1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang, Letakkan tangan di lutut dan biarkan bahu terbuka luas. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga terasa udara penuh didalam paru-paru. Biarkan udara di dalam paru-paru selama 7 saat. Kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan. Semasa menghembuskan nafas perut mestilah di kempiskan dan tumpukan tenaga ke bahagian dada dan tundukkan sedikit kepala. Ulangi gerakan ini sebanyak 3 kali. Gerakan ini baik untuk dilakukan pada waktu subuh selepas bangun dari tidur.
Ini dapat mengeluarkan udara kotor yang terperangkap ketika tidur. Ia memasukkan udara bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru serta urat saraf. Ia juga dapat menambahkan kekuatan otot belakang.
2. Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan hampir dengan zakar. Tarik nafas perlahan-lahan hingga terasa penuh udara di paru-paru. Semasa menarik nafas tekankan lutut dengan kedua tangan hingga lutut mencecah lantai. Buat setakat termampu. Luruskan lengan.
Kemutkan bahagian otot zakar dan tahan nafas untuk 7 saat. Hembus nafas dengan perlahan dan ulangi gerakan ini selama 3 kali. Gerakan ini dapat menambahkan kekuatan urat paha sert a menguatkan dada selain membesarkan zakar.
3. Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Keuda tangan memegang ibu jari kaki kiri dan kanan. Rapatkan lutut ke lantai. Tarik nafas perlahan dan dalam sambil menarik ibu jari kaki dekat dengan kemaluan. Semasa menarik ibu jari tengan akan ditumpukan kebahagian otot belakang.
Lepaskan nafas sambil meletakkan kaki ke posisi asal seperti sebelumnya. Lakukan gerakan ini sebanyak 3 kali. Gerakkan ini dapat membantu menguatkan bahagian lutut, otot kaki, tulang belakang dan pinggang.
4. Dalam keadaan duduk, tarik kedua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah depan, tapi belakang tumit ditemukan. Tarik nafas dengan dalam tapi perlahan. Selepas itu rebahkan badan perlahan-lahan tapi tangan masih memegang ibu jari kaki. Sentuh kepala ke lantai sekadar yang mampu. Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas.
Gerakan ini menyeimbangkan paha, belakang, pinggang dan boleh mengubati masalah lemah tenaga batin.
5. Duduk bersila dengan belakang anda di tegakkan. Tarik nafas dan depangkan tangan kanan separuh bahu ke kanan dengan perlahan.
Gerakan tangan itu separas dengan bahu dengan menarik nafas secara perlahan. Gerakan tangan itu ke arah kiri pula. Anda akan merasa otot dada akan menghalang gerakan ini. Lakukannya sebanyak 3 kali
No comments:
Post a Comment