12 April 2022

05 August 2022

DIY URUSKAN PUSAKS

Perkongsian oleh Pn Sariyah Ismail. Rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Eo4gNT1cyhXoUSZBMLRBzakyp5ufoSJt2n79o5xQRWEtJirZebtW5kgxmJRutLmql&id=593347927 



Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman dalam menguruskan harta pusaka abang saya yg <RM2 juta, tidak berwasiat, tidak dihibahkan dan penama telah meninggal dunia terlebih dahulu.


Abg saya meninggal tanpa waris isteri serta anak. Isteri arwah meninggal terlebih dahulu dan perkahwinan abg tidak dikurniakan anak.


Adik beradik pula, hanya tinggal saya yg bongsu.  Abah serta mak dan abang2 lain telah meninggal dunia juga.


Setelah melalui proses menguruskan harta pusaka arwah, baru saya faham kenapa ramai yg tidak sanggup menguruskan dan byk harta org Islam telah dikumpulkan ke Baitulmal.


1. Sebelum membuka fail utk perbicaraan tuntutan sebagai pentadbir utk menguruskan harta pusaka, kita perlu dapatkan 'latest statement' dari semua agensi2 kerajaan (termasuk Pejabat Tanah) serta bank2. Saya telah berulang alik ke 2 bank, ASB, Tabung Haji, KWSP serta socso. Socso adalah kerana arwah abang penerima pencen ilat dari isteri.  Saya hanya memberitahu supaya pencen diberhentikan. 


2. Utk dapatkan semua 'statement' tersebut, saya perlu menyediakan dokumen2 seperti dibawah:

   a. Sijil asal dan salinan sijil kematian dan surat beranak abang. Sijil kematian perlu kita mohon dari JPN (oleh waris terdekat) dengan membawa surat pengesahan kematian serta pengkebumian.

   b. Salinan sijil arwah kakak ipar, salinan sijil nikah

   c. Sijil asal dan salinan surat beranak serta kad pengenalan diri saya sebagai bukti saya adik kandung seibu sebapa.

   d. Carian terbaru, cukai tanah terbaru serta geran asal tanah.


3.  Perlu diingat, Tabung Haji tidak akan membenarkan atau melayan  sebarang permohonan utk mendapatkan 'statement of balance'.  Mereka hanya proses permohonan sebagai pentadbir setelah saya dapatkan surat perintah dari mahkamah. 


4. Setelah semua dokumen diperolehi, saya memohon melalui PTG secara online. Sini saya ingin berterima kasih and memuji PTG Daerah Jelebu,  Seremban dan pihak Mahkamah kerana mereka telah memproses permohonan saya dalam jangka masa yg pendek walaupon semasa musim pandemik.


5. Sebagai persiapan ke mahkamah, selain dari dokumen2 yg telah saya sebutkan diatas tadi, saya telah menyiapkan borang DDA, salinan ic, surat beranak dari semua waris, serta sijil kematian abah, mak, abang2.


6. Semasa perbicaraan, Hakim telah meminta utk melihat segala dokumen2 asal serta 'cross reference' dengan segala dokumen2 yg telah di 'upload' semasa permohonan online. Hakim juga menjalankan siasatan utk memastikan semuanya tulin dan benar.  Disebabkan semua waris2 lain telah mewakilkan saya sebagai pentadbir, maka hanya saya perlu hadir di mahkamah bersama 'DDA form'.


7. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar semasa perbicaraan.  Saya telah menerima surat sebagai pentadbir lebih kurang sebulan dari tarikh perbicaraan.


8. Saya telah kembali semula ke bank2 dan agensi2 kerajaan utk menyerahkan surat perintah tersebut. Setiap agensi dan bank mempunyai proses yg berlainan dan ada memerlukan saya mengisi lagi borang.  Bukan itu sahaja, lagi sekali saya telah diminta utk menyerahkan berbagai salinan dokumen.


9. Sesetgh agensi seperti ASB dan Tabung Haji hanya akan memindahkan wang ke dalam akaun ASB dan Tabung Haji penerima.  Mereka tidak akan memindahkan wang ke dalam akaun bank.  


10. KWSP dan bank pula akan menyediakan check atau transfer terus ke dalam akaun bank kita.  Bank BSN memerlukan 'statement' dari bank penerima sebagai bukti itu adalah akaun penerima.


11. Dari kalangan agensi kerajaan dan bank diatas, Maybank dan KWSP adalah yg paling efisien dan kurang birokrasi. Terima kasih saya ucapkan kerana memudahkan.


12. ASB memerlukan saya mengisi borang pertambahan serta stamp dari pesuruhjaya sumpah.


13. BSN pula meminta saya mengisi borang tambahan serta bukti statement bank penerima.


14. JPJ pula memerlukan pengesahan dari Puspakom serta borang juga. Yg ni mungkin kerana kereta dah lebih 15 tahun..


15. PTG seperti lazimnya, memerlukan salinan geran asal, salinan cukai terbaru serta salinan ic dan sijil kematian.


16. Yg paling leceh adalah Tabung Haji. Hakim telah mempersoalkan kenapa mereka tidak boleh mengeluarkan statement of balance. 


17. Rata2 hampir kesemua nya akan hanya selesai sebulan ke 2 bulan selepas saya menyerahkan surat mahkamah.  Segalanya dimulakan dari akhir bulan Feb. Sekarang sudah pon November.


Kenapa saya berkongsi disini?  


Saya mau rakyat kita terutama sekali yg beragama islam peka tentang birokrasi yg tidak seragam di negara kita. Setiap agensi dan bank ada prosedur tersendiri.


Saya tak boleh bayangkan sekiranya tuntutan melebihi RM2 juta atau kehilangan dokumen, xtau susur galur keluarga atau tidak sepakat dalam pengurusan dan agihan harta.


Tidakkah surat mahkamah cukup utk pengesahan tapi perlu pula disediakan bermacam2 lagi dokumen?  Tak lakukah perintah mahkamah?  Saya faham sekiranya salinan IC serta sijil kematian diperlukan, tapi perlu pula mengisi 'indemnity' form. Pertanyaan saya hanya dijawap sebagai 'inilah prosedur kami Puan kalau ada audit atau sebarang komplen berlaku..'


Bayangkan masa yg diambil utk menguruskan harta pusaka. Saya sihat dan telah bersara, jadi senang utk saya kesana kemari.  Bagi waris yg tua, uzur atau sedang bekerja..berapa hari kah perlu mereka mengambil cuti? 


Kenapakah proses2 tuntutan ni tidak boleh diseragamkan supaya ianya lebih memudahkan? Memudahkan tidak bermakna segala 'check and balance' di abaikan. 


Sebab itula ramai yg giveup dan harta org Islam byk tidak dituntut. 


LAGI SATU..WAHAI SAHABAT2 KU,

LEBIH AFDAL SEKIRANYA ANDA SEDIAKAN WASIAT ATAU HIBAHKAN HARTA SEMASA HIDUP.


UPDATE:

=======

Saya nasihatkan, sebelum berurusan dgn mana2 pejabat, pastikan anda talipon utk sahkan beberapa perkara: waktu pejabat, samaada temujanji diperlukan dan dokumen2 yg perlu dibawa. Saya dah terkena. Sampai2, queue panjang, dan setelah menunggu lama, tiba2 masa pejabat dah tutup ๐Ÿ˜…. Dokumen pula masa kol customer servis bagitau lain, bila sampai branch, mereka minta lain. 


6Jan update:

==========

Tadi baru boleh ke PTG NS utk uruskan pertukaran nama tanah sebab menunggu salinan IC pewaris yg akan menerima tanah. Di sebabkan dalam geran lama tiada no.ic arwah, kene pula isi 1 lagi borang akuan sumpah yg menyatakan nama di dalam geran adalah org yg sama di dalam sijil kematian. Kene pegi pesuruhjaya sumpah lagi.  Nampak gaya, surat dari Hakim pon masih xberapa laku..sebab lawyer pesuruhjaya sumpah pulak kene sign. Nak berapa kali sumpah daaa....


11 Jan update:

============

Tadi submit dokumen ke PTG. Kene bayar RM40 setiap akuan sumpah..duit lagi. Proses akan mengambil masa sebulan hari bekerja (sebulan setgh).


Saya pon talipon KWSP sebab saya submit surat 2/11/2021. Customer service jwp status "penama masih valid". Apakah? Saya pon jawap  kan saya dah terangkan bahawa penama yg ada iaitu arwah kakak ipar saya meninggal dahulu dari abg dan tiada anak. Salinan Sijil kematian pon dah bagi. Pelik sungguh, tak kan la kaunter tak check masa saya submit dan tak kan la Hakim tak semak...saya mintak mereka semak balik sebab alasan tak masuk akal.


Tabung haji...masih krik krik krik..


Alhamdulillah ASB dah selesai.


#BSN

#maybank

#KWSP

#ASB

#JPJMalaysia

#PTG

#tabunghaji

#jabatanagama

#BAITULMAL

25 May 2022

DAGANG HARTANAH BAWA BENCANA BANKRAP

CERITA TRAGEDI HARTANAH YANG GILA.

Tak tahu siapa yang ajar ilmu begini. Ada pegawai bank cerita kisah ni pada kami. Pasangan cina ni beli hingga 10 hartanah kat Cyberjaya, dan ambil lebihan loan atau cashback RM2juta. Sebab income sang suami tak mencukupi, bawa isteri jadi guarantor dan peminjam juga kerana isteri berpendapatan tinggi.

Dari RM2 juta, ini cara mereka belanjakan cashback :

- RM800,000 untuk renovasi.

- RM600,000 masuk skim cepat kaya atay moneygame.

- RM100,000 belanja macam macam.

- Baki guna utk cover negative cashflow lebih RM20,000 sebulan. Setiap unit negative cashflow RM2000 sebulan. Habis lepas 3 tahun semua duit cashback ni habis.

Hari ni, kedua-duanya bankrup. Isteri yang dulu berpendapatan tinggi, hilang pekerjaan beliau sebab dah jadi bankrup. Sedih bila dengar.

Mungkin ada yang fikir ini salah mereka kerana tamak hingga beli 10-20 condo? Saya fikir tidak kerana saya kenal ramai je org yang ada 10 hartanah tapi tak bankrup pun? Malah semakin kaya lagi adalah.

Atau mungkin ada yang fikir ini salah mereka kerana ambil cashback. Tapi saya sendiri dan ramai je orang yang saya tahu ambil cashback dan so far alhamdulillah masih okay dan sewa elok sahaja boleh cover.

Jadi rumusan saya adalah mereka dalam situasi begini kerana mereka beli hartanah yang salah, dengan niat yang salah. Mereka beli sebab cashback, dan mereka tak tahu bezakan hartanah mana yang bagus dan yang mana yang tahi dan bakal merugikan mereka.

Sebab tu kalau hartanah yang di beli itu insyaAllah okay kalau penuhi 7-criteria. Dalam kes ini, hartanah ini langgar majoriti dari 7 criteria ni :

1. Kita tak bayar premium melebihi 20% untuk rumah baru VS rumah lama. Dalam kes ini mereka bayar 30%-40% lebih mahal.

2. Kita tak beli terlalu premium berbanding median kawasan. Dalam kes ini mereka bayar 60% lebih mahal.

3. Jangan bayar lebih dari harga Tier yang sepadan. Dalam kes ini, Cyberjaya merupakan Tier 2 , maksima harga psf sepatutnya kurang RM500psf dan nett harga patutnya bawah RM500k. Mereka bayar lebih RM750k seunit, mmg cari nahas.

4. Beli kawasan yang ada banyak booster hartanah. Dalam kes ini, tiada MRT yang boleh jalan kaki, atau mall. Limited booster.

5. Beli kawasan yang supply terkawal. Cyberjaya, ada terlalu banyak supply kondo baru. Dan jumlah penyewa terutamanya student makin berkurangan.

6. Beli hartanah yang tak perlu tunggu lebih 5 tahun utk buat duit. Dalam kes ini sebab beli pada harga 750k-800k, beliau kena tunggu 10-15 tahun baru ada kemungkinan utk buat duit. Senang cerita, diorang overpay. Mereka perlu dapat penyewa yang sanggup bayar lebih RM3,500 untuk cover bayaran bank. Hari ni dan untuk the next 10 tahun, kebarangkalian untuk dapat penyewa pada harga begini is almost imposible.

7. Beli hartanah yang ada multiple rental option utk dapat break even rental. Kat Cyberjaya, susah nak cari penyewa yang sanggup bayar lebih RM3,500 sebulan utk kondo begini. Mrt jauh dan tak boleh jalan kaki.

Jadi ini bukan salah mereka beli kat Cyberjaya. Ini bukan salah beli sampai 10 unit. Ini juga bukan salah beli dan ambil cashback.

Punca result ini bagi saya adalah kerana ketamakan dan beli tanpa ilmu. Tak faham 7 kriteria dan beli sebab kelabu mata mahu kaya cepat. Cashback bukan duit free, dan kira kena bayar balik. Dan ini punca kenapa saya selalu cakap majoriti 99% hartanah yang bagi cashback adalah hartanah yang tak bagus dan akan gagal 7-kriteria.

Bak kata pepatah melayu moden, tak hensem takpe janji faham 7-kriteria. Semoga kisah ini jadi iktibar utk kita semua ๐Ÿ™๐Ÿฅฒ

#BukanSemuaHartanahBakalUntung

#FahamBasicDuluBaruInvest

#7Criteria

#UnfairAdvantage

#TragediHartanah


Kredit: https://www.facebook.com/100001215340707/posts/pfbid021BKrQrPq26dKN2BYzszhKHe8xnKeeZKoEXVDK4Q1XR3gdq5biJkZ2u9tdZ5yfUWGl/ 

19 May 2022

DIY Travel - Melancong Berjimat

Cara jimat hendak ke London. ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง 

Pertama kali cari tiket return bawah RM 3k, biasanya syarikat airlines yang bagi harga murah seperti 
  • Singapore airlines ~ Direct airlines 
  • Saudi arabia~ transit 
  • Oman air~ transit 
  • KLM ~ transit 
  • Sri lanka~transit 

Mula~mula guna google flight dahulu untuk check harga dan tengok pula di aplikasi rasmi airlines. Biasanya hari weekday orang kurang tengok tiket jadi trafik ke laman web tak sibuk. (tip - Hari Rabu / Wednesday)

Dimana hendak tinggal di london?๐Ÿ  Bagi yang muslim sya sarankan cari airbnb di 
~ wembley 
~ ilford 
~barking 
~alperton 
~ acton town 
~ edgware road 
~ bayswater
~stratford 
~ealing 
~Elephant and castle 
~willesden 

Average harga airbnb di tempat di atas untuk sewa bilik sekitar RM100~RM 300 Bagi yang berduit mungkin boleh pilih kawasan mayfair senang untuk shopping. Jika anda memilih kawasan seperti atas akan ada orang jual fast food tempatan. Ayam seketul baru dalam £1.50. 
Biasanya orang keturunan asia selatan yang beragama islam yang buka. Antara restoran malaysia 
~ nur malaysia di north acton. 

Jika anda tinggal di stratford boleh naik overground terus ke stesen north acton dan jalan kaki cross taman terus sampai. Masakan di sini sedap dan berbaloi datang jauh . 

~ restoran melur Kena naik district lain dan berhenti di edgware road atau naik jubilee line berhenti di edgware. 
~satay house tak jauh dari melur hanya dua blok sahaja. 
~ makan restaurant 
~ boleh try sambil pergi ke pasar karat di situ iaitu pasar portobello road market. 
~rasa sayang restaurant di china town. 
~ tuk din tak jauh dari stesen paddington atau dari stesen lancaster gate ( central line). Tapi tukdin selalu penuh dan tempat dining dia tak besar. 
~ putera puteri pun sama tak jauh dan tak besar tapi makanan okay. 

Kaki shopping.๐Ÿ’ฒ Mana nk shopping? 
Bagi peminat primark saya cadangkan pergi di primark Totenham court road. Ada 4 tingkat dan ada cafe untuk lepak lagi . dah penat membeli boleh minum secangkir kopi dulu kan. Cara nk ke sana? Naik je tube central line dan berhenti di stesen totenham court road. Tahukah anda di london ada kedai barangan berjenama tapi murah. ~ TK Max di oxford street antara yang besar yang anda boleh explore. Jenama dari coach hingga Gucci(kadang~kadang ada). Tempoh hari jumpa wallet coach dalam RM 100. ~ bagi peminat jersi original nk dapat harga murah? Kadang2 baju jersi sehali dalam Rm 150. JD sport di bond street selalu buat sale clearance. 

Transportation๐Ÿšˆ 
~ jika di London cara cepat kena mahir untuk tukar train. 
~ jangan naik pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi kerana waktu ni caj mahal dikenakan ya la time ni traffic org ramai naik train jadi situ mereka buat untung. Jika sebelah petang pada pukul 4 ptg hingga 7 petang. 
~ caj untuk sekali tap naik bas adalah £1.50. Contohlah trip bas tu ke wembley, jadi harga £1.50 itu dikenakan pada kad debit/ google pay/ apple pay anda walau anda berhenti hanya 5 perhentian . 
~ jika hendak ke bicester village ad dua stesen iaitu Paddington atau marylebone. Tiket boleh beli secara talian ( trainline) harga sekitar £20 sehala. 
~ ehailing yang ada uber, ola, black cab, bolt, gett. Kebanyakan pemandu ehailing adalah imigran melainkan black cab orang tempatan. 

Nk tengok London dari atas? Boleh cuba link ini https://skygarden.london/booking/. 

Tempat 
~ jika anda suka suasana malam boleh cuba ke china town hingga Trafalgar square. Biasa kat situ memang akan ada macam show orang buat. 
~ Piccadilly pun tempat orang suka lepak. Disitu ada hard rock shop terbesar di eropah. ~ jika hendak beli koleksi hard rock yang murah di hard rock di old park lane rasanya masih buka. 
~ bagi peminat street wear perlu ke carnaby street. 
~ bagi orang berduit ke bond street di mayfair. Tapi jika masuk ke LV pun orang tak tengok pakaian kita. Maybe muka orang asia ini selalu masuk ke LV jadi setiap staff mereka layan dengan baik. 
~ antara Selfridges dan Harrods mana lagi okay? Hurmm harrods pun dah upgrade tempat orang timur tengah suka shopping. 
~ jika anda suka dengar orang berdebat silalah ke Hyde Park corner. 
~ anda peminat MM( COKLAT) di china town ada mall utk MM memang besar nanti bawak anak2 pasti mereka teruja. Poket ayah pun akan teruja juga.. 

Stadium 
~ emirate stadium. Jika masuk ke armoury shop antara merchandise yang terbesar di london untuk kelab bola. 
~ naik north line untuk ke sini dan berhenti finsbury park. 
~ stamford Bridge. 

Cara ke sini naik district line dan berhenti di fulham broadway. Siapa yang pernah datang ke kota london pasti merinduinya.. 

Premium outlet 
~ London designer Outlet. Jika hendak ke sini dengan menaiki Jubilee Line dan nanti berhenti di stesen wembley . 

Taman 
~ taman paling besar adalah Richmond Park. Taman ni kira di jaga oleh pihak diraja dan percuma. Di richmond park mereka pelihara rusa secara terbuka jadi memang ada banyak rusa bebas bergerak. Zaman dahulu raja mereka memburu disini sebab itu diwujudkan taman~taman di raja. Cara ke sini naik district line dan berhenti di stesen Richmond dan perlu naik bas ke sana. 
~ St james Park. Park ini sebelah big ben je. Anda lalu park ni terus sampai ke Buckhingham Palace. 
~ hydepark and kengsinton park bersebelahan sahaja. Park ni berada di tengah kota london dan memang cantik kalau datang waktu musim luruh. 
~ st regent park pula meletakkan sebuah zoo dan juga sebuah universiti disini. Percuma ~ bushy park antara park yang banyak rusa juga cuma ia tak besar. Tak jauh daripada Richmond park. Percuma 
~ greenwich park antara port hendak tengok view london dari atas bukit. Percuma. 

Hide gem di London 
~ borough market jika ingin rasa suasana pasar di bawah jambatan boleh ke sini. Pasar ini biasanya orang tempatan(british) yang berniaga. Macam mana hendak ke sini mudah je, keluar je dari stesen London bridge akan nampak papan tanda ke sini. Berlatar belakang menara shard boleh lah untuk anda OOTD. 
~ Little venice di edgware. Anda boleh start dari stesen edgware road.( jubilee line atau district line) . anda boleh berjalan dari situ sampai ke paddington. 
~ kawasan di richmond park sya rasakan situ baru ada feel perkampungan british berbanding tempat lain. Minum kopi sambil layan view dengan kita je muka orang asia bukan apa di suburb lain dah macam asia town dah london ni. Situ orang asia jarang tinggal. 

~ lavender farm di mayfield jauh sikit ke selatan london. Croydon pun antara suburb yang ada London Tram. Jarang orang up pasal tram di London sebab kebanyakan Tram banyak di bandar di negara eropah lain. Boleh tengok di page facebook mayfield biasanya bulan 7 hingga September baru bunga lavender bloom. 

Saya sarankan guna apikasi #Citymapper sebab ia kira sekali kos transport kita. 
~ battersea park antara taman yang jadi kegemaran bagi keluarga diraja yang berjiwa rakyat seperti kate middleton selalu pergi. Ada juga public figure malaysia suka tempat ni. Maybe park ni pinggir kota london. 
~ Camden town disini boleh nk tengok geng punk, geng skinhead. Kurang sesuai untuk family yang ada kanak2 untuk ke sini. 

kebun atau ladang buah `antara cadangan adalah di RHS garden surrey, Hewitt farm di kent, meopham- broomfiled farm. Ladang buahan ini di pinggiran di country side jadi kena naik keretapi . Grocery / hypermart 
~setiap hypermart seperti Lidl, tesco, sainsburry , morrison atau aldi. jika hendak cari daging/ ayam halal boleh beli di tesco atau morrison. 
~ jika hendak merasa kek yang murah boleh beli di Lidl ada jugal dengan harga 2 pound sahaja. Cari yang anda tanda vegetarian. 
~ jika anda tinggal di kawasan timur london antara pasar yang murah untuk beli barangan dapur adalah di Upton park, barking sebab situ memang kawasan orang asia tinggal. 

~poundland adalah kedai macam eco di malaysia. semua barang hampir 1 pound. Jika siapa pernah sampai ke London pasti anda akan merindui. Mungkin bagi sesetengah orang itu berbeza pandangan dan pengalaman. Boleh kongsikan pengalaman ketika berada di sini. 


kredit: https://www.facebook.com/groups/www.diytravel/permalink/337608641818230/

24 April 2022

Amalan Perang Sabil

 AMALAN PERANG SABIL

SYEIKH ABDULLAH FAHIM 

Amalan yang dimahsyurkan oleh Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani (W. 1961M ), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Mengikut riwayat oleh Dato' Hj Mohd Tahir bin Dato' Hj Ahmad Badawi, ini asal usul penyebaran amalan ู„ูˆ ุฃู†ุฒู„ู†ุง Syeikh Abdullah Fahim:

Suatu ketika dalam sekitar tahun 50-an, sepasukan tentera Melayu di negeri Perak tak dapat menggempur kem komunis bagi menyelamatkan 2 orang tentera yang dijadikan tebusan oleh kerana kawalan yang begitu ketat dan kekurangan kekuatan. 

Maka mereka datang berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani di Madrasah Idrisiyah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu beliau menjawat sebagai Mudir / Pengetua. 

Syeikh Abdullah Fahim menulis amalan ini ( dalam gambar dibawah ) dan diletakkan dalam topi pada setiap orang dalam pasukan tersebut. 

Dengan pertolongan Allah, pasukan tersebut berjaya mengalahkan komunis. Walaupun mereka ditembak, kepada kepala sekalipun namun tidak lut.

Selepas daripada itu mereka merujuk kembali kepada Syeikh Abdullah Fahim dan sejak itulah amalan ini terus dikembangkan sehingga sekarang. 

Alhamdulillah kami terima ijazah amalan ini drpd 9 orang murid Syeikh Abdullah Fahim. Antaranya daripada al-Mu'ammar al-Ustaz Hj Abu Seman bin Din al-Filfilani yang beliau terima secara khusus di tangan Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani. 

Baca sambil letakkan tangan kanan di atas kepala hingga selesai, seperti dalam hadis yang menggalakkan letak tangan kanan di atas kepala semasa membaca Surah al-Hasyr ayat 21 sehingga 24. 

Hikmatnya : dikurniakan kesihatan keafiatan pada jiwa dan tubuh, biiznillah. 

Faiz al-Filfilani

18 Ramadhan 1443 H

=======


Sumber:-

FB Muhammad Nur Faiz




https://www.facebook.com/100002338612071/posts/5078096025611634/


19 April 2022

Bila Hari Termurah untuk Terbang dan Masa Terbaik untuk Membeli Tiket Syarikat Penerbangan

Kita semua mahukan penerbangan paling murah yang mungkin dan untuk itulah panduan ini: Terdapat cara lain untuk menyimpan juga, jadi mari kita mulakan.


1. Beli pada hari Selasa


Hari terbaik untuk membeli-belah: Masa terbaik untuk menempah penerbangan AS biasanya hari Selasa pada kira-kira jam 3 petang waktu timur. Kami telah menjelaskan sebab Selasa ialah hari terbaik untuk membeli tiket penerbangan pada masa lalu – kerana begitu banyak syarikat penerbangan mengeluarkan jualan mingguan awal pada hari Selasa, yang kemudiannya menggesa syarikat penerbangan yang bersaing untuk memadankan harga – jadi hari Selasa adalah hari yang baik untuk mencari banyak tawaran. Tetapi jangan risau, anda boleh mendapatkan tawaran pada hari lain juga.


2. Jangan Berbelanja Terlalu Awal atau Terlambat


Berhati-hati! Beli terlalu awal atau beli terlalu lewat dan anda boleh membayar terlalu banyak. Tempat menarik untuk tawaran biasanya ditemui di tingkap beli-belah ini.


Tiket AS: Beli antara 3 bulan dan 30 hari sebelum berlepas.


Tiket antarabangsa: Beli antara 5 ½ bulan dan 1 ½ bulan sebelum berlepas.


Waktu popular untuk terbang: Jika anda ingin terbang semasa cuti popular seperti Krismas, Tahun Baru dan lain-lain, atau semasa musim puncak seperti Jun, Julai dan Ogos, anda biasanya akan menjimatkan sedikit jika anda membeli tiket awal sedikit , katakan, dua bulan lebih awal.


Beli tawaran semasa: Jika anda boleh melancong pada bila-bila masa anda mahu dan boleh terbang apabila tawaran timbul, beli-belah apabila anda suka, kerana anda tidak tahu bila syarikat penerbangan akan menurunkan harga secara tidak dijangka. Beli tawaran semasa di FareCompare.



3. Sentiasa Bandingkan Tambang Penerbangan


Peraturan keemasan membeli-belah: Sentiasa bandingkan tambang penerbangan. Sesetengah orang gagal melakukan ini kerana mereka 'tahu' syarikat penerbangan kegemaran mereka sentiasa mempunyai tawaran terbaik, tetapi tiada syarikat penerbangan yang sentiasa mempunyai harga paling murah, bukan Spirit, bukan Barat Daya, bukan setiap masa pada setiap laluan, dan kami telah membuktikannya. Jika anda tidak membandingkan, anda boleh membayar terlalu banyak, dan mengapa membayar satu sen lebih daripada yang anda perlu?


Petua: Tetapkan makluman FareCompare tambang penerbangan dan kami akan melakukan kerja untuk anda. Mendaftar untuk makluman hanya mengambil masa satu saat dan tawaran datang terus kepada anda melalui e-mel. Kemudian, jika anda mendapat tambang yang anda suka, bertindak pantas; tawaran terbaik tidak kekal.


4. Hari Termurah untuk Terbang


Lebih jimat dengan mengetahui hari termurah untuk terbang. Jika anda tidak boleh menempah hari yang murah untuk keseluruhan penerbangan anda, lakukan untuk satu kali perjalanan dan anda masih akan melihat sedikit penjimatan.


Hari murah: Di AS, Selasa, Rabu dan Sabtu biasanya paling murah. Untuk perjalanan antarabangsa, hari bekerja biasanya lebih murah daripada hujung minggu.


Hari yang mahal: Jumaat dan Ahad biasanya kos lebih mahal, terutamanya di AS


Masa yang murah dalam sehari: Terbang apabila kebanyakan orang tidak mahu, seperti subuh, semalaman atau penerbangan semasa waktu makan tengah hari atau makan malam.


Petua: Kami boleh membantu anda mencari hari termurah untuk terbang dari bandar anda dengan Peta Percutian. Cuma taip di kampung halaman anda, klik bulan atau musim yang anda mahukan, dan anda akan serta-merta melihat tawaran ke destinasi di seluruh dunia. Klik yang kelihatan menarik, dan anda akan melihat empat jadual perjalanan; klik mereka semua.


5. Terbang di Laluan Termurah


Tanpa henti lwn. penerbangan bersambung: Tanpa henti adalah lebih mudah tetapi kadangkala anda boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik untuk penerbangan sambungan (bukan selalu, tetapi kerap). Pada penerbangan panjang, kami telah melihat beberapa penerbangan sambungan yang 50% lebih murah daripada tanpa henti. Intinya: Sentiasa bandingkan harga tanpa henti dengan penerbangan sambungan sebelum anda menggunakan kad kredit anda. Hanya anda yang boleh memutuskan sama ada harga yang lebih murah berbaloi dengan kesulitan hari perjalanan yang lebih panjang.

steroid suntikan


6. Tempah Perjalanan Kumpulan Satu Tiket Pada Satu Masa


Ini tidak akan sentiasa menjimatkan wang, tetapi ia kadang-kadang, jadi ia sentiasa berbaloi untuk dicuba.


Cara membeli-belah: Apabila menempah perjalanan untuk dua orang atau lebih, tempah hanya satu tiket untuk bermula kerana keanehan dalam sistem tempahan syarikat penerbangan bermakna berbilang tiket yang dijual dalam satu transaksi mesti dijual pada harga yang sama. Sebagai contoh, jika anda memerlukan dua tiket dan syarikat penerbangan mempunyai satu tiket untuk $100 dan semua yang lain berharga $125, anda akan membayar $125 untuk kedua-duanya. Tetapi jika anda membeli dua tiket satu demi satu, anda akan mendapat harga yang lebih murah untuk salah satu tiket anda