12 April 2022

19 May 2022

DIY Travel - Melancong Berjimat

Cara jimat hendak ke London. 🇬🇧 

Pertama kali cari tiket return bawah RM 3k, biasanya syarikat airlines yang bagi harga murah seperti 
  • Singapore airlines ~ Direct airlines 
  • Saudi arabia~ transit 
  • Oman air~ transit 
  • KLM ~ transit 
  • Sri lanka~transit 

Mula~mula guna google flight dahulu untuk check harga dan tengok pula di aplikasi rasmi airlines. Biasanya hari weekday orang kurang tengok tiket jadi trafik ke laman web tak sibuk. (tip - Hari Rabu / Wednesday)

Dimana hendak tinggal di london?🏠 Bagi yang muslim sya sarankan cari airbnb di 
~ wembley 
~ ilford 
~barking 
~alperton 
~ acton town 
~ edgware road 
~ bayswater
~stratford 
~ealing 
~Elephant and castle 
~willesden 

Average harga airbnb di tempat di atas untuk sewa bilik sekitar RM100~RM 300 Bagi yang berduit mungkin boleh pilih kawasan mayfair senang untuk shopping. Jika anda memilih kawasan seperti atas akan ada orang jual fast food tempatan. Ayam seketul baru dalam £1.50. 
Biasanya orang keturunan asia selatan yang beragama islam yang buka. Antara restoran malaysia 
~ nur malaysia di north acton. 

Jika anda tinggal di stratford boleh naik overground terus ke stesen north acton dan jalan kaki cross taman terus sampai. Masakan di sini sedap dan berbaloi datang jauh . 

~ restoran melur Kena naik district lain dan berhenti di edgware road atau naik jubilee line berhenti di edgware. 
~satay house tak jauh dari melur hanya dua blok sahaja. 
~ makan restaurant 
~ boleh try sambil pergi ke pasar karat di situ iaitu pasar portobello road market. 
~rasa sayang restaurant di china town. 
~ tuk din tak jauh dari stesen paddington atau dari stesen lancaster gate ( central line). Tapi tukdin selalu penuh dan tempat dining dia tak besar. 
~ putera puteri pun sama tak jauh dan tak besar tapi makanan okay. 

Kaki shopping.💲 Mana nk shopping? 
Bagi peminat primark saya cadangkan pergi di primark Totenham court road. Ada 4 tingkat dan ada cafe untuk lepak lagi . dah penat membeli boleh minum secangkir kopi dulu kan. Cara nk ke sana? Naik je tube central line dan berhenti di stesen totenham court road. Tahukah anda di london ada kedai barangan berjenama tapi murah. ~ TK Max di oxford street antara yang besar yang anda boleh explore. Jenama dari coach hingga Gucci(kadang~kadang ada). Tempoh hari jumpa wallet coach dalam RM 100. ~ bagi peminat jersi original nk dapat harga murah? Kadang2 baju jersi sehali dalam Rm 150. JD sport di bond street selalu buat sale clearance. 

Transportation🚈 
~ jika di London cara cepat kena mahir untuk tukar train. 
~ jangan naik pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi kerana waktu ni caj mahal dikenakan ya la time ni traffic org ramai naik train jadi situ mereka buat untung. Jika sebelah petang pada pukul 4 ptg hingga 7 petang. 
~ caj untuk sekali tap naik bas adalah £1.50. Contohlah trip bas tu ke wembley, jadi harga £1.50 itu dikenakan pada kad debit/ google pay/ apple pay anda walau anda berhenti hanya 5 perhentian . 
~ jika hendak ke bicester village ad dua stesen iaitu Paddington atau marylebone. Tiket boleh beli secara talian ( trainline) harga sekitar £20 sehala. 
~ ehailing yang ada uber, ola, black cab, bolt, gett. Kebanyakan pemandu ehailing adalah imigran melainkan black cab orang tempatan. 

Nk tengok London dari atas? Boleh cuba link ini https://skygarden.london/booking/. 

Tempat 
~ jika anda suka suasana malam boleh cuba ke china town hingga Trafalgar square. Biasa kat situ memang akan ada macam show orang buat. 
~ Piccadilly pun tempat orang suka lepak. Disitu ada hard rock shop terbesar di eropah. ~ jika hendak beli koleksi hard rock yang murah di hard rock di old park lane rasanya masih buka. 
~ bagi peminat street wear perlu ke carnaby street. 
~ bagi orang berduit ke bond street di mayfair. Tapi jika masuk ke LV pun orang tak tengok pakaian kita. Maybe muka orang asia ini selalu masuk ke LV jadi setiap staff mereka layan dengan baik. 
~ antara Selfridges dan Harrods mana lagi okay? Hurmm harrods pun dah upgrade tempat orang timur tengah suka shopping. 
~ jika anda suka dengar orang berdebat silalah ke Hyde Park corner. 
~ anda peminat MM( COKLAT) di china town ada mall utk MM memang besar nanti bawak anak2 pasti mereka teruja. Poket ayah pun akan teruja juga.. 

Stadium 
~ emirate stadium. Jika masuk ke armoury shop antara merchandise yang terbesar di london untuk kelab bola. 
~ naik north line untuk ke sini dan berhenti finsbury park. 
~ stamford Bridge. 

Cara ke sini naik district line dan berhenti di fulham broadway. Siapa yang pernah datang ke kota london pasti merinduinya.. 

Premium outlet 
~ London designer Outlet. Jika hendak ke sini dengan menaiki Jubilee Line dan nanti berhenti di stesen wembley . 

Taman 
~ taman paling besar adalah Richmond Park. Taman ni kira di jaga oleh pihak diraja dan percuma. Di richmond park mereka pelihara rusa secara terbuka jadi memang ada banyak rusa bebas bergerak. Zaman dahulu raja mereka memburu disini sebab itu diwujudkan taman~taman di raja. Cara ke sini naik district line dan berhenti di stesen Richmond dan perlu naik bas ke sana. 
~ St james Park. Park ini sebelah big ben je. Anda lalu park ni terus sampai ke Buckhingham Palace. 
~ hydepark and kengsinton park bersebelahan sahaja. Park ni berada di tengah kota london dan memang cantik kalau datang waktu musim luruh. 
~ st regent park pula meletakkan sebuah zoo dan juga sebuah universiti disini. Percuma ~ bushy park antara park yang banyak rusa juga cuma ia tak besar. Tak jauh daripada Richmond park. Percuma 
~ greenwich park antara port hendak tengok view london dari atas bukit. Percuma. 

Hide gem di London 
~ borough market jika ingin rasa suasana pasar di bawah jambatan boleh ke sini. Pasar ini biasanya orang tempatan(british) yang berniaga. Macam mana hendak ke sini mudah je, keluar je dari stesen London bridge akan nampak papan tanda ke sini. Berlatar belakang menara shard boleh lah untuk anda OOTD. 
~ Little venice di edgware. Anda boleh start dari stesen edgware road.( jubilee line atau district line) . anda boleh berjalan dari situ sampai ke paddington. 
~ kawasan di richmond park sya rasakan situ baru ada feel perkampungan british berbanding tempat lain. Minum kopi sambil layan view dengan kita je muka orang asia bukan apa di suburb lain dah macam asia town dah london ni. Situ orang asia jarang tinggal. 

~ lavender farm di mayfield jauh sikit ke selatan london. Croydon pun antara suburb yang ada London Tram. Jarang orang up pasal tram di London sebab kebanyakan Tram banyak di bandar di negara eropah lain. Boleh tengok di page facebook mayfield biasanya bulan 7 hingga September baru bunga lavender bloom. 

Saya sarankan guna apikasi #Citymapper sebab ia kira sekali kos transport kita. 
~ battersea park antara taman yang jadi kegemaran bagi keluarga diraja yang berjiwa rakyat seperti kate middleton selalu pergi. Ada juga public figure malaysia suka tempat ni. Maybe park ni pinggir kota london. 
~ Camden town disini boleh nk tengok geng punk, geng skinhead. Kurang sesuai untuk family yang ada kanak2 untuk ke sini. 

kebun atau ladang buah `antara cadangan adalah di RHS garden surrey, Hewitt farm di kent, meopham- broomfiled farm. Ladang buahan ini di pinggiran di country side jadi kena naik keretapi . Grocery / hypermart 
~setiap hypermart seperti Lidl, tesco, sainsburry , morrison atau aldi. jika hendak cari daging/ ayam halal boleh beli di tesco atau morrison. 
~ jika hendak merasa kek yang murah boleh beli di Lidl ada jugal dengan harga 2 pound sahaja. Cari yang anda tanda vegetarian. 
~ jika anda tinggal di kawasan timur london antara pasar yang murah untuk beli barangan dapur adalah di Upton park, barking sebab situ memang kawasan orang asia tinggal. 

~poundland adalah kedai macam eco di malaysia. semua barang hampir 1 pound. Jika siapa pernah sampai ke London pasti anda akan merindui. Mungkin bagi sesetengah orang itu berbeza pandangan dan pengalaman. Boleh kongsikan pengalaman ketika berada di sini. 


kredit: https://www.facebook.com/groups/www.diytravel/permalink/337608641818230/

No comments: