Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah Nabi s.a.w. sendiri.
Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu ‘Anha berkata, “Nabi Shollallohu Alaihi Wa sallam pernah menemui kami sedangkan kami kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Beliau bersabda, ‘Ya.’) dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.”
(H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).
2) Mandi Junub
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha bahawa Asma binti Syakal Radhiyallahu anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim no. 332 dari ‘Aisyah)
3) Ruqyah Mengubati Gangguan Sihir
Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria. Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib.
Wahab bin Munabih seorang ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr) hijau ditumbuk lumat di antara dua batu atau sejenisnya. Kemudian dilarutkan kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan, hendaklah di meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulangi beberapa kali, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Pengubatan tersebut juga amat baik bagi para suami yang tidak dapat berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
Cara Melakukankan:
1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2. Tumbuk dan dilumatkan.
3. Letakkan daun bidara yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.
Cara Dan Kaedah Penggunaan Daun Bidara :
(a). Ambil daun bidara pada bilangan ganjil, paling sedikit 7 helai daun, letak di penggilingan/lesung/cobek dan tumbuklah hingga lumat (dicampur sedikir air)
(b). Setelah lumat, campurkan dalam segelas air untuk diminum
(c). Atau dicampur dan digaul kedalam bekas/baldi air untuk dibuat mandi
jangan lupa sebelum dibuat mandi atau minun bacakan dulu ayat-ayat ruqyah. Jika dibuat untuk mandi lebih afdhal air daun bidara ditakung dalam tub mandi agar pesakit dapat berendam didalamnya selama 10 minit atau jika tidak ada, maka pada bilasan pertama gunakan air daun bidara untuk di gosok-gosok ke tubuh dan dibiarkan selama 5 minit lalu bilasan kedua menggunakan air biasa dan sabun mandi.