12 April 2022

08 November 2018

Sambal Bledek


Sambal Bledek Samber Nyowo

Sambal, berbicara tentang saus telinga tentu akrab dan mulut kita karena hampir 90% masyarakat Indonesia suka makan, atau setidaknya pernah makan cabai. Berbasis kursus saus sambal / cabai berwarna merah /hijau / keriting / cayenne jelas banyak varian dan berbagai bumbu di kepulauan tercinta. Meskipun rasa pedas tapi saus sangat menarik dan disukai oleh orang-orang tidak pernah berbicara tentang preferensi berikut saya akan berbagi resep cabai favorit saya yang saya pikir antara cabai saus yang berikut ini bumbu bahwa tingkat kepedasan lebih dari yang lain.

Bahan:

8-15 segar cabai merah
4-6 siung bawang putih
2-3 bawang merah
garam secukupnya
Gula jawa secukupnya
2-3 sendok makan minyak goreng.


Cara membuat:


Panaskan minyak
Alu / haluskan (opsional) semua bahan dalam mortar.
Aduk hingga rata dan minyak dari cabai keluar

Ayam Penyet Mamak Haji

RESEPI AYAM PENYEK:
hidangan : 6 orang.
Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras.
BAHAN-BAHAN:
  • 6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.
  • 3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.
  • 2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah  hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”, “Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.
  • 1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.
BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK).
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 cili merah.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 3 biji buah keras dihancurkan.
Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum.
CARA-CARA MEMASAK:
1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.
2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya (Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.
3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:
BAHAN-BAHAN:
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.
2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.
3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.
4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.
5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.
Selamat mencuba resepi ini. wassalam
Kredit:
https://balannambiar.wordpress.com/2012/05/14/resepi-indonesia-2-resepi-ayam-penyet/amp/

Sambal Berlado Ayam Penyet

Bahan-bahan;

20 tangkai cili padi merah (Segenggam)
1 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah kecil (boleh gantikan dengan 1 ulas bawang merah besar)
4 ulas bawang putih
1 asam keping
1.5 sudu garam
3 sudu minyak masak

Step 1:
Bersihkan bawang putih dan merah, cili padi, cili merah.
Bawang putih dihiris kasar.
Bawang putih di titik.
Cili merah di kepak.


Step 2:
Panaskan air dalam periuk/non-stick pan. 
Masukkan semua bahan dalam Step 1. 
Rebus sampai lembik (dalam 10-15 minit). 


Step 3:
Angkat dan Toss.
Masukkan bahan ke dalam pengisar.
Masukkan 2 cawan air.
Kisar selama 5 SAAT. (Biarkan teksture kasar).

Step 4: 
Masukkan bahan dalam STEP 3 ke dalam periuk/pan tadi.
Tambah 3 sudu minyak.
Biarkan mendidih sampai kering.
Kacau jika perlu.


Step 5: 
Masukkan 1 - 1.5 sudu teh garam halus.
Masukkan sekeping asam keping.
Tambah sedikit air. Gaul rata.
Step 6:
Bila dah kering, pecah minyak, tandanya dah masak.
At this point memang azab sikit sebab hidung akan sakit dengan aroma pedas tu.

Sambal ni boleh la bertahan dalam 3-4 kali hidangan.

I just love to have this sambal each time makan nasi. Tak kira lah makan dengan gulai/kari, ikan bakar... anything will do untuk ubah selera sambal belacan ke sambal ayam penyet.

Selamat mencuba!

Kredit: 

http://thethicktalk.blogspot.com/2014/09/resepi-sambal-ayam-penyet.html?m=1

07 November 2018

Penggalak Tanaman

Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…


Bahan-bahan


Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.

Bahan A (kisar halus)

1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

 


Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.

Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air




Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.
Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.

Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.



 


Cara Membuat


Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.

1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair.




Tabur ragi di atas permukaan bahan.


3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak). 




Tutupkan dengan kain




4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia. 




Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.


5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.



6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.




Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.

 
Cara penggunaan.

Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.

Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.


Nota : Penggalak Tanaman ini saya (Salina Samsudin) ubahsuai dari resepi Jabatan Pertanian

Yogurt + Telor Suburkan Tanah


Bahan-bahan

20 biji telor
1/4 ragi
1 liter yogurt
gula merah

Cara-cara
1. Telor dikacau bersama cengkerangnya yang ditumbuh halus
2. Masukkan gula merah
3. Masukkan yogurt
4. Masukkan ragi
5. Dikacau rapi & peram selama 2 minggu