Diantara bahan-bahan untuk membuat bebola ikan buatan sendiri dirumah adalah seperti
1/2 kg ikan (gunakan jenis kembung atau ikan tenggiri segar - ada yang gunakan suremi),
sedikit lada sulah,
1 sudu kecil garam, tepung ubi atau gunakan tepung jagung dan juga air yang akan digunakan untuk merebus) dalam periok. Kerja membuat bebola ikan boleh dimulakan dengan menyiang ikan dan dibasuh sehingga bersih. Kemudian ikan yang telah dibersihkan diasingkan isi daripada tulang dan dikisar halus tanpa air. Kemudian ianya dicampurkan isi ikan bersama lada sulah dan garam dan digaul sehingga sebati. Seterusnya dimasukkan tepung dan diuli sehingga adunan tidak melekat ditangan semasa kerja menguli. Seterusnya adalah membuat persediaan untuk merebus bebola ikan dengan merebusnya didalam air panas yang mendidih. Pada masa sama perlu dibentukkan bebola ikan bulat-bulat dengan saiz mengikut kegemaran sama ada kecil, sederhana atau agak besar. Kemudian bebola ini perlu dimasukkan kedalam air yang sedang mendidih dan direbus sehingga bebola masak dan kenyal. Tunggu sehingga bebola ikan timbul dan bolehlah diangkat menggunakan senduk berjaring. Kumpulkan dalam bekas dan dibiarkan sehingga sejuk.. Bebola ikan ini boleh dimakan terus, dimasak, dijual atau disimpan dalam peti sejuk. Bagi resepi membuat sup bebola ikan perlu dilakukan dengan menumis kuah, tambah rempah ratus atau gunakan perisa sup segera digunakan sebagai air rebusan. Sup bebola ikan enak dimakan sewaktu perut amat lapar...
No comments:
Post a Comment