12 April 2022

10 September 2019

APA ITU AIR ABU @ SODA ABU??

Ramai yang bertanya :



~Air abu dikenali sebagai bahan dalam pembuatan mee,kuih muih dan moon cakes. Ia memberikan tekstur dan rasa tertentu. Kandungan air abu di pasaran tempatan berbeza-beza mengikut pengilang. Ada yang mengandungi garam silikat dan ada yang tidak.
~Air abu boleh dihasilkan daripada ekstrak abu tumbuh2an@abu kayu pokok. Abu kayu pokok asli dan bukan abu papan kayu, kerana papan kayu dirawat secara kimia dan mungkin akan meninggalkan surihan elemen kimia lain yang tidak sesuai.
~Secara kimia, soda abu adalah Natrium Karbonat(sodium carbonate). Formula kimianya adalah Na2CO3. Ia adalah sebatian garam sodium dan asid karbonik.
~Ia mempunyai banyak kegunaan domestik, antaranya : sebagai pelembut air atau water softner, digunakan dalam pembuatan kaca (soda lime glass), ia juga merupakan food additive (E500) digunakan sebagai pengawal atur keasidan, ajen anti pengetulan, ajen penaik, dan penstabil.
Kita akan membincangkan pembuatan mee mentah dalam mana2 artikel akan datang, bagi tujuan artikel ini kita membincangkan bagaimana untuk menghasilkan soda abu di dapur.
Kaedah penghasilannya agak mudah dan kita hanya perlu hasilkan dalam kuantiti yang sedikit.

Peralatan yang diperlukan :

plat pemanas, misalnya tudung periuk aluminium dan dapur
Bahan : bicarbonate soda @ NaHCO3 (natrium hidrogen carbonate)

🌻Kaedah :

1. Panaskan plat@tudung periuk dengan api perlahan.
2. Ambil sedikit sahaja bikarbonat soda, hujung sudu. agak2 seperti secubit garam.
Taburkan atas plat pada bahagian atas api.
Biarkan sehingga tekstur garam berubah menjadi bentuk amorfus (serbuk putih dengan tekstur berlainan daripada tekstur asal bikarbonat soda).Kacau2 atau balik2 semasa pemanasan selepas beberapa minit.
3. Apabila struktur menjadi serbuk putih, matikan api dan sejukkan.
4. Larutkan dalam air, ia akan menghasilkan larutan alkali (rasa macam sabun, licin) pernah rasa tak sebelum ini licin mcm sabun..? Itulah ia Air abu yg telah dihasilkan.

🌻Keterangan :

Natrium hidrogen carbonate (NaHCo3) atau bikarbonat soda ditukarkan kepada Natrium Karbonat (soda abu) apabila dipanaskan@dibakar. Tindak balasnya adalah seperti berikut.
2 NaHCO3 → Na2CO3 + H2O + CO2

🌻Bahayakah bahan ini?

Proses yang sama berlaku semasa pembakaran kek atau biskut, gas karbon dioksida dan air dihasilkan. Gas dan wap air panas memberi tekstur rongga pada biskut dan kek, dan meninggalkan elemen Na2CO3 dalam biskut atau kek itu. Adakah ia bahaya?

🚨AMARAN!

Serbuk kontang (sangat kering) boleh mengakibatkan iritasi,

JANGAN HIDU, JANGAN TERKENA MATA atau TERUS MAKAN begitu sahaja.
Untuk memudahkan pengendalian, serbuk kontang yang dihasilkan perlu dilarutkan dengan air segera.
Selamat mencuba!!

DIY BAJA SEMBURAN ORGANIK

BELAJAR BUAT BAJA CECAIR SEMBURAN ORGANIK
1. Susu yakult 1 botol
2. Telur ayam 2 biji
3. Ajinomoto 1sudu kecil
Susu , ajinomoto dan telur di masukkan ke botol yg bersih dan kering (saya guna botol air mineral ). Goncang goncang sampai berbuih..
Setelah itu diamkan selama 24jam atau 3 hari atau 7 hari..
Baunya seperti susu segar dan sedikit hamis.
Setelah itu campur dengan 5 liter air dan didiamkan lagi semalaman.. Jadi dari 2 biji telur dan 1 botol yakult menghasilkan 5 liter BAJA cecair.
CARA GUNA :
1 liter baja cecair dicampur dgn 10 liter air dan spraykan pada tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang. Spray seminggu sekali..
SELAMAT MENCUBA..✌

(Gambar hiasan)

01 September 2019

Bebola ikan

Diantara bahan-bahan untuk membuat bebola ikan buatan sendiri dirumah adalah seperti 
1/2 kg ikan (gunakan jenis kembung atau ikan tenggiri segar - ada yang gunakan suremi), 
sedikit lada sulah, 
1 sudu kecil garam, tepung ubi atau gunakan tepung jagung dan juga air yang akan digunakan untuk merebus) dalam periok. Kerja membuat bebola ikan boleh dimulakan dengan menyiang ikan dan dibasuh sehingga bersih. Kemudian ikan yang telah dibersihkan diasingkan isi daripada tulang dan dikisar halus tanpa air. Kemudian ianya dicampurkan isi ikan bersama lada sulah dan garam dan digaul sehingga sebati. Seterusnya dimasukkan tepung dan diuli sehingga adunan tidak melekat ditangan semasa kerja menguli. Seterusnya adalah membuat persediaan untuk merebus bebola ikan dengan merebusnya didalam air panas yang mendidih. Pada masa sama perlu dibentukkan bebola ikan bulat-bulat dengan saiz mengikut kegemaran sama ada kecil, sederhana atau agak besar. Kemudian bebola ini perlu dimasukkan kedalam air yang sedang mendidih dan direbus sehingga bebola masak dan kenyal. Tunggu sehingga bebola ikan timbul dan bolehlah diangkat menggunakan senduk berjaring. Kumpulkan dalam bekas dan dibiarkan sehingga sejuk.. Bebola ikan ini boleh dimakan terus, dimasak, dijual atau disimpan dalam peti sejuk. Bagi resepi membuat sup bebola ikan perlu dilakukan dengan menumis kuah, tambah rempah ratus atau gunakan perisa sup segera digunakan sebagai air rebusan.  Sup bebola ikan enak dimakan sewaktu perut amat lapar...

30 August 2019

PAJERI NENAS

A. PAJERI NENAS
B.  PAJERI NENAS UTARA
C. PAJERI NENAS - bersantan
D. Pajeri Nenas Simple dan Sedap (Terung / kedondong) - bersantan
E. PAJERI NENAS JOHOR
F. PAJERI NENAS JAWA
G. PAJERI NENAS -bersantan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. Pajeri Nenas

Bahan-bahan:
  • 1 biji nenas masak
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga)
  • 3 sudu besar Kari Ikan Adabi
  • Segengam udang kering
  • 4 sudu besar kerisik
  • Gula melaka
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 2 sudu besar cili boh (optional)

Penyediaan Bahan:
  1. Bersihkan nenas dan hiris-hiris setebal 1.5cm lebih kurang.
  2. Blender atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  3. Cuci dan bersihkan udang kering, tumbuk separa halus. Jangan halus sangat.
  4. Masukkan kari ikan dalam mangkuk dan jadikan ia paste dengan menambah sedikit air. Tips ni supaya rempah tidak hangus ketika ditumis nanti. Kenapa kari ikan? Haaa ni la tips rahsianya. Kalau mau rasa kari yang lebih sedap cuba gunakan kari ikan instead of kari ayam. Memang berbeza tau. Kak Aya kalau masak ayam kari pun guna kari ikan. Serius sedap!


Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan tumis sehingga wangi semerbak.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak. (Cili boh optional, kalau tiada pun nda pa). Last sekali masukkan udang kering. Bagi dia nampak garing sikit.
  3. Next masukkan paste kari ikan tadi dan tumis sampai agak “masak”. Agak masak tu bila kari berubah warna jadi kemerah-merahan sikit. Hati-hati jangan sampai hangus.
  4. Masukkan nenas dan gaul sebati kemudian tambah air. Air tu letak la asalkan nampak keluar dari tepi-tepi nenas tu tapi jangan tenggelam semua tau.
  5. Masak sebentar sampai nenas tu menyerap kari.
  6. Kemudian masukkan kerisik, gula merah, dan garam.
  7. Kalau nampak kari tu cair, bole add lagi serbuk kari sehingga pekat sikit. Tapi kena ingat, makin banyak kari, makin pedaslah pajeri tu. So kena agak-agak la ya.
  8. Masak pajeri tu sehingga air semakin berkurangan dan nenas nampak masak dan sebati dengan kari.
  9. Adjust rasa. Masam, masin dan manis kena balance barulah sedap.
  10. Bila sudah masak, kuah pun sudah pekat, matikan api dan sedia untuk dihidang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 B. Pajeri Nenas Utara



Cara Buat Pajeri Nenas Utara
Pajeri Nenas ini merupakan masakkan yang amat popular di bahagian utara Malaysia.  Ini adalah pajeri nenas dan ia adalah salah satu masakan pajeri yang paling kerap dimasak.
Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Pajeri nenas tanpa santan

Bahan A (menumis )
* bawang besar 1/2 biji
* bawang putih 2ulas
* halia
* bunga lawang 2
* kulit kayu manis 1btg

Bahan B (dikisar )
* bawang besar 2 biji
* bawang putih 3 ulas
* halia
* udang kering

Bahan C
* rempah kari daging 2 sudu mkn

Bahan D
* kerisik 2 sudu makan
* garam 1 sudu kecil
* serbuk perasa 1 sudu kecil
* gula putih 4 sudu makan
* gula merah 1 sudu makan

Bahan E
* buah nenas yang siap dipotong dan direbus.

Cara memasak :-
– Panaskan minyak kemudian masuk bahan A. Tumis sehingga garing.
– Apabila garing masukkan bahan B. Kacau dan biar dalam 3 minit, masuk pula bahan C. Biar sehingga betul-betul pecah minyak.
– Rempah dah masak boleh masuk air dalam 1/2 cawan.
– Kemudian masuk bahan D dan E.
– Biar seketika dan tggu semua bahan sebati.
– Rasa semua dah ok boleh tutup api dan dihidang bersama nasi panas-panas

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

C. PAJERI NANAS

BAHAN2
1 biji nanas (potong ikut suka jgn nipis sgt yer)
1 biji bawang besar - hiris nipis
4-5 ulas bawang putih - hiris nipis
Sedikit halia - hiris nipis
4-5 kuntum bunga lawang
2 1/2 cawan santan drp sebiji kelapa
2 senduk minyak masak (utk menumis)
Bahan pes
2 paket kecil serbuk kari ikan (nak pedas guna serbuk kari daging)
3 sdb udang geragau (nak guna ikan bilis pun boleh tp tumbuk jgn hancur)
1 paket kecil kerisik
2 tangkai daun kari
1 1/2 sdb gula
1/2 sdb garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air
(satukan semua bahan pes..gaul sebati)


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang, halia, bunga lawang
bila dah naik bau, masukkan pes tadi. Kacau rata
Apabila dah naik minyak masukkan nanas. Kacau sebati hingga air nanas kering
Masukkan santan. Masak hingga agak pekat dan terbit minyak
sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidang
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

D. Pajeri Nenas Simple dan Sedap (Terung / kedondong)


Nenas setengah biji dan potong ikut suka.  Kalau nak buat pajeri terung, tukarkan nenas kepada terung dan potong terung mengikut kesesuaian anda sendiri.

Bahan Kisar:
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia seinci
  • Udang kering 2 sudu (boleh ganti dengan ikan bilis)
Bahan-bahan Penting
  • Rempah kari daging 2 sudu
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Santan suku atau setengah kotak (brand Kara)
  • Kerisik 2 sudu
Cara-cara Memasak
  • Tumis bunga lawang, kayu manis, daun kari dan bahan blend sampai perang dan naik bau.
  • Masukkan rempah kari (campur air). Masak sampai hilang bau rempah dan naik minyak.
  • Masukkan nenas dan tambah air. Biarkan sampai nenas lembut. Air letak sikit-sikit mengikut kepekatan yang anda suka.
  • Masukkan santan dan kerisik. Perasakan garam gula dan ajinomoto sikit. Ikut selera masing-masing.

---------------------------------------------------------------------------------------------

E. PAJERI NENAS JOHOR


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1/2 cawan pati santan
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar gula perang (atau secukup rasa)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 camca besar cili kisar
2 camca besar kerisik
1 1/2 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
Garam secukup rasa
Sedikit air
BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 genggam udang kering, rendam 15 minit dan toskan
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras, hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas nenas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Rebus sekejap dan masukkan serbuk kunyit dalam air rebusan tadi, kemudian toskan. Cili merah dan hijau, dibelah dua tapi tak putus, rendam. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*) dan cili kisar hingga garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang pati santan.
  3. Masukkan kerisik, kacau dan masak hingga mendidih (jika perlu tambah sedikit air). Masukkan nenas, belahan cili merah dan hijau (toskan). Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

-----------------------------------------------------------------------------------------

F. PAJERI NENAS JAWA


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 biji nenas - dipotong2 dan direbus hingga lembut dan ditoskan airnya
  • Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, dll
  • 1/2 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
  • 1/2 cawan bawang besar yang telah dikisar
  • 1/2 cawan gula merah @ gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Masukkan sekali rempah tumis - bunga lawang, dll. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kering kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan gula merah @ gula melaka. Kacau hingga gula hancur dan menjadi pekat.
  4. Akhir sekali masukkan nenas dan kacau hingga sebati.
  5. Kacau hingga kuah pekat dan semuanya sebati. Rasakan masam, masin dan manisnya. Siap...!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------

G. PAJERI NENAS


Bahan-bahan:

1 biji – Nanas saiz kecil (dikupas, dibuang matanya serta empulur dan dipotong serong)
1 batang – Kulit kayu manis
2/3 kuntum – Bunga lawang
2 biji – Bawang merah besar (dihiris halus)
3 ulas – Bawang putih (dihiris halus)
1 1/2 inci – Halia
4 sudu makan – Minyak masak
500 gram – Santan pekat
3 sudu besar – Rempah kari daging
2 sudu besar – Rempah cili
2 sudu besar – Gula merah
2 sudu makan – Asam jawa dicampur dengan 5 sudu air
80 gram – Udang kering (disangai dan tumbuk halus)
3 sudu makan – Kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit air panas

Cara membuat:

1. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang.
3. Apabila sudah naik bau wangi, masukkan sedikit air panas.
4. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan air asam jawa.
5. Masak sehingga rempah kari keluar minyak.
6. Masukkan udang kering dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan bahan utama kita iaitu nanas.
7. Masukkan santan, gula merah dan kerisik. Apabila nanas sudah lembut, masukkan garam secukup rasa. Jangan masin sangat. Hilang manis nanasnya nanti.












27 August 2019

Ilmu Pelbagai

Kena simpan ilmu ni sebaiknya
Orangnya pun dah takda lagi.😔

 (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
 Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
 - Setiap kolah masjid, 1 botol.
 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
 - Ulang sebanyak 7 kali
 Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
 - Gunakan minyak zaitun
 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
 Surah At- Taubah ayat 14
 &
 surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
 - Menggunakan madu asli
 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
 - Makan 1 sudu sehari
 Surah An -Nahl, ayat 69

8 ) Angin pasang
 - Menggunakan madu
 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
 -Surah Al - Isra', ayat 82
 Surah Al - Hashr, ayat 21
 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
 Bahan - bahan :
 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
 - Buah kelapa (yang berhingus)
 Cara - cara :
 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
 - Minum air kelapa yang telah suam.
 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
 Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
 Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
 - As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Ilmu yang harus dikongsi bersama...SHARE

kredit : Friends of Bomba Malaysia