Ramai yang bertanya :
~Air abu dikenali sebagai bahan dalam pembuatan mee,kuih muih dan moon cakes. Ia memberikan tekstur dan rasa tertentu. Kandungan air abu di pasaran tempatan berbeza-beza mengikut pengilang. Ada yang mengandungi garam silikat dan ada yang tidak.
~Air abu boleh dihasilkan daripada ekstrak abu tumbuh2an@abu kayu pokok. Abu kayu pokok asli dan bukan abu papan kayu, kerana papan kayu dirawat secara kimia dan mungkin akan meninggalkan surihan elemen kimia lain yang tidak sesuai.
~Secara kimia, soda abu adalah Natrium Karbonat(sodium carbonate). Formula kimianya adalah Na2CO3. Ia adalah sebatian garam sodium dan asid karbonik.
~Ia mempunyai banyak kegunaan domestik, antaranya : sebagai pelembut air atau water softner, digunakan dalam pembuatan kaca (soda lime glass), ia juga merupakan food additive (E500) digunakan sebagai pengawal atur keasidan, ajen anti pengetulan, ajen penaik, dan penstabil.
Kita akan membincangkan pembuatan mee mentah dalam mana2 artikel akan datang, bagi tujuan artikel ini kita membincangkan bagaimana untuk menghasilkan soda abu di dapur.
Kaedah penghasilannya agak mudah dan kita hanya perlu hasilkan dalam kuantiti yang sedikit.
Bahan : bicarbonate soda @ NaHCO3 (natrium hidrogen carbonate)
2. Ambil sedikit sahaja bikarbonat soda, hujung sudu. agak2 seperti secubit garam.
Taburkan atas plat pada bahagian atas api.
Biarkan sehingga tekstur garam berubah menjadi bentuk amorfus (serbuk putih dengan tekstur berlainan daripada tekstur asal bikarbonat soda).Kacau2 atau balik2 semasa pemanasan selepas beberapa minit.
3. Apabila struktur menjadi serbuk putih, matikan api dan sejukkan.
4. Larutkan dalam air, ia akan menghasilkan larutan alkali (rasa macam sabun, licin) pernah rasa tak sebelum ini licin mcm sabun..? Itulah ia Air abu yg telah dihasilkan.
2 NaHCO3 → Na2CO3 + H2O + CO2
JANGAN HIDU, JANGAN TERKENA MATA atau TERUS MAKAN begitu sahaja.
Untuk memudahkan pengendalian, serbuk kontang yang dihasilkan perlu dilarutkan dengan air segera.
Selamat mencuba!!
~Air abu dikenali sebagai bahan dalam pembuatan mee,kuih muih dan moon cakes. Ia memberikan tekstur dan rasa tertentu. Kandungan air abu di pasaran tempatan berbeza-beza mengikut pengilang. Ada yang mengandungi garam silikat dan ada yang tidak.
~Air abu boleh dihasilkan daripada ekstrak abu tumbuh2an@abu kayu pokok. Abu kayu pokok asli dan bukan abu papan kayu, kerana papan kayu dirawat secara kimia dan mungkin akan meninggalkan surihan elemen kimia lain yang tidak sesuai.
~Secara kimia, soda abu adalah Natrium Karbonat(sodium carbonate). Formula kimianya adalah Na2CO3. Ia adalah sebatian garam sodium dan asid karbonik.
~Ia mempunyai banyak kegunaan domestik, antaranya : sebagai pelembut air atau water softner, digunakan dalam pembuatan kaca (soda lime glass), ia juga merupakan food additive (E500) digunakan sebagai pengawal atur keasidan, ajen anti pengetulan, ajen penaik, dan penstabil.
Kita akan membincangkan pembuatan mee mentah dalam mana2 artikel akan datang, bagi tujuan artikel ini kita membincangkan bagaimana untuk menghasilkan soda abu di dapur.
Kaedah penghasilannya agak mudah dan kita hanya perlu hasilkan dalam kuantiti yang sedikit.
✔Peralatan yang diperlukan :
plat pemanas, misalnya tudung periuk aluminium dan dapurBahan : bicarbonate soda @ NaHCO3 (natrium hidrogen carbonate)
🌻Kaedah :
1. Panaskan plat@tudung periuk dengan api perlahan.2. Ambil sedikit sahaja bikarbonat soda, hujung sudu. agak2 seperti secubit garam.
Taburkan atas plat pada bahagian atas api.
Biarkan sehingga tekstur garam berubah menjadi bentuk amorfus (serbuk putih dengan tekstur berlainan daripada tekstur asal bikarbonat soda).Kacau2 atau balik2 semasa pemanasan selepas beberapa minit.
3. Apabila struktur menjadi serbuk putih, matikan api dan sejukkan.
4. Larutkan dalam air, ia akan menghasilkan larutan alkali (rasa macam sabun, licin) pernah rasa tak sebelum ini licin mcm sabun..? Itulah ia Air abu yg telah dihasilkan.
🌻Keterangan :
Natrium hidrogen carbonate (NaHCo3) atau bikarbonat soda ditukarkan kepada Natrium Karbonat (soda abu) apabila dipanaskan@dibakar. Tindak balasnya adalah seperti berikut.2 NaHCO3 → Na2CO3 + H2O + CO2
🌻Bahayakah bahan ini?
Proses yang sama berlaku semasa pembakaran kek atau biskut, gas karbon dioksida dan air dihasilkan. Gas dan wap air panas memberi tekstur rongga pada biskut dan kek, dan meninggalkan elemen Na2CO3 dalam biskut atau kek itu. Adakah ia bahaya?🚨AMARAN!
Serbuk kontang (sangat kering) boleh mengakibatkan iritasi,JANGAN HIDU, JANGAN TERKENA MATA atau TERUS MAKAN begitu sahaja.
Untuk memudahkan pengendalian, serbuk kontang yang dihasilkan perlu dilarutkan dengan air segera.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment