12 April 2022

Showing posts with label Pusaka. Show all posts
Showing posts with label Pusaka. Show all posts

11 August 2014

Perwarisan Harta - Faraidh


Faraid

1. Pengertian Faraid

a) Dari segi bahasa - “menentukan / memastikan / menghalalkan / mewajibkan pembahagian”

b) Dari segi syarak – “Penentuan pembahagian harta seorang Muslim yang telah meninggal dunia dan tidak
meninggalkan wasiat sebelum kematiannya”.

2. Sumber Faraid

a) Al-Quran :

i) Ayat Mujmal (Surah An-Nisa : 7 dan Surah Al-Anfal : 75)

ii)Ayat Mufassal / Al-Mawarith (Surah An-Nisa : 11, 12 & 176)

b) As-Sunnah

c) Al-Itjmak


3. Hukum Faraid

Setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang si mati (zakat, haji, nazar, dll) dan wasiat
dibenarkan oleh syarak, maka baki harta pusaka tersebut dibahagikan kepada ahli warisnya (isteri / suami, bapa, ibu,
anak, dll). Hukum ini merupakan satu peringatan untuk urus harta sebelum ‘pergi’.




4. Asas Faraid


5. Rukun Faraid



6. Bentuk Harta Faraid

a) Harta Alih (simpanan dalam institusi kewangan, saham, unit trust, insuran & takaful, haiwan peliharaan,
barang kemas, kenderaan, dll).

b) Harta Tak Alih (premis kediaman, premis perniagaan, premis perkilangan, tanah kebun, tanah ladang, dll).


7. Cara Pembahagian Faraid

a) Tentukan waris qadim (yang berhak menerima pusaka) :

i) Ashabul Furud???
Ahli waris yang pembahagiannya (1/2, 1/3, 1/4, 1/6, 1/8, 2/3) yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran.

ii) Asobah???
Ahli waris yang menerima baki harta.

iii) Baitulmal
Ahli waris yang telah diinstitusikan oleh kerajaan.



b) Menetapkan kadar bahagian waris qadim :

i) Mengira struktur faraid waris ashabul furud dulu untuk mendapatkan kadar bahagiannya.

ii) Mengira struktur faraid waris asobah keatas baki harta (setelah bahagian ashabul furud telah diambilkira),

iii) Sekiranya waris ashabul furud dan asobah tiada, barulah waris institusi Baitulmal akan menerima harta tersebut.



8. Senarai Ahli Waris

Terdapat 25 ahli waris (15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari pihak perempuan).

9. 15 Ahli Waris Pihak Lelaki

Jika semua waris ini wujud, 3 ahli sahaja yang layak menerima pusaka iaitu suami, bapa dan anak lelaki.

10. 10 Ahli Waris Pihak Perempuan

Jika semua waris ini wujud, 5 ahli sahaja yang layak menerima pusaka iaitu isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan seibu sebapa dan cucu perempuan dari anak lelaki.

11. Senarai 25 Ahli Waris

Jika semua ahli waris wujud, hanya 5 ahli sahaja yang layak menerima pusaka iaitu suami / isteri, bapa, ibu, anak perempuan dan anak lelaki.

Kredit: http://mukmingemilang.com/faraid.html 

Pewarisan Harta Dalam Islam

1.Sumber Pewarisan Dari Al-Quran

a) Surah al-Baqarah : 180
“Diwajibkan atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua orang tua dan kerabat karib dengan cara yang baik, (sebagai) kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa.”

b) Surah an-Nisa : 11
“Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian warisan untuk) anak-anakmu, (iaitu), bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan (2:1).

Dan jila anak itu semuanya perempuan yang jumlahnya dua atau lebih dari dua, maka bahagian mereka dua per tiga (2/3) dari harta yang ditinggalkan. Jika dia (anak perempuan) itu seorang saja, maka dia memperolehi se tengah (1/2) harta yang ditinggalkan.

Dan untuk kedua ibubapa, bahagian masing-masing se per enam (1/6) dari harta yang ditinggalkan, jika dia (yang meninggal) mempunyai anak. Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia diwarisi oleh kedua ibubapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga (1/3). Jika dia (yang meninggal) mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat se per enam (1/6).

(Pembahagian-pembahagian tersebut di atas) setelah (dipenuhi) wasiat yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya.

(Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih banyak manfaatnya bagimu. Ini adalah ketentuan Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”


c) Surah an-Nisa : 12
“Dan bahagianmu (suami-suami) adalah se per dua (1/2) dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika mereka (isteri-isterimu) itu mempunyai anak, maka kamu mendapat se per empat (1/4) dari harta yang ditinggalkannya setelah (dipenuhi) wasiat yang mereka buat atau (dan setelah dibayar) hutangnya.

Para isteri memperolehi se per empat (1/4) harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi se per lapan (1/8) dari harta yang kamu tinggalkan (stelah dipenuhi) wasiat yang kamu buat atau (dan setelah dibayar) hutang-hutangmu.

Jika seseorang meninggal, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu se per enam (1/6) harta.

Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersama-sama dalam bahagian yang se per tiga (1/3) itu, setelah (dipenuhi wasiat) yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya dengan tidak menyusahkan (kepada ahli waris).

Demikianlah ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyantun.”


2. Sumber Pewarisan Dari Al-Hadis

a) Dari Saad bin Abi Waqash r.a bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya :

"Ya Rasulullah, Sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan, bolehkah aku wasiatkan hartaku itu kesemuanya? "

Rasulullah menjawab : “jangan"

aku bertanya lagi : "Bagaimana kalau se per dua (1/2). "

Beliau menjawab: "jangan"

aku bertanya lagi: "kalau se per tiga (1/3) "

Rasulullah menjawab: "Ya, boleh dan se per tiga (1/3) itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam kemiskinan, meminta-minta kepada manusia”.


Riwayat Bukhari dan Muslim

b) “Tiada hak bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan, tidur dua (2) malam berturut-turut melainkan wasiat / pesanannya telah tertulis di sisinya”.


Riwayat Imam Al-Bukhari

3. Pewarisan Harta Dalam Perancangan Kewangan

Dalam Perancangan Kewangan (“Financial Planning”), Pewarisan Harta dikenali sebagai Pengagihan Harta iaitu peringkat terakhir setelah Penciptaan Harta, Pengumpulan Harta dan Perlindungan Harta.

Oleh kerana proses penciptaan dan pengumpulan dirasionalkan dengan fisikal dan angka harta tersebut dan dirasai semasa hayat, maka tidak hairanlah perancangan tersebut dititikberatkan oleh setiap individu. Proses perlindungan telah mula diambil berat oleh individu tetapi proses pengagihan (pewarisan) terabai jauh sekali oleh setiap individu. Renung renungkanlah!!!


4. Pembahagian Harta Pusaka Secara Syariah

Pembahagian Harta Pusaka Secara Syariah di negara kita adalah seperti berikut :

Harta Terkumpul
(-) Hibah / Amanah / Waqaf
-----------------------------
Harta Pusaka
(-) Hutang
(-) Wasiat 1/3
(-) Harta Sepencarian
-------------------------
Baki Harta Pusaka

Baki Harta Pusaka kemudian akan diagihkan sama-ada secara muafakat atau faraid. Justeru itu, format pembahagian tersebut menjadi asas penting untuk perancangan pewarisan harta.


5. Dokumen Pewarisan Harta

A) Wisoyah (Wasiat Pentadbiran Pusaka)

i) Definisi :

Pernyataan tentang pengamanahan yang mengutamakan perlantikan wasi yang akan melaksanakan arahan dan pesanan pewasiat mengenai cadangan pembahagian harta pusakanya dibahagikan dan diselesaikan mengikut Hukum Syarak.

ii) Kepentingan :

a) Untuk mendapat geran probet.

b) Untuk mendapat pengecualian bon jaminan.

c) Amat tepat bagi mereka yang mempunyai harta >RM2 juta.

d) Untuk tujuan kelancaran proses pentadbiran pusaka.

e) Instrumen untuk mengelak harta terbeku.

iii) Perlantikan Wasi :

Boleh melantik individu sahaja / syarikat amanah sahaja / kedua-duanya sekali.

B) Wasiyyah (Wasiat Iqrar Pemberian)

i) Definisi :

Pernyataan hasrat pewasiat untuk menyumbangkan tidak lebih 1/3 daripada hartanya selepas mati kepada bukan waris, badan-badan kebajikan atau waris terhalang bagi tujuan amal jariah.

ii) Kepentingan :

a) Untuk penganut Islam, inilah wasiat yang diiktiraf oleh Mahkamah Syariah.

b) Sebagai bekalan amalan sedekah.

c) Instrumen untuk mengagihkan ekonomi, memerangi kemiskinan umat Islam dan keadilan sosial.

iii) Kadar :

Tidak melebihi 1/3 dari nilai keseluruhan harta setelah ditolak hutang.

iv) Penerima Yang Layak :

a) Bukan waris (seperti anak angkat, anak tiri, anak yatim, keluarga bukan Muslim, ibubapa angkat, adik beradik angkat, dll.).

b) Waris terhalang (seperti adik beradik, cucu-cicit, ibubapa saudara, dll.).

c) Badan Kebajikan (seperti masjid, surau, maahad tahfiz, rumah anak yatim / orangtua, dll.).


C) Deklarasi Harta Sepencarian

i) Definisi :

Deklarasi kadar harta sepencarian oleh suami / isteri sebagai penghargaan dan kasih sayang kepada pasangannya. “Lambang Kasih Sayang Suami Isteri” yang merujuk kepada tahap / kadar (langsung / tidak langsung) yang telah diberikan ke atas perolehan tersebut .

ii) Sumbangan :

a) Langsung – sumbangan yang ada penglibatan aset / wang ringgit.

b) Tidak langsung – sumbangan yang tiada penglibatan aset / wang ringgit.

iii) Kadar :

a) Langsung – maksima 50%.

b) Tidak langsung – maksima 30%

iv) Pengesahan :

a) Bercerai hidup.

b) Bercerai mati.

D) Deklarasi Hibah

i) Definisi :

Deklarasi pemberian semasa hidup akan sesuatu harta kepada waris / bukan waris atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan berlandaskan prinsip yang dibenarkan oleh Hukum Syarak.

ii) Keistimewaan :

a) Terkeluar dari harta pusaka.

b) Pemilikan dari segi syarak berkuatkuasa tapi dari segi sivil berkuatkuasa selepas kematian.

c) Pemberi hibah boleh menikmati manfaat harta tersebut selagi ada hayat.

d) Hibah boleh ditarikbalik sekiranya penerima terdiri daripada anak kandung / cucu kandung.

iii) Solusi Pewarisan Harta :

a) Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan sahaja / tidak mempunyai anak / mempunyai anak angkat / tiri.

b) Bagi mereka yang mempunyai kaum keluarga yang bukan Muslim.

iv) Pengesahan :

Semasa hidup / selepas kematian.

E) Deklarasi Wakaf

i) Definisi :

Pernyataan hasrat pewasiat untuk menginfaqkan hartanya bagi tujuan amal jariah semasa hidup / selepas mati kepada institusi seperti masjid, Baitulmal, Perkim, dll dengan manfaatnya dinikmati oleh masyarakat secara umum .

ii) Kepentingan :

a) Untuk memperkembangkan syiar Islam.

b) Sebagai bekalan amalan sedekah.

iii) Keistimewaan :

Terkeluar dari harta pusaka.

iv) Pengurusan Harta :

Diurus oleh Majlis Agama Islam Negeri / Baitulmal.

v) Kadar :

Tidak melebihi 1/3 dari nilai keseluruhan harta setelah ditolak hutang.

vi) Pengesahan :

Semasa hidup / selepas kematian.

F) Amanah

i) Definisi :

Pernyataan akan pengwujudan amanah untuk sesiapa yang dikehendakki untuk menerima sesuatu setelah kematian pencipta amanah tersebut.

ii) Keistimewaan :

a) Terkeluar dari harta pusaka.

b) Penciptaan amanah tanpa pengetahuan penerima amanah.

c) Pencipta amanah boleh menikmati manfaat harta tersebut selagi ada hayat.

d) Amanah boleh dibatal bila-bila masa.

iii) Solusi Pewarisan Harta :

a) Bagi harta alih yang mempunyai unsur-unsur faedah.

b) Bagi harta alih yang perlaburannya tidak patuh syariah.

c) Bagi harta alih atau tak alih yang tidak patuh syariah.

d) Bagi harta alih atau tak alih yang patuh syariah.

6. Persediaan Dalam Mendokumentasikan Hasrat

a) Langkah 1 : Senarai Waris Qadim

i) Ketahui struktur faraid anda.

ii) Senaraikan waris qadim anda dan bahagian mereka dalam faraid.

iii) Analisa karekter setiap waris qadim.

iv) Selami perasaan anda terhadap setiap waris qadim.

v) Buat solat istikharah jika perlu.

vi) Tetapkan hasrat anda.

b) Langkah 2 : Senarai Harta

i) Senaraikan harta anda.

ii) Kategorikan harta kepada harta alih dan harta tak alih.

iii) Anggar nilaian harta tersebut.

iv) Kumpul dokumen harta anda.

v) Tetapkan hasrat angka pewarisan anda.

c) Langkah 3 : Senarai Hutang

i) Buat senarai hutang anda dengan pihak lain.

ii) Buat senarai hutang pihak lain dengan anda.

iii) Renungkan sama-ada anda telah mempunyai pelan untuk melunaskan hutang anda dengan pihak lain dan pelan untuk mengutip hutang pihak lain dengan anda sekiranya anda sudah tiada kelak.

d) Langkah 4 : Temujanji Konsultasi

i) Buat temujanji dengan konsultan / perunding pewarisan harta anda.

ii) Hadiri sesi konsultasi tersebut.

iii) Ambil tindakan.


Kredit : http://mukmingemilang.com/pewarisan-harta.html 

08 April 2014

TIPS 17: URUSAN TURUN MILIK HARTANAH PESAKA KEPADA WARIS - Salkukhairi Abd Shukor

Apabila seseorang pemilik hartanah meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, maka waris-waris beliau sebaik-baiknya berbincang dan cuba mendapatkan kata putus untuk melantik seorang wakil di kalangan waris-waris simati sebagai Pentadbir Harta.

Perlantikan Pentadbir Harta tersebut adalah untuk tujuan menguruskan pembahagian Hartanah simati kepada waris-waris si mati mengikut persetujuan bersama. Sekiranya waris-waris simati tidak mencapai kata persetujuan bersama dari segi pembahagian Hartanah tersebut, maka waris2 melalui wakil yang dilantik hendaklah terlebih dahulu memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan satu Perintah Faraid.

Sebaliknya sekiranya kesemua waris bersetuju dengan pembahagian Hartanah tersebut, maka wakil waris yang dipersetujui tadi akan memfailkan permohonan di Pejabat Pusaka Kecil (sekiranya nilai keseluruhan Hartanah tersebut adalah kurang daripada RM2 juta) untuk mendapatkan Perintah Pusaka dan juga Perintah Pentadbir Harta, untuk membolehkan Hartanah si mati dibahagi2kan kepada waris2 sebagaimana yg dipersetujui bersama, atau kepada waris-waris mengikut bahagian faraid masing2 .

Sebaliknya, sekiranya nilai keseluruhan Hartanah tersebut melebihi RM2 juta, maka wakil yg dilantik tadi hendaklah memfailkan permohonan Perintah Pesaka dan Pentadbir Harta di Mahkamah Tinggi.

Dalam tips ini saya tidaklah mahu menceritakan dengan detail ttg prosedur permohonan untuk mendapatkan Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta, tetapi apa yang saya ingin nyatakan disini adalah, urusan turun milik Hartanah simati hendaklah dilakukan dengan kadar segera sebaik sahaja pemilik Hartanah tersebut meninggal dunia dan seelok2nya dilakukan dengan persefakatan bersama dikalangan waris2.

Selepas Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta diperolehi, maka Pentadbir Harta yang telah dilantik, akan melakukan perserahan (present) Permohonan Pindahan di bawah (Seksyen 346(1) Kanun Tanah Negara di Pejabat Tanah Yang Berkenaan. Tujuan Permohonan Pindahan tersebut adalah untuk membolehkan Hartanh simati yang mana nama Simati masih lagi sebagai Pemilik berdaftar di dalam geran Hartanah tersebut dipindahkan kepada Pentadbir Harta sebagai pentadbir/ pemegang amanah kepada Harta tersebut.Ia juga untuk membolehkan Hartanah tersebut kelak dipindahmilikkan pula daripada nama Pentadbir Harta kepada nama waris2 yang berhak sebagaimana yg dinyatakan di dalam Perintah Pusaka.

Sebab itulah wajib untuk waris2 si mati memilih seorang yang amanah, jujur dan bertanggungjawab sebagai Pentadbir Harta Simati, kerana tugasan dan tanggungjawab seorang Pentadbir Harta bukanlah mudah dan ianya amat2 berat. Permohonan Pindahan tersebut hendaklah di perserahkan (present) bersekali dengan Salinan Asal atau Salinan Diakui Sah Perintah pusaka dan Pentadbir Harta.

Selepas Permohonan Pindahan tersebut difailkan, Pejabat tanah yang berkenaan akan mengendorsekan di dalam Suratan Hakmilik Hartanah (Geran Tanah) tersebut nama Pentadbir kepada Hartanah tersebut. Apabila nama Pentadbir telah direkodkan di dalam Geran Tanah tersebut menggantikan nama si mati, maka selepas itu barulah Hartanah tersebut boleh dipindah milikka kepada nama waris2 mengikut bahagian masing2, sebagaimana yg di nyatakan di dalam Perintah Pusaka.

Sekiranya pembahagian Hartanah tersebut mengikut Faraid, maka Pejabat tanah boleh terus mengendorsekan di dalam geran hartanah tersebut nama Pentadbir Harta dan juga nama waris2 mengikut bahagian faraid masing2 sebagai pemilik berdaftar yang baru terhadap Hartanah tersebut.

Proses tersebut tidak melibatkan urusan pindahmilik sebagaimana biasa. Ia juga tidak melibatkan bayaran duti stem pindahmilik sebagaimana pindahmilik biasa daripada pemilik berdaftar yg masih hidup kepada seseorang penerima pindahmilik. Proses ini lah yang dinamakan sebagai TURUN MILIK.

Selepas kesemua nama waris direkodkan di dalam geran, satu Geran Hartanah yang baru akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Menjadi tanggungjawab Pentadbir Harta utk memegang geran asal tanah tersebut (sekiranya pemilik berdaftar di dalam geran tersebut lebih drpd seorang). Sekiranya geran tersebut dipindahmilikkan kpd seorang waris, maka waris tersebutlah yg akan pegang geran asal tanah tersebut.

_________________________________________________________________

Sijil faraid

Kalau nak bawa kes ke unit pesaka kecil, dah tak perlu buat permohonan sijil faraid. 

Dlm unit pesaka kecil dah pun ada team yg boleh kira faraid. Sijil faraid hanya relevan jika hartanah tu nak dijual kpd pihak ketiga sbb permohonan perintah jualan perlu dipohon di mahkamah tinggi, & mahkamah tinggi yg perlukan sijil faraid utk pengesahan waris.

22 July 2013

Pembahagian Harta Bukan Muslim ke Waris Muslim - Samada anak Mualaf dapat bahagian?

Daripada soalan yang dikemukakan, saya mendapati isu perundangan yang ditimbulkan ialah sama ada penulis, seorang mualaf boleh mewarisi harta ibunya seorang bukan Islam.

Ibu penulis bukan seorang Islam, oleh yang demikian akta-akta yang terpakai dalam mentadbir harta ibu penulis ialah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Pembahagian 1958. Kedua-dua Akta ini tidak mempunyai peruntukan yang menyatakan bahawa seorang Islam tidak boleh mewarisi harta simati yang bukan Islam.

Walaubagaimana pun, memandangkan penulis telah memeluk Islam, perhatian beliau haruslah dibawa kepada hadith-hadith berikut:
  - hadith Usamah bin Zaid r.a: Nabi s.a.w bersabda: Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam.
 - hadith lain yang menyatakan, "Pemeluk dua agama (berbeda), tidak boleh saling mewarisi." [HR. Ahmad (6664). Orang-orang yang menakhrij Musnad berkata, "Hasan lighairih." Diriwayatkan juga oleh Abu Dawud (2911), Ibnu Majah ((2731) dari Abdullah bin Amr. Hadits ini ada dalam "Shahih A/-Jami'Ash-Shaghir"(7614). At-Tirmidzi meriwayatkan dengan gharib dari Jabir (2109).]

Berdasarkan hadith-hadith di atas, penulis yang telah memeluk agama Islam tidak boleh mewarisi harta ibunya yang bukan seorang Islam. Saya cadangkan agar tuan mendapat pandangan lanjut tentang perkara ini daripada Syarie scholars kerana kami di Jabatan Perundangan tidak berkelayakan dalam Islamic Law.

Saya mendapati negeri Perlis telah pada 1/5/2000 mengeluarkan fatwa tentang perkara ini yang berbunyi seperti berikut:

“Orang yang bukan Islam adalah tidak boleh mewarisi harta orang yang beragama Islam dan orang yang beragama Islam tidak boleh mewarisi harta orang yang bukan Islam sebagaimana penjelasan dalam hadis sahih yang bermaksud: Orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam dan orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang bukan Islam.”

Walaubagaimana pun, saya tidak dapat memastikan ada fatwa kebangsaan berkaitan perkara ini.

Jika saya berhadapan dengan penulis saya akan menerangkan kepada beliau bahawa di bawah undang-undang sivil, yakni Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Pembahagian 1958, tidak ada halangan untuk penulis mewarisi harta peninggalan ibunya kerana di bawah Akta-Akta ini tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa seorang Islam tidak boleh mewarisi harta simati yang bukan Islam . Walaubagaimana pun, memandangkan beliau seorang Islam beliau harus dimaklumkan dan dinasihatkan tentang hadith-hadith di atas untuk beliau membuat keputusan yang sewajarnya -Mungkin penulis boleh mentadbir (jika dipersetujui oleh adik-beradik yang lain tapi dia dikecualikan daripada bahagiannya. Sedikit malang beliau mendapat layanan seperti yang dinyatakan oleh penulis dari pihak-pihak yang berkaitan jika ia benar.

Semoga pandangan di atas telah memberi sedikit penjelasan tentang perkara ini.

Terima kasih,

Zuraida

 ---------------------------------------------------------------------------------------------


Ingin tahu hak sebagai anak bila peluk Islam

Soalan:

Assalamualaikum, saya memeluk Islam kerana cinta saya kepada agama ini. Namun begitu, hubungan kekeluargaan saya tidak pernah putus, malah sayalah yang menjaga ibu saya semasa dia sakit hinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bak kata orang, air dicincang tak kan putus. Oleh kerana adik-beradik saya yang lain berada di luar negara, saya berusaha untuk menyelesaikan masalah harta pusaka ibu. Tetapi saya diberitahu, oleh sebab berlainan agama, saya tidak berhak langsung atas harta pusaka ibu saya.

Apabila saya meminta kepastian daripada Jabatan Agama Islam, saya juga diberi jawapan yang sama. Malah mereka juga bersikap kurang sabar dengan pertanyaan-pertanyaan saya dan mempersoalkan kenapa saya masuk Islam. Saya rasa amat terhina dan kecewa dengan layanan mereka. Saya cuma ingin tahu hak-hak saya sebagai seorang anak dan juga seorang Islam. Salahkah begitu? Saya juga harap maklumat ini dapat dikongsi bersama terutamanya bagi yang baru memeluk Islam. Wassalam.

Rose,
Kuala Lumpur.

Jawapan:

Kami juga amat kecewa dengan layanan yang puan terima daripada pegawai yang bekerja di Jabatan Agama itu. Tidak sepatutnya mereka berkelakuan sebegitu rupa. Ini memberikan satu gambaran buruk tentang institusi yang mewakili Islam di negara ini.

Kami ingin mengambil kesempatan di sini menyeru kepada orang ramai supaya membuat pengaduan secara rasmi, iaitu secara bertulis kepada pegawai atasan pegawai yang berkenaan, jika mengalami layanan-layanan yang tidak berpatutan sebegini. Tujuannya supaya taraf perkhidmatan boleh diperbaiki di masa akan datang dan juga supaya orang lain tidak mengalami nasib yang sama.

Sememangnya kami bersetuju dengan tindakan puan menjaga ibu puan semasa dia sakit. Ini adalah satu sikap terpuji yang harus dicontohi. Agama tidak seharusnya menjadi halangan kasih sayang kekeluargaan.

Oleh kerana ibu puan bukan seorang Muslim, maka undang-undang pembahagian harta yang boleh dirujuk ialah Akta Pembahagian 1958. Seksyen 6 Akta tersebut menyatakan waris-waris yang boleh mewarisi harta pusaka seseorang yang telah meninggal. Antaranya ialah pasangannya yang masih hidup, anak, dan ibu bapa.

Seksyen ini tidak pula menyatakan bahawa waris itu mestilah menganut agama yang sama dengan orang yang meninggal itu.

Malah, apa yang ditekankan dalam Akta ini (di bawah seksyen 5) ialah pertalian darah antara orang yang meninggal itu dengan waris-warisnya.

Oleh itu, secara perundangannya, puan mempunyai hak terhadap harta pusaka ibu puan. Namun begitu, saya percaya apa yang diberitahu kepada puan oleh pegawai di Jabatan Agama adalah berdasarkan pandangan jumhur ulama yang empat, iaitu pandangan Imam Malik, Imam Abu Hanifa, Imam Syafi'e dan juga Imam Ibn Hanbal.

Keempat-empat mereka mengatakan seorang Muslim tidak boleh mewarisi harta daripada bukan Muslim.

Ini adalah situasi di mana hukum syarak diaplikasikan ke dalam kes sivil (pembahagian harta pusaka si mati yang bukan Muslim adalah kes sivil). Walaupun sudah ada undang-undang bertulis yang jelas tentang pembahagian harta pusaka orang bukan Muslim, namun apabila salah seorang warisnya beragama Islam, pihak-pihak yang berkuasa mula ragu-ragu.

Keraguan ini haruslah dihapuskan dan pihak-pihak yang berwajib mestilah berani untuk tampil memberikan penjelasan tentang hak-hak orang Muslim terhadap keluarga mereka yang bukan Muslim, dan sebaliknya.

Panel Peguam Sisters In Islam.

(Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel: telenisa@sistersinislam.org.my )

(Versi asal tidak diubah oleh editor Utusan Malaysia)


11 October 2012

SOALAN PERLU DITANYA SEBELUM MATI -

۩ Siapakah yang akan menguruskan harta pusaka?

۩ Siapakah yang akan melunaskan segala hutang-hutang?

۩ Adakah waris-waris mengetahui prosedur pengurusan harta pusaka?

۩ Berapakah kos untuk menguruskan harta pusaka?

۩ Siapakah yang akan mengeluarkan kos pengurusan harta pusaka?

۩ Terjaminkah waris-waris tidak berebut harta pusaka?

۩ Terjaminkah tidak akan ada campur tangan orang luar dalam urusan harta pusaka?

۩ Bagaimana harta pusaka memberi manfaat di alam kubur?

۩ Tenangkah aku di alam barzakh jika harta pusaka tidak diselesaikan?

۩ Dan mungkin banyak lagi…

ADAKAH ANDA TELAH MENDAPAT JAWAPANNYA?

SOALAN LEPAS MATI OLEH MALAIKAT TU KAN DAH LAMA BOCORRRRR......

FARAID - PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISLAM

PENGERTIAN FARAID

Formula Pembahagian serta Hukum Faraid telah dinyatakan dengan jelas oleh ALLAH S.W.T di dalam Surah An-Nisa Ayat 11, 12 dan 176.

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
(a) Asabah Binafsih

(a) Asabah Binafsih (12)
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir (4)
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir (2)
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham (4)
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang (terhijab) menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.

Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu.

Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:

Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

30 August 2012

Pembahagian Harta Dalam Islam

Pembahagian harta secara faraid adalah kaedah terakhir pembahagian harta pusaka dalam Islam.

Mengikut pendapat ijma’ Ulama’, sebelum harta dibahagikan secara Faraidh, mestilah diselesaikan dahulu kos menguruskan jenazah, pembayaran hutang dan penyempurnaan wasiat. Hutang terbahagi kepada dua iaitu:
      1.       Hutang dengan Allah seperti haji, zakat, nazar dan kafarah.
      2.      Hutang dengan manusia.

Mazhab Syafi’e berpendapat hutang dengan Allah mesti diutamakan daripada hutang dengan manusia. Mazhab Maliki pula berpendapat hutang dengan manusia mesti diutamakan daripada hutang dengan Allah. Manakala Mazhab Hambali berpendapat ianya sama rata, tiada keutamaan antara keduanya.

Hanya maksimum sebanyak 1/3 daripada harta yang boleh diwasiatkan. Waris yang layak menerima harta melalui Faraidh tidak boleh menerima wasiat. Kaedah ini membolehkan anak angkat dan bukan waris menerima sebahagian daripada harta warisan.

Selepas menyelesaikan kos pengurusan, hutang dan wasiat, bolehlah baki harta dibahagikan secara Faraidh. Rukun Faraidh ada tiga iaitu adanya muwaris (orang yang meninggal dunia), adanya waris dan adanya harta peninggalan. Syarat-syarat untuk harta dibahagikan secara Faraidh adalah;
1. Muwaris benar-benar telah meninggal dunia.
2. Orang yang mewarisi pasti hidup ketika muwaris meninggal
3. Mengetahui pertalian di antara waris dengan muwaris, termasuk jelas jantinanya. Contoh : “Si A adalah anak lelaki si B.”

Manakala harta yang telah dihibahkan bukanlah sebahagian daripada harta sepeninggalan kerana ia berkuatkuasa sebelum kematian pemberi hibah. 

Terjermahan Al Quran mengenai Harta Warisan

Warisan







Warisan di awal Islam
Qs.2:180
Qs.4:7
Qs.8:72


Kewajiban-kewajiban yang berkaitan dengan warisan
Qs.4:11
Qs.4:12



Sebab-sebab terjadinya pewarisan






Pewarisan karena hubungan kerabat
Qs.4:11
Qs.4:176
Qs.8:75



Pewarisan karena hubungan perkawinan
Qs.4:12





Pewarisan karena hubungan wala'
Qs.4:33




Bagian-bagian warisan






Warisan karena sumpah setia
Qs.4:33





Ashobah (sisa)







Ashobah dari jalur anak
Qs.4:11





Ashobah dari jalur saudara
Qs.4:176




Faraidh (bagian tetap)







Warisan anak
Qs.4:11





Bagian ayah
Qs.4:11





Bagian ibu
Qs.4:11





Bagian anak wanita
Qs.4:11





Bagian suami
Qs.4:12





Bagian isteri
Qs.4:12





Bagian saudara wanita
Qs.4:176



Waris kalalah (mayit tidak meninggalkan anak atau orang tua)
Qs.4:12
Qs.4:176



Memberi sebagian warisan kepada selain ahli waris
Qs.4:8




[2.180]
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
[2.181]
Maka barang siapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[2.182]
(Akan tetapi) barang siapa khawatir terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 [4.6]
Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barang siapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).
[4.7]
Bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapak dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapak dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.
[4.8]
Dan apabila sewaktu pembagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekedarnya) dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.
[4.9]
Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.
[4.10]
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara lalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).
[4.11]
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta. Dan untuk dua orang ibu-bapak, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapaknya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar utangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[4.12]
Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh istri-istrimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika istri-istrimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar utangnya. Para istri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para istri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar utang-utangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
 [4.33]
Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan (jika ada) orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.
[4.34]
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
 [4.176]
Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

 [8.72]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

 [8.75]
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.



Memanglah Al-Quran itu sumber rujukan muktamad, tetapi untuk memahaminya, kita dilarang buat tafsir sendiri. Sebab itulah kena rujuk para ulama'. Ulama' pun bukan semuanya mampu buat tafsir sendiri, mereka pun rujuk ulama' yang lebih muktabar yang membuat tafsir berdasarkan keseluruhan Al-Quran, hadis, dan ijtima' para sahabat. Contoh dalam kes pembahagian harta warisan, ada beberapa kes ijtima' sahabat telah diambil kira. Saya akui kalau orang biasa susah nak faham kes berikut, sebab kena mahir pengiraan yang asas terlebih dahulu.

Terdapat beberapa masalah Faraidh yang diselesaikan melalui ijma’ Sahabat. Antaranya adalah masalah Gharawain, di mana untuk menentukan bahagian ibu apabila

1. Perempuan meninggal, tinggal suami, ibu dan bapa
2. Lelaki meninggal, tinggal isteri, ibu dan bapa.

Sekiranya mengikut kebiasaan, dalam kes pertama, suami akan mendapat ½, ibu akan mendapat 1/3, manakala bapa mendapat 1/6. Kaedah ini disokong oleh Ibnu Abbas, seorang Sahabat yang juga merupakan pakar Faraidh. Pada pendapat Saidina Umar, bahagian bapa haruslah 2 kali ganda daripada bahagian ibu. Jadi suami akan mendapat 1/2, ibu akan mendapat 1/3 daripada baki 1/2 , iaitu 1/6, manakala bapa mendapat 2/3 daripada baki 1/2 menjadi 2/6.

Dalam kes kedua, Ibnu Abbas berpendapat isteri akan mendapat ¼, ibu akan mendapat 1/3, manakala bapa akan mendapat selebihnya sebagai ‘asabah iaitu 5/12. Pendapat Saidina Umar pula mengatakan isteri akan mendapat 1/4, ibu akan mendapat 1/3x3/4 = 1/4, manakala bapa akan mendapat selebihnya sebagai ‘asabah iaitu 1/2.

Dalam kedua-dua kes, pendapat Saidina Umar menjadikan bapa mendapat 2 kali ganda daripada ibu, selari dengan pembahagian harta pusaka antara anak lelaki dan anak perempuan. Jumhur ulama’ mengambil pendapat Saidina Umar. Kes ini juga dikenali sebagai kes Umaryatin sempena penyelesaianya diambil dari pendapat Saidina Umar Al-Khattab.



ARKIB : 06/03/2007
Mahkamah Tinggi Syariah tiada kuasa bicara tuntutan harta RM1bilion

KUALA LUMPUR 5 Mac – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes tuntutan harta peninggalan Allahyarham A.S. Dawood yang bernilai RM1 bilion di bawah hak milik syarikat Pasla Holdings Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid ketika membenarkan bantahan oleh defendan keenam, Mohamad Ibrahim A.S. Dawood sekaligus membatalkan kes tuntutan harta yang dikemukakan oleh saudara sebapa Mohamad Ibrahim, Abdul Ravuff A.S. Dawood.
Ia bagaimanapun masih belum muktamad kerana peguam syarie, Dr. Mohd. Rafie Mohd. Shafie yang mewakili Abdul Ravuff telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Rayuan Syariah.

Dalam keputusannya, Mohamad Shakir berkata, apabila timbul pertikaian yang melibatkan bidang-bidang yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil, maka Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa.
Ini kerana, katanya, harta yang dikatakan dimiliki oleh Allahyarham itu bukanlah harta peribadinya yang mempunyai taklif mengikut hukum syarak tetapi di bawah syarikat Pasla Holdings dan bagi harta syarikat, ia tertakluk kepada Akta Syarikat 1965.
Beliau juga menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa berhubung tuduhan penipuan pindah milik saham harta-harta milik Pasla Holdings kepada balu Allahyarham memandangkan perkara itu telah diputuskan oleh Mahkamah Sivil.

Bantahan tersebut difailkan pada Jun 2005 oleh Mohammad Ibrahim. Dalam permohonan asalnya, Abdul Ravuff menamakan 24 defendan yang sebahagian besarnya terdiri daripada adik-beradiknya dan isteri-isteri Allahyarham.
Defendan diwakili oleh peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman dan Fakhrul Azhar Hussin.

Kes ini mula mendapat perhatian berikutan anak sulung Allahyarham dengan isteri keempat, Abdul Ravuff menuntut agar harta pusaka ayahnya yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dibahagikan mengikut faraid kepada keempat-empat isteri A.S. Dawood dan 20 orang anaknya.

Abdul Ravuff, seorang ahli perniagaan mengemukakan tuntutan pada 24 Disember 1997 yang memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya segala harta di bawah nama Pasla Holdings diisytiharkan sebagai harta pusaka dan diagihkan mengikut hukum syarak.