12 April 2022
09 January 2018
Kaedah Untuk Memuntahkan Penyakit
Berikut adalah ayat Al Quran (Al Anbiya 83) bagi tujuan memuntahkan penyakit yang mungkin ada dalam diri kita.Selamat mencuba.
Cara2nya:
1) Letakkan tangan kanan didada kiri.
2) Tarik nafas sekali.
3) Baca doa berikut:
4) Pejam mata,tarik nafas dan niat seperti berikut:
5) Tarik nafas sekali.Selesai
DAUN BIDARA - Asbab Mengubati Sakit Terkena Sihir
Untuk mengubati orang yang sakit terkena sihir, hendaklah mengikuti cara-cara yang berikut ini:
1. Sediakan daun bidara sebanyak 7 helai.
2. Selepas itu, potonglah ia kecil-kecil.
3. Bacalah Ayat Kursi.
4. Kacaulah ia dengan tangan lawan pusingan jam sambil membaca Surah Al-Falaq sebanyak 7 kali dan Surah An-Nas sebanyak 7 kali juga.
5. Selepas itu, berdoalah dengan doa ini:
Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan Manusia, lenyapkanlah keburukan, sembuhkanlah yang membawa tulisanku ini, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan; sihatkanlah dia, Engkaulah Yang Maha Menyihatkan, maka sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dari Mu, ya Allah, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan dengan kuasa dan kekuatan Mu, wahai Yang Maha Lembut, wahai Yang Maha Halus Pengetahuannya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan selawat dan salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian."
Inilah yang digunakan untuk mandi bagi pesakit yang diyakini terkena ilmu sihir.
Mudah-mudahan dengan izin Allah, dia akan sembuh seperti sediakala, insya-Allah.
Wallahu a'lam.
[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat - Ustaz Tolhah Muzakir]
22 March 2017
Pagar Ghaib Dengan Media Batu
Tentunya benda yang akan dijadikan sarana sebagai pagar ghoib harus diAsma’ atau diberi doa terlebih dahulu.
Caranya sebagai berikut:
1.Sediakan batu biasa dan batu pengasah senjata tajam (wungkal).
2.Kedua batu tersebut lalu dibacakan Surat Al Fiil 40 x dan Surat Alam Nasyrah 40x.
3.Setiap mendapat 10 kali bacaan lalu ditiupkan ke kedua batu tersebut.
4.Setelah selesai dibacakan 40 kali.
cara pemakaiannya dua batu tersebut dipendam ditengah-tengah rumah.Insya Allah setiap pencuri atau orang yang bermaksud jahat yang ingin mengganggu rumah tersebut akan menjadi bingung. Jika menghadapi orang seperti itu jangan sekali-kali disakiti /digebuki. Temuilah dengan hati lapang serta nasehati jika perlu berilah makan. Insya Allah mereka akan sadar.
27 January 2017
Khasiat pokok bidara kampong/ bidara ular/Sidr
Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah Nabi s.a.w. sendiri.
Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu ‘Anha berkata, “Nabi Shollallohu Alaihi Wa sallam pernah menemui kami sedangkan kami kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Beliau bersabda, ‘Ya.’) dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.”
(H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).
2) Mandi Junub
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha bahawa Asma binti Syakal Radhiyallahu anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim no. 332 dari ‘Aisyah)
3) Ruqyah Mengubati Gangguan Sihir
Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria. Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib.
Wahab bin Munabih seorang ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr) hijau ditumbuk lumat di antara dua batu atau sejenisnya. Kemudian dilarutkan kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan, hendaklah di meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulangi beberapa kali, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Pengubatan tersebut juga amat baik bagi para suami yang tidak dapat berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
Cara Melakukankan:
1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2. Tumbuk dan dilumatkan.
3. Letakkan daun bidara yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.
Cara Dan Kaedah Penggunaan Daun Bidara :
(a). Ambil daun bidara pada bilangan ganjil, paling sedikit 7 helai daun, letak di penggilingan/lesung/cobek dan tumbuklah hingga lumat (dicampur sedikir air)
(b). Setelah lumat, campurkan dalam segelas air untuk diminum
(c). Atau dicampur dan digaul kedalam bekas/baldi air untuk dibuat mandi
jangan lupa sebelum dibuat mandi atau minun bacakan dulu ayat-ayat ruqyah. Jika dibuat untuk mandi lebih afdhal air daun bidara ditakung dalam tub mandi agar pesakit dapat berendam didalamnya selama 10 minit atau jika tidak ada, maka pada bilasan pertama gunakan air daun bidara untuk di gosok-gosok ke tubuh dan dibiarkan selama 5 minit lalu bilasan kedua menggunakan air biasa dan sabun mandi.
20 August 2015
Ikhtiar - Ayat Al-Quran untuk benteng diri daripada kejahatan iblis dan manusia
Lakukan selepas sembahyang Maghrib dan Subuh
Bacalah Surah al-Qadr sebanyak 3 kali
Kemudian berdoa dengan ayat berikut:
Baca surah an-Nas
Ayat sebagai benteng daripada godaan syaitan dan semua perangkapnya. Amalkan ayat di bawah
Cuba amalkan doa di bawah ini sebanyak 3x
Doa benteng bagi ganguuan jin dan manusia
Benteng dari melewati tempat-tempat berhantu
Ayat sebagai benteng daripada perkara-perkara berbahaya melibatkan jin dan syaitan seperti sihir dan santau, amalkan ayat 1-10 Surah As-Soffat
Sumber: ustazsharhanshafie.blogspot.com
23 March 2015
PETUA MENGUSIR GANGGUAN IBLIS / HANTU RAYA
KOLEKSI2 SENDIRI UNTUK PENGETAHUAN UMUM SAHAJA
MUNGKIN TIDAK BERSESUAIAN DENGAN ORANG LAIN
Sekiranya rumah atau premis perniagaan anda mengalami gangguan yang pelik, atau anda dan ahli keluarga mengalami masalah kesihatan berpanjangan yang tidak diketahui puncanya Ia berkemungkinan adalah akibat daripada gangguan iblis dan jin, yang biasanya jin liar atau dihantar oleh seseorang dengan tujuan hendak menganiaya.
Kejadian ternampak lembaga hitam di dalam rumah, ada gangguan terhadap barang-barang atau ahli keluarga dan sebagainya, adalah salah satu tanda yang jelas. Oleh yang demikian, ada petua untuk menghapuskan gangguan ini dan mengusir iblis (jin / hantu) tersebut.
Ia adalah proses membakar lada kering dan garam, untuk menghasilkan asap yang mempunyai gas yang menyengat hidung. Melalui cara ini, jin/hantu tersebut akan cedera disebabkan gas daripada lada kering yang dibakar itu. Apabila kecederaannya sudah agak serius, dia akan mencari tuannya (orang yang membela dan orang yang mengguna khidmat bomoh yang menyimpan jin / hantu ini) untuk meminta pertolongan.
Sekiranya tuan jin/hantu ini tidak dapat mengubati, jin/hantu belaannya itu akan mencederakan tuannya. Malah sekiranya jin / hantu ini terus mengganas, besar kemungkinan tuannya boleh meninggal dunia. Ini adalah kerana ayatul Kursi adalah pantang bagi jin/iblis. Manakala lada kering dan garam kasar, adalah musuhnya.
Kaedah ini seelok-eloknya dibuat sekurang-kurangnya SEMINGGU SEKALI, dan berterusan hingga segala gangguan atau penyakit pulih dengan sendirinya. Masa yang paling sesuai untuk membuat upacara ini, adalah bermula pada jam 6 petang sehinggalah KESEMUA lada kering serta garam HABIS DIBAKAR. Selalunya sehingga sekitar jam 7:30 sahaja proses sudah tamat.
*Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami penyakit yang tidak diketahui punca dan jenisnya, serta susah untuk pulih walaupun sudah berkali-kali berjumpa doktor atau berubat di mana-mana, bolehlah berikhtiar dengan mengasapkan bahagian yang sakit itu (bertangas). In shaa ALLAH penyakit akan beransur pulih.
* Jika ada terdapat bayi atau kanak-kanak di bawah usia 6 tahun atau Warga Emas, terutama yang mengalami masalah kesihatan, seboleh-bolehnya jangan berada terlalu dekat dengan tempat membakar, sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1) Dupa pembakaran kemenyan - gunakan yang masih BARU.
2) 40 tangkai Lada kering - jika dapat, beli yang masih bertangkai.
3) Arang - jika jenis untuk BBQ guna 5-7 ketul, jika jenis arang biasa guna 3-5 ketul yang besar.
4) Garam kasar 1/2 cawan
5) Air mineral atau air paip - dibacakan 33 kali ayat Kursi
6) Fire starter - jika ada
LADA KERING
1) Sebanyak 40 batang lada kering diperlukan. Setiap satu lada kering itu, dipatah kepada 3 bahagian kecil. Bermakna akan dapat 120 patah bahagian kecil.
2) Setiap 1 bahagian kecil itu, dibacakan surah al-FATIHAH. Bermakna anda perlu membaca 120 kali al-FATIHAH.
3) Gunakan KESELURUHAN bahagian lada kering - TERMASUK tangkai dan bijinya.
ARANG DAN GARAM KASAR
1) Susun arang dan garam kasar di atas kertas surat khabar lama.
2) Renjiskan air mineral yang telah dibacakan 33 kali ayat Kursi ke atas arang dan garam kasar. Gunakan hanya 1/4 cawan air, dan renjis hingga habis kesemuanya. Lebih mudah jika menggunakan botol spray.
*Air mineral yang berlebihan, boleh disimpan untuk kegunaan di masa-masa lain.
3) Jemur arang dan garam kasar yang telah direnjis/dispray dengan air ayat Kursi itu, di bawah cahaya matahari sehingga kering.
4) Apabila sudah kering, bakar arang di atas api dapur gas untuk mempercepatkan proses menjadi bara.
PROSES PEMBAKARAN
1) Setelah arang menjadi bara, susunkan di dalam dupa pembakar.
2) Mulakan proses pembakaran dengan menabur sedikit garam kasar kemudian diikuti dengan lada kering yang telah dipatah dan dibacakan surah al-FATIHAH.
3) Bila semua garam dan lada kering telah hangus, ulang kembali proses ini sehingga semua garam dan lada kering HABIS DIBAKAR.
4) Proses ini biasanya mengambil masa selama 1 hingga 1 1/2 jam. Untuk proses pembakaran yang lebih pantas, bara arang di dalam dupa boleh dikipas menggunakan akhbar lama.
5) Pastikan SEMUA tingkap dibuka untuk mengelakkan terlalu banyak menyedut asap pembakaran.
*BERHATI-HATI semasa membakar garam, kerana ia akan meletup. Pastikan anda memakai pakaian yang menutup lengan dan kaki, untuk mengelakkan garam yang terbakar itu melenting lalu terkena bahagian badan.
Pastikan SEMUA garam dan lada kering TERBAKAR DENGAN SEMPURNA, sehingga menjadi abu. Abu pembakaran hendaklah DITABURKAN DI PANGKAL POKOK, untuk mengelakkan ia dipijak atau dilangkah oleh manusia, kerana semua bahan-bahan yang digunakan itu telah dibacakan ayat-ayat al-Quran.
Ayat membuang saka dan membela hantu raya
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 ) - ayatul Kursi
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
24 October 2013
Keagungan ayat Kursi
lPENULIS ialah murid tua Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
Demikian bunyi makna ayat Kursi yang merupakan ayat ke-255 daripada 286 ayat dalam surah al-Baqarah, surah kedua selepas surah al-Fatihah dalam susunan surah-surah al-Quran yang mengandungi 114 surat, 30 juzuk 6,236 ayat dengan 4,780 ayat bagi surah-surah Makkiyyah dan 1,456 lagi ayat dalam surah-surah Madaniyyah serta sekitar 1.2 juta huruf al-Quran.
Surah al-Baqarah termasuk dalam bilangan surah-surah Madaniyyah, iaitu surah-surah yang diturunkan di Madinah.
Ayat Kursi mempunyai keagungannya sehingga jika dibaca untuk melawan syaitan dan iblis, nescaya makhluk yang dilaknati oleh Allah SWT itu kerana keangkuhan, kesombongan dan sifat riaknya itu akan terbakar, menjadikan ayat Kursi sangat ditakuti oleh syaitan dan iblis, malah ketika ia diwahyukan kepada Rasulullah SAW seluruh syaitan dan iblis menjadi resah gelisah kerananya.
Ada riwayat mengatakan bahawa ketika membawa wahyu ayat Kursi kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril as. diiringi oleh 40,000 malaikat, manakala ada riwayat lain pula mengatakan Jibril diiringi oleh 80,000 malaikat. Dengan diiringi oleh sedemikian ramai malaikat, maka sudah tentulah ayat Kursi bukan sebarangan ayat, pastinya ada keistimewaan dan kehebatan di sebaliknya.
Sebaik sahaja menerima wahyu ayat Kursi, Rasulullah SAW segera memanggil Zaid bin Thabit untuk menuliskannya.
Pada saat ayat Kursi diwahyukan kepada baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW, syaitan dan iblis menjadi kelam-kabut dan keluh-kesah, malah tidak keruan tanpa diketahui punca yang menyebabkan kejadian begitu.
Lantas ketuanya memerintahkan kepada sekalian syaitan dan iblis menjelajah ke setiap pelosok langit dan bumi bagi mencari punca dan sebab yang menjadikan mereka dilanda kegelisahan dan kepanasan.
Dalam penjelajahan dan penyiasatan yang dibuat, syaitan dan iblis mendapati punca kegelisahan mereka adalah disebabkan daripada bahang panas ekoran turunnya ayat Kursi di Madinah, ayat yang jika umat Islam yang mantap iman dan takwa menjadikannya sebagai senjata melawan syaitan dan iblis, pasti syaitan dan iblis akan tumpas, malah akan terbakar.
Demikianlah betapa agung dan hebatnya ayat Kursi yang patut dijadikan ayat yang semestinya dibaca dalam semua keadaan, kecuali ketika berada di tempat-tempat yang tidak suci.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu, nescaya Allah mengurniakan mereka hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddiqin, pahala para nabi dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah yang mana tiadalah yang menegahnya daripada memasuki syurga selepas mati."
Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Tiadalah yang menetap atas amalan membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu itu melainkan orang-orang siddiqin atau ahli-ahli ibadah" (daripada Ali bin Abi Talib)
Sesungguhnya ada hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa ayat Kursi adalah penghulu kepada ayat-ayat al-Quran. Justeru kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan keagungan dan kehebatan ayat Kursi itu.
22 March 2013
Petanda Ada Saka - Sarhan Shafie
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
Petanda Seseorang Mempunyai Saka;
Gejala waktu tidur
Susah tidur malam.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
Mimpi melihat budak kecil.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga :
Selalu pening kepala.
Lalai mengingati Allah SWT
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan.
Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.(Harian Islam)
20 March 2013
KAEDAH SCAN GANGGUAN
1) Perawat perlu menekan kedua-dua belah tangan pesakit (point warna merah) selama 20 saat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dengan kadar tekanan SEDERHANA.
2) Perawat perlu baca ayat scan seperti gambar diatas sebanyak 7x dalam hati semasa proses menekan tersebut.
3) Jika pesakit terasa sakit menyucuk/renjatan elektrik pada point yang ditekan tadi,maka SAH pesakit ada gangguan jin.
Selamat Mencuba.......
KAEDAH MENGESAN JIN/ SIHIR / SAKA
***(LAKUKAN DI RUMAH & BERTEMAN @ ADA ORANG LAIN DI DALAM RUMAH YANG MAMPU MEMBANTU ANDA SEKIRANYA KEADAAN MEMERLUKAN)
1. KAEDAH 1 (PALING BERKESAN, insyaallah)
Dengan membaca membaca:
i) Fatihah 1x
ii) Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk.
iii) Baca Ayatul Kursi 33x ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
2. KAEDAH 2
Dengan membaca membaca:
i) Fatihah 1x
ii) Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk.
iii) Baca ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
iv) Ditiup seperti tiupan memakai straw ke atas kedua tapak tangan (senafas),
Pejam mata, kemudian disedut bacaan yang terdapat di dalam tapak tangan tadi melalui hidung dengan 1 tarikan nafas & dan bayangkan udara yang masuk tadi terus ke jantung@ menyerap keseluruh tubuh badan.
v) Tahan nafas 10 saat... & terus zikir tanpa henti.
Tanda Anda mengalami masalah jin di dalam badan melalui KAEDAH 1 @ KAEDAH 2 tadi anda akan merasa:
* Hati berdebar-debar
* Lupa bacaan.. tersasul... terhenti secara mendadak
* Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
* Rasa mual & nak muntah
* sakit perut secara tiba-tiba
* terasa pergerakan didalam badan.
* Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
* jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
* mendapat bayangan binatang berbisa , arwah yang telah meninggal @ sesuatu yang pelik.
* nampak bebola kecil (putih/hitam@merah) di depan anda.
* Rasa seperti hendak bersilat. @ tangan kaki macam hendak bergerak sendiri.
* Rasa seram terlampau @ merasa ada orang memandang.
* kaki anda tidak dapat digerakkan@ diangkat.
Sekiranya ADA.. jangan takut, bersegera mengambil WUDHUK & Zikir sepanjang masa.
....rujuk...ismakruqyah