12 April 2022

19 June 2019

Tips dan Teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling

Kredit: http://marmaguesthouse.blogspot.com/2017/06/tips-dan-teknik-untuk-plaster-simen.html

Alhamdulillah, saya mempunyai sedikit ilmu untuk dikongsikan kepada anda semua. Kenapa saya mahu kongsikan kepada anda? Sebabnya, saya mahu anda menghargai dan menilai kerja - kerja pertukangan seperti ini. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya.

" Jika ada minat, lambat atau cepat sahaja "

tapi

" Kalau tiada minat, tiada ubat lah "

Kata - kata ini saya dapat semasa membuat kerja - kerja plaster simen putih. Tajam baq hangggggg. Tersentak saya seketika, membuatkan saya terfikir sekejap.

Dia berkata lagi, benda - benda macam ini, perlu tahu serba sedikit kerana banyak digunakan dirumah. Kalau nak upah orang, biasanya sikit - sikit orang tidak mahu datang, tapi kalau orang itu datang, memang kena cas kaw - kaw lah.

Dan kalau anda mahukan ilmu dan teknik pertukangan di rumah, WAJIB klik link ini. In shaa Allah sangat - sangat membantu.

Tetapi manusia hanya akan menilai sesuatu benda yang sudah siap. Itu praktikal yang salah sebenarnya. Sepatutnya, anda harus menghargai kerja - kerja semasa proses pertukangan sedang dijalankan. Baru orang akan salute dan respect anda. 

Di sini saya akan terangkan cara - cara untuk memplaster simen putih di dinding. Cara dan teknik ini sama digunakan untuk memplaster syiling rumah. 

Pertama sekali, anda perlukan barang - barang untuk memulakan proses memplaster simen putih.

Antara barang yang diperlukan adalah

1. Simen Putih
2. Tong Sampah
3. Baldi untuk campur simen putih dan air
4. Air
5. Scrapper
5. Pisau (Sangat Penting)
6. Jibson Box
7. Tempat pemegang simen putih. Saya tidak tahu nama sebetulnya.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Simen Putih



Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tong Sampah

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Baldi untuk campur simen putih dan air

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Air Paip

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Scrapper

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Pisau. Ini sangat penting

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Jibson Box
Jibson box ini adalah seperti syiling kapur. Lembut sahaja. Tetapi kalah dengan air yang mengalir dan bertakung.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tempat untuk letak simen putih semasa kerja - kerja plaster

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tempat untuk letak simen putih semasa kerja - kerja plaster
Untuk menjadikan simen putih anda kelihatan begitu cantik dan enak, ada caranya, bukannya pakai taram jee. Tidak jadi bhaaiiii. Saya dah cuba dah. Maluuuu.

Pertama sekali. Anda perlu meletakkan sedikit air. Agak - agak anda laa. Ikut kuantiti yang anda nak plaster.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Letakkan Sedikit Air
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Simen Putih
Kemudian, letakkan serbuk simen putih. Cara untuk meletakkan simen putih adalah dengan meratakan serbuk simen ketika diletakkan dengan air.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan serbuk simen dengan air

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan serbuk simen dengan air
Ok, Soalan saya. Sampai bila anda mahu letakkan simen putih ke dalam air?

Anda perlu meletakkan simen putih ke dalam air sehingga serbuk simen menutup permukaan air.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Sehingga menutup permukaan air.
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Macam ini ok sangat
Sehingga menutup permukaan air. Macam gambar di atas. Memang cun.

Amaran!! Jangan sesekali anda gaulkan kesemua sekali.

Kemudian, bahagian yang anda ingin tampal dengan simen putih, anda perlulah memotong sedikit seperti ini. Potong bersudut 45 degree.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Potong bersudut 45
Sebab apa kena potong bersudut bersudut? Kerana untuk memberi simen putih memegang permukaan dengan lebih kuat dan apabila anda plaster simen putih tidak berbonjol.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Potong bersudut 45

Selepas itu, ambil simen putih dan mulakan plaster. Hehehe. Ini bahagian yang mencabar.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ambil sedikit bahagian simen putih
Amaran sekali lagi!! Jangan gaulkan kesemuanya.

Ini info, jika anda tidak menggaulkan simen putih itu, simen putih mampu bertahan tanpa keras sehingga 15 minit tampa sentuh.

Tetapi jika anda sudah gaulkan, simen putih akan bertahan 5 minit sahaja, kemudian keras. Ini yang kita tidak mahu.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ambil sebahagian simen putih

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Tampal menggunakan ini
Info. Untuk permukaan pertama gunakan peralatan seperti gambar di atas. Dan kemudian, biarkan ia kering selama 5 minit. 
Kemudian, plaster lagi untuk permukaan yang kedua. Sebelum plaster permukaan yang kedua, pastikan anda meratakan simen putih yang telah keras. Lihat gambar di bawah.
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Pastikan anda meratakan simen putih yang telah keras dengan alatannya

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan simen putih yang telah keras

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Ratakan lagi simen putih yang telah keras

Dan sebelum plaster untuk layer yang kedua, anda perlu membersihkan semua peralatan - peralatan yang anda telah guna, kerana, simen putih yang telah mengeras akan lebih merosakkan permukaan jika anda menggunakan semula.

Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Nampak, dah comel kan permukaan
Untuk finishing pula,anda tidak disarankan untuk menggunakan peralatan di atas. Anda perlu menggunakan scrapper simen putih.


Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Gunakan alatan ini. Baru permukaan akan jadi cantik
Tips dan teknik untuk Plaster Simen Putih atau Syiling
Hasilnya, tadaaaa
Info yang anda perlu tahu.

1. Apa beza filler dengan simen Putih. Filler kalau digunakan untuk menutup ruang yang besar, apabila mengeras, ia akan kelihatan retak seribu, tetapi sebaliknya dengan simen putih.

2. Pastikan anda sentiasa membersihkan peralatan anda ketika memplaster. Praktikal yang terbaik adalah dengan setiap layer permukaan, anda bersihkan peralatan anda. Sebabnya adalah, jika anda tidak membersihkan simen putih yang lama, simen putih yang ama itulah yang akan lebih merosakkan permukaan yang anda ingin buat.

3. Jangan sesekali menggaulkan kesemua simen putih anda. Tidak digalakkan.

4. Apabila anda simen putih sudah mengeras, terus buang. JANGAN guna semula. Apabila anda menggunakan semula dengan mencairkan simen putih, ia tidak seperti yang baru. Ia akan kelihatan basi

5. Semasa kerja - kerja camputan antara air dengan serbuk simen putih, anda perlu meratakan dengan baik kerana untuk memberi laluan air meresap ke simen putih. Jika anda meletakkan serbuk secara gumpalan, air tidak dapat menyerap dengan sempurna ke dalam simen putih.

6. Pastikan anda mempunyai tong sampah ketika membuat kerja - kerja ini.

7. Pastikan anda memakai penutup mulut kerana habuk simen putih ini nipis.

Diharapkan, sedikit perkongsian ini dapat membantu anda semua. Jika ada sebarang maklumat atau komen, sila comment di ruangan dibawah. Saya akan balas secepatnya.

No comments: