12 April 2022

21 December 2015

Bolehkah Anda Lakukan Sendiri Urusan Pindah Milik Hartanah Kepada Waris?

February 11, 2015 — Penulis: Salkukhairi Abd Sukor
FacebookTwitter
Kepada orang awam, tahukah anda yang anda sebenarnya boleh melakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah anda kepada waris anda (seperti isteri, suami, anak, ibu bapa dan sebagainya) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam.
Walaupun mungkin ramai yang tidak sedar akan perkara tersebut, hakikatnya, dengan melakukan sendiri urusan pindah milik hartanah, ia dapat mempercepatkan urusan dan dapat menjimatkan kos.
1. Syarat-syarat Pindahmilik Hartanah Kepada Waris Yang Boleh Dilakukan Sendiri
Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang sebelum boleh melakukan sendiri urusan pindah milik tersebut:
i. Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dalam geran masih lagi nama orang lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan.
ii. Hartanah tersebut bebas daripada sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kepada mana-mana bank atau bebas daripada sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan yang tidak memungkinkan ianya dipindah milik, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam untuk menyelesaikannya terlebih dahulu.
iii. Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika ia melibatkan urusan jual beli di antara kedua-dua belah pihak tersebut, satu perjanjian jual beli perlulah disediakan dan ditandatangani oleh mereka terlebih dahulu. Dan sudah semestinya, adalah digalakkan perjanjian jual beli itu disediakan oleh peguam.
iv. Balasan pindah milik hartanah adalah atas dasar “balasan kasih sayang” semata-mata dan tidak melibatkan balasan wang ringgit atau tanpa melibatkan sebarang terma yang bersangkutan dengan jual beli.
2. Bagaimanakah Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Untuk Melaksanakan Urusan Pindah Milik Tersebut?
i. Dapatkan Kebenaran Pindah Milik Daripada Pihak Berkuasa Negeri
Sila lihat dalam geran hartanah, sekiranya hartanah tersebut tertakluk kepada sekatan kepentingan, misalnya dalam geran ditulis, “Tanah ini tidak boleh dipindahmilik melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Tanah dan Galian terlebih dahulu”.
Maka sebelum pindah milik boleh dilakukan, PPM hendaklah terlebih dahulu menyerahkan permohonan kebenaran pindah milik (consent) tersebut di pejabat tanah yang berkenaan.
Caranya, dapatkan borang kebenaran pindah milik di pejabat tanah dan isi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan menggunakan pen dakwat cair warna hitam. Lampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan semasa serahkan permohonan tersebut di pejabat tanah.
Di antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti salinan kad pengenalan PPM dan salinan kad pengenalan PNPM, salinan asal carian rasmi , salinan resit cukai tanah tahun terkini, salinan surat nikah (jika suami isteri), salinan surat beranak (jika anak/ibu bapa/ adik beradik), dan salinan geran asal hartanah.
ii. Isi Borang Pindah Milik (Borang 14A)
Setelah kebenaran pindah milik diperolehi, sila dapatkan/ beli Borang Pindahmilik (Borang 14A) daripada pejabat tanah dan sila isi segala maklumat yang dikehendaki di dalam borang pindahmilik tersebut.
Sekiranya anda tidak pasti bagaimanakah cara untuk mengisi Borang 14A tersebut, sila dapatkan bantuan daripada kerani yang bertugas di kaunter pendaftaran pejabat tanah, atau kebiasaannya, sampel borang tersebut ditampal di notice board di bahagian pendaftaran pejabat tanah. Ikut sahaja sampel tersebut.
iii. Tandatangan Borang Pindah Milik Dihadapan Peguam atau Penolong Pegawai Daerah
Selepas diisi sepenuhnya Borang 14 tersebut, kedua-dua PPM dan PNPM hendaklah menurunkan tandatangan dalam Borang pindah milik (Borang 14A) tersebut dihadapan Penolong Pentadbir Tanah (ADO) sebagai saksi.
Anda juga boleh mintak bantuan peguam sebagai saksi untuk tanda tangan borang pindah milik tersebut, tetapi kebiasaannya peguam akan kenakan sedikit charge perkhidmatan sebanyak RM50 (maksimum) untuk setiap penyaksian yang dibuat.
iv. Hantar Permohonan Adjudiksai (Permohonan Nilaian Duti Setem) di LHDN
Selepas itu, sila serahkan permohonan adjudikasi (penilaian duti setem pindah milik) di Unit Stem, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Anda boleh lakukan sama ada secara manual atau secara online.
Untuk proses secara manual anda kena isi borang yang disediakan di kaunter stem dan sila sertakan sekali bersama-sama borang permohonan tersebut dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan geran hartanah, salinan borang pindah milik yang telah ditandatangani dan disaksikan, salinan kad pengenalan PPM dan PNPM, salinan surat beranak/ salinan sijil nikah PPM dan PNPM, salinan surat kebenaran pindah milik dan lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan oleh LHDN.
Sekiranya anda serahkan permohonan secara on line, anda boleh layari www.hasil.gov.my/stamp. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk membolehkan anda log in dalam web site tersebut. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah discan dan diupload di dalam page yang disediakan.
v. Terima Notis Nilaian Duti Setem Pindah Milik
Biasanya dalam tempoh 8 hari bekerja, LHDN akan hantar kepada anda Notis Taksiran Duti Stem yang menjelaskan tentang berapa banyakkah duti stem pindah milik yang anda kena bayar.
Duti Stem yang dikenakan adalah mengikut nilai pasaran semasa hartanah tersebut. Nilai pasaran tersebut ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), dimana JPPH akan memaklumkan kepada LHDN tentang berapakah nilaian semasa hartanah yang hendak dipindah milik tersebut.
Bedasarkan kepada itulah LHDN akan tentukan berapakah duti stem pindah milik yang dikenakan kepada anda. Semakin tinggi nilai pasaran semasa hartanah tersebut, maka semakin tinggilah duti stem yang akan dikenakan.
vi. Bayar Duti Setem Pindah Milik
Untuk duti stem pindah milik atas balasan Kasih Sayang daripada suami kepada isteri dan sebaliknya, bayaran duti stem pindahmilik adalah dikecualikan. Manakala untuk duti stem pindah milik atas balasan Kasih Sayang daripada bapa/ ibu kepada anak dan sebaliknya, bayaran duti stem pindahmilik adalah sebanyak 50% daripada duti stem sebenar yang akan dikenakan.
Untuk pindah milik yang dibuat atas balasan Kasih Sayang sesama adik beradik, anak saudara kepada bapa/ ibu sudara dan sebaliknya, dan lain-lain, tiada pengecualian atau potongan duti stem diberikan. Dalam erti kata lain, mereka akan dikenakan bayaran duti stem penuh mengikut nilaian semasa hartanah tersebut.
vii. Tempoh Bayaran Duti Setem Pindah Milik Perlu Dibuat
Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk menjalaskan bayaran duti stem pindah milik tersebut di LHDN. Sekiranya gagal, anda akan dikenakan penalti atas kelewatan bayaran tersebut. Selepas bayaran dibuat Sijil Bayaran Duti Stem Pindah milik akan dikeluarkan oleh LHDN dan ia perlu dilampirkan sekali di dalam Borang Pindah milik tersebut.
viii. Pendaftaran Pindah Milik di Pejabat Tanah
Setelah itu, bolehlah anda uruskan pendaftaran pindah milik di pejabat tanah. Diantara dokumen-dokumen yang anda perlukan untuk masuk permohonan pendaftaran pindah milik adalah seperti berikut:-
• Salinan Kad Pengenalan PPM dan PNPM beserta salinan surat beranak/ sijil nikah (jika berkenaan)
• Borang pindah milik yang telah dimati stem (diadjudikasi)
• Geran Hartanah yang asal
• Resit Asal bayaran cukai tanah dan cukai pintu tahun terkini (jika rumah/ kedai)
• Sijil Bayaran Duti Stem Pindah Milik
• Notis Taksiran Duti Stem Pindah Milik
• Salinan Asal Surat Kebenaran Pindah Milik
• Fee pemprosesan (berbeza beza mengikut negeri masing-masing)
ix. Pengeluaran Geran Baru Yang Telah Dipindah Milik
Setelah permohonan pindah milik didaftarkan oleh pejabat tanah, pejabat tanah akan keluarkan geran asal yang baru yang telah dipindahmilik kepada nama PNPM. Tempoh proses pengeluaran geran asal yang baru berbeza-beza mengikut negeri masing-masing. Paling lama mungkin ambil masa dalam 2 minggu. Ada sesetengah negeri dalam masa 1 jam pun sudah siap geran baru.

Maka selepas dapat geran asal yang baru, selesailah sudah proses pindah milik hartanah kepada waris anda. Mudah, jimat dan praktikal bukan?
kredit kepada
https://www.facebook.com/salkukhairi.abdsukor/posts/834321366607452

08 December 2015

Strategic Plans vs. Business Plans


Strategic Plans vs. Business Plans

So let me tell you the key differences between a strategic plan and a business plan.

You'll want to create a Business Plan when you are looking to:
  • Start a new company
  • Organize their thoughts
  • Judge the viability of your business idea
  • Identify your general business strategy
  • Understand potential financial results
  • Present to bank or investor for financing

And you'll want to create a Strategic Plan in order to:
  • Grow an existing business
  • Identify the best opportunities for growth
  • Determine and prioritize your financial and HR needs
  • Effectively communicate your plan to your team
  • Provide a detailed and focused game plan

As you can imagine, strategic plans are reserved for entrepreneurs who are serious about growing their companies.

And strategic plans are the single biggest factor that separates average entrepreneurs from super-successful entrepreneurs..

07 December 2015

Amalan Murah Rezeki

Amalan Murah Rezeki - Amalkan Surah Al-Waqi'ah


Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. 
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqi'ah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah SWT akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Di antara fadhilah-fadhilah membaca surah Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda :
"Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum."
Ertinya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surah Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kemudahan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, makadidatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bacalah surah Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surah Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, makaAllah SWT menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahawa hadith ini shahih.

Rasulullah bersabda:
"Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada."
Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Anda boleh baca surah Al-Waqi'ah di bawah ini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.


Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
 .
.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
 .
.
.
.

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
 .
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
·         Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
·         Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
·         Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
·         Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
·         Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
·         Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
 .

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
  .
.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
 .
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 .

3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki


Rezeki, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu..
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..
1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.
Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewaruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
***
Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.
Apa yang saya nyatakan diatas adalah apa yang saya telah lalui.. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang mahu dikongsi bersama, mohon dapat dicatatkan dibahagian komen dibawah =)

Amalan dan Doa Murah Rezeki

Saya sering kali ditanya customer dan kawan bagaimana secara tetiba terfikir untuk menjual baju renang muslimah. Secara terus terang, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjual.

Pada ketika itu, saya sedang mencari pekerjaan. Banyak temuduga yang saya pergi dan setiap kali saya pergi temuduga setiap kali itu juga saya akan nangis. :) (Maaf... saya memang kuat nangis sejak bergelar ibu.. sebelum ni suka gak nangis, tapi sejak jadi mak ni lagi bertambah kuat nangisnya. )

Bukan menangis kerana takut untuk ditemuduga. Tetapi saya menangis kerana bimbang jika saya dapat jawatan tersebut. Hati saya amat berat untuk tinggalkan anak saya yang ketika itu masih menyusu badan. Tapi pada masa yang sama, saya tersepit. Ada tanggung jawab lain yang perlu saya laksanakan. Hutang PTPTN masih banyak belum dijelaskan. Duit poket untuk ibu ayah.. Emm..

Dan setiap kali saya memikirkan tentang kerja dan melihat anak saya, saya akan menangis. Saya berdoa kepada Nya agar ditunjukkan jalan agar dapat menyelesaikan masalah saya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat saya. Orang sekeliling tak habis bertanya, kerja di mana? Kerja apa? Membuat saya bertambah pening dan runsing.

Entah macam mana ketika, saya masih sedang mencari kerja di Internet, hati saya tergerak untuk mencari doa murah rezeki.

Dan ini yang saya temui:
  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.
Membaca Surah Al-Ikhlas


- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6TRROhHMzuqkH9dtxOTyO6NUQiLg_ZYoDg_9IJY1JOiVtLI0_6Hq3jBXl7OD2kAH5Q0wOTi4CSFihuI9-_kJGOKU2Uziy2h5chiMtCLVB46sYkeNvqrQOCIBDL0Jul7eikJsCzIgJvnMI/s320/3.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0p32N0IsGkm7Ery4QZkFcxqPNGRe41qzN8y7e6Ll2wW4_CAPJp2ilkScSYKDpQPQkg0bV-7utCnf_pSGR9aH-FGQQA5W9v_fHk5keuhyphenhyphenirazANRnQ5glsdWFIxwNiD4cVGaAtZEff6OeZ/s320/Erti+3.bmp
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj3T4BNXPxmpL_K2edEDE8FGKl56vtoL1Kzmp7bcQ73RkQ5HpYoHrdHCLnDW1u1Cotg6yrV-aDhuJqDyue_kCrPisl1rKxS9oLsuTfuRb3dTBikgIjhYvfYCi3ydSyRty6Zv4yUdIHFqnd/s320/Sabda+3.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxBnsvibHFSIglB5814QP3br6TiQNaSMT79P1zUKhD_Duz6JYtZrE_LVEH8Dbv5267bRel4nLB6DYe5qMMHXaGPZ7IeSLELtj7tFA5mYBC6JH44hYkjnSwnntH3AmXi-x-5qwnsdG8WFZZ/s320/4.bmp
Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRVUTZ1OgEzN-IAjMunRjivWMKEoSsl3K5ZDsZXFw-5RFOeVS7Yer_Mi58UG58eHOxIH9LNfvcpe-Z5jC3o2xAfBn3rj3nim9xqlL24AO7IeC8OlQYQtC_B1J8hTkDeNTA-m8khSWSBGBh/s320/5.bmp
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFf2JJDo3LWHeYSkkWjO38_uauAHPnvSeHQrbC4uP_fsaop0aZ4eo5BhyphenhyphenKWPFzkL9SitpdimczzrAkAm9pSf1wCY7SIzxZaGzdUhgw9aApi0YSI1gJu_YqnVjq-sE9gQCQktSxt_X-cgh7/s320/6.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXzStRMOfv6GSurq4ctBd9ot8qz8zUhhTjNiYetxoRmeJE42FA29OPdeVAI-ZtNWp3xwVgY178H2HBE5p_NhvEdDac9HULCtmqUFoWdNlm8yez1Cazy1OjdFS4zaVMcuI4_mOMoEoF55YQ/s320/Erti+dan+Sabda+6.bmp
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbtlAJc_BHxTT79H_CVEeUanQng7FNv5_IPBOleeu6QAoVkxvd7Kywxso2u9ac3Is1EqH11LpVtplFzh-bHp5mc_Xtxw5Gt3maYeHAjWpQATVbBMkyb2bg8qAsU3NdqQbPQrpGpVuEm4Jc/s320/7.bmp
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEbb_rZGfC8X-rNScZ7hSMW8I8DrD7czlADAvvEVw3UYBhZuHG64bPikWzQf75D0hb3ehG1PzovBqhWDw2RJug8uluVDcwYsFuqROdnAQpyQ2woBaPCSaa15ZwiZ5MHuc7GzIcrgOfyiA_/s320/8.bmp

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijxOGFNxEyZKommRFlqn_LKye-R9oqENMgbT7F1EZj-0LubASPXSJtdSo3JWkai_m5eYOW8ez_m6lXMM_ItVym94WhubZIhVxC_2h3JrqmiKu1dyR9wFhbKV2I92bTUrJEDLm48ZJ0f2vH/s320/9.bmp

Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.

Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Dan setiap kali itu saya akan nangis.. (Nangis lagi.. Biasalah ratu air mata. Mak saya slalu pesan, kalau doa minta sesungguh hati. ) Jadi setiap kali saya baca doa berserta maknanya, saya akan nangis. Dalam hati berkata, hanya kepada engkau aku memohon pertolongan, sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Lebih memahami masalah ku. Tiada yang lebih mengetahui.

Dan tidak sampai sebulan, saya mendapat jawapan. Dibukakan jalan. Tidak semena-mena tawaran untuk memulakan perniagaan ini bermula. Tawaran yang tak pernah terlintas dalam fikiran.

Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.

Moga2 amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat2 yang lain. Ingat, jika ada rezeki lebih nnt, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita. Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin



Amalan Murah Rezeki Dengan Buat Benda Wajib


Perkataan murah rezeki memang mainan mulut kita sejak dulu lagi. Perkataan ini diperturunkan dari mulut ke mulut daripada Tok Nenek kepada ibubapa dan seterusnya kepada kita. Kita diperturunkan perkataan murah rezeki beserta amalan murah rezeki sekali gus.

Siapa yang tak tahu apa maknanya murah rezeki? rasanya semua orang tahu apa maknanya murah rezeki walaupun kadangkala mungkin ada orang yang pernah terlintas kenapa dikatakan murah rezeki. Itu salah satu soalan yang terlintas dalam kepala ini sejak kecil lagi.


Setiap kali berdoa semoga Allah murahkan rezeki, akan terlintas kenapa kata murah rezeki?. Adakah disebabkan bila sesuatu itu menjadi murah maka jualannya akan meningkat. Ertinya bila rezeki kita murah maka banyak yang akan kita dapat?.

Oleh kerana pertanyaan itu seringkali muncul dalam benak kepala maka doa terus diubah sejak dulu kepada

o    Ya Allah!, permudahkanlah rezeki aku!, atau
o    Ya Allah!, perbanyakkanlah sumber rezeki aku, atau
o    Ya Allah!, pertingkatkanlah rezeki aku dan lain-lain seumpamanya.
Tak kisah bagaimana seseorang itu berdoa pada Allah, asalkan dia menggunakan perkataan dan ayat yang meresap masuk dijiwanya dengan kefahaman yang penuh tersemat dalam dada. Insyallah, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Berkuasa dan Melimpah kurniaanNya.

Amalan murah rezeki

Sejak akhir-akhir ini datang satu lagi perkataan baru iaitu "menjemput rezeki". Ada yang mengutarakan konsep bahawa rezeki itu dijemput dan bukannya dicari.

Penulis yang mengutarakan falsafah menjemput rezeki ini memberikan perumpamaan bagaimana semut datang menghurung gula atau benda manis. Tak payah ditanya dari mana semut datang, yang pentingnya jika ada gula, maka datanglah semut pada gula tersebut.

Menurut falsafah menjemput rezeki tersebut, begitulah juga keadaannya dengan rezeki kita. Tak perlu ditanya dari mana datangnya rezeki itu samada dari kiri, kanan, atas atau bawah, yang pastinya mereka yang bertakwa akan didatangkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu, mereka yang mahu mendapatkan rezeki yang melimpah ruah hanya perlu buat persediaan agar rezeki itu datang seperti datangnya semut mengharungi gula. Begitulah lebih kurang ajaran menjemput rezeki.

Buat perkara wajib memang dah wajib

Memang terlalu banyak amalan murah rezeki yang kita perlu lakukan untuk menarik rezeki atau mempermudahkan rezeki datang pada diri atau kehidupan kita. Ramai para ilmuan telah menceritakan bab ini sejak dari dulu sehinggalah sekarang.

Bab nak rezeki melimpah dan banyak ini cukup menarik hatta pada manusia yang pemalas sekalipun. Apatah lagi pada mereka yang ringan tulang. Sebab itu setiap kali ada formula baru (kononnya) untuk amalan murah rezeki akan mendapat sambutan yang cukup baik dari orang ramai.

Cuma yang agak pelik adalah antara senarai amalan yang diketengahkan dalam amalan murah rezeki itu adalah perkara-perkara wajib yang tidak ada pilihan dalam beragama. ianya seperti bersolat, taat dan berbuat baik pada kedua ibu bapa, memberikan nafkah pada orang tua, dan lain-lain lagi seumpamanya.

Bukankah amalan wajib itu adalah wajib tidak kira samada mahu murah rezeki atau tidak. Jika anda lakukannya rezeki menjadi sempit, tiada pilihan lain selain dari meneruskan juga amalan wajib. Tidak ada pilihan berkenaan perkara itu.

Tambahan pula jika anda lakukan perkara wajib lalu rezeki menjadi murah melimpah ruah berbanding sebelum ini perkara wajib diabaikan dan sukar mencari rezeki. Sudah tentu anda meneruskan amalan wajib itu kerana takut-takut rezeki akan mula menjadi sukar semula jika ditinggalkan!.

Perlu diperincikan lagi amalan murah rezeki

Memang perlu diakui bahawa kata-kata para ilmuan agama bahawa rezeki itu dah ada tak perlu dicari. Memang itu janji Allah pada setiap anak adam yang dihidupkan diatas muka bumi ini. Apa yang kita perlu buat hanyalah beribadah pada Allah sebenar-benar ibadah dan bukannya untuk menarik rezeki.

Mungkin amalan lain perlu diperincikan lagi dalam bab mahu membina kejayaan samada untuk diri sendiri maupun untuk masyarakat dan umat Islam khususnya. Amalan seperti berperancangan yang baik, belajar ilmu yang bermanafaat, bersikap liberal atau terbuka pada kritikan dan perubahan dan jangan terlau cepat menghukum perlu diperincikan lagi.

Bukannya hanya sekadar menyenaraikan perkara wajib yang memang dah wajib dan kemudiannya menyenaraikan pula amaln sunat yang digalakkan oleh agama dan kemudiannya menyenaraikan perkara haram untuk dielakkan dan seterusnya perkara makhruh untuk ditinggalkan....itu semua ada dalam kitab feqah dan wajib dipelajari samada nak murah rezeki atau tidak.

Di sini ada satu himpunan 9 Formula Pantas Seru Rezeki yang dibuat dalam bentuk ebook oleh penulisnya. Beliau berkongsikan amalan murah rezekinya untuk orang lain yang mahu membaca dan memikirkannya dan cuba mengusahakannya. Jika anda berminat belilah dan bacalah dan jika anda dah baca komenlah di sini apa kata anda.

Anda juga boleh berikan pendapatan anda dalam bab amalan murah rezeki ini di bawah berdasarkan pengalaman sendiri dan bacaan dari bahan lain jika ada. Terima kasih atas pendapat anda!

AMALAN DAN TIP MURAH REZEKI


Saya kongsikan amalan dan tip murah rezeki semuga ia memberikan manafaat kepada pembaca semua sambil anda terus berusaha dengan gigih mencari rezeki.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVHx6pcpTN290PTZVhECf-DTLv5EPg0l2zyxcDt9TP7Z-rCSOvzxroglcHT1-d9caoR_wTL3196mItKLvo62gKfvnGvnAbcISNHRIy2fD1qtnteCNDdArBpQb656jcpsOHCW6BVvWMdL0/s640/MURAH+REZEKI++USTAZAH+NOR+BAHYAH.jpg



AYAT MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA

Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Saudara-saudari boleh amalkan membaca sebanyak 33x atau sekadar kemampuan tiap-tiap lepas solat ayat ke54 dari surah Shad.
                                             

          Makna:  "Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.

Digalakkan umat Islam untuk kaya dengan niat untuk mudah menunaikan ibadah haji dan membantu umat Islam dengan cara menyediakan peluang pekerjaan dan mengeluarkan zakat
Posted by Perawat Islam


Cara-cara Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah Berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.

Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :  “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”

Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa amalan untuk mendapat  rezeki yang murah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jangan tinggalkan  beribadah kepada Allah.

Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :  "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. Memperbanyakkan istighfar .

Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT boleh menjadi sebab Allah SWT akan  bertambah kasih kepada kita.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3. Meninggalkan perbuatan dosa.

Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

4. Banyak ingat Allah.

Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menyampaikan hajat orang lain.

Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikandan membantu orang yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bersedekah waktu pagi meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

11. Menjalin silaturrahim.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :  “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)

13. Banyakkan membantu dan melapangkan kesusahan orang lain.

Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya : “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Hormati dan melayan tetamu.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya : "Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."

15. Amalan Solat Duha.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Syukur di atas segala pemberian Allah.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki.

Ada riwayat menjelaskan : "Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar).
Firman Allah SWT maksudnya : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq ayat2-3)

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

18. Sentiasa berdoa kepada Allah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ”
(Surah An Nisaa’ ayat 100)

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.

20. Bertawakal kepada Allah SWT.

Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana di nyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk mendapatkan murah rezeki daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.


KAYA DAN MURAH REZEKI


Allah Maha Kaya. Dengan sifatNya itu, Dia mengurniakan sesiapa saja hambaNya yang dikehendakiNya rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan tiada siapa yang mampu untuk membatasinya. Saya menulis artikel ini untuk bacaan dan amalan anda dan diri saya sendiri. Saya fokus kepada fadhilat Surah Al-Waqi'ah. Mudah-mudahan dengan adanya artikel ini kita semua akan tergolong kepada hamba-hamba yang diredhaiNya.

Mungkin yang antara cara terbaik untuk saya mulakan catatan ini ialah merakamkan mafhum firman Allah dalam Ayat Seribu Dinar:

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 065:2-3)

YANG PATUT DIKETAHUI TENTANG REZEKI

Apa yang patut kita ketahui berkaitan dengan rezeki bolehlah dirangkumkan kepada 6 perkara iaitu (1) Bahawa Allah pemberi rezeki kepada makhlukNya (2) Allah membahagi rezeki di dalam kehidupan (3) Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya (4) Allah perintahkan agar manusia berusaha mencari rezeki (5) Allah mengajarkan jalan-jalan mencari rezeki (6) Allah adalah pusat permohonan rezeki.

Mafhum firman Allah: "(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Surah Fatir 035:15).

FADHILAT SURAH AL-WAQI'AH

Jika kita ingin dihindarkan dari kefakiran dan kesulitan rezeki, eloklah membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam sebagai wirid. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa membaca Surah Waqia'h setiap malam maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya" - (Sa'd Al Mufti mengatakan ini adalah hadis sahih).

Dalam hadis lain ada disebutkan bahawa Surah Al-Waqi'ah merupakan salah satu surah yang menjadi sebab seseorang mendapat kecukupan rezeki jika selalu membacanya. Menurut hadis riwayat Abu Ubaid, Al Harith, Abu Ya'la, Ibnu Murdawaih dan Al-Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan tertimpa kemiskinan, dan Surah Al-Waqi'ah itu merupakan surah yang menyebabkan kecukupan bagi pembacanya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anakmu."

AMALAN HAJAT MEMOHON REZEKI

Menurut para ulama', terdapat beberapa cara amalan sebagai hajat memohon rezeki dari Allah, sebagaimana berikut:

1) Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka Allah akan mendatangkan hajatnya, terutamanya dalam urusan rezeki (tersebut dalam Khawasul Qur'an).

2) Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah sesudah solat 'Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis maka didatangkan hajatnya, terutama keperluan rezeki. Ia dikatakan amalan yang mujarab.

3) Amalan mewiridkan Surah Al-Waqi'ah. Baca Surah AlWaqi'ah selama 40 hari berturut-turut, jangan terputus. Pada setiap hari baca 40 kali. Allah akan memberi keluasan rezeki yang tidak terbatas lantaran berkat surah Al-Waqi'ah, insyaAllah.

4) Baca Surah Al-Waqi'ah setiap selesai solat Isya' dan Subuh sebanyak 3 kali. Allah akan memberikan kekayaan dan melimpahkan rezeki yang tidak terbatas, insyaAllah.

5) Ada satu cara mustajab agar kita diberikan kekayaan secara mendadak oleh Allah berkat amalan riadhat (tirakat) aurad Surah Al-Waqi'ah. Cara melakukan riadhat ialah:
Puasa selama 7 hari bermula hari Juma'at

Selesai solat fardhu baca Surah Al-Waqi'ah sebanyak 25 kali, diakhiri pada malam Juma'at.

Pada malam Juma'at penghabisan, baca Surah Al-Waqi'ah selepas Solat Maghrib sebanyak 25 kali. Kemudian lakukan ibadat amal hingga Isya'. Sesudah solat Isya' baca Surah Al-Waqiah 25 kali. Setelah itu baca lagi 100 kali. Diikuti membaca Selawat 1000 kali.

Sesudah itu, baca Surah Al-Waqi'ah sebagai wirid 1 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh. Mudah-mudahan Allah akan kabulkan hajat kita.

Ada orang yang melakukan riadhat setelah menerima penjelasan dari Al-Wali Al-Arif As-Syeikh Ahmad Rashidi yang menerima ijazah dari Al-Wali Al-Arif Abil Abbas Al-Harisi berkata kepadanya: "Wahai Syeikh, saya telah mengajarkan riadhat Surah Al-Waqi'ah kepada beberapa orang, mereka melakukan riadhat tadi. Maka Allah memberikan kekayaan kepada mereka.."

LATARBELAKANG SURAH AL-WAQIAH

Ia adalah surah yang diturunkan di Makkah sesudah Surah Taha. Ia mengandungi 96 Ayat. Dinamakan Al-Waqi'ah (hari kiamat) sempena perkataan Al-Waqi'ah yang terdapat pada ayat pertama surah. Isi kandungannya ialah berkaitan dengan huruhara di waktu terjadinya kiamat, tentang Yaumul Hisab di mana manusia terbahagi kepada 3 golongan iaitu (1) yang bersegera menjalankan kebaikan (2) golongan kanan (3) golongan celaka. Ia juga berisi bantahan Allah terhadap orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit dan adanya hisab. Surah ini juga menyebut bahawa Al-Qur'an berasal dari Luh Mahfuz, serta gambaran mengenai syurga dan neraka.

ALLAH BERSUMPAH DENGAN KEMULIAAN AL-QUR'AN

Surah Al-Waqi'ah adalah antara surah yang mana Allah menyatakan sumpahNya mengenai kemuliaan Al-Qur'an, mafhumnya: "Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bahagian-bahagian Al-Qur'an. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui." (Surah Al-Waqi'ah 056:75-76). Kemudian ia disambung dengan ayat berikut, secara kebetulan pada malam sebelum ini saya telah menyediakan imej berikut untuk dipaparkan di Megasutra. Subhanallah:
Image result for inna haza larizkuna
"Sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah bacaan yang sangat mulia. Pada kitab yang terpelihara (Luh Mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam". (Surah Al-Waqi'ah 56:77-80)


.:: JUMLAH HURUF 55 : 999 JUMLAH ANGKA MUFRAD ::.

Kemudian Allah bertanya dengan firmanNya yang bermaksud: "Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Qur'an ini?" (Surah Al-Waqi'ah 056:81)

Jika anda teliti Surah Al-Waqi'ah, ia fokus kepada berita ghaib masa hadapan, iaitu tentang kiamat, Yaumul Hisab, syurga dan neraka. Lantaran keyakinan kepada berita-berita ghaib yang belum berlaku ini, mudah-mudahan Allah akan mengurniakan rasa cukup dan kaya pada hati kita masing-masing dan hati kita tidak akan tersangkut pada segala kemewahan dan godaan dunia yang boleh menyebabkan kita lupa. Sesungguhnya sebenar-benar kaya itu ialah kaya hati.

KESIMPULAN

Sekiranya kita faham dan menginsafi bahawa Allah sajalah yang memberi rezeki, mungkin akan kuranglah rasa hasad dengki sesama kita dan kita akan lebih banyak bersyukur dan redha atas ketentuanNya.

Dalam Surah Al-Fatihah Allah berfirman maksudnya: "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (Surah Al-Fatihah 001:5) Ini mengajarkan kepada kita tentang kepatuhan dan ketundukan yang timbul dari keinsafan tentang kebesaran Allah sebagai Tuhan yang disembah kerana kita berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadap diri kita.

Sama-samalah kita bermohon kepadaNya, mudah-mudahan Dia akan mengurniakan kepada kita kekayaan dan kemurahan rezeki yang kita hajati itu agar ia jadi jalan untuk kita lebih bertakwa kepadaNya. Sesungguhnya susah dan senang semua itu adalah ujian belaka. Yang penting ialah apa saja yang Dia kurniakan kepada kita, mudah-mudahan Dia akan sentiasa meredhai kita.