12 April 2022

Showing posts with label sex. Show all posts
Showing posts with label sex. Show all posts

13 March 2013

12 Tips untuk mengandungkan isteri




1. 30 – 60 minit sebelum bersetubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku ( garam asli ).

2. Setelah habis bersetubuh, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 – 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang-renang ketepian terus ke hujung fallopian tube dengan lajunya.

3. Jangan sekali-kali cuci faraj selepas bersetubuh.

4. Lakukan persetubuhan sekerap mungkin.

5. Lakukan persetubuhan pada tarikh subur ( Hari ke 14 ) sekurang-kurangnya 6 pusingan.

6. Sebelum pancutan air mani, batang hendaklah betul-betul tegang dan masukkan batang sedalam mungkin pasak sedalam-dalamnya dan pancutlah air mani dengan laju.

7. Lakukan seks dengan gaya dan teknik 'deep penetration' antaranya ialah teknik dari belakang (doggy) bukan liwat, di mana wanita duduk melutut dan lelaki memasukkan batang dari arah belakang sambil menarik pinggang isteri rapat ke arahnya. Teknik ini sangat sesuai jika si suami mempunyai batang kontot.

8. Menggunakan Teknik Tok Janggut, diasaskan dari cerita Musang Berjanggut yang mana teknik ini memerlukan kedua kaki wanita kengkang ke atas dan masukkan batang yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus ke faraj dari arah depan.

9. Menggunakan Teknik Che Siti Wan Kembang, teknik berasal dari Kuala Krai Kelantan ini terbukti berkesan dengan jumlah statistik mendapat anak yang ramai yang mana konsep adalah dengan melapik bantal di bawah punggung perempuan. Teknik Puteri Saadong dan lain-lain gaya yang difikirkan batang dapat menusuk terus rapat ke hujung rahim.

" Kebanyakan skill ini ada dah semulajadi kat awek Kelantan dan anda tak perlu susah nak cerita banyak pada mereka sebab semuanya tersedia pakej lengkap jika isteri anda orang Kelantan "
10. Mana-mana gaya dan teknik yang menyakitkan isteri hendaklah diketepikan dan tukarkan dengan teknik-teknik lain.

11. Selepas pancutan air mani, kekalkan batang ke dalam faraj beberapa ketika sehingga batang kecut sepenuhnya tak bermaya lagi nak main atau sehingga faraj mengecut kembali.

12. [Tambahan] Berdoa la banyak2 kepada Allah, supaya dipercepatkan dpt zuriat.


sumber:Tips mengandung


__



-->

22 February 2013

Doa Khusus Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin



Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk


Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens" dalam istilah perubatan.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.

Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:

1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.

2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.

3- Lebihkan memakan ikan.

4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.

5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.

6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.

Menjaga Kesihatan Diri Adalah Tuntutan Agama


Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu" (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah" (HR Muslim)

Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)" (HR Ibnu Majah)

Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris "Prevention is better than cure" atau "Mencegah itu lebih baik daripada berubat".

Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w :

"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat". (HR Bukhari)

Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari' (amalan doa', ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya:

"Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku". (HR Ahmad dan Muslim)

Rujukan : Ustazah Azhani Abu Basri. Dipetik dari: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba'i dan Dr.Muhammad 'Ali Bar.

Berdoa Meminta Kebaikan

Doa' adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Surah Ghafir: Ayat 60)

Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawa doa' itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.

"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling " (HR At-tirmizi)

Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:

2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran didalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 30: 

3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa' kepada Allah Ta'ala, lalu membaca kalimah ini:
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.

lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta'ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.

Di dalam kitab Al-'Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.

Oleh: Ustaz Abu Nafis



Di antara akibat buruk dan bahaya Berzina

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

Bertaubat

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.

07 November 2011

Senam Tingkatkan Prestasi Sex

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang, Letakkan tangan di lutut dan biarkan bahu terbuka luas. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga terasa udara penuh didalam paru-paru. Biarkan udara di dalam paru-paru selama 7 saat. Kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan. Semasa menghembuskan nafas perut mestilah di kempiskan dan tumpukan tenaga ke bahagian dada dan tundukkan sedikit kepala. Ulangi gerakan ini sebanyak 3 kali. Gerakan ini baik untuk dilakukan pada waktu subuh selepas bangun dari tidur.



Ini dapat mengeluarkan udara kotor yang terperangkap ketika tidur. Ia memasukkan udara bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru serta urat saraf. Ia juga dapat menambahkan kekuatan otot belakang.

2. Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan hampir dengan zakar. Tarik nafas perlahan-lahan hingga terasa penuh udara di paru-paru. Semasa menarik nafas tekankan lutut dengan kedua tangan hingga lutut mencecah lantai. Buat setakat termampu. Luruskan lengan.


Kemutkan bahagian otot zakar dan tahan nafas untuk 7 saat. Hembus nafas dengan perlahan dan ulangi gerakan ini selama 3 kali. Gerakan ini dapat menambahkan kekuatan urat paha sert a menguatkan dada selain membesarkan zakar.

3. Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Keuda tangan memegang ibu jari kaki kiri dan kanan. Rapatkan lutut ke lantai. Tarik nafas perlahan dan dalam sambil menarik ibu jari kaki dekat dengan kemaluan. Semasa menarik ibu jari tengan akan ditumpukan kebahagian otot belakang.

Lepaskan nafas sambil meletakkan kaki ke posisi asal seperti sebelumnya. Lakukan gerakan ini sebanyak 3 kali. Gerakkan ini dapat membantu menguatkan bahagian lutut, otot kaki, tulang belakang dan pinggang.

4. Dalam keadaan duduk, tarik kedua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah depan, tapi belakang tumit ditemukan. Tarik nafas dengan dalam tapi perlahan. Selepas itu rebahkan badan perlahan-lahan tapi tangan masih memegang ibu jari kaki. Sentuh kepala ke lantai sekadar yang mampu. Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas.

Gerakan ini menyeimbangkan paha, belakang, pinggang dan boleh mengubati masalah lemah tenaga batin.

5. Duduk bersila dengan belakang anda di tegakkan. Tarik nafas dan depangkan tangan kanan separuh bahu ke kanan dengan perlahan.

Gerakan tangan itu separas dengan bahu dengan menarik nafas secara perlahan. Gerakan tangan itu ke arah kiri pula. Anda akan merasa otot dada akan menghalang gerakan ini. Lakukannya sebanyak 3 kali

12 October 2011

Pegaga - Mencantikkan Kulit & Juga Menegangkan Buah Dada


PEGAGA mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida, flavenoids, volatile oils, pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik


" pegaga boleh dimakan...boleh dibuat jus dengan pegaga ni.boleh jugak dibuat ulam.pegaga memang bagus utk cantikkan kulit dan untuk lewatkan rambut dari beruban,hitam serta suburkan rambut.juga boleh menegangkan buah dada (bagi perempuan) jika selalu diamalkan memakan pegaga.ini adalah testimoni dari mulut orang dah penah"

Cara Buat Air Pegaga:

"masukkan semua sekali termasuk akar.basuh bersih2 dan blend.tapis ambil airnya..terpulang jika mahu campurkan gula (perisa tambahan)..siap untuk di minum.samada panas atau sejuk.kalau dari pokok fresh,jusnya ada bau pegaga.tapi kalau beli yang dah di proses (dalam botol),bau pegaganya dah takde dan khasiatnya pun sudah tak sama dgn yang fresh"