12 April 2022

04 September 2021

Melayu nukilan Usman Awang

 Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

Doa Nabi Musa & Rasulullah saw ketika Kesulitan

Dalam kitab Al-Farj Ba’dasy Syiddah, Ibnu Abi Al-Dunya menyebutkan sebuah riwayat bahwa ketika Nabi Musa mengalami kesulitan menghadapi Fir’aun, dan Rasulullah Saw mengalami kesulitan dalam perang Hunain, keduanya membaca doa berikut;

كُنْتَ وَتَكُونُ وَأَنْتَ حَيُّ لَا تَمُوتُ، تَنَامُ الْعُيُونُ، وَتَنْكَدِرُ النُّجُومُ، وَأَنْتُ حَيُّ قَيُّومٌ، وَلَا تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Kunta wa takuunu wa anta hayyun laa tamuut, tanaamul ‘uyuun wa tankadirun nujuum, wa anta hayyun qoyyuum, wa laa ta’khudzuka sinatun walaa naum, yaa hayyu yaa qoyyuum.

Artinya:

Engkau ada dan Engkau tetap selalu ada, Engkau Maha Hidup dan Engkau tidak akan meninggal. Mata-mata tidur dan bintang-bintang meredup, sementara Engkau Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, Engkau tidak mengantuk dan tidur, wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri.

Riwayat dimaksud bersumber dari Imam Al-Dhahhak, dia berkata;

دُعَاءُ مُوسَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ تَوَجَّهَ إِلَى فِرْعَوْنَ، وَدُعَاءُ رَسُولِ  اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ حُنَيْنٍ، وَدُعَاءُ كُلِّ مَكْرُوبٍ: كُنْتَ وَتَكُونُ وَأَنْتَ حَيُّ لَا تَمُوتُ، تَنَامُ الْعُيُونُ، وَتَنْكَدِرُ النُّجُومُ، وَأَنْتُ حَيُّ قَيُّومٌ، وَلَا تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Doa Nabi Musa ketika menghadap Fir’aun dan doa Rasulullah Saw ketika perang Hunain, dan doa setiap kesulitan; Kunta wa takuunu wa anta hayyun laa tamuut, tanaamul ‘uyuun wa tankadirun nujuum, wa anta hayyun qoyyuum, wa laa ta’khudzuka sinatun walaa naum, yaa hayyu yaa qoyyuum (Engkau ada dan Engkau tetap selalu ada, Engkau Maha Hidup dan Engkau tidak akan meninggal. Mata-mata tidur dan bintang-bintang meredup, sementara Engkau Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, Engkau tidak mengantuk dan tidur, wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri.

Kredit:https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/ini-doa-nabi-musa-dan-rasulullah-ketika-mengalami-kesulitan/

31 August 2021

Perancangan Kewangan Islam

Kredit: https://labursantai.com/7-komponen-perancangan-kewangan-islam/

Perancangan kewangan peribadi adalah topik yang luas dan menyeluruh. Perancangan kewangan bukan semata-mata hal hartanah, hal takaful ataupun hal amanah saham. Kesemua itu sebenarnya hanya satu bahagian dalam urus kewangan.

Ada bab-bab lain perlu dikuasai:

 


 


1. Mencipta: Jika anda graduan baru kena bekerja mempunyai sumber kewangan. Sumber in perlu dijaga, kena susun (buat bajet) kemana ianya akan dipakai, dibelanjakan. .

2. Mengurus: Ilmu pengurusan kewangan sebenar. Ia sangat berkaitan aliran tunai, nilai aset dan liabiliti dan lain-lain (contoh: pengurusan hutang)

3. Melindungi: Perlindungan diri kita sebagai ‘pencari sumber kewangan’ atau penggerak. Kita perlu mengenalpasti risiko apa yang ada dan berfikir cara menguruskan risiko.

4. Menggandakan: Mendalami ilmu dalam pelaburan. Fahami konsep risiko melabur. Disini, kita boleh fahami, apa itu unit trust, saham, komoditi dan hartanah.

5. Memelihara: Konsep simpanan masa depan. Ilmu pengurusan kewangan yang diselarikan dengan matlamat kewangan jangka masa panjang seperti persaraan, pendidikan, dana pergi Haji dan tabung kecemasan yang besar.

6. Menyucikan & Membersihkan: Memahami keperluan membayar cukai dan melunaskan zakat. Perlu ingat kedua-dua ini adalah tanggungjawab. Sebagai seorang yang mahu celik kewangan, ilmu tentang cukai dan zakat perlu dikuasai.

7. Mewariskan: Ilmu pengurusan kewangan bukan sekadar hembusan nafas terakhir. Proses kewangan adalah proses yang berterusan walaupun sudah tiada.

30 August 2021

PECAH GERAN TANAH : ANGGARAN HARGA DAN TEMPOH SIAP

PECAH GERAN TANAH

ANGGARAN HARGA DAN TEMPOH SIAP

Proses diantara ‘Pecah Sempadan’ dan ‘Pecah Bahagian’ yang membabitkan pengeluaran geran tanah berasingan / individual dari segi prosedur mempunyai sedikit perbezaan namun persamaannya adalah kedua-dua proses pecahan ini terbabit dengan beberapa jenis bayaran secara berperingkat dari seawal permohonan dibuat sehinggalah mendapat kelulusan. 

Secara asasnya terdapat pelbagai prosedur dan jenis bayaran yang perlu dibuat kepada pihak-pihak berikut :

1. Pejabat Tanah Daerah
2. Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya ( Majlis )
3. Juru Ukur Berlesen
4. Perancang Bandar Berlesen (swasta)
5. Lembaga Juru Ukur Tanah Semenanjung

==========================================================

1.) Pejabat Tanah Daerah ( PTD )


Prosedur dan bayaran yang terlibat :

> Pendaftaran Fail

> Memperenggan

> Cabutan

> Borang 9A atau 9B

> Pelan Surih

> Pendaftaran QT / Hakmilik Sementara

> Wang Pos

> Deposit Ubah Syarat / Premium

> Akuan Sumpah

> Notis

Nota : Kadar bayaran ini adalah berbeza dan tertakluk kepada PTD setempat


2.) Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya ( Majlis )


Prosedur dan bayaran yang terlibat :

> Pendaftaran Fail

> Pelan Surih

> Cabutan

> Bayaran proses Kebenaran Merancang

> Fee Pemajuan

Nota : Kadar bayaran ini juga berbeza dan tertakluk kepada Majlis setempat


3.) Jurukur Tanah Berlesen ( LS )


Antara bayaran yang terlibat ialah :

> Pendaftaran fail

> Penyediaan plan Pra-Hitungan dan plan-plan terlibat

> Bayaran untuk kerja ukuran offset atau ukur butiran* ( optional )


Nota : (c)* bayaran untuk ini perlu dijelaskan terlebih dahulu jikalau terdapat keperluan untuk Jurukur menjalankan kerja ukur bagi mendapatkan maklumat butiran pada tanah yang terlibat bagi tujuan penyediaan plan Pra-Hitungan dan plan-plan terlibat bagi tujuan permohonan. Biasanya keperluan adalah disebabkan oleh terdapatnya pagar, rumah atau bangunan, jalan keluar masuk, parit serta saliran atau pun talian penghantaran elektrik TNB sedia ada di atas tanah terlibat.


4.) Perancang Bandar Berlesen ( Swasta )


Ada kategori tanah yang perlu disertakan bersama plan Kebenaran Merancang (LCP) bersama dengan permohonan (rujuk bayaran kepada Majlis Daerah). Plan Kebenaran Merancang ini perlulah disediakan oleh Perancang Bandar Berlesen.

Kadar bayaran bukan dibawah kawalan pihak PTD, Majlis atau LS. Ianya tidak tetap dan mungkin terdapat perbezaan harga bergantung kepada kadar harga serta yuran perkhidmatan pihak Perancang Bandar Berlesen yang berkenaan.


5.) Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia ( LJT )


Bayaran ini mempunyai kadar tetap bagi kesemua firma Jurukur Tanah Berlesen dan ianya dikawal oleh kerajaan melalui pihak Lembaga Jurukur Tanah (LJT). Walau apa saja peralatan dan teknologi yang digunapakai oleh LS, kadar harga untuk kerja ukur tersebut tetap sama tidak akan boleh berlainan. LJT selaku persatuan bagi kesemua jurukur tanah berlesen adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan berasaskan kepada perlembagaan negara melalui undang-undang Akta Kanun Tanah Negara ( KTN ). Akta KTN ini bukan sahaja kepentingan setiap jurukur tanah berlesen dipelihara tetapi kepentingan rakyat selaku pelanggan dan kepentingan kerajaan selaku pentadbir tanah juga telah ditetapkan dalam bentuk peraturan serta kadar asas setiap pembayaran untuk premium nilai tanah, cukai tanah, yuran urus tanah serta kadar asas untuk perkhidmatan ukur tanah dalam setiap bidang.

Antara bayaran untuk LJT ialah :

> Bayaran asas

> Bayaran bagi petak-petak pecahan

> Bayaran bagi plan Pra-Hitungan

> Garisan Azimuth, sambungan dan kawalan

> 20% Yuran Proses Data Digital *

> 6% cukai kerajaan

Transformasi teknologi dalam bidang geospatial / ukur tanah sekarang sedang berubah kepada format digital sepenuhnya. Pembangunan prasarana data digital ini adalah dibangunkan oleh kerajaan dan dikelola oleh pihak LJT melalui fee yang dijana daripada pendaftaran dan yuran 20% yang dibayar oleh Jurukur Tanah Berlesen bagi penggunannya. Maka itu bayaran khidmat ukur tanah yang dibayar oleh pelanggan kepada LS perlulah dibuat melalui LJT. Ianya boleh difahami secara analogi perbandingan berikut. Penggunaan data geospatial dalam format digital ini ianya seperti jurukur tanah menggunakan lebuhraya yang disediakan oleh LJT untuk mudah dan cepat sampai ke destinasi. Jadi pada setiap penggunaan lebuhraya digital ini maka perlulah dibayar kadar tol 20% seperti yang telah ditetapkan. Inisiatif ini adalah bagi melindungi kepentingan secara bersama setiap jurukur tanah berlesen dan mengelakkan daripada terjadinya monopoli perkhidmatan berasaskan keuntungan seperti dalam bidang telekomunikasi serta penyiaran berbayar jika ianya dibuat secara pemberian lesen atau kontrak kepada mana-mana syarikat swasta bagi mengusahakannya.

RINGKASAN PENERANGAN

Bayaran kepada 5 pihak ini adalah bayaran asas yang utama apabila satu sebutharga diminta oleh pelanggan bagi membuat permohonan kerja ukur tanah yang membabitkan pecah geran tanah berasingan satu lot asal kepada beberapa pecahan lot-lot kecil yang mempunyai hakmilik iaitu geran tanah sendiri. Namun begitu pada peringkat awal hanya satu 'Sebutharga Anggaran' sahaja yang dapat diberikan kepada pelanggan. Selain daripada prosedur dan bayaran asas kepada 5 pihak di atas terdapat juga lain-lain bayaran atau prosedur yang mungkin perlu dibuat atau pun mungkin tidak perlu dibuat.

Oleh kerana permohonan perlu dimajukan kepada pihak PTD kemudian pihak PTD pula akan memanjangkan permohonan ini kepada pihak-pihak berkuasa lain untuk kelulusan berperingkat serta ulasan mereka maka akan ada tempoh masa yang perlu diambil serta kemungkinan pihak PTD akan meminta pelanggan membuat pindaan pada permohonan asal kepada yang baru bagi memenuhi syarat atau ulasan pihak berkuasa berkenaan. Kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pecah geran tanah bukanlah terletak pada LS atau LJT atau JUPEM seperti yang sering disalahtafsir oleh banyak pelangan. Pihak yang akan memberi kelulusan adalah PTD tetapi sebelum itu PTD perlu pula mendapatkan kelulusan daripada pihak lain terlebih dahulu. Hanya setelah kesemua pihak terbabit memberikan kelulusan barulah pihak PTD boleh memberikan kelulusannya. Setelah mendapat kelulusan dari PTD barulah LS boleh pula pergi membuat kerja ukuran halus tanam batu sempadan dan mengeluarkan satu plan diperakui ( plan PA ) bagi lot-lot baru ini. Setelah itu barulah satu senarai harga penuh yang muktamad dapat diberikan kepada pelanggan.

TEMPOH MASA ANGGARAN

Secara umumnya tempoh masa yang diambil dari awal permohonan hingga mendapat kelulusan adalah di antara 8 – 14 bulan ( paling cepat ) dan boleh berlanjutan hingga bertahun tahun lamanya jika lot tersebut ada isu atau bermasalah. Manakala jumlah harga kos keseluruhan bagi kerja pecah geran tanah ini adalah bergantung kepada jumlah pecahan, luas, kategori gunatanah dan lain-lain faktor. Semakin banyak pecahan dengan geran tanah berasingan maka kos harga purata untuk setiap 1 lot baru akan semakin berkurangan.

HARGA ANGGARAN KASAR

Hanya sekadar contoh harga anggaran kasar untuk perbandingan, satu lot asal seluas 2 ekar. Jika pelanggan mahu pecahkan menjadi 2 lot kecil berasingan dengan keluasan masing-masing 1 ekar maka perlu dibuat 1 permohonan untuk pecah 1 lot baru dengan luas 1 ekar dan baki tanah 1 ekar lagi akan kekal dalam lot asal dengan pindaan luas yang baru iaitu cuma 1 ekar. Kos anggaran kasar adalah dalam julat harga :

 RM 10 ++ ribu ( updated : Tahun 2021 )

Tetapi jika pelanggan mahu pecahkan lot asal yang luas 2 ekar tersebut kepada 4 lot kecil dengan masing-masing luas 0.5 ekar. Mungkin kos anggaran kasar bagi kerja pecah geran tanah ini dalam julat harga RM 30 ribu. Ini secara purata akan menjadikan harga untuk setiap 1 lot baru dengan geran tanah sendiri cuma sebanyak RM 7.5 ribu sahaja. Dibanding harga untuk pecah 1 lot baru berharga RM 10 ribu, sekarang bila dipecah kepada 4 lot, kos harga cuma RM 7.5 ribu ini bermakna sudah berkurangan sebanyak RM 2.5 ribu untuk setiap 1 lot baru. Atau mungkin jika dipecah pula kepada 8 lot kecil dengan luas masing-masing 0.25 ekar, kos harga bagi setiap 1 lot baru dengan geran tanah sendiri hanya pada harga RM 5 ribu sahaja.

Inilah maksudnya semakin banyak lot pecahan dibuat maka semakin berkurangan kos harga bagi keseluruhan proses pecah geran tanah tersebut. Tetapi ini bukanlah harga sebenar ini hanyalah sekadar harga anggaran kasar sahaja. Seperti yang selalu dijelaskan kepada pelanggan ukur tanah, membuat kerja ukur tanah bukanlah seperti menjual barangan contohnya baju. Jika 1 baju berharga RM 10 maka jika pelanggan nak beli 5, harganya cuma sekadar darabkan 5 x RM 10 = RM 50. Untuk meletakkan harga ukur tanah atau menyediakan sebutharga ukur tanah untuk anda, kami perlu membuat carian maklumat, kajian tapak lokasi dan mengambilkira banyak faktor terlebih dahulu. Setelah itu barulah kami boleh membuat campur tolak dan berikan satu senarai sebutharga untuk anda. Membuat kerja ukur tanah bukanlah seperti menjual barangan. Kami penyedia perkhidmatan professional dengan menggunakan teknologi terkini yang bukan murah harganya. Dengan perkhidmatan professional inilah menara Kuala Lumpur dan bangunan KLCC dapat berdiri tegak. Dengan perkhidmatan professional inilah 2 jambatan dapat dibina secara kukuh bersambungan untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan daratan Semenanjung Malaysia. Dan dengan perkhidmatan professional inilah juga ramai pemilik tanah baru tahu dimana kedudukan sebenar batu sempadan tanahnya walaupun dia telah berpuluh tahun tinggal menetap di atas tanah tersebut.

NOTA KAKI

Penulisan pada kali ini hanya sekadar memberikan kefahaman dan penjelasan ringkas kepada prosedur dan kos anggaran kasar untuk kerja pecah geran tanah. Walau pun kami dah berkali kali beritahu yang kami tidak membuat kerja pecah bahagian yang membabitkan proses pecah geran tanah. Tetapi hampir setiap hari kami akan terima pertanyaan dan permintaan berkenaan kos harga untuk pecah geran tanah dari pelanggan.

KAMI TAK BUAT KERJA YANG BABITKAN URUSAN PECAH GERAN TANAH

Tetapi andaikata anda hendak membuat pecahan bahagian satu lot asal kepada beberapa bahagian plot-plot kecil sekadar hendak membahagi bahagikan tanah sahaja tanpa membabitkan urusan pecah geran tanah asal, itu kami boleh buat untuk anda. Jikalau tanah tersebut terletak dalam negeri Selangor atau KL anda bolehlah menghubungi kami secara telefon cakap atau sekadar kirim mesej pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp dengan nombor telefon di atas.

NOTA RINGKASAN

Sebagai ringkasan, kos harga anggaran kasar untuk membuat pecahan geran tanah bagi mendapatkan 1 lot kecil baru dengan geran tanah berasingan adalah bergantung kepada banyak faktor terutamanya jumlah lot pecahan, luas masing-masing serta kategori gunatanah. 

Harga anggaran adalah di antara RM 5 – 10 ribu bagi setiap 1 lot baru dengan geran tanah baru. Semakin banyak lot pecahan yang dibuat semakin berkurangan harganya. Manakala tempoh siap kerja dari awal permohonan hingga mendapat kelulusan adalah di antara 8 – 14 bulan, paling cepat dan boleh berlanjutan hingga bertahun tahun jika tanah tersebut ada isu atau bermasalah

Manakala tempoh bayaran bagi kerja ukur tanah pecah geran tanah ini pula adalah secara berperingkat boleh diperbincangkan dan bermula dari bayaran awal untuk sebutharga anggaran bagi proses buka file serta pendaftaran permohonan. Seterusnya peringkat bayaran kepada kerja ukur tanah yang perlu dibuat dan bayaran kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan. Bayaran terakhir adalah selepas siap kerja satu invois untuk jumlah harga muktamad dan baki bayaran akan dikeluarkan.

Ruang komen dibawah tidak akan dibuka untuk sebarang ulasan atau pertanyaan. Kami tidak membuat kerja ukur yang membabitkan proses pecah geran tanah jadi jikalau ada yang berminat untuk ketahui lebih lanjut serta mempunyai tanah yang hendak dibuat pecahan secara sempadan atau bahagian yang bertujuan untuk mendapatkan geran tanah berasingan, anda bolehlah klik link dibawah dan hubungilah mana-mana Jurukur Tanah Berlesen yang berdekatan melalui carian ikut negeri.




DI SEMENANJUNG MALAYSIA






Kaedah Tradisi Mencari Mata Air / Traditional Way to Spot Water Source / deposit.

 1. Kaedah buah kelapa tua

Kelapa tua



2. Kaedah Wayar Tembaga

3 Cara





https://youtu.be/NJuPKI-pKf4


https://www.youtube.com/watch?v=NJzeMBgJjCE










Kaedah Daun Pisang

 



Penyapu Lidi