12 April 2022

Showing posts with label Pusaka. Show all posts
Showing posts with label Pusaka. Show all posts

11 January 2022

Urusan di PEJABAT TANAH kerana PUSAKA

 Kebiasaanya si mati ada meninggalkan harta tak alih seperti rumah, tanah atau rumah pangsa (ada strata title). Sebelum pihak yang mengeluarkan Surat Kuasa dalam urusan pentadbiran pusaka, mereka akan meminta maklumat & bukti untuk menentukan kesahihan harta tak alih ini adalah kepunyaan si mati melalui CARIAN.

Contoh bukti adalah salinan resit bayaran Cukai Tanah dan/atau  salinan dokumen Perjanjian Jual Beli.

Bagaimana nak semak maklumat hartanah ini?

1. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah

2. Salinan Cukai Tanah

Bagaimana nak keluarkan MAKLUMAT hartanah tersebut;

1. Hakmilik yang bermula dengan PM/HSM/GM - rujuk / pergi ke Pejabat Tanah Daerah

2. Hakmilik yang bermula dengan PN/HSD/GRN - rujuk / pergi ke Pejabat Tanah Negeri (biasanya di ibukota negeri berkenaan).

HSD - Hakmilik Sementara Daftar

PN - Pajakan Negeri

GRN - Geran Negeri

PM - Pajakan Mukim

HSM - Hakmilik Sementara MUkim

GM - Geran Mukim


30 August 2021

PECAH GERAN TANAH : ANGGARAN HARGA DAN TEMPOH SIAP

PECAH GERAN TANAH

ANGGARAN HARGA DAN TEMPOH SIAP

Proses diantara ‘Pecah Sempadan’ dan ‘Pecah Bahagian’ yang membabitkan pengeluaran geran tanah berasingan / individual dari segi prosedur mempunyai sedikit perbezaan namun persamaannya adalah kedua-dua proses pecahan ini terbabit dengan beberapa jenis bayaran secara berperingkat dari seawal permohonan dibuat sehinggalah mendapat kelulusan. 

Secara asasnya terdapat pelbagai prosedur dan jenis bayaran yang perlu dibuat kepada pihak-pihak berikut :

1. Pejabat Tanah Daerah
2. Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya ( Majlis )
3. Juru Ukur Berlesen
4. Perancang Bandar Berlesen (swasta)
5. Lembaga Juru Ukur Tanah Semenanjung

==========================================================

1.) Pejabat Tanah Daerah ( PTD )


Prosedur dan bayaran yang terlibat :

> Pendaftaran Fail

> Memperenggan

> Cabutan

> Borang 9A atau 9B

> Pelan Surih

> Pendaftaran QT / Hakmilik Sementara

> Wang Pos

> Deposit Ubah Syarat / Premium

> Akuan Sumpah

> Notis

Nota : Kadar bayaran ini adalah berbeza dan tertakluk kepada PTD setempat


2.) Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya ( Majlis )


Prosedur dan bayaran yang terlibat :

> Pendaftaran Fail

> Pelan Surih

> Cabutan

> Bayaran proses Kebenaran Merancang

> Fee Pemajuan

Nota : Kadar bayaran ini juga berbeza dan tertakluk kepada Majlis setempat


3.) Jurukur Tanah Berlesen ( LS )


Antara bayaran yang terlibat ialah :

> Pendaftaran fail

> Penyediaan plan Pra-Hitungan dan plan-plan terlibat

> Bayaran untuk kerja ukuran offset atau ukur butiran* ( optional )


Nota : (c)* bayaran untuk ini perlu dijelaskan terlebih dahulu jikalau terdapat keperluan untuk Jurukur menjalankan kerja ukur bagi mendapatkan maklumat butiran pada tanah yang terlibat bagi tujuan penyediaan plan Pra-Hitungan dan plan-plan terlibat bagi tujuan permohonan. Biasanya keperluan adalah disebabkan oleh terdapatnya pagar, rumah atau bangunan, jalan keluar masuk, parit serta saliran atau pun talian penghantaran elektrik TNB sedia ada di atas tanah terlibat.


4.) Perancang Bandar Berlesen ( Swasta )


Ada kategori tanah yang perlu disertakan bersama plan Kebenaran Merancang (LCP) bersama dengan permohonan (rujuk bayaran kepada Majlis Daerah). Plan Kebenaran Merancang ini perlulah disediakan oleh Perancang Bandar Berlesen.

Kadar bayaran bukan dibawah kawalan pihak PTD, Majlis atau LS. Ianya tidak tetap dan mungkin terdapat perbezaan harga bergantung kepada kadar harga serta yuran perkhidmatan pihak Perancang Bandar Berlesen yang berkenaan.


5.) Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia ( LJT )


Bayaran ini mempunyai kadar tetap bagi kesemua firma Jurukur Tanah Berlesen dan ianya dikawal oleh kerajaan melalui pihak Lembaga Jurukur Tanah (LJT). Walau apa saja peralatan dan teknologi yang digunapakai oleh LS, kadar harga untuk kerja ukur tersebut tetap sama tidak akan boleh berlainan. LJT selaku persatuan bagi kesemua jurukur tanah berlesen adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan berasaskan kepada perlembagaan negara melalui undang-undang Akta Kanun Tanah Negara ( KTN ). Akta KTN ini bukan sahaja kepentingan setiap jurukur tanah berlesen dipelihara tetapi kepentingan rakyat selaku pelanggan dan kepentingan kerajaan selaku pentadbir tanah juga telah ditetapkan dalam bentuk peraturan serta kadar asas setiap pembayaran untuk premium nilai tanah, cukai tanah, yuran urus tanah serta kadar asas untuk perkhidmatan ukur tanah dalam setiap bidang.

Antara bayaran untuk LJT ialah :

> Bayaran asas

> Bayaran bagi petak-petak pecahan

> Bayaran bagi plan Pra-Hitungan

> Garisan Azimuth, sambungan dan kawalan

> 20% Yuran Proses Data Digital *

> 6% cukai kerajaan

Transformasi teknologi dalam bidang geospatial / ukur tanah sekarang sedang berubah kepada format digital sepenuhnya. Pembangunan prasarana data digital ini adalah dibangunkan oleh kerajaan dan dikelola oleh pihak LJT melalui fee yang dijana daripada pendaftaran dan yuran 20% yang dibayar oleh Jurukur Tanah Berlesen bagi penggunannya. Maka itu bayaran khidmat ukur tanah yang dibayar oleh pelanggan kepada LS perlulah dibuat melalui LJT. Ianya boleh difahami secara analogi perbandingan berikut. Penggunaan data geospatial dalam format digital ini ianya seperti jurukur tanah menggunakan lebuhraya yang disediakan oleh LJT untuk mudah dan cepat sampai ke destinasi. Jadi pada setiap penggunaan lebuhraya digital ini maka perlulah dibayar kadar tol 20% seperti yang telah ditetapkan. Inisiatif ini adalah bagi melindungi kepentingan secara bersama setiap jurukur tanah berlesen dan mengelakkan daripada terjadinya monopoli perkhidmatan berasaskan keuntungan seperti dalam bidang telekomunikasi serta penyiaran berbayar jika ianya dibuat secara pemberian lesen atau kontrak kepada mana-mana syarikat swasta bagi mengusahakannya.

RINGKASAN PENERANGAN

Bayaran kepada 5 pihak ini adalah bayaran asas yang utama apabila satu sebutharga diminta oleh pelanggan bagi membuat permohonan kerja ukur tanah yang membabitkan pecah geran tanah berasingan satu lot asal kepada beberapa pecahan lot-lot kecil yang mempunyai hakmilik iaitu geran tanah sendiri. Namun begitu pada peringkat awal hanya satu 'Sebutharga Anggaran' sahaja yang dapat diberikan kepada pelanggan. Selain daripada prosedur dan bayaran asas kepada 5 pihak di atas terdapat juga lain-lain bayaran atau prosedur yang mungkin perlu dibuat atau pun mungkin tidak perlu dibuat.

Oleh kerana permohonan perlu dimajukan kepada pihak PTD kemudian pihak PTD pula akan memanjangkan permohonan ini kepada pihak-pihak berkuasa lain untuk kelulusan berperingkat serta ulasan mereka maka akan ada tempoh masa yang perlu diambil serta kemungkinan pihak PTD akan meminta pelanggan membuat pindaan pada permohonan asal kepada yang baru bagi memenuhi syarat atau ulasan pihak berkuasa berkenaan. Kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pecah geran tanah bukanlah terletak pada LS atau LJT atau JUPEM seperti yang sering disalahtafsir oleh banyak pelangan. Pihak yang akan memberi kelulusan adalah PTD tetapi sebelum itu PTD perlu pula mendapatkan kelulusan daripada pihak lain terlebih dahulu. Hanya setelah kesemua pihak terbabit memberikan kelulusan barulah pihak PTD boleh memberikan kelulusannya. Setelah mendapat kelulusan dari PTD barulah LS boleh pula pergi membuat kerja ukuran halus tanam batu sempadan dan mengeluarkan satu plan diperakui ( plan PA ) bagi lot-lot baru ini. Setelah itu barulah satu senarai harga penuh yang muktamad dapat diberikan kepada pelanggan.

TEMPOH MASA ANGGARAN

Secara umumnya tempoh masa yang diambil dari awal permohonan hingga mendapat kelulusan adalah di antara 8 – 14 bulan ( paling cepat ) dan boleh berlanjutan hingga bertahun tahun lamanya jika lot tersebut ada isu atau bermasalah. Manakala jumlah harga kos keseluruhan bagi kerja pecah geran tanah ini adalah bergantung kepada jumlah pecahan, luas, kategori gunatanah dan lain-lain faktor. Semakin banyak pecahan dengan geran tanah berasingan maka kos harga purata untuk setiap 1 lot baru akan semakin berkurangan.

HARGA ANGGARAN KASAR

Hanya sekadar contoh harga anggaran kasar untuk perbandingan, satu lot asal seluas 2 ekar. Jika pelanggan mahu pecahkan menjadi 2 lot kecil berasingan dengan keluasan masing-masing 1 ekar maka perlu dibuat 1 permohonan untuk pecah 1 lot baru dengan luas 1 ekar dan baki tanah 1 ekar lagi akan kekal dalam lot asal dengan pindaan luas yang baru iaitu cuma 1 ekar. Kos anggaran kasar adalah dalam julat harga :

 RM 10 ++ ribu ( updated : Tahun 2021 )

Tetapi jika pelanggan mahu pecahkan lot asal yang luas 2 ekar tersebut kepada 4 lot kecil dengan masing-masing luas 0.5 ekar. Mungkin kos anggaran kasar bagi kerja pecah geran tanah ini dalam julat harga RM 30 ribu. Ini secara purata akan menjadikan harga untuk setiap 1 lot baru dengan geran tanah sendiri cuma sebanyak RM 7.5 ribu sahaja. Dibanding harga untuk pecah 1 lot baru berharga RM 10 ribu, sekarang bila dipecah kepada 4 lot, kos harga cuma RM 7.5 ribu ini bermakna sudah berkurangan sebanyak RM 2.5 ribu untuk setiap 1 lot baru. Atau mungkin jika dipecah pula kepada 8 lot kecil dengan luas masing-masing 0.25 ekar, kos harga bagi setiap 1 lot baru dengan geran tanah sendiri hanya pada harga RM 5 ribu sahaja.

Inilah maksudnya semakin banyak lot pecahan dibuat maka semakin berkurangan kos harga bagi keseluruhan proses pecah geran tanah tersebut. Tetapi ini bukanlah harga sebenar ini hanyalah sekadar harga anggaran kasar sahaja. Seperti yang selalu dijelaskan kepada pelanggan ukur tanah, membuat kerja ukur tanah bukanlah seperti menjual barangan contohnya baju. Jika 1 baju berharga RM 10 maka jika pelanggan nak beli 5, harganya cuma sekadar darabkan 5 x RM 10 = RM 50. Untuk meletakkan harga ukur tanah atau menyediakan sebutharga ukur tanah untuk anda, kami perlu membuat carian maklumat, kajian tapak lokasi dan mengambilkira banyak faktor terlebih dahulu. Setelah itu barulah kami boleh membuat campur tolak dan berikan satu senarai sebutharga untuk anda. Membuat kerja ukur tanah bukanlah seperti menjual barangan. Kami penyedia perkhidmatan professional dengan menggunakan teknologi terkini yang bukan murah harganya. Dengan perkhidmatan professional inilah menara Kuala Lumpur dan bangunan KLCC dapat berdiri tegak. Dengan perkhidmatan professional inilah 2 jambatan dapat dibina secara kukuh bersambungan untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan daratan Semenanjung Malaysia. Dan dengan perkhidmatan professional inilah juga ramai pemilik tanah baru tahu dimana kedudukan sebenar batu sempadan tanahnya walaupun dia telah berpuluh tahun tinggal menetap di atas tanah tersebut.

NOTA KAKI

Penulisan pada kali ini hanya sekadar memberikan kefahaman dan penjelasan ringkas kepada prosedur dan kos anggaran kasar untuk kerja pecah geran tanah. Walau pun kami dah berkali kali beritahu yang kami tidak membuat kerja pecah bahagian yang membabitkan proses pecah geran tanah. Tetapi hampir setiap hari kami akan terima pertanyaan dan permintaan berkenaan kos harga untuk pecah geran tanah dari pelanggan.

KAMI TAK BUAT KERJA YANG BABITKAN URUSAN PECAH GERAN TANAH

Tetapi andaikata anda hendak membuat pecahan bahagian satu lot asal kepada beberapa bahagian plot-plot kecil sekadar hendak membahagi bahagikan tanah sahaja tanpa membabitkan urusan pecah geran tanah asal, itu kami boleh buat untuk anda. Jikalau tanah tersebut terletak dalam negeri Selangor atau KL anda bolehlah menghubungi kami secara telefon cakap atau sekadar kirim mesej pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp dengan nombor telefon di atas.

NOTA RINGKASAN

Sebagai ringkasan, kos harga anggaran kasar untuk membuat pecahan geran tanah bagi mendapatkan 1 lot kecil baru dengan geran tanah berasingan adalah bergantung kepada banyak faktor terutamanya jumlah lot pecahan, luas masing-masing serta kategori gunatanah. 

Harga anggaran adalah di antara RM 5 – 10 ribu bagi setiap 1 lot baru dengan geran tanah baru. Semakin banyak lot pecahan yang dibuat semakin berkurangan harganya. Manakala tempoh siap kerja dari awal permohonan hingga mendapat kelulusan adalah di antara 8 – 14 bulan, paling cepat dan boleh berlanjutan hingga bertahun tahun jika tanah tersebut ada isu atau bermasalah

Manakala tempoh bayaran bagi kerja ukur tanah pecah geran tanah ini pula adalah secara berperingkat boleh diperbincangkan dan bermula dari bayaran awal untuk sebutharga anggaran bagi proses buka file serta pendaftaran permohonan. Seterusnya peringkat bayaran kepada kerja ukur tanah yang perlu dibuat dan bayaran kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan. Bayaran terakhir adalah selepas siap kerja satu invois untuk jumlah harga muktamad dan baki bayaran akan dikeluarkan.

Ruang komen dibawah tidak akan dibuka untuk sebarang ulasan atau pertanyaan. Kami tidak membuat kerja ukur yang membabitkan proses pecah geran tanah jadi jikalau ada yang berminat untuk ketahui lebih lanjut serta mempunyai tanah yang hendak dibuat pecahan secara sempadan atau bahagian yang bertujuan untuk mendapatkan geran tanah berasingan, anda bolehlah klik link dibawah dan hubungilah mana-mana Jurukur Tanah Berlesen yang berdekatan melalui carian ikut negeri.




DI SEMENANJUNG MALAYSIA






13 January 2017

waris khunsa dan munaskhah

PENDAHULUAN

Latar Belakang Masalah

Dalam keluarga yang sakinah ketika terdapat masalah selalu diselesaikan dengan ajaran Islam. Namun ketika masalah warisan, banyak yang tidak menyelesaikan masalah waris tersebut dengan hokum waris Islam. Padahal sudah jelas dalam Al-Quran dan Hadits tentang pembagian harta warisan.

Pembagian harta warisan tidak semuanya terdapat dalam Al-Quran, seperti tentang khunsa dam munasakhah. Masalah ini diterangkan dalam Hadits tetapi tidak semuanya terdapat dalam Hadits. Masih banyak ulam yang berijtihad untuk memutusakan masalah ini. Sehingga harta warisan bisa dibagikan secara adil. Termasuk masalah khunsa dan munasakhah yang harus diselesaikan dengan baik dan adil.


Rumusan Masalah
Masalah yang akan dibahas dalam makalah ini adalah masalah pembagian warisan khunsa dan munasakhah, sebagaimana tersusun dibawah ini:

a. Definisi Khunsa.
b. Penghitungan bagian warisan untuk khuntsa.
c. Definisi Munaskhah.
d. Bentuk-bentuk Munasakhah.
e. Cara Penyelesaian Munasakhah.


PEMBAHASAN

Definisi Khunsa
Orang banci atau disebut khuntsa, adalah orang yang mempunyai alat kelamin ganda (laki-laki dan perempuan), atau tidak mempunyai kedua-duanya sama sekali.
Di dalam Al-Qur’an, dalam ayat-ayat mawaris, tidak disebutkan bahwa khuntsadikecualikan dalam pembagian warisan. Bahkan, kebanyakan ahli fiqih berpendapat bahwa khuntsa, bayi dalam kandungan, orang hilang, tawanan perang, dan orang-orang yang mati bersamaan dalam suatu musibah atau kecelakaan, mendapat tempat khusus dalam pembahasan ilmu faraidh. Ini berarti bahwa orang-orang ini memiliki hak yang sama dengan ahli waris lain dalam keadaan normal dan tidak dapat diabaikan begitu saja.
Seorang khuntsa ada yang masih dapat diketahui atau diidentifikasi jenis kelaminnya. Khuntsa seperti ini disebut khuntsa ghairu musykil. Jika seorang khuntsa tidak mungkin lagi untuk diidentifikasi jenis kelaminnya, maka orang itu disebut khuntsa musykil. 

Untuk dapat mengidentifikasi jenis kelamin seorang khuntsa, dapat ditempuh cara berikut:

1. Meneliti alat kelamin yang dipergunakan untuk buang air kecil. Hadits Nabi SAW: “Berilah warisan anak khuntsa ini (sebagai laki-laki atau perempuan) mengingat dari alat kelamin yang mula pertama dipergunakannya untuk buang air kecil.” (HR Ibnu Abbas)
2. Meneliti tanda-tanda kedewasaannya. Seorang laki-laki dapat dikenali jenis kelaminnya melalui tumbuhnya janggut dan kumis, perubahan suara, keluarnya sperma lewat dzakar, kecenderungan mendekati perempuan. Sementara perempuan dapat dikenali jenis kelaminnya melalui perubahan payudara, haid, kecenderungan mendekati laki-laki.
Orang yang normal sudah jelas jenis kelaminnya sehingga statusnya dalam pembagian warisan dapat ditentukan dengan segera. Tetapi berbeda halnya dengan khuntsa karena dalam sebagian besar kasus, jenis kelamin seseorang dapat menentukan bagian warisan yang diterimanya. Dari seluruh orang yang berhak sebagai ahli waris, maka ada tujuh macam orang yang ada kemungkinan berstatus sebagai khuntsa. Ketujuh orang itu adalah

1.anak
2.cucu
3. saudara (kandung, sebapak, atau seibu)
4. anak saudara atau keponakan (kandung atau sebapak)
5. paman (kandung atau sebapak)
6. anak paman atau sepupu (kandung atau sebapak)
7. mu’tiq (orang yang pernah membebaskan si mayit)
Selain ketujuh macam orang itu, tidak mungkin berstatus sebagai khuntsa. Sebagai contoh, suami atau isteri tidak mungkin khuntsa karena salah satu syarat timbulnya perkawinan adalah terjadi antara seorang laki-laki dan seorang perempuan yang sudah jelas jenis kelaminnya. Begitu juga dengan bapak, ibu, kakek, dan nenek; keempat macam orang ini tidak mungkin khuntsa karena mereka sudah jelas memiliki anak dan/atau cucu.


B. Penghitungan bagian warisan untuk khuntsa
Dalam menghitung bagian warisan untuk khuntsa, ada tiga pendapat yang utama:
1. Menurut Imam Hanafi:
Khuntsa diberikan bagian yang terkecil dari dua perkiraan laki-laki dan perempuan, sedangkan ahli waris lain diberikan bagian yang terbesar dari dua perkiraan laki-laki dan perempuan.
2. Menurut Imam Syafii:
Semua ahli waris termasuk khuntsa diberikan bagian yang terkecil dan meyakinkan dari dua perkiraan, dan sisanya ditahan (di-tawaquf-kan) sampai persoalan khuntsa menjadi jelas, atau sampai ada perdamaian untuk saling-menghibahkan (tawahub) di antara para ahli waris.

3. Menurut Imam Maliki:
Semua ahli waris termasuk khuntsa diberikan separuh dari dua perkiraan laki-laki dan perempuan (nilai tengah dari dua perkiraan).
Sementara itu, Imam Hanbali berpendapat seperti Imam Syafii dalam hal khuntsa masih dapat diharapkan menjadi jelas status jenis kelaminnya. Tetapi dalam hal status khuntsa tidak dapat diharapkan menjadi jelas, pendapat beliau mengikuti pendapat ImamMaliki.
Contoh 1:
Seseorang wafat dan meninggalkan seorang anak laki-laki dan seorang anak yang banci.
Penyelesaiannya:
  • Jika dianggap laki-laki, berarti ahli waris ada 2 orang anak laki-laki. Keduanya dalam hal ini adalah sebagai ‘ashabah bin-nafsi dan mewarisi seluruh harta dengan masing-masing memperoleh 1/2 bagian.
  • Jika dianggap perempuan, berarti ahli warisnya seorang anak laki-laki dan seorang anak perempuan. Dalam hal ini, mereka adalah sebagai ‘ashabah bil-ghair dengan ketentuan bagian anak laki-laki sama dengan dua kali bagian anak perempuan. Jadi anak laki-laki memperoleh 2/3, sedangkan anak perempuan memperoleh 1/3. Dari kedua macam anggapan ini, pembagiannya adalah sebagai berikut:
1. Menurut madzhab Hanafi:
Bagian anak laki-laki = 2/3
Bagian anak banci = 1/3

2. Menurut madzhab Syafii:
Bagian anak laki-laki = 1/2
Bagian anak banci = 1/3
Sisa = 1/6 (ditahan sampai jelas statusnya)

3. Menurut madzhab Maliki:
Bagian anak laki-laki = ½ x (1/2 + 2/3) = 7/12
Bagian anak banci = ½ x (1/2 + 1/3) = 5/12


Contoh 2:
Seorang perempuan wafat dengan meninggalkan harta berupa uang Rp 36 juta. Ahli warisnya terdiri dari suami, ibu, dua saudara laki-laki seibu, dan seorang saudara sebapak yang khuntsa.

Penyelesaiannya:
  • Jika diperkirakan laki-laki: 
Suami : 1/2 x Rp 36 juta = Rp 18 juta
Ibu : 1/6 x Rp 36 juta = Rp 6 juta
Dua sdr lk seibu : 1/3 x Rp 36 juta = Rp 12 juta
Khuntsa (Sdr lk sebapak) : Sisa (tetapi sudah tidak ada sisa lagi)
  • Jika diperkirakan perempuan (dalam hal ini terjadi ‘aul dari asal masalah 6 menjadi 9):
Suami : 3/9 x Rp 36 juta = Rp 12 juta
Ibu : 1/9 x Rp 36 juta = Rp 4 juta
Dua sdr lk seibu : 2/9 x Rp 36 juta = Rp 8 juta
Khuntsa (Sdr pr sebapak) : 3/9 x Rp 36 juta = Rp 12 juta

Dari kedua macam perkiraan ini, pembagiannya adalah sebagai berikut:

1. Menurut madzhab Hanafi:
a. Suami : Rp 18 juta
b. Ibu : Rp 6 juta
c. Dua sdr lk seibu : Rp 12 juta
d. Khuntsa (Sdr sebapak) : tidak mendapat apa-apa

2. Menurut madzhab Syafii:
a. Suami : Rp 12 juta
b. Ibu : Rp 4 juta
c. Dua sdr lk seibu : Rp 12 juta
d. Khuntsa (Sdr sebapak) : tidak mendapat apa-apa
e. Sisa : Rp 8 juta (ditahan sampai status khuntsa jelas)

3. Menurut madzhab Maliki:
a. Suami : ½ x (18 + 12) = Rp 15 juta
b. Ibu : ½ x (6 + 4) = Rp 5 juta
c. Dua sdr lk seibu : ½ x (12 + 8) = Rp 10 juta
d. Khuntsa (Sdr sebapak) : ½ x (0 + 12) = Rp 6 juta


DEFINISI MUNASHAHAH
Munasakhah menurut bahasa artinya menyalin dan menghilangkan. Seperti kalimat نسخت كتاب (saya menyalinnya ke naskah lain). نسخت الشمس الظل (matahari menghilangkan bayangan). Yang bermakna pertama adalah firman Allah SWT :
انا كنا نستنسخ ما كنتم تعملون ( الجاثية : 29 )
"Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan" (QS. Al-Jatsiyah : 29).
Yang bermakna kedua adalah firman Allah SWT :
ما ننسخ من اية او ننسخ نأت بخير منها او مثلها... ( البقرة : 106 ).
”Apa saja yang Kami nasakhkan (hilangkan) atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, maka Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. (QS. Al-Baqarah: 106).
Adapun munasakhah menurut istilah, terdapat beberapa pengertian yang dikemukakan oleh para ahli, antara lain sebagai berikut :

1. Menurut As-Sayyid Asy-Syarif, munasakhah adalah memindahkan bagian demi bagian ahli waris kepada orang yang mewarisinya akibat kematiannya sebelum dilakukan pembagian harta peninggalan dilaksanakan.
2. Menurut Ibnu Umar Al-baqry, munasakhah adalah kematian seseorang sebelum harta peninggalan dibagi-bagikan sampai seseorang atau beberapa orang yang mewarisinya menyusul meninggal dunia. Lafal nasakh itu menurut bahasa berarti izalah (penghapusan) atau naql (pindah).
Kedua pengertian munasakhah ini pada dasarnya sama, karena sudah mengandung unsur-unsur penting dari munasakhah sebagai berikut:
1. Harta warisan belum dibagi kepada para ahli waris
2. Adanya kematian sebagian ahli waris
3. Adanya pemindahan bagian harta warisan dari orang yang mati belakangan kepada ahli waris lain atau kepada ahli warisnya yang semula menjadi ahli waris terhadap orang yang mati lebih dahulu.
4. Pemindahan bagian ahli waris yang telah mati kepada ahli warisnya harus dengan jalan warisan.

D. Bentuk-bentuk Munasakhah
Pada dasarnya, munasakhah mempunyai dua bentuk, yaitu

Bentuk pertama:
Ahli waris yang akan menerima pemindahan bagian warisan dari orang yang mati belakangan adalah ahli waris juga bagi orang yang mati lebih dahulu

Bentuk kedua:
Ahli waris yang akan menerima pemindahan bagian warisan dari orang yang mati belakangan adalah bukan ahli waris bagi orang yang mati lebih dahulu. Yaitu, seandainya tidak terjadi kematian yang kedua, ia tidak dapat mewarisi orang yang mati lebih dahulu.


E. Cara Penyelesaian Munasakhah

1. Untuk Munasakhah bentuk pertama

Penyelesaiannya adalah cukup dilakukan pembagian satu kali saja, yaitu dengan membagi harta warisan orang yang mati lebih dahulu kepada ahli waris yang hidup saja dengan menganggap bahwa orang yang mati belakangan sudah tidak hidup pada saat kematian orang yang mati lebih dahulu, sebagaimana halnya dikumpulkannya harta pribadi orang yang mati belakangan yang bukan diwarisinya dari orang yang mati lebih dahulu dengan jumlah harta peninggalan orang yang mati lebih dahulu.


Contoh kasus:
Seseorang (X) meninggal dunia dengan harta warisan sejumlah Rp 300 juta. Ahli warisnya 2 anak laki-laki (A dan B) dan 2 anak perempuan (C dan D). Sebelum warisan dibagi, A menyusul meninggal dunia sehingga ahli warisnya hanya saudara laki-laki dan perempuannya, yaitu B, C, dan D. Berapakah bagian B, C, dan D?
Penyelesaian:Karena semua ahli waris dari A juga merupakan ahli waris dari X, maka dalam hal ini, A dianggap tidak ada, atau bukan ahli waris dari X sehingga ahli waris dari X hanya B, C, dan D. Selanjutnya B, C, dan D mewarisi X sebagai ‘ashabah bil-ghair, sehingga uang Rp 300 juta dibagi kepada mereka bertiga dengan perbandingan 2:1:1. Maka bagian masing-masing adalah:
Bagian B = 2/4 x Rp 300 juta = Rp 150 juta
Bagian C = 1/4 x Rp 300 juta = Rp 75 juta
Bagian D = 1/4 x Rp 300 juta = Rp 75 juta
Seandainya A dalam contoh ini memiliki harta peninggalan Rp 100 juta, maka uangnya dikumpulkan dengan uang X sehingga menjadi Rp 400 juta. Kemudian baru dibagi kepada B, C, dan D dengan perbandingan yang sama seperti sebelumnya, yaitu 2:1:1. Maka
Bagian B = 2/4 x Rp 400 juta = Rp 200 juta
Bagian C = 1/4 x Rp 400 juta = Rp 100 juta
Bagian D = 1/4 x Rp 400 juta = Rp 100 juta
2. Untuk munasakhah bentuk kedua:
Penyelesaiannya adalah dengan melakukan dua kali pembagian, yaitu harta peninggalan yang mati lebih dahulu dibagikan kepada para ahli warisnya, termasuk yang mati belakangan, kemudian bagian orang yang mati belakangan dibagikan kepada para ahli warisnya.

Contoh kasus:
Seseorang (X) meninggal dunia dengan harta warisan sejumlah Rp 60 juta. Ahli warisnya seorang anak laki-laki (A) dan seorang anak perempuan (B). Sebelum warisan dibagi, A menyusul meninggal dunia dengan meninggalkan ahli waris seorang anak perempuan (C)

Penyelesaian:
Pembagian I (X meninggal):
Dalam hal ini, A dan B adalah ‘ashabah bil-ghair, sehingga mendapat bagian dengan perbandingan 2:1. Jadi:
Bagian A = 2/3 x Rp 60 juta = Rp 40 juta
Bagian B = 1/3 x Rp 60 juta = Rp 20 juta
Pembagian II (A meninggal):
Dalam hal ini, bagian C adalah 1/2 (karena anak perempuan dari A), sedangkan bagian B (yaitu saudara perempuan dari A) adalah sisa (sebagai ‘ashabah ma’al-ghair):
Bagian C = 1/2 x Rp 40 juta = Rp 20 juta
Bagian B = sisa (umg) = Rp 20 juta
Kesimpulan:
Bagian B = Rp 20 juta + Rp 2 juta = Rp 40 juta
Bagian C = Rp 20 juta


KESIMPULAN


khuntsa, adalah orang yang mempunyai alat kelamin ganda (laki-laki dan perempuan), atau tidak mempunyai kedua-duanya sama sekali. Seorang khuntsa ada yang masih dapat diketahui atau diidentifikasi jenis kelaminnya. Khuntsa seperti ini disebut khuntsa ghairu musykil. Jika seorang khuntsa tidak mungkin lagi untuk diidentifikasi jenis kelaminnya, maka orang itu disebut khuntsa musykil. Untuk dapat mengidentifikasi jenis kelamin seorang khuntsa, dapat ditempuh cara berikut:
  • Meneliti alat kelamin yang dipergunakan untuk buang air kecil
  • Meneliti tanda-tanda kedewasaannya.
Dalam menghitung bagian warisan untuk khuntsa, ada tiga pendapat yang utama, yaitu pendapat Imam Syafi’I, Imam Maliki, dan Imam Hanafi. Sementara itu, Imam Hanbali berpendapat seperti Imam Syafii dalam hal khuntsa masih dapat diharapkan menjadi jelas status jenis kelaminnya. Tetapi dalam hal status khuntsa tidak dapat diharapkan menjadi jelas, pendapat beliau mengikuti pendapat ImamMaliki.

Munasakhah menurut bahasa artinya menyalin dan menghilangkan. Dua arti ini sesuai dengan Al-Quran surat al-Jatsiyah ayat 29 dan surat al-Baqarah ayat 106. Adapun munasakhah menurut istilah, terdapat beberapa pengertian yang dikemukakan oleh para ahli, antara lain : As-Sayyid Asy-Syarif dan Ibnu Umar al-Baqry.
Pada dasarnya, munasakhah mempunyai dua bentuk, yaitu

Bentuk pertama:
Ahli waris yang akan menerima pemindahan bagian warisan dari orang yang mati belakangan adalah ahli waris juga bagi orang yang mati lebih dahulu
Bentuk kedua:
Ahli waris yang akan menerima pemindahan bagian warisan dari orang yang mati belakangan adalah bukan ahli waris bagi orang yang mati lebih dahulu. Yaitu, seandainya tidak terjadi kematian yang kedua, ia tidak dapat mewarisi orang yang mati lebih dahulu.


DAFTAR PUSTAKA

Drs. Dian Khairul Umam, Fiqih Mawaris Untuk IAIN, STAIN, PTAIS,Bandung : Pustaka Setia, 1999,
Muhammad Ali Ash Shabuni, Hukum Waris Menurut Al-Qur'an Dan Hadits, Bandung: Trigenda Karya, 1995,
Muammad Ali Ash-Shabuni. Pembagian Waris Menurut Islam. Jakarta: Gema Insani Press. 1995.


KHUNSA dan MUNASAKHAH




Makalah ini disusun guna memenuhi tugas
Mata Kuliah : Fiqh Waris
Dosen Pengampu : Diana Zuhroh,
Disusun Oleh :
Abdul Aziz                  26.09.2.1.007 

PROGRAM STUDI MUAMALAH
JURUSAN SYARIAH
SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI SURAKARTA
2010


Kredit : http://abdulaziznia.blogspot.my/2011/11/waris-khunsa-dan-munaskhah.html 

PERBANDINGAN DI ANTARA KHUNSA DAN MUKHANNAS

Posted 13 December 2008 by towardsmardhatillah in Islamic Studies.


Secara fitrah Allah Taala mencipta mahklukNya dalam keadaan berpasangan, iaitu lelaki dan perempuan bagi kelompok manusia serta jantan dan betina bagi kelompok haiwan sebagai langkah asas bagi proses pembiakan. Selain itu terdapat species haiwan khunsa seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan. Khunsa juga wujud dikalangan manusia. Kewujudan makhluk-makhluk ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan juga keagungan Allah Taala.


Dari segi fiqh Islam, Manusia khunsa ialah individu yang tidak diketahui jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung semenjak asal. Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikatogarikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.


Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagikhunsa musykil untuk berkahwin. Jika khunsa ghair musykil itu seorang lelaki, maka pasangannya mestilah perempuan. Jika dia itu seorang perempuan, pasangannya ialah seorang lelaki. Malah harus juga bagi individu terbabit (khunsa ghair musykil) untuk memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi sama ada untuk bersetubuh ataupun untuk kencing (membuang air kecil).


Dari pembahagian harta pusaka, khunsa ghair musykil akan mendapat bahagian haknya seperti mana kaum perempuan ataupun lelaki. Namun bagi khunsa musykil, menurut al-Imam Abu Hanifah; dia hanya mendapat bahagian yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan pihak lelaki dan juga perempuan. Menurut, al-Imam Malik, Abu Yusuf dan al-Syiah al-Imamiyah, seseorang khunsa musykil berhak mengambil hak pusaka secara pertengahan antara bahagian lelaki dan juga perempuan. (sila rujuk kitab Fiqh al-Sunnah, jld.3, hlm 485)


Selain lelaki, perempuan dan khunsa, ada juga golongan lain yang wujud dalam kalangan masyarakat manusia, iaitu mukhannas. Mukhannas bermaksud: seseorang yang menonjol dirinya menyerupai wanita. Golongan ini dilaknat oleh Rasulullah sebagai musuh Allah. Dalam bahasa Melayu mukhannas juga dikenali sebagai pondan atau Mak Nyah ialah lelaki yang bertindak menyerupai wanita. Perbezaan antara khunsa dan mukhannas adalah amat ketara sekali. Khunsa memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung semenjak asal. Sedangkan mukhannas hanya memiliki zakar sahaja semenjak asal tetapi sikapnya menjadi lembut lebih daripada seorang wanita disebabkan dorongan naluri dan tekanan jiwa yang dahsyat hinggakan ada yang sanggup menjalani pembedahan plastic untuk memilik fajar dan payu dara. Dengan kata lain, seorang mukhannas ataupun pondan itu sebenar adalah seorang pesakit jiwa.


Namun mengikut Kamus Dewan Bahasa yang disusun oleh Teuku Iskandar, pondan bermaksudlelaki sebagai wanita dan wanita sebagai lelaki. Manakala khunsa pula didefinisikan sebagaipondan. Pasti sekali definisi khunsa sebagai pondan itu salah kerana kewujudan khunsa ditentukan oleh Allah Taala. Sedangkan kewujudan mukhannas atau pondan pula disebabkan penyakit tekanan jiwa yang dialami oleh seseorang yang akalnya dikuasai oleh nafsu jahat. Malah definisi itu juga turut mempengaruhi minda mereka yang gila menukar jantina untuk menganggap diri mereka adalah khunsa yang telah ditakdirkan oleh Allah Taala. Lantaran penyakit jiwa yang dialami, pondan sanggup berpakaian perempuan dan menggoda kaum lelaki demi untuk memuaskan nafsu sex rambangnya sama ada dengan cara mengulum dan menghisap zakar lelaki lain ataupun dengan cara mengamalkan tabiat sex umat Nabi Luth a.s(homosexual) yang ahirnya dimusnahkan oleh Allah Taala.


Mafhum firman Allah: Maka setelah datang keputusan Kami, Kami jadikan bahagian yang di atasnya jatuh ke bawah (dibalikkan permukaan bumi) dan Kami turunkan kepada meeka hujan batu daripada tanah-tanah yang terbakar panas yang jatuh berturut-turut. (Surah Hud, ayat 82).


Malah ada dikalangan mereka yang gemar menjalani kehidupan seperti pelacur semata-mata inginkan kepuasan sexual. Melalui aktiviti sundal ini, pondan-pondan yang sudah rosak jiwa dan akal mereka akan berpeluang mengumpul wang bagi tujuan merubah bentuk badan mereka. Ada yang sanggup mendapatkan suntikan hormon untuk membesarkan payu dara dan tidak kurang juga yang begitu gila untuk melalui pembedahan plastic untuk memiliki faraj disamping memotong zakar mereka. Walau apa cara sekalipun diusahakan, pondan tetap juga seorang lelaki!


Kewujudan pondan di seluruh negara merupakan satu gejala buruk yang perlu ditangani segera dan bukannya dibiarkan mereka berkeliaran sepertimana yang didapati di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Ini kerana aktiviti sex yang diamalkan pondan adalah salah satu penyebab menularnya bala penyakit Hiv Aids dalam kehidupan masyarakat. Sebagai langkah mengatasi masalah ini, pihak kerajaan disaran mengambil tindakan tegas dengan menubuhan pusat pemulihan akhlak khusus bagi berusaha mengubati jiwa serta akal golongan pondan yang rosak akibat dikuasai oleh nafsu jahat. Adalah tidak adil jika kerajaan sanggup menghabiskan wang berjuta-juta ringit bagi membiayai Pusat Serenti khusus untuk penagih-penagih dadah tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sanggup membiarkan golongan pondan ini hanyut dalam kehidupan dosa yang sentiasa mengundang bala dan kemurkaan Allah Taala.

07 August 2015

Pentadbiran Harta Pusaka - Mohon Surat Kuasa Mentadbir / Probet di Mahkamah


Salah Satu Proses Yang Boleh Menyulitkan Waris-Waris Dalam Pengurusan Harta Pusaka

PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR DAN PROBET DI MAHKAMAH

(JANGAN DILUPAKAN / ABAIKAN HUTANG-PIUTANG SIMATI - takut rohnya terseksa jadi gentayangan)

1) PENGENALAN
a) Surat Kuasa Mentadbir/Probet diperlukan bagi membolehkan harta pusaka simati ditadbir menurut undang-undang.
b) Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan kepada seseorang waris di mana simati tidak meninggalkan wasiat.
c) Probet pula dikeluarkan kepada seseorang yang dinamakan sebagai wasi di dalam wasiat simati.

2) DI MANA PERMOHONAN DIBUAT
Jika nilai harta simati melebihi RM600,000 permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi yang berhampiran. Sebaliknya jika nilai harta tidak melebihi RM600,000 permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah di mana sebahagian besar harta simati terletak. Namun sekiranya simati hanya meninggalkan harta-alih sahaja (wang tunai, saham, kereta, emas berlian dll), urusan boleh di buat di Amanah Raya Berhad.

3) BAGAIMANA PERMOHONAN DIBUAT
Permohonan dibuat dengan memfailkan petisyen dalam dua salinan mengikut Borang 168 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (yang mana berkenaan).

4) APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KETIKA MEMBUAT PERMOHONAN
- Sijil Kematian Asal
- Senarai harta dan hutang simati
- Senarai waris kadim simati
- Wasiat simati (jika berkaitan)
- Surat Sumpah (Afidavit) saksi kepada wasiat (jika berkaitan)
- Penolakan dalam Borang 169 (jika berkaitan)

5) PERBICARAAN
Permohonan mesti hadir pada tarikh bicara dengan membawa Kad Pengenalan.
Jika Mahkamah membenarkan permohonan, Mahkamah akan kemudiannya menghantar surat kepada pemohon supaya membuat bayaran yang perlu sebelum Surat Kuasa Mentadbir/Probet dikeluarkan.

6) BERAPAKAH BAYARAN YANG DIKENAKAN UNTUK PERMOHONAN
Petisyen … … RM80.00
Afidavit … … RM 8.00
Bayaran yang berikut adalah juga dikenakan untuk pengeluaran geran Surat Kuasa Mentadbir/Probet:
Sumpah Pentadbiran … RM 10.00
Pengeluaran Geran … RM200.00 (bagi kematian selepas 1.11.91)
Bagi kematian sebelum 1.11.91, kadar bayaran adalah tertakluk kepada Perakuan dari Pejabat Duti Harta Pusaka.

7) LAIN-LAIN
Selain daripada Surat Kuasa Mentadbir/Probet yang disebutkan di atas, terdapat juga permohonan yang berikut:
a) SURAT KUASA MENTADBIR DENGAN WASIAT TERLAMPIR (bagi kes-kes di mana simati tidak menamakan wasi di dalam wasiatnya.)

b) SURAT KUASA MENTADBIR DEBONIS NON (bagi kes-kes di mana seseorang yang telah diberi Surat Kuasa Mentadbir meninggal dunia sebelum harta pusaka simati dapat ditadbir.)

c) SURAT KUASA MENTADBIR OLEH PERBADANAN AMANAH ( bagi permohonan yang dibuat oleh syarikat-syarikat amanah.)

d) PEMETERAIAN SEMULA SURAT KUASA MENTADBIR/PROBET (iaitu permohonan untuk memeterai semula Surat Kuasa Mentadbir/Probet yang telah dikeluarkan oleh mana-mana simati mempunyai harta di Malaysia.)

8) BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SURAT KUASA WAKIL (POWER OF ATTORNEY)

Apakah Surat Kuasa Wakil
Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) ialah suatu instrumen atau dokumen perjanjian atau akaun berkanun di mana Pemberi Kuasa mewakilkan kuasanya kepada pihak tertentu (Penerima Kuasa Wakil) untuk sesuatu tujuan tertentu atau am dan mengikat kedua-dua belah pihak serta boleh dikuatkuasakan menurut undang-undangnya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (Akta).

Bahasa Surat Kuasa Wakil Yang Boleh Didaftarkan.
a) Di bawah Akta suatu Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
b) Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkamah atau melalui Akuan Berkanun (Statutory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu ditulis.

Bahasa Surat Kuasa Yang Boleh Didaftarkan.
a) Di bawah Akta suatu Surat Kuasa Wakil yang ingin dan layak didaftarkan, hendaklah di dalam versi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris.
b) Akta juga memberi kelonggaran kepada penggunaan lain-lain bahasa dengan syarat, naskah Surat Kuasa Wakil itu wajib disertakan bersama-sama terjemahannya ke dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan hendaklah disahkan oleh Jurubahasa yang bertugas di Mahkmah atau melalui Akuan Berkanun (Statory Declaration) daripada mereka yang berkelayakan untuk menterjemah daripada bahasa di mana instrument itu itu ditulis.

Pengesahan Tandatangan/Akusaksi Ke Atas Surat Kuasa Wakil
a) Ditandatangani di Malaysia Barat
Jika Surat Kuasa Wakil dilaksanakan di Malaysia Barat, ia hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai berikut:
Majistret Jaksa Pendamai Pentadbir Tanah Penyaksi Awam Pesuruhjaya Sumpah Peguambela dan Peguamcara yang beramal di Malaysia Barat Pegawai Syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang didaftarkan di bawah Undang-Undang bertulis Malaysia.

b) Ditandatangani di Luar Malaysia Barat
Jika Surat Kuasa Wakil tersebut dilaksanakan di luar Malaysia Barat, ianya hendaklah disaksikan oleh mana-mana pegawai berikut:
Penyaksi Awam Pesuruhjaya Sumpah Mana-mana Hakim Majistret Konsul British atau Timbalan Konsul Wakil kepada Ratu Britain Mana-mana Pegawai Konsular Malaysia di luar negara Pesuruhjaya Haji, jika dilaksanakan di Saudi Arabia Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Agong Singapura atau pegawai syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan oleh dan di bawah Undang-Undang bertulis Republik berkenaan.

Bagaimana Bentuk Pengesahan Harus Dibuat
Seksyen 3 dan Jadual Pertama Akta Surat Kuasa Wakil 1949 memperuntukkan bentuk pengesahan adalah seperti berikut:
a) Jika dilaksanakan oleh Individu
Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 1, Jadual Pertama Akta.

b) Jika dilaksanakan oleh Syarikat
Dengan menggunakan format pengesahan di Borang 11, Jadual Pertama Akta.

Setiap Surat Kuala Wakil yang lengkap seharusnya disetemkan terlebih dahulu di Pejabat Hasil dan Setem di negeri-negeri Malaysia Barat sebelum dikemukakan untuk pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Malaya.

Cara Pendaftaran Surat Kuasa Wakil
a) Melalui Peguam
Kedua-dua pemberi dan penerima kuasa wakil boleh diwakili oleh Peguam dalam urusan pendaftaran.

b) Sendiri
Pihak-pihak juga boleh hadir sendiri di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada waktu pejabat dan mengemukakannya di Kaunter Perkhidmatan bagi urusan pendaftaran Surat Kuasa

c)Wakil. (Setiap pendaftaran Surat Kuasa Wakil mestilah disertakan Borang 78 yang diisi dengan lengkap)

Bayaran Pendaftaran Surat Kuasa Wakil
Pendaftaran asas Surat RM25.00 Kuasa Wakil Setiap folio (100 patah RM 0.50 perkataan) Salinan pejabat atau salinan RM10.00 diakui

Pembatalan Surat Kuasa Wakil
a) Melalui Notis Pembatalan
Setiap instrumen yang memberi kuasa wakil di mana salinan telah disimpan atau didaftarkan di pejabat Penolong Kanan Pendaftar menurut Akta hendaklah terus berkuatkuasa sehinggalah:

Notis bertulis mengenai pembatalannya diterima daripada pemberikuasa Notis bertulis mengenai pelepasannya diterima daripada penerima kuasa Pemberi atau penerima kuasa meninggal dunia Penerima kuasa menjadi tidak siuman Pemberi kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman Pemberi kuasa diisytiharkan bankrap

Setiap notis pembatalan hendaklah difailkan bersama salinan asal Surat Kuasa Wakil yang hendak dibatalkan. Setiap pendaftaran pembatalan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10/- bagi tujuan pemprosesannya.

Surat Kuasa Wakil Kekal
a) Surat Kuasa Wakil kekal (Irrevocable Power of Attorney) ialah di mana dinyatakan samada

b) Surat Kuasa Wakil tersebut “Kekal” atau “Tidak boleh terbatal untuk tempoh tertentu” (Irrevocable for fixed time),tidak akan terbatal dengan kematian pihak-pihak, tidak siuman atau kebankrapan dan sebagainya.


Peringatan
Risalah ini hanya maklumat secara am mengenai Suat Kuasa Wakil dan cara mendaftarkannya seperti yang digambarkan adalah secara ringkas serta tertakluk kepada pindaan akta dan peraturan semasanya.

10 February 2015

Pentadbiran dan Cara Penyelesaian Harta Pusaka Orang Islam di Malaysia

1.1 Pendahuluan

Undang-undang pusaka Islam atau faraid merupakan satu sistem pembahagian pusaka dalam islam yang bersumberkan wahyu daripada Allah iaitu melalui Al-Quran. Sistem ini dirujuk kepada ayat al-mawarith dalam Surah al-Nisa’ ayat 11:

A011


Maksudnya:


Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Surah al-Nisa’ ayat 12:

A012




Maksudnya:


Dan bagi kamu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati Yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, Yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara Yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat Yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat Yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.


Surah al-Nisa’ ayat 176:
A176

Maksudnya:


Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalalah itu, Iaitu jika seseorang mati Yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta Yang di tinggalkan oleh si mati. dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (Hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Oleh itu, jelaslah bahawa Islam amat menitik beratkan tentang penjagaan serta pembahagian harta pusaka dalam Islam supaya tidak berlaku penyelewengan. Justeru di Malaysia perkara-perkara yang berkaitan dengan pusaka bagi orang-orang Islam adalah termasuk dalam bidang kuasa kerajaan negeri sepertimana yang diperuntukkan di dalam Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai 2(1) melibatkan Senarai Negeri iaitu: 

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan, Hukum Syara’, dan Undang-Undang Diri dan Keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum syara’ berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah… ” 

Oleh itu berkaitan dengan pentadbiran pusaka atau pewarisan harta berwasiat dan tak berwasiat maka ia termasuk dalam Senarai 1(4)(e) iaitu Senarai Persekutuan dan ini menyebabkan terdapat banyak statut-statut Persekutuan yang telah diluluskan oleh parlimen berhubung dengan perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat. 

Undang-undang yang dilaksanakan dalam pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Akta Probhet dan Pentadbiran 1959. 

Berdasarkan kedua-dua statut ini, harta pusaka dapat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu harta pusaka besar (biasa), harta pusaka ringkas, dan harta pusaka kecil. 

Pembahagian ketiga-tiga jenis harta ini tertakluk kepada jumlah nilaian harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati. 

1.2 Kuasa perundangan persekutuan dan negeri 


Sebagai sebuah negara persekutuan, pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri telah ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa kerajaan persekutuan mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding dengan kuasa kerajaan negeri-negeri. 

Tujuan pembahagian kuasa ini dibuat adalah penting bagi menyelesaikan beberapa pertelingkahan yang mungkin atau telah berlaku di antara negeri-negeri. Inilah bentuk negara persekutuan yang diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berasaskan kepada Laporan Suruhanjaya Reid, tahun 1957. 

Justeru berhubung dengan undang-undang pusaka orang-orang Islam (faraid) dan pentadbiran pusaka bagi orang-orang Islam terdapat dua peruntukan yang berbeza dalam Jadual Ke-9 dalam Senarai 2(1) iaitu Senarai Negeri dan yang kedua pula diletakkan di bawah Senarai 1(4)(e) iaitu Senarai Persekutuan. 

Kedudukan yang lebih jelas dapat diperhatikan dalam kedua-dua senarai yang disebut diatas. Berdasarkan kedua-dua senarai diatas jelas menunjukkan bahawa undang-undang pusaka Islam (Faraid) terletak dibawah bidang kuasa negeri-negeri manakala pentadbiran keadilan termasuk pentadbiran pusaka bagi orang Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pesekutuan. 

Oleh kerana itu, Parlimen telah meluluskan dua jenis undang-undang bagi mentadbir pusaka orang Islam dan bukan Islam iaitu Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959. 

 Dalam pentadbiran dan penyelesaian kes-kes pusaka orang Islam, Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa memperaku dan mengesahkan bahagian-bahagian yang akan diperolehi oleh waris-waris dalam bentuk Sijil Farid atau Perakuan Ahli Waris sahaja. 

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang diri yang berhubung dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau mewarisi harta berwasiat atau tidak berwasiat adalah diletak di bawah Senarai Bersama, di mana Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri sama-sama mempunyai kuasa tentang perkara-perkara tersebut. 


1.3 Latar belakang undang-undang dan pentadbiran pusaka orang Islam di Malaysia 


Sebelum Perang Dunia Kedua, pentadbiran pusaka orang-orang Islam di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, dan Perlis diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam atau Mahkamah Syariah negeri masing-masing. Tetapi selepas itu pentadbiran pusaka adalah dikendalikan di peringkat Persekutuan dan di Mahkamah Tinggi Sivil, kerana urusan pembahagian pusaka atau perwarisan berwasiat dan tidak berwasiat serta urusan mengeluarkan surat kuasa tadbir diletakan di bawah Senarai 1 Jadual ke-9, Senarai Persekutuan. 

Pentadbiran pusaka orang-orang Islam dan bukan Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Penyelesai Pusaka, Perbadanan Amanah Raya Berhad (Pemegang Amanah Raya) atau Mahkamah Tinggi Sivil. 

Walau bagaimanapun, kadar pembahagian pusaka orang-orang Islam dan penentuan waris-waris sama ada berhak atau tidak akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah menurut undang-undang pusaka Islam (Faraid). Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mengeluar atau mengesahkan waris-waris yang berhak dan kadar bahagian masing-masing dalam bentuk Sijil Faraid atau Perakuan Ahli Waris. Demikian juga perkara-perkara hukum syarak yang lain seperti menetukan kesahtarafan anak, sah atau tidak akad perkahwinan, harta sepencarian, mengesahkan wasiat, wakaf, hibah dan sebagainya, adalah dibawah tanggungjawab dan kuasa mahkamah syariah. 

1.4 Undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran pusaka di Malaysia 


1.4.1 Undang-undang Pusaka Islam (Faraid) 

Sehingga hari ini, di Malaysia tidak ada satu bentuk undang-undang pusaka Islam (faraid) yang telah dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis oleh negeri-negeri seperti yang terdapat di Mesir iaitu Qanun al-Mawarith 1943. Walau bagaimanapun, kaedah pembahagian pusaka secara Islam telah diikuti sepenuhnya oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri. Dalam hal ini, rujukan bolehlah dibuat kepada kitab-kitab fiqh Mazhab Shafie untuk menetukan kedudukan waris-waris dan bahagian-bahagian yang sepatutnya mereka terima dalam harta pusaka si mati yang beragama Islam. 

1.4.2 Undang-undang Pusaka Bukan Islam (Akta Pembahagian 1958) 

Manakala bagi orang-orang bukan Islam, cara-cara pembahagian harta pusaka mereka ditetapkan dalam Akta Pembahagian 1958. Akta ini diluluskan bertujuan untuk menjelaskan hak-hak perwarisan harta si mati yang bukan beragama Islamserta bahagian-bahagian setiap seorang daripada mereka. 

Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat. Bahagian setiap waris mengikut akta ini berbeza-beza mengikut keadaa sesuatu kes itu. 

Sebagai contoh bapa atau ibu masing-masing mendapat ½ bahagian jika si mati tidak mempunyai waris lain. Jika ada waris lain lain, bapa akan mendapat 1/8 dan ibu mendapat 1/8 bahagian. Jika si mati meninggalkan bapa, ibu, isteri dan anak-anak, maka bapa mendapat 1/8, ibu 1/8 isteri 2/8, dan anak-anak mendapat 4/8 bahagian. Sebaliknya, jika si mati hanya meninggalkan suami dan atau isteri tanpa waris-waris yang lain, maka suami atau isteri akan mendapat kesemua bahagian harta si mati dan jika si mati tidak mempunyai waris, maka menurut akta ini harta pusaka si mati akan kembali kepada kerajaan. 

Anak yang tidak sah taraf tidak boleh mewarisi harta ibunya jika ada anak yang sah taraf. 

1.4.3 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 

Akta ini merupakan undang-undang bersifat tadbiran. Tujuan akta ini diperkenalkan ialah untuk meyelaraskan dan menyeragamkan cara-cara pembahagian dan tadbiran pusaka si mati sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam. Di samping itu, akta ini diluluskan bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan dan mempercepatkan urusan pengendalian dan pengurusan sesuatu tuntutan pembahagian pusaka kecil. 

Akta ini diguna pakai kepada semua tuntutan harta pusaka seseorang si mati sama ada semuanya mengandungi tanah-tanah sahaja atau sebahagiannya mengandungi tanah bersama dengan harta-harta alih yang lain seperti wang tunai, saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Johor (ASJ), dan sebagainya tetapi jumlah nilaian harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh permohonan dibuat . 

1.4.4 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 

Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta pusaka rigkas. Harta pusaka besar ialah harta pusaka yang jumlah nilainya lebih daripada RM 600,000.00 sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau semuanya harta tak alih atau terdiri dari campuran harta alih dengan harta tak alih atau harta pusaka yang jumlah nilainya kurang daripada RM 600,000.00 tetapi si mati ada meninggalkan wasiat. 

Akta Probet dan Pentadbiran 1959 telah dikuatkuasakan pemakaiannya di seluruh Semenanjung Malaysia pada 1hb Februari 1960. Akta ini memperuntukan cara-cara untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir. Permohonan untuk mendapatkan surat kuasa probet dan surat kuasa tadbir boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. 

Menurut akta ini terdapat tiga jenis surat kuasa wasiat dan kuasa tadbir, iaitu : 

( 1 ) Surat kuasa wasiat (probet) jika si mati meninggalkan wasiat yang meliputi semua hartanya (bagi si mati yang bukan beragama Islam). 

( 2 ) Surat kuasa tadbir bagi harta pusaka tanpa wasiat (intestate estate) 

( 3 ) Surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar apabila si mati meninggalkan wasiat untuk sebahagian daripada harta peninggalanya dan sebahagian yang lain tanpa wasiat. 

1.4.5 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 

Akta ini dilaksanakan terhadap tanah-tanah yang dibuka di bawah rancangan pembangunan FELDA. Peneroka-peneroka yang telah berjaya memasuki rancangan FELDA, mereka diberikan sebidang tanah pertanian seluas lebih kurang 6 hingga 10 ekar dan sebidang tanah untuk tapak rumah. Peneroka akan membayar kepada FELDA secara beransur-ansur dengan cara ’Bayaran Tahunan Disatukan’ setelah tanah rancangannya mengeluarkan hasil, kebiasaannya selepas 6 tahun. Tempoh ‘Bayaran Tahunan Disatukan’ adalah selama 15 tahun. 

Tanah rancangan FELDA itu didaftarkan di atas nama Daftar Pegangan Desa dan hakmilik tanah itu belum lagi didaftar dan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah, kecuali setelah semua bayaran dijelaskan sepenuhnya oleh peneroka. 

Apabila berlaku kematian seseorang peneroka semasa tanahnya masih di bawah Daftar Pegangan Desa, maka seksyen 16, akta ini mengkehendaki supaya tanah itu diturun milik kepada seorang waris yang berhak sahaja. Jika lebih dari seorang yang berhak dan mereka bersetuju secara maufakat memberi seorang sahaja daripada mereka, pentadbir tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang-orang berhak mengikut hukum syarak (faraid). 

1.4.6 Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri 

Enakmen ini melarang sebarang urusniaga dan pindah milik tanah simpanan Melayu kepada bukan Melayu. Enakmen ini menghadkan penurunan milik tanah simpanan Melayu si mati kepada waris yang bukan Melayu, tetapi beragama Islam. Dari segi hukum syarak mereka berhak kepada harta pusaka itu . 

1.4.7 Enakmen pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri 

Enakmen ini pula mempunyai kuasa untuk memutuskan beberapa perkara yang berkaitan dengan harta seorang islam terutamanya mengenai harta sepencarian, pusaka, hibah, dan wakaf. Kadangkala dalam kes-kes tertentu fatwa mufti diperlukan bagi menetukan harta pusaka dan orang yang berhak terhadap harta itu. 

1.4.8 Undang-undang Penama 

Melantik penama satu arahan yang sah mengikut undang-undang dan amalan itu meliputi seluruh orang-orang Islam, berbeza dengan Ordinan Wasiat 1959, yang hanya dipakai bagi orang-orang yang bukan beragama Islam sahaja. Persoalan penamaan (Nomination) pada hakikatnya adalah sama dengan wasiat harta benda. Apabila berlaku kematian ke atas seorang penyimpan harta dan wang itu akan menjadi hak mutlak penama sedangkan penama itu kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka. 

Bagi orang-orang Islam, pelantikan penama seperti ini jelas bertentangan dengan hukum faraid dan undang-undang wasiat Islam. 

Apabila membicarakan soal penamaan ia melibatkan dua jenis harta iaitu : 

1) Harta simpanan dalam institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan sebagainya. 

2) Wang insuran nyawa yang ditinggalkan oleh si mati. 

Pelantikan penama sudah lama diamalkan di Malaysia baik tentang harta orang-orang islam atau orang-orang bukan Islam, tetapi baru-baru ini perkara ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa yang mengambil keputusan bahawa amalan penamaan dan undang-undang penamaan yang bercanggah dengan hukum dan wasiat Islam hendaklah dipinda supaya tidak membolehkan orang-orang Islam membuat sebarang penamaan atau supaya penamaan hanya boleh dibuat oleh orang-orang bukan Islam sahaja. 

1.4.9 Customary Tenure Enactment 

Enekmen ini lebih dikenali sebagai Enakmen Pegangan Adat yang memeperuntukan cara-cara pembahagian harta pusaka berkaitan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka. Tanah adat ialah tanah dibawah hak milik Pejabat Tanah yang diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun temurun oleh sesuatu kaum secara berkelompok. Dalam sijil daftar tanah adapt tercatat nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat banyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kualau Pilah, Jempol, Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan. Sementara di Melaka pula di Alor Gajah dan Jasin . 

1.4.10 Peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan perkeliling-perkeliling berkaitan. 

Selain undang-undang di atas, terdapat peraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan perkeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan pembahagian harta pusaka kecil. 

1.5 Pentadbiran harta pusaka di Malaysia 


Berdasarkan undang-undag yang terdapat di Malaysia , harta pusaka dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Harta Pusaka Kecil, Harta Pusaka Besar (Biasa), dan Harta Pusaka Ringkas. 

Perkara ini merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran Harta Pusaka 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. 

1.5.1 Harta Pusaka Kecil 

Harta Pusaka Kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran di antara harta alih dan harta tak alih yang jumlah nilainya tidak melebihi RM 2,000,000.00. Undang-undang yang dipakai dalam pentadbiran harta pusaka kecil ialah Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari semasa ke semasa. 

Tuntutan pembahagian harta pusaka kecil bagi orang-orang Islam dan bukan Islam boleh dibuat di Pejabat Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah di hadapan Pegawai Penyelesai Pusaka. Terdapat 36 unit pembahagian pusaka kecil di seluruh Malaysia. Unit ini diletakan di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Pembangunan Koperasi. Kebiasaannya tuntutan atau permohonan pembahagian harta pusaka kecil dibuat di Pejabat Tanah di mana harta tak alih si mati terletak. 

Sekiranya si mati mempunyai tanah yang banyak tempat, sama ada di negeri yang sama atau negeri yang berlainan maka daerah yang mempunyai nilai harta si mati yang paling tinggi akan mempunyai bidangkuasa untuk menyelesaikannya. 

Setiap permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil hendaklah dibuat menggunakan borang khas iaitu Borang A. Borang ini boleh di dapati secara percuma di Pejabat Tanah ataupun Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon. 

Setiap permohonan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 10.00 semasa pendaftaran dibuat. Permohonan tersebut akan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya setiap permohonan direkodkan dan bertujuan mengelakkan pertindihan. 

Semasa mengemukakan Borang A terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan iaitu:- 

1) Bukti kematian sama ada surat mati atau permit pengkebumian, surat sumpah oleh dua orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( terpakai bagi kematian semasa Jepun atau sebelumnya ) ataupun perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkmah Tinggi ( terpakai bagi keadaan di mana tiada sijil mati, si mati hilang di laut dan sebagainya ). Perintah ini hanya boleh diperolehi selepas 7 tahun dari tarikh orang tersebut hilang dan tidak didengar khabar berita. 

2) Salinan hak milik keluaran (geran tanah) dan jika terdapat harta alih mestilah disokong oleh dokumen-dokumen yang menunjukkan pegangan harta alih si mati seperti pegangan buku bank, sijil pendaftaran kenderaan, sijil saham, penyata KWSP dan sebagainya. 

3) Salinan Kad Pengenalan waris-waris, surat beranak jika ada, dan surat nikah pasangan si mati 

4) Sekiranya pembahagian hendak dibuat mengikut hukum faraid, pemohon perlulah mendapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah yang berdekatan. 

Menurut seksyen 8, Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, orang yang berhak memfailkan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil ialah:- 

1) Waris-waris pusaka si mati (benefisiari) sperti suami ataupun siteri, aibu atau bapa dan baitulmal jika tiada waris yang berhak menerima pusaka si mati. 

2) Si piutang (creditors) dan pengkaveat yang telah memasukkan kaveat atau perintah halangan ke atas tanah kerana menuntut kepentingan atau hak ke atas tanah si mati. 

3) Si pembeli (pembelian melalui perjanjian yang sah ataupun melalui perjanjian lisan yang sah tetapi pindah milik belum dapat dibuat sebelum si mati meninggal dunia). 

4) Orang-orang ataupun badan-badan yang berkepentingan dalam tanah kepunyaan si mati seperti pemegang gadaian dan pajakan seperti pihak bank. 

5) Penghulu atau pegawai penempatan dengan arahan pentadbir tanah di bawah seksyen 18, Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, terpakai apabila di dalam tempoh 6 bulan selepas kematian si mati tida sebarang prosiding diambil untuk mendapatkan probet atau surat kuasa mentadbir pusaka ataupun permohonan untuk pembahagian di bawah Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. 

6) Amanah Raya Berhad (terpakai apabila waris si mati membuat tuntutan melalui ARB), dan 

7) Pegawai Penyelesai Pusaka atau pemegang amanah (trustee) 


1.5.1.1 Proses permohonan bagi pentadbiran dan pembahagian Harta Pusaka Kecil 

Pertamanya proses dimulakan dengan mengumpul maklumat penting berkaitan harta pusaka. Kemudian pemohon perlu mengisi dan menfailkan Borang A di Pejabat Tanah dan diproses. Proses tersebut dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 10.00. 

Manakala Pegawai Penyelesai Pusaka akan mendaftarkan permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menerima jawapan sama ada tuntutan tersebut telah dibuat ataupun tidak yang dinyatakan dalam Borang C. 

Kemudian penyiasatan akan dilakukan oleh Pegawai Penempatan atau Penghulu bagi memastikan harta si mati dan penaksiran nilai harta si mati akan dibuat oleh Pegawai Penyelesai Pusaka sama ada harta pusaka itu pusaka kecil atau sebaliknya. Jika harta pusaka besar (biasa) dpindahkan ke Mahkamah Tinggi dan jika harta itu berada di negeri lain akan dipindahkan kepada pegawai berkenaan. 

Sijil faraid pula diperolehi daripada Mahkamah Rendah Syariah bagi orang-orang Islam. Pada waktu itu Pegawai Penyelesai Pusaka menetapkan tarikh, masa, dan tempat perbicaraan serta menghantar notis kepada semua waris yang berhak tentang perkara tersebut yang dinyatakan dalam borang D. Kemudian Pegawai Penyelesai Pusaka akan membuat perintah perlantikan sebagai penjaga bagi seorang remaja atau orang gila jika perkara tersebut diperlukan. 

Setelah itu perbicaraan dijalankan oleh Pegawai Penyelesai Pusaka dengan mengambil keterangan semua pihak termasuk saksi-saksi dan Pegawai Penyelesai Pusaka akan membuat perakuan jika berlaku pertikaian bersampingan. 

Kemudian Pegawai Penyelesai Pusaka akan meneydiakan perintah pembahagian (Borang E dan F) di mana pihak waris hendaklah mengemukakan hak milik tanah dan geran di Pejabat Tanah berkenaan bagi pendaftaran perintah pembahagian. 

Jika harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakannya kepada agensi atau institusi yang bertanggungjawab. 

Sekiranya terdapat bantahan atau kaveat diisi dalam Borang N. Tempoh rayuan adalah 14 hari daripada tarikh perintah sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan serta perintah yang dibuat. 

Rayuan boleh dibuat melalui Pegawai Penyelesai Pusaka ke Mahkamah Tinggi melalui Borang K1,K2,K3 dan dikenakan bayaran RM50.00. 

Segala keputusan rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dibuat apa-apa rayuan selanjutnya dan pendaftran perintah dibuat di Pejabat Tanah berkenaan. 

1.5.2 Harta Pusaka Besar (Biasa) 

Harta Pusaka Besar atau biasa ialah semua jenis harta peninggalan si mati yang jumlah nilaiannya RM 600,000.00 ke atas sama ada terdiri daripada harta tak alih semuanya atau harta alih semuanya atau campuran kedua-duanya ataupun harta pusaka yang jumlah nilaiannya kurang daripada RM 600,000.00 tetapi si mati ada meninggalkan wasiat. Pentadbirannya tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. 

Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan sama ada probet (surat kuasa wasiat bai orang bukan Islam), surat kuasa mentadbir pusaka (bagi pusaka tanpa wasiat)ataupun surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar. (bagi si mati yang meninggalkan wasiat sebahagiaan hartanya). Bagi orang yang beragama Islam, si mati hanya boleh mewasiatkan hartanya tidak melebihi 1/3 kepada pihak-pihak yang lain selain daripada waris-warisnya kecuali dengan persetujuan waris-waris lain. 

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan harta pusaka besar sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menuntut harta pusaka kecil termasuklah surat wasiat terakhir si mati. 

Permohonan boleh dibuat oleh waris-waris si mati atau si piutang sama ada secara persendirian, melalui khidmat peguam ataupun menerusi bantuan Pegawai Penyelesai Pusaka atau ARB. 

Setiap permohonan hendaklah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pusat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada harta pusaka tersebut telah dituntut atau sebaliknya. 

Kebiasaannya orang yang diberi probet atau surat kuasa mentadbir pusaka kecuali bagi Pegawai Penyelesai Pusaka atau ARB, disyaratkan mendapat seorang atau dua orang penjamin. Jika sekiranya pempetisyen mengalami kesulitan mendapatkan penjamin-penjamin yang layak dan sesuai, maka dia bolehlah memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan perintah pengecualian daripada mengemukakan penjamin-penjamin atau pendapat khidmat penjamin profesional seperti syarikat insuran atau institusi bank dengan bayaran yuran yang telah ditetapkan oleh syarikat atau institusi tersebut berdasarkan jumlah harta pusaka . 

Surat kuasa mentadbir pusaka atau probet hanya boleh dikeluarkan apabila perintah pengecualian penjamin telah diperolehi dan bon (surat ikatan ikrar) pentadbiran telah ditandatangani oleh pempetisyen. 

Setelah pempetisyen memperoleh surat kuasa tersebut, dia hendaklah mendaftarkannya di pejabat tanah yang berkenaan supaya semua suratan-suratan hak milik tersebut didaftarkan atas nama pempetisyen sebagai wakil peribadi si mati . 

Menjadi tanggungjawab pempetisyen untuk memohon kepada mahkamah sebaik sahaja dia menghasilkan semua asset si mati membuat satu perintah pembahagian terhadap harta pusaka kepada waris-waris menurut faraid atau menurut terma-terma wasiat si mati ataupun Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka. 

1.5.3 Harta Pusaka Ringkas 

Iaitu harta pusaka yang jumlah nilaiannya tidak melebihi RM 600,000.00 yang terdiri daripada harta alih sahaja tanpa wasiat seperti wang tunai, saham, KWSP, ASN ASB, kereta, wang simpanan dan sebagainya. 

Permohonan untuk penyelesaian dan pembahagian harta pusaka ringkas hendaklah dibuat melalui Pegawai Pentadbir Pusaka atau Perbadanan Amanah Raya Berhad.  

Terdapat satu peruntukan khas dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memberi kuasa kepada pegawai pentadbir pusaka atau pemegang Amanah Raya untuk mentadbir dan menyelesaikan harta pusaka ringkas tanpa perlu membuat permohonan Surat Kuasa Tadbir kepada Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian harta pusaka tersebut dibuat kepada waris-waris yang berhak mengikut kadar tertentu sepertimana yang dinyatakan dalam Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. 

Antara prosedur untuk memohon pentadbiran harta pusaka ringkas atau dikenali dengan pentadbiran terus (Summary Administration) di ARB ialah : 

i. Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan mentadbir harta pusaka yang mempunyai harta alih yang tidak melebihi RM 600,000.00 di bawah seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 tanpa surat kuasa tadbir daripada Mahkamah Tinggi atau Pentadbiran Tanah Daerah. Ini dilakukan sekiranya tiada apa-apa permohonan dibuat oleh mana-mana pihak lain. 

ii Waris-waris atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati yang dikategorikan sebagai harta pusaka ringkas boleh memohon kepada ARB untuk mentadbir harta pusaka tersebut tanpa melantik mana-mana waris menjadi pemegang kuasa. 

iii. Waris-waris hanya perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan dokumen-dokumen yang membuktikan kematian si mati. 

iv. ARB diberi kuasa untuk menghasilkan asset-aset yang berkenaan bagi tujuan pembahagian. 

v. Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka (bagi kes-kes kematian sebelum 1 November 1991 sahaja), hutang pusaka dan menolak fee bagi ARB, baki asset akan dibahagikan menurut faraid (bagi orang Islam), Ordinan Pembahagian (bagi orang bukan Islam) atau secara persetujuan antara waris-waris yang berkenaan. 

1.6 Mahkamah Syariah Dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia, 

Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil faraid atau perakuan ahli waris. Sijil faraid atau perakuan ahli waris ialah satu sijil atau perakuan yang dikeluarkan si mati yang beragama Islam, waris-waris yang berhak dan bahagian masing-masing terhadap harta pusaka tersebut. Sijil faraid atau perakuan ahli waris telah diberi kuasa hanya kepada Mahkamah Syariah mengeluarkannya . Sijil faraid hendaklah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah sekalipun ianya dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah negeri-negeri. Sijil ini biasanya mengandungi nilaian harta pusaka si mati, nama-nama waris yang berhak dan bahagian masing-masing. 

Sijil ini dikeluarkan apabila terdapat permohonan daripada waris-waris atau pihak-pihak tertentu yang berhasrat unutk membahagikan harta pusaka si mati mengikut hukum syarak. Sijil faraid amat penting dalam pembahagian dan pentadbiran pusaka orang-orang Islam di Malaysia kerana pembahagian dan pengeluaran harta pusaka si mati akan dibuat berdasarkan sijil yang telah disahkan itu. 

Sijil ini diperlukan dalam semua tuntutan harta pusaka si mati sama ada dibuat melalui Mahkamah Tinggi Sivil, Pegawai Penyelesai Pusaka atau Amanah Raya Berhad sama ada dalam bentuk harta pusaka kecil, harta pusaka besar ataupun harta pusaka ringkas. 

1.7 Amanah Raya Berhad (ARB) 

Amanah Raya Berhad adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan dikorporatkan di bawah Akta Syarikat 1965. ARB beroperasi sebagai sebuah syarikat pada 1 Ogos 1995 selepas ia dikorporatkan. Sebelum itu, ARB merupakan jabatan kerajaan yang dikenalai sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia ynag telah wujud semenjak tahun 1921. 

Antara peranan ARB ialah sebagai pemegang amanah, wasi, pentadbir, penjaga, sahabat, wakil ejen, penerima dan sebagainya. Kemudian sebagai pemegang atau pentadbir Surat Kuasa Probet dan Surat Kuasa Tadbir. Selain itu, ia juga sebagai ganti wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang sedia ada. 

ARB juga boleh diberi Surat Kuasa Tadbir apabila pempetisyen gagal mengambilnya. Akhir sekali boleh mengambil milik harta untuk simpanan selamat. Dalam bidang pentadbiran harta pusaka, ARB mempunyai beberapa bidangkuasa berikut: 

i. Seksyen 17(1) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 memberi kuasa kepada Amanah Raya Berhad untuk mentadbir harta pusaka yang mengandungi harta alih sahaja yang bernilai tidak lebih RM 600,000.00. 

ii. Seksyen 3(2), seksyen 4, dan seksyen 13 Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, memberi kuasa kepada Amanah Raya Berhad memfailkan petisyen di Pejabat Penyelesai Pusaka Kecil untuk dilantik sebagai pentadbir atau mendapatkan perintah pembahagian bagi harta pusaka yang mengandungi harta alih dan harta tak alih sehaja yang bernilai tidak lebih RM 600,000.00. 

iii. Seksyen 77A Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memberi kuasa kepada Amanah Raya Berhad untuk memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mendapatkan Surat Kuasa Probet dan Surat Kuasa Tadbir bagi kes-kes berikut: 

a) Kes pusaka yang mengandungi harta alih dan harta tak alih bernilai lebih daripada RM 600,000.00 
b) Kes si mati meninggalkan wasiat (jika wasiat hanya mengandungi harta alih sahaja) 
c) Pentadbir yang dilantik terdahulu meninggal dunia. 
d) Pentadbir dahulu gagal menyelesaikan pentadbiran harta pusaka atau wasi yang dilantik oleh pewasiat menolak perlantikannnya atau meninggal dunia. 

1.8 Kesimpulan 

Pentadbiran dan cara penyelesaian harta pusaka orang Islam di Malaysia adalah termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri-negeri sepertimana yang diperuntukan dalam Jadual Kesembilan iaitu Senarai 2(1)-Senarai Negeri. Oleh itu, menurut Kerajaan Persekutuan, jika berlaku pertentangan di antara undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri, maka undang-undang negeri akan terbatal setakat yang berlawanan itu. 

Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa membuat undang-undang tentang pentadbiran pusaka orang-orang Islam seperti Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959, walaupun undang-undang pusaka Islam atau faraid merupakan bidang kuasa kerajaan negeri-negeri. 

1.9 Rujukan 
Perlembagaan Persekutuan 
Mohd Ridzuan bin Awang. Undang-Undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat, dan Wakaf: Pengajian Jarak Jauh. 2003. UKM. Bangi 
Rafie bin Omar. Pembahagian Pusaka dan Perancangan Harta Orang Islam. 2004.
Hikmah Enterprise. Sungai Buloh. 
Pamplet Amanah Raya Berhad 
Pawancheek Merican.Islamic Inheritance Laws. 2006.Malayan Law Jurnal Sdn Bhd, Ampang


Dari : http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/07/pentadbiran-dan-cara-penyelesaian-harta.html