikit seperti ini. Potong bersudut 45 degree.
Potong bersudut 45 |
Potong bersudut 45 |
Selepas itu, ambil simen putih dan mulakan plaster. Hehehe. Ini bahagian yang mencabar.
Ambil sedikit bahagian simen putih |
Ini info, jika anda tidak menggaulkan simen putih itu, simen putih mampu bertahan tanpa keras sehingga 15 minit tampa sentuh.
Tetapi jika anda sudah gaulkan, simen putih akan bertahan 5 minit sahaja, kemudian keras. Ini yang kita tidak mahu.
Ambil sebahagian simen putih |
Tampal menggunakan ini |
Kemudian, plaster lagi untuk permukaan yang kedua. Sebelum plaster
permukaan yang kedua, pastikan anda meratakan simen putih yang telah
keras. Lihat gambar di bawah.
Pastikan anda meratakan simen putih yang telah keras dengan alatannya |
Ratakan simen putih yang telah keras |
Ratakan lagi simen putih yang telah keras |
Dan sebelum plaster untuk layer yang kedua, anda perlu membersihkan semua peralatan - peralatan yang anda telah guna, kerana, simen putih yang telah mengeras akan lebih merosakkan permukaan jika anda menggunakan semula.
Nampak, dah comel kan permukaan |
Gunakan alatan ini. Baru permukaan akan jadi cantik |
Hasilnya, tadaaaa |
1. Apa beza filler dengan simen Putih. Filler kalau digunakan untuk menutup ruang yang besar, apabila mengeras, ia akan kelihatan retak seribu, tetapi sebaliknya dengan simen putih.
2. Pastikan anda sentiasa membersihkan peralatan anda ketika memplaster. Praktikal yang terbaik adalah dengan setiap layer permukaan, anda bersihkan peralatan anda. Sebabnya adalah, jika anda tidak membersihkan simen putih yang lama, simen putih yang ama itulah yang akan lebih merosakkan permukaan yang anda ingin buat.
3. Jangan sesekali menggaulkan kesemua simen putih anda. Tidak digalakkan.
4. Apabila anda simen putih sudah mengeras, terus buang. JANGAN guna semula. Apabila anda menggunakan semula dengan mencairkan simen putih, ia tidak seperti yang baru. Ia akan kelihatan basi
5. Semasa kerja - kerja camputan antara air dengan serbuk simen putih, anda perlu meratakan dengan baik kerana untuk memberi laluan air meresap ke simen putih. Jika anda meletakkan serbuk secara gumpalan, air tidak dapat menyerap dengan sempurna ke dalam simen putih.
6. Pastikan anda mempunyai tong sampah ketika membuat kerja - kerja ini.
7. Pastikan anda memakai penutup mulut kerana habuk simen putih ini nipis.
Diharapkan, sedikit perkongsian ini dapat membantu anda semua. Jika ada sebarang maklumat atau komen, sila comment di ruangan dibawah. Saya akan balas secepatnya.