12 April 2022

24 April 2022

Amalan Perang Sabil

 AMALAN PERANG SABIL

SYEIKH ABDULLAH FAHIM 

Amalan yang dimahsyurkan oleh Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani (W. 1961M ), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Mengikut riwayat oleh Dato' Hj Mohd Tahir bin Dato' Hj Ahmad Badawi, ini asal usul penyebaran amalan لو أنزلنا Syeikh Abdullah Fahim:

Suatu ketika dalam sekitar tahun 50-an, sepasukan tentera Melayu di negeri Perak tak dapat menggempur kem komunis bagi menyelamatkan 2 orang tentera yang dijadikan tebusan oleh kerana kawalan yang begitu ketat dan kekurangan kekuatan. 

Maka mereka datang berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani di Madrasah Idrisiyah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu beliau menjawat sebagai Mudir / Pengetua. 

Syeikh Abdullah Fahim menulis amalan ini ( dalam gambar dibawah ) dan diletakkan dalam topi pada setiap orang dalam pasukan tersebut. 

Dengan pertolongan Allah, pasukan tersebut berjaya mengalahkan komunis. Walaupun mereka ditembak, kepada kepala sekalipun namun tidak lut.

Selepas daripada itu mereka merujuk kembali kepada Syeikh Abdullah Fahim dan sejak itulah amalan ini terus dikembangkan sehingga sekarang. 

Alhamdulillah kami terima ijazah amalan ini drpd 9 orang murid Syeikh Abdullah Fahim. Antaranya daripada al-Mu'ammar al-Ustaz Hj Abu Seman bin Din al-Filfilani yang beliau terima secara khusus di tangan Syeikh Abdullah Fahim al-Filfilani. 

Baca sambil letakkan tangan kanan di atas kepala hingga selesai, seperti dalam hadis yang menggalakkan letak tangan kanan di atas kepala semasa membaca Surah al-Hasyr ayat 21 sehingga 24. 

Hikmatnya : dikurniakan kesihatan keafiatan pada jiwa dan tubuh, biiznillah. 

Faiz al-Filfilani

18 Ramadhan 1443 H

=======


Sumber:-

FB Muhammad Nur Faiz




https://www.facebook.com/100002338612071/posts/5078096025611634/


No comments: