Perlantikan Pentadbir Harta tersebut adalah untuk tujuan menguruskan pembahagian Hartanah simati kepada waris-waris si mati mengikut persetujuan bersama. Sekiranya waris-waris simati tidak mencapai kata persetujuan bersama dari segi pembahagian Hartanah tersebut, maka waris2 melalui wakil yang dilantik hendaklah terlebih dahulu memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan satu Perintah Faraid.
Sebaliknya sekiranya kesemua waris bersetuju dengan pembahagian Hartanah tersebut, maka wakil waris yang dipersetujui tadi akan memfailkan permohonan di Pejabat Pusaka Kecil (sekiranya nilai keseluruhan Hartanah tersebut adalah kurang daripada RM2 juta) untuk mendapatkan Perintah Pusaka dan juga Perintah Pentadbir Harta, untuk membolehkan Hartanah si mati dibahagi2kan kepada waris2 sebagaimana yg dipersetujui bersama, atau kepada waris-waris mengikut bahagian faraid masing2 .
Sebaliknya, sekiranya nilai keseluruhan Hartanah tersebut melebihi RM2 juta, maka wakil yg dilantik tadi hendaklah memfailkan permohonan Perintah Pesaka dan Pentadbir Harta di Mahkamah Tinggi.
Dalam tips ini saya tidaklah mahu menceritakan dengan detail ttg prosedur permohonan untuk mendapatkan Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta, tetapi apa yang saya ingin nyatakan disini adalah, urusan turun milik Hartanah simati hendaklah dilakukan dengan kadar segera sebaik sahaja pemilik Hartanah tersebut meninggal dunia dan seelok2nya dilakukan dengan persefakatan bersama dikalangan waris2.
Selepas Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta diperolehi, maka Pentadbir Harta yang telah dilantik, akan melakukan perserahan (present) Permohonan Pindahan di bawah (Seksyen 346(1) Kanun Tanah Negara di Pejabat Tanah Yang Berkenaan. Tujuan Permohonan Pindahan tersebut adalah untuk membolehkan Hartanh simati yang mana nama Simati masih lagi sebagai Pemilik berdaftar di dalam geran Hartanah tersebut dipindahkan kepada Pentadbir Harta sebagai pentadbir/ pemegang amanah kepada Harta tersebut.Ia juga untuk membolehkan Hartanah tersebut kelak dipindahmilikkan pula daripada nama Pentadbir Harta kepada nama waris2 yang berhak sebagaimana yg dinyatakan di dalam Perintah Pusaka.
Sebab itulah wajib untuk waris2 si mati memilih seorang yang amanah, jujur dan bertanggungjawab sebagai Pentadbir Harta Simati, kerana tugasan dan tanggungjawab seorang Pentadbir Harta bukanlah mudah dan ianya amat2 berat. Permohonan Pindahan tersebut hendaklah di perserahkan (present) bersekali dengan Salinan Asal atau Salinan Diakui Sah Perintah pusaka dan Pentadbir Harta.
Selepas Permohonan Pindahan tersebut difailkan, Pejabat tanah yang berkenaan akan mengendorsekan di dalam Suratan Hakmilik Hartanah (Geran Tanah) tersebut nama Pentadbir kepada Hartanah tersebut. Apabila nama Pentadbir telah direkodkan di dalam Geran Tanah tersebut menggantikan nama si mati, maka selepas itu barulah Hartanah tersebut boleh dipindah milikka kepada nama waris2 mengikut bahagian masing2, sebagaimana yg di nyatakan di dalam Perintah Pusaka.
Sekiranya pembahagian Hartanah tersebut mengikut Faraid, maka Pejabat tanah boleh terus mengendorsekan di dalam geran hartanah tersebut nama Pentadbir Harta dan juga nama waris2 mengikut bahagian faraid masing2 sebagai pemilik berdaftar yang baru terhadap Hartanah tersebut.
Proses tersebut tidak melibatkan urusan pindahmilik sebagaimana biasa. Ia juga tidak melibatkan bayaran duti stem pindahmilik sebagaimana pindahmilik biasa daripada pemilik berdaftar yg masih hidup kepada seseorang penerima pindahmilik. Proses ini lah yang dinamakan sebagai TURUN MILIK.
Selepas kesemua nama waris direkodkan di dalam geran, satu Geran Hartanah yang baru akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Menjadi tanggungjawab Pentadbir Harta utk memegang geran asal tanah tersebut (sekiranya pemilik berdaftar di dalam geran tersebut lebih drpd seorang). Sekiranya geran tersebut dipindahmilikkan kpd seorang waris, maka waris tersebutlah yg akan pegang geran asal tanah tersebut.
_________________________________________________________________
Sijil faraid
Kalau nak bawa kes ke unit pesaka kecil, dah tak perlu buat permohonan sijil faraid.
Dlm unit pesaka kecil dah pun ada team yg boleh kira faraid. Sijil faraid hanya relevan jika hartanah tu nak dijual kpd pihak ketiga sbb permohonan perintah jualan perlu dipohon di mahkamah tinggi, & mahkamah tinggi yg perlukan sijil faraid utk pengesahan waris.
No comments:
Post a Comment