12 April 2022

21 October 2020

Pertanian Lestari @ Alami

 Siapa nak follow pertanian secara lestari silakan, yang tak dapat nak follow saya bukan marah pun. Saya juga tak pernah menghukum sapa yang nak guna racun. Saya just sharing semua pengalaman saya. 


Dari seorang petani yang jahil

Guna furadan, dan lain2 racun

Saya bukan sembang kosong

Saya banyak membaca semua komen2 di semua posting yang berkaitan kes burung mati, yer kita tak duduk sebagai petani yang bersawah, bertani, nak lawan siput gondang, nak lawan tikus, nak lawan burung.Nak lawan babi dan beruk.  Saya bukan suruh berperang. Soalan saya, sejak puluhan tahun kita guna racun adakah populasi siput, ulat bagai tu terus pupus atau terus meningkat sehinggakan begitu rakus manusia bertindak "berperang"?


Saya tau gerakan saya tidak "popular" malah mengundang pelbagai kecaman. 


Balik kepada pertanian fitrah itu pilihan

Nak ke tak nak terpulang kepada individu masing masing. 


Saya cuma share teknik secara alami

Boleh ikut semua tips dengan penuh istiqomah


Senarai tips utk kawalan alami tanpa racun


1. HALAU BABI


Nak halau babi masuk kebun cubalah tanam bunga tunera subulata banyak2 buat pagar. Tutup semua sempadan sawah, kebun, dusun dengan bunga tunera. Bukan sahaja byk biakkan predator dan agen pendebungaan malah bau yang dikeluarkan oleh bunga ini tidak digemari babi. Setakat ini bukti secara ilmiah tiada, tunggulah mana2 profesor bijak pandai buat data dan analisa. Tetapi bukti dari fizikal kita ada. Ternyata tanam tunera babi tak masuk kawasan sawah dan kebun. 


2. HALAU MONYET/BERUK/CIKOK


Saya juga berdepan masalah monyet banyak sebab tanam padi tepi hutan. Ada beratus ekor yang masuk sawah dan makan umbut2 padi. Ok saya taklah sampai guna furadan nak bagi mati. Kita ada akal yang Allah dah kurniakan. Pasanglah pagar elektrik. Yang saya banyak baca komen, ala mahallah modal nak pasang pagar elektrik, dan beribu alasan lagi padahal inilah teknik paling terbukti berkesan. Tuan puan nk tanam buah, tanam sayur tapi marahkkan monyet yang takde akal, tapi kita sebagai manusia berakal buatlah sesuatu yang berakal sikit. 


Modal beli pagar elektrik sekali. Tapi tuan puan dapat tuai padi, tuai sayur, tuai buah berkali2 dalam setahun. Masukkan la kos pagar dalam perbelanjaan. 


3. SIPUT GONDANG

Ada beberapa teknik, pertama boleh buat longkang atau parit kecil di setiap sempadan sawah, siput akan cari tempat berair utk berkumpul. Dah byk2 berkumpul tu hangpa kutipla, tak kisah la berapa tan, berapa billion siput. Ketuk letak gula merak buat baja lagi faedah dari guna racun. Guna racun yer ada yang mati, tapi yg hidup akan lahirkan anak yang makin kebal. Pakai racun selepas itu akan lebih kuat dan kuat. 


Ok orang kata saya gila suruh kutip. Yer saya memang gila kutip sebab saya tau kalau saya kutip populasi akan makin kurang. Kalau tiap musim buat lama2 tak abis ke? Habis juga kan. 


Ok bila dah tanam padi pasanglah kayu kayu pancang utk siput bertelor. dah byk telor tu kutip dan musnahkan. Kene rajin sikit. Bukan malas dan sembur racun utk mudah dan ringkas tapi tak juga pupus2 SGE ni bertahun tahun malah lebih kritikal. 


Teknik ke 2, boleh sembur guna akar tuba. Tapi bahan ini terhad dan tak semua tempat ada. Tuba sangat berkesan utk kawalan siput gondang. Habis semua mati dan lepas tu kutiplah buat mol siput. 


Selain itu boleh perangkat guna bahan alami ssperti daun betik, kulit nangka, cempedak dan lain2. Kutip dan musnahkan. Org kata sawah kecik bolehlah. Kalau dah ratus2 ekar macam mana? Eh ramai ke pesawah yg ada sawah ratus2 ekar. Paling2 10% je. 90% adalah pesawah yang ada sawah kurang 5 ha. Buatlah dan korbankan sikit masa utk kutip. 


4. ULAT PENGOREK BATANG, ULAT LIPAT DAUN DAN MACAM JENIS ULAT SERTA SERANGGA PEROSAK LAIN


Hat ni tuan puan kene rajin tanam bunga bungaan berfaedah. Tiada cara terbaik selain ini. Banyak parasitiod yang akan bantu kawal secara alami. 


Boleh guna pelbagai jenis herba, mikrob, bakteria yang ada di sekeliling kita. Malas buat beli yang dah siap. 


Hangpa guna racun berbelas2 jenis racun pun tetap populasi UPB banyak juga kan. So tepuk dada tanya selera. Fikir baik2 apa yg saya tulis ni. 


5. TIKUS

Pastikan sawah bersih dari sampah makanan, rumpai tebal dan semak samun. 


Buat kawalan alami guna jering. Sangat terbukti utk jadikan tikus sewel dan short otak seterusnya tak ganggu padi kita. 


Selain itu dirikan rumah2 burung pungguk. Sangat membantu kawalan tikus secara berskala besar. 


6. BURUNG PIPIT


Tiada cara yang terbaik selain penanaman bersepadu dan serentak. 


Selain itu hanya gunakan peralatan traditional seperti telinting yang dijaga selama 12 jam sehari. Kene upah org jaga. 

Kalau pandai sikit carilah engineer yang teror buat inovasi guna elekrtik, solar atau apapun sahaja yang dpt auto. 


Ok nie je dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman sebenar saya di lapangan. Saya memantau dan menjaga 15 ha sawah padi yang dikelilingi hutan yang tentunya ada beribu gangguan dari isi dalamnya. Tetapi kami tidak melancarkan "perang". Kami santuni alam, kami santuni hewan, kami santuni semua makhluk. Ada ganjaran menanti. Percayalah. Nak buat akan ada seribu alasan. Tak nak buat tak apa. Boleh teruskan cara konvensional dan tuan puan sendiri yang hadapi dan hayati. 


SALAM PERJUANGAN


BACK TO NATURE


ikhlas

-wahida-


https://www.facebook.com/groups/540810316077189/permalink/1772965036195038/

No comments: