
Jika mozek saiz kecil menggunakan simen biasa bagi melekatkan mozek, mozek bersaiz besar perlu dilumur dahulu dengan campuran simen gam dan latex atau dikenali sebagai susu mozek. Campuran ini akan menjadi agen untuk melekatkan mozek dengan kuat pada lantai.
Disebabkan penggunaan bahan tambahan dan upah pemasangan yang lebih mahal, pemasangan mozek bersaiz besar secara umumnya adalah lebih mahal dan melibatkan pertambahan kos walaupun anda mungkin boleh mendapatkan mozek pada harga rendah.
Soal Jawab Dari Pelanggan kami:
1)Kalo saiz 2 x 1 ada mslh meletup jugak ke? Atau saiz sekaki setengah?
Jawab: Biasa isu meletup byk terjadi pd 2’x2′ ke atas. Untuk mozek bersaiz lebih kecil, x psg pun tak mengapa, kalau psg lebih terjamin cuma akan libatkan kos tambahan
2)Adakah Kos Mahal ?
Jawab: Kos pemasangan mozek 2×2 adalah lebih mahal sama ada dari sudut upah tukang dan juga barangan itu sendiri.
3)Tuan ada kemungkinan x 1’x1′ meletup juga?
Jawab: 1′ x 1′ belum pernah terjadi kes meletup. Tetapi penggunaan 1′ x 1′ biasanya untuk ruang tertentu sahaja spt porch kereta, bilik air kerana saiz yang kecil kurang cantik untuk semua ruang rumah.
Kredit: https://mahligaiidaman.com/panduan-memasang-mozek-besar/
No comments:
Post a Comment