KOLEKSI2 SENDIRI UNTUK PENGETAHUAN UMUM SAHAJA
MUNGKIN TIDAK BERSESUAIAN DENGAN ORANG LAIN
Sekiranya rumah atau premis perniagaan anda mengalami gangguan yang pelik, atau anda dan ahli keluarga mengalami masalah kesihatan berpanjangan yang tidak diketahui puncanya Ia berkemungkinan adalah akibat daripada gangguan iblis dan jin, yang biasanya jin liar atau dihantar oleh seseorang dengan tujuan hendak menganiaya.
Kejadian ternampak lembaga hitam di dalam rumah, ada gangguan terhadap barang-barang atau ahli keluarga dan sebagainya, adalah salah satu tanda yang jelas. Oleh yang demikian, ada petua untuk menghapuskan gangguan ini dan mengusir iblis (jin / hantu) tersebut.
Ia adalah proses membakar lada kering dan garam, untuk menghasilkan asap yang mempunyai gas yang menyengat hidung. Melalui cara ini, jin/hantu tersebut akan cedera disebabkan gas daripada lada kering yang dibakar itu. Apabila kecederaannya sudah agak serius, dia akan mencari tuannya (orang yang membela dan orang yang mengguna khidmat bomoh yang menyimpan jin / hantu ini) untuk meminta pertolongan.
Sekiranya tuan jin/hantu ini tidak dapat mengubati, jin/hantu belaannya itu akan mencederakan tuannya. Malah sekiranya jin / hantu ini terus mengganas, besar kemungkinan tuannya boleh meninggal dunia. Ini adalah kerana ayatul Kursi adalah pantang bagi jin/iblis. Manakala lada kering dan garam kasar, adalah musuhnya.
Kaedah ini seelok-eloknya dibuat sekurang-kurangnya SEMINGGU SEKALI, dan berterusan hingga segala gangguan atau penyakit pulih dengan sendirinya. Masa yang paling sesuai untuk membuat upacara ini, adalah bermula pada jam 6 petang sehinggalah KESEMUA lada kering serta garam HABIS DIBAKAR. Selalunya sehingga sekitar jam 7:30 sahaja proses sudah tamat.
*Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami penyakit yang tidak diketahui punca dan jenisnya, serta susah untuk pulih walaupun sudah berkali-kali berjumpa doktor atau berubat di mana-mana, bolehlah berikhtiar dengan mengasapkan bahagian yang sakit itu (bertangas). In shaa ALLAH penyakit akan beransur pulih.
* Jika ada terdapat bayi atau kanak-kanak di bawah usia 6 tahun atau Warga Emas, terutama yang mengalami masalah kesihatan, seboleh-bolehnya jangan berada terlalu dekat dengan tempat membakar, sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1) Dupa pembakaran kemenyan - gunakan yang masih BARU.
2) 40 tangkai Lada kering - jika dapat, beli yang masih bertangkai.
3) Arang - jika jenis untuk BBQ guna 5-7 ketul, jika jenis arang biasa guna 3-5 ketul yang besar.
4) Garam kasar 1/2 cawan
5) Air mineral atau air paip - dibacakan 33 kali ayat Kursi
6) Fire starter - jika ada
LADA KERING
1) Sebanyak 40 batang lada kering diperlukan. Setiap satu lada kering itu, dipatah kepada 3 bahagian kecil. Bermakna akan dapat 120 patah bahagian kecil.
2) Setiap 1 bahagian kecil itu, dibacakan surah al-FATIHAH. Bermakna anda perlu membaca 120 kali al-FATIHAH.
3) Gunakan KESELURUHAN bahagian lada kering - TERMASUK tangkai dan bijinya.
ARANG DAN GARAM KASAR
1) Susun arang dan garam kasar di atas kertas surat khabar lama.
2) Renjiskan air mineral yang telah dibacakan 33 kali ayat Kursi ke atas arang dan garam kasar. Gunakan hanya 1/4 cawan air, dan renjis hingga habis kesemuanya. Lebih mudah jika menggunakan botol spray.
*Air mineral yang berlebihan, boleh disimpan untuk kegunaan di masa-masa lain.
3) Jemur arang dan garam kasar yang telah direnjis/dispray dengan air ayat Kursi itu, di bawah cahaya matahari sehingga kering.
4) Apabila sudah kering, bakar arang di atas api dapur gas untuk mempercepatkan proses menjadi bara.
PROSES PEMBAKARAN
1) Setelah arang menjadi bara, susunkan di dalam dupa pembakar.
2) Mulakan proses pembakaran dengan menabur sedikit garam kasar kemudian diikuti dengan lada kering yang telah dipatah dan dibacakan surah al-FATIHAH.
3) Bila semua garam dan lada kering telah hangus, ulang kembali proses ini sehingga semua garam dan lada kering HABIS DIBAKAR.
4) Proses ini biasanya mengambil masa selama 1 hingga 1 1/2 jam. Untuk proses pembakaran yang lebih pantas, bara arang di dalam dupa boleh dikipas menggunakan akhbar lama.
5) Pastikan SEMUA tingkap dibuka untuk mengelakkan terlalu banyak menyedut asap pembakaran.
*BERHATI-HATI semasa membakar garam, kerana ia akan meletup. Pastikan anda memakai pakaian yang menutup lengan dan kaki, untuk mengelakkan garam yang terbakar itu melenting lalu terkena bahagian badan.
Pastikan SEMUA garam dan lada kering TERBAKAR DENGAN SEMPURNA, sehingga menjadi abu. Abu pembakaran hendaklah DITABURKAN DI PANGKAL POKOK, untuk mengelakkan ia dipijak atau dilangkah oleh manusia, kerana semua bahan-bahan yang digunakan itu telah dibacakan ayat-ayat al-Quran.
17 comments:
Assalamualaikum spekman,
Saya pulangkan apa saja yang saya ambil dari tuan dan kepunyaan tuan yang ada pada diri saya dan diri suami saya. Terima kasih.
Bukan ke ada ayat alquran yg sesuai untuk menghalau segala hantu ni.perlu ke kena bakar itu ini untuk menghalau..asap tu makanan jin & syaitan.kenape perlu seru benda2 ni untuk mengahalau..minta pencerahan jika saya salah..wallahualam
Terima kasih utk petua trsebut.bermanfaat.Sebelum ini da cuba segala ruqyah tp masih tetap d gnggu.cuba guna petua.alhamdulillah.t.kasih
Terima kasih utk petua trsebut.bermanfaat.Sebelum ini da cuba segala ruqyah tp masih tetap d gnggu.cuba guna petua.alhamdulillah.t.kasih
Agaknya mcm ni, dah asap tu makanan dia.. jadinya mcm perangkap dia supaya mkn asap tu. Jin ni kan bodoh.
Sy belum pernah buat petua ni. Rumah ni pun ada je gilir2,kejap hantu raya dtg, kejap kang pelesit dtg, kejap kang kuku panjang dtg. Dpt rasa. Ada juga trdgr itu ini dan kadang trpandang kelibat yg kurang jelas. Ntah org kata saka. Lantaklah kan. Anak trnmpk sy bentuk mcm gorila hitam legam, mata merah semalam ptg. Bila dia kerlip mata br nmpk sy. Kadang dia rasa kuku sy panjang cuit dia, sedangkan sy gosok lembut je ketika mandikan dia. Rumah tangga kadang baik kadang panas, gaduh. Sy tak ikhtiar mn dah, penat dah
Lastly, doa, solat, amalkan ayatul Qursi dan beberapa ayatNya sekadar kemampuan, pg ptg dan mlm nk tidur. P lantaklah depa ni.Sy berserah pd Dia untuk mentadbir makhluk²Nya. Sy ckp, sy x mintak setan² ni, dan depa ni makhluk Dia juga. Sy takde kuasa tuk lawan depa ni melainkan pertolongan dr Dia. Sy ckp tolonglah uruskan makhluk dia yg bersepah ni,depa ni memudaratkan sy dan keluarga. Tu je lah selalu yg sy doakan. Nak buat mcm mn lagi kan? Super power apa yg sy ada kucuali berdoa dan berserah diri.
Kenapa mahu pulangkan? Ada masalah ke?
Penah juga cuba dulu².. last² dgr org yg bela hantu raya tu meninggal
Betul ke?
Ini kalau benda dtg ganggu kt rumah. Mslh sy, benda tu dtg dlm mimpi suami nk bg berahi. Kakak dia yg hntr. Dh berubat mcm2 tp kakak dia masih mampu buat mcm tu. Ada x petua untuk kita hancurkan atau tawarkan sihir kakak dia tu?
Bolehlah cuba petua tu.Kerana bahan2 dia pun kita kena bacakan ayat2 Allah jugakan sebagai ruqyah.Rasanya tak salah.Allahu alam.Semuanya atas izin Allah.
alhamdullilah ...sekian lam berusaha cara lain , kamu berikan sesuatu yang terbaik. saya bersyukur ...pertama kali tidur tanpa gangguan. 10% lagi hampir smepurna....terima kasih!!!!!!!!! allah beri awak balasan baik!
boleh nk tanya..betul ke kaedah ini akn myebabkn tuan yg hantr tu mningal atau sakit
Inshaallah
Assalamualaikum kena bakar semua ke atau bakar skit²
Sy dah buat.. Alhamdulillah berkesan. Tuan punya terus sakit.
Post a Comment