12 April 2022

29 October 2020

Tembang Jawa Warisan Wali Songo

 https://www.youtube.com/watch?v=t0p5LP2RYUU

https://www.youtube.com/watch?v=blfHDVCjmFI 

 



 

27 October 2020

Petua - Kundur Halau Sihir & Makhluk Halus

 Jika rumah anda ada bunyi guli jatuh bunyi orang tarik kerusi atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundurs seandainya buah tu busuk buang jauh2 dan ganti dgn yg baru sampai tak busuk.

Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir keatas individual...

Ini adalah petua orang dulu kala ataupun cara orang India pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan mata batinnya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu object (unseen ghost or jin)

Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat menjaga diri kita Dan rumah kita daripada makhluk2 Yang tak nampak...

Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya Dan tidak pulak rosak Dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu pertanda rumah clear & clean.

Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar, itu petanda ada sesuatu Yang tak kena.

Jadi apa tindakkan kita seterusnya?

Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat2 suci Al-Quran

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih faham dan tahu akan kegunaannya...

Sekian Terima Kasih 😊🌸


Kredit https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=424997064657458&id=151941918629642







22 October 2020

Pasang Trailer

 TRANSPORTATION


Pahit maungnya bertreler....


May be worth sharing....sebab masih ramai orang keliru atau blur tentang caravan dan jugak trailer. Dah la antara caravan dan trailer tu sendiri pun orang konpius...apa lagi antara caravan dan motorhome....macam orang konpius antara pick-up dan hailak...atau orang konpius antara ubat gigi dengan colgate. Yang selalu orang blur, tentang keperluan utk tarik trailer atas jalan.


Kalau baca dalam socmed atau mana2 grup, terutamanya grup campervan atau motorhome, bila ada yg tanya apa keperluan utk tarik trailer (begitu jugak caravan), ada yg jawab perlu permit.


Yang perlu permit tu trailer komersial lori kargo tu...klu trailer persendirian (private) hanya perlu bayar roadtax (cukai jalan) mcm roadtax kereta tu jugak. Roadtax ni klu bahasa abam JPJ dia panggil Lesen Kereta Motor (LKM). Tak kira lah besar mana pun trailer, roadtax nya cuma RM50 jer setahun. Kalau trailer didaftarkan sebagai persendirian (bukan komersial), bentuk roadtax nya sama macam roadtax kereta (dulunya dipanggil roadtax disc, sebab zaman omputih dulu bentuknya bulat). Tu sebabnya trailer ni omputih cakap cost efficient way of transportation. Kat Bolehland ni loteknya rm50 jer setahun dan trailer tak perlu pakai minyak. Tumpang minyak ibu jer...dan takde maintenance engine mcm kereta. 


Bila orang tengok orang tarik caravan (katagorinya trailer jugak) memang nampak gah. Tapi ramai yg tak tahu dukalara nak mengendalikannya. Apa lagi dukalara nak renew roadtaxnya 🤦🏻‍♂️


Nak renew roadtax trailer, perlu ada insuran. Macam kereta atau motor jugak. Bila tiba nak renew insurance dan roadtax, staff insuran kompeni pun pening dan konpius, abam2 dan hakak2 kat konter jpj tu pun pening dan konpius. Staff insuran kompeni konpius takpe lagi...dia tak buat kita mcm bola...sbb dia nak business dari kita. Tapi bila abam2 dan hakak2 konter jpj yg konpius, jadi bola lah kita...kejap suruh pi padang jawa, pi padang jawa, tendang pi tempat komersial, pi tempat komersial dia kick macam penjaga gol tendang bola suh kita pi periksa puspakom la 🤦🏻‍♂️ Trailer persendirian tak perlu periksa puspakom setiap 6 bulan seperti trailer komersial. Klu nak gaduh dgn abam2 dan hakak2 konter JPJ yg konpius tu, gaduh lah...tengok suara sapa yang lebih kuat, lengan sapa yang lebih sado....lengan hakak2 kat konter jpj tu sado sebenarnya...nampak jer cun. Tu sebab orang takut nak gaduh dgn depa. Klu dia tendang jadi bola lah kita 🤣 Kalu pius rating rendah, memang putus pius.


Satu perkara yg perlu kita tahu, bila trailer persendirian, didaftarkan dan dilesenkan katagori persendirian, tak perlu lesen kenderaan perdagangan (Goods Driving Licence, GDL), tapi tak boleh bawak barang orang lain atau barang untuk tujuan perdagangan. Menjadi satu kesalahan. Klu jumpa abam jpj, memang nampak lah lengan sado dia tu. Tu sebab bila kengkawan mintak aku angkut barang2 depa, aku takmo. Bukan aku kedekut, tapi abam2 jpj tak bagi. Aku ni jenis betul bendul 🤪


Banyak2 insuran kompeni di Malaysia ni, hanya satu kompeni jer pakar bahagian insuran kereta motor. Semua kompeni insuran rujuk kat kompeni ni klu kes yg pelik2 berkenaan insuran kereta motor. Tu pun sampai HQ punya level baru ada authority utk buat. Klu agent, jauh panggang dari api. Kat HQ pulak, kena manual intervention beat the system baru buleh roger dalam sistem komputer. Sistem komputer depa pun skema habis. Tu pun belum tentu masuk dalam komputer abam jpj utk membolehkan renew roadtax. Tu baru cerita insurance. 


Ada orang tanya kalu dah gitu, berbaloi tak pakai trailer? Aku tak reti nak jawab bagi pihak orang lain....tanya lah diri sendiri, jawab lah sendiri....

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3907063195990300&id=100000599732142



21 October 2020

Pertanian Lestari @ Alami

 Siapa nak follow pertanian secara lestari silakan, yang tak dapat nak follow saya bukan marah pun. Saya juga tak pernah menghukum sapa yang nak guna racun. Saya just sharing semua pengalaman saya. 


Dari seorang petani yang jahil

Guna furadan, dan lain2 racun

Saya bukan sembang kosong

Saya banyak membaca semua komen2 di semua posting yang berkaitan kes burung mati, yer kita tak duduk sebagai petani yang bersawah, bertani, nak lawan siput gondang, nak lawan tikus, nak lawan burung.Nak lawan babi dan beruk.  Saya bukan suruh berperang. Soalan saya, sejak puluhan tahun kita guna racun adakah populasi siput, ulat bagai tu terus pupus atau terus meningkat sehinggakan begitu rakus manusia bertindak "berperang"?


Saya tau gerakan saya tidak "popular" malah mengundang pelbagai kecaman. 


Balik kepada pertanian fitrah itu pilihan

Nak ke tak nak terpulang kepada individu masing masing. 


Saya cuma share teknik secara alami

Boleh ikut semua tips dengan penuh istiqomah


Senarai tips utk kawalan alami tanpa racun


1. HALAU BABI


Nak halau babi masuk kebun cubalah tanam bunga tunera subulata banyak2 buat pagar. Tutup semua sempadan sawah, kebun, dusun dengan bunga tunera. Bukan sahaja byk biakkan predator dan agen pendebungaan malah bau yang dikeluarkan oleh bunga ini tidak digemari babi. Setakat ini bukti secara ilmiah tiada, tunggulah mana2 profesor bijak pandai buat data dan analisa. Tetapi bukti dari fizikal kita ada. Ternyata tanam tunera babi tak masuk kawasan sawah dan kebun. 


2. HALAU MONYET/BERUK/CIKOK


Saya juga berdepan masalah monyet banyak sebab tanam padi tepi hutan. Ada beratus ekor yang masuk sawah dan makan umbut2 padi. Ok saya taklah sampai guna furadan nak bagi mati. Kita ada akal yang Allah dah kurniakan. Pasanglah pagar elektrik. Yang saya banyak baca komen, ala mahallah modal nak pasang pagar elektrik, dan beribu alasan lagi padahal inilah teknik paling terbukti berkesan. Tuan puan nk tanam buah, tanam sayur tapi marahkkan monyet yang takde akal, tapi kita sebagai manusia berakal buatlah sesuatu yang berakal sikit. 


Modal beli pagar elektrik sekali. Tapi tuan puan dapat tuai padi, tuai sayur, tuai buah berkali2 dalam setahun. Masukkan la kos pagar dalam perbelanjaan. 


3. SIPUT GONDANG

Ada beberapa teknik, pertama boleh buat longkang atau parit kecil di setiap sempadan sawah, siput akan cari tempat berair utk berkumpul. Dah byk2 berkumpul tu hangpa kutipla, tak kisah la berapa tan, berapa billion siput. Ketuk letak gula merak buat baja lagi faedah dari guna racun. Guna racun yer ada yang mati, tapi yg hidup akan lahirkan anak yang makin kebal. Pakai racun selepas itu akan lebih kuat dan kuat. 


Ok orang kata saya gila suruh kutip. Yer saya memang gila kutip sebab saya tau kalau saya kutip populasi akan makin kurang. Kalau tiap musim buat lama2 tak abis ke? Habis juga kan. 


Ok bila dah tanam padi pasanglah kayu kayu pancang utk siput bertelor. dah byk telor tu kutip dan musnahkan. Kene rajin sikit. Bukan malas dan sembur racun utk mudah dan ringkas tapi tak juga pupus2 SGE ni bertahun tahun malah lebih kritikal. 


Teknik ke 2, boleh sembur guna akar tuba. Tapi bahan ini terhad dan tak semua tempat ada. Tuba sangat berkesan utk kawalan siput gondang. Habis semua mati dan lepas tu kutiplah buat mol siput. 


Selain itu boleh perangkat guna bahan alami ssperti daun betik, kulit nangka, cempedak dan lain2. Kutip dan musnahkan. Org kata sawah kecik bolehlah. Kalau dah ratus2 ekar macam mana? Eh ramai ke pesawah yg ada sawah ratus2 ekar. Paling2 10% je. 90% adalah pesawah yang ada sawah kurang 5 ha. Buatlah dan korbankan sikit masa utk kutip. 


4. ULAT PENGOREK BATANG, ULAT LIPAT DAUN DAN MACAM JENIS ULAT SERTA SERANGGA PEROSAK LAIN


Hat ni tuan puan kene rajin tanam bunga bungaan berfaedah. Tiada cara terbaik selain ini. Banyak parasitiod yang akan bantu kawal secara alami. 


Boleh guna pelbagai jenis herba, mikrob, bakteria yang ada di sekeliling kita. Malas buat beli yang dah siap. 


Hangpa guna racun berbelas2 jenis racun pun tetap populasi UPB banyak juga kan. So tepuk dada tanya selera. Fikir baik2 apa yg saya tulis ni. 


5. TIKUS

Pastikan sawah bersih dari sampah makanan, rumpai tebal dan semak samun. 


Buat kawalan alami guna jering. Sangat terbukti utk jadikan tikus sewel dan short otak seterusnya tak ganggu padi kita. 


Selain itu dirikan rumah2 burung pungguk. Sangat membantu kawalan tikus secara berskala besar. 


6. BURUNG PIPIT


Tiada cara yang terbaik selain penanaman bersepadu dan serentak. 


Selain itu hanya gunakan peralatan traditional seperti telinting yang dijaga selama 12 jam sehari. Kene upah org jaga. 

Kalau pandai sikit carilah engineer yang teror buat inovasi guna elekrtik, solar atau apapun sahaja yang dpt auto. 


Ok nie je dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman sebenar saya di lapangan. Saya memantau dan menjaga 15 ha sawah padi yang dikelilingi hutan yang tentunya ada beribu gangguan dari isi dalamnya. Tetapi kami tidak melancarkan "perang". Kami santuni alam, kami santuni hewan, kami santuni semua makhluk. Ada ganjaran menanti. Percayalah. Nak buat akan ada seribu alasan. Tak nak buat tak apa. Boleh teruskan cara konvensional dan tuan puan sendiri yang hadapi dan hayati. 


SALAM PERJUANGAN


BACK TO NATURE


ikhlas

-wahida-


https://www.facebook.com/groups/540810316077189/permalink/1772965036195038/

18 October 2020

Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu

 KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU-Penulis : DR. MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM) - Siri 1


(Jabatan Mufti Negeri Sembilan hanya memanjangkan tulisan ini untuk satu penelitian berkenaan isu "NUR MUHAMMAD". Al-Fatihah buat Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammady yang telah kembali ke rahmatullah)


بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم


Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din al-nasihah” dalam hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.


Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah–mudahan kita ini mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.


Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh


Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”. (ibid. 10). 


Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). 


Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.” (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11).


Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam”, (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh” (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku” (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11).


Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna: “Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada - uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.


Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).


Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).


Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.


Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.


Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid. 15).


Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung merak 

Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:


Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah”

Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:


“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seumpama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi” (hal. 3).


Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).


Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:


Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal. 4)


Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.


Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.


Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5).


Beliau menyebut hadith qudsi ( كنت كنزا مخفيا فأحببت أن أعرف فخلقت الخلق لاعرف )


Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)


Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w. أول ما خلق الله تعالى نورى وفى رواية روحى


Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi: خلقت الاشياء لاجلك وخلقتك لاجلى


Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal. 6)


Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.


Bersambung ke siri 2 :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1195823057231912&id=286184454862448


Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu - Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady - Siri 3


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1195831390564412&id=286184454862448


Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu - Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady - Siri 4


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1195840167230201&id=286184454862448


Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu - Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady - Siri 5


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1195849313895953&id=286184454862448


Konsep Nur Muhammad Di Dunia Melayu - Dr Uthman El-Muhammady - Siri penutup


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1196120233868861&id=286184454862448




https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1783543625126516&id=286184454862448

17 October 2020

SUAMI PENIPU PEMBOHONG

 TIDAK ADA SUAMI YG JUJUR


Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bosnya.?


Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering mendapat hinaan di luar sana.?


Taukah dirimu mungkin suamimu bahkan baru saja mempertaruhkan nyawanya demi dirimu dan anak" mu.


Taukah dirimu kalau suamimu mungkin sering menahan lapar demi bisa pulang membawa uang.


Sebelum engkau cemberut padanya,,,

Hitung lah dulu telah berapa juta tetes keringat engkau peras dari tubuhnya.


Sebelum engkau marah padanya,,,

Tataplah lekat-lekat matanya, mungkin tanpa kamu sadari mata itu telah banyak mengeluarkan air mata demi melihat dirimu tersenyum 😊 😞 


Ketahuilah

Bila sampai hari ini dia belum bisa memenuhi segala keinginanmu, itu hanya karena faktor keadaan.


Tak seorang pun kepala keluarga yg tidak ingin melihat keluarganya bahagia.

Sebelum engkau marah kepadanya, lihatlah dan renungkan lah apa yg telah dilakukan oleh seorang suami.


Betapa suamimu sudah kerja keras banting tulang demi memenuhi kebutuhan keluarganya.

Sebagian ayah tak pandai menceritakan kepedihannya pada anak istrinya, ia telan sendiri. 

Ia tak mau anak istrinya tahu betapa susahnya ia berjuang.. Ia hanya ingin anak istrinya bangga terhadap dirinya, terhadap pekerjaannya..

Untuk para ayah di mana pun berada. 

Smoga lelahmu menjadi berkah,


 Amiin ya Allah..🤲




15 October 2020

Senam Nafas at-Takwir

 At-Takwir 81:17 & 18

وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ 

Dan malam, apabila ia hampir habis,

وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ 

Dan siang, apabila ia mulai terang;