12 April 2022

Showing posts with label orkid. Show all posts
Showing posts with label orkid. Show all posts

07 March 2017

Tips Membuat Orkid Berbunga 3 Hari



Di sini aku ingin berkongsi sikit tip menjadikan anak bunga orkid
boleh tumbuh subur dan tidak mustahil
berbunga dalam tempoh 3 hari ++++... 


Tip ini aku dapat dari seorang mak cik yg sangat gemar
dalam bab2 menanam bunga neh..


Sila copy paste tip neh..Aku halalkan dunia akhirat.
Kalo tak jadi, jangan mare pula yea.
Kita hanya berusaha, apa2 pun ALLAH yg berkuasa
memberi nyawa termasuklah pd bunga orkid neh..


TIP-TIP :
1. Siram dengan air basuhan beras
2. Bajakan orkid dengan nasi lembik (bukan nasi basi yea:)
3. Belai orkid korang dan bercakap2lah dengan pokok orkid tu
Cth : sayang orkid...berbunga ya ...
(hehehe..betul. Tak tipu..Tumbuh2an pun perlukan kasih sayang juga)
4. Dengarkan muzik2 yg lembut, sentimental..
( aku galakkan korang dengarkan bacaan Al Quran, lagi bagus.
InsyaALLAH pokok itu akan dapat roh positif)




CARA MEMBIAK BUNGA ORKID (the best link)

14 February 2017

Apa Perlu Buat Dengan Orkid?


Orchids(butterfly/Phals) maklumat lengkap bagi peminat orkid

Salam sejahtera dan salam perkenalan kepada semua peminat orkid seluruh Malaysia.
Disini, saya ingin berkongsi minat dan berkongsi pengetahuan dengan anda semua mengenai penjagaan dan pembajaan pokok orkid kesayangan kita.




Di Malaysia, tak banyak blog dan informasi yang boleh didapati khas untuk penjagaan pokok orkid. Akibatnya, ramai yang membeli pokok orkid nie tidak tahu nak buat apa bila pokok orkid mereka mempunyai masalah...akhirnya lepas sebulan beli, pokok pun mati..(huhuhu)
Bunga orkid yang cantik dapat memberi ketenangan pada setiap yang melihatnya..Ia juga boleh boleh menghilangkan stress dan menjadi terapi yang terbaik.
Pokok Orkid yang sihat dan cantik menjadi kebanggaan setiap pemilik!!

Di sini, saya kongsikan beberapa perkara yang perlu diketahui setiap pemilik pokok orkid..Saya berharap maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pokok orkid yang sihat berbunga dan kekal lama...insya allah..


BARU BELI...LEPAS TU NAK BUAT APA, YE
Ok, kebanyakkan dari kita lepas beli je mesti nak tukar pasu..al-malkumlah...pasu tak cantik masa beli dari nursery..hehehe.. 

Lesson No.1 --- Jangan tukar pasu selepas baru beli pokok. Biarkan je pokok tu dalam pasunya. Kalau beli Butterfly orkid biasanya pokoknya dalam pasu plastik je..still, JANGAN tukar pasu.
Biarkan sekurang kurangnya selama 2 hingga 4 minggu.. Pokok pun masih lagi 'terkejut' sebab tukar persekitaran dan pencahayaan yang berbeza dari nursery ke rumah anda..biarkan ia relax dan biasakan diri nya dengan persekitaran rumah anda dahulu..(Tip : Lihat sekeliling nursery, pokok diletakkan dimana, pencahayaan yang macam mana dan cuba letakkan sama begitu)
Lesson No.2 --- Jangan letakkan baja bila baru beli..knapa? Sebab kebanyakkan nursery menggunakan pelbagai jenis baja untuk memaksa pokok berbunga cepat dan lebat. Jika anda membaja sejurus selepas membelinya, akibatnya pokok akan mati kerana terlampau banyak baja bercampur...

FLUSH --- Selepas beberapa minggu dibeli, barulah lakukan flushing. Flushing ialah proses mencuci dan buang sisa baja dari nursery. Langkah pertama ialah mandikan pokok dan buangkan semua akar dan daun kering, kemudian tukarkan dengan medium baru. Baru letakkan baja anda.



PENJAGAAN POKOK

Sama seperti info diatas, anda cuma perlu tahu bahawa pokok orkid nie tidak perlu perhatian yang banyak.

Sebenarnya, pokok orkid nie senang je nak jaga. Tak perlukan perhatian yang melampau, tak perlu disiram selalu dan tidak perlu pencahayaan yang banyak.

Butterfly orkid pula boleh diletakkan di dalam rumah sebagai penyeri dalaman rumah anda...termasuklah bilik mandi dan tandas!!

Pokok Butterfly orkid nie tidak suka pada cahaya matahari, tetapi sangat suka pada pencahayaan lain seperti lampu. Jadi pemilik Butterfly orchid bukalah lampu anda seberapa lama yang mampu siang dan malam lah, ye...hehehe...
2 minggu sekali tu, mandikanlah pokok anda. Mulakan aktiviti ini di siang hari..pada masa matahari ada..
Jangan buat time hujan dan lembap..ok.
Lepas siram keseluruhan pokok, biarkan diluar sekejap supaya air lebihan dapat kering dengan mudah. Medium juga pengudaraan yang baik supaya akar dapat bernafas. 

Yang menggunakan medium seperti moss, perlu ingat moss tidak boleh terlalu banjir..ia akan menyebabkan akar rosak dan akhirnya pokok akan mati.. 

Kemudian, lapkan bahagian daun yang masih ada takungan air lebihan supaya daun tidak terkena jangkitan. (tompokan hitam pada daun)


 

PEMBAJAAN

Selepas mandikan pokok, bajakan lah ia dengan kadar yang sepatutnya sahaja. Jangan letak baja terlampau banyak. Akar orkid nie sensitif. Ia mudah rosak, mudah reput dan mudah dijangkiti penyakit.
Oleh itu, adalah disyorkan arang dicampurkan sedikit bersama medium. Arang mempunyai kandungan anti bacterial yang boleh menjamin tumbesaran akar yang baik.


** saya menggunakan arang campuran ciptaan saya sendiri. Arang mix ini berfungsi untuk tumbesaran akar yang sihat, dan bertindak sebagai penyah penyakit dan menggalakkan pertumbuhan akar baru dengan cepat dan percepatkan pertumbuhan bunga/spike**




Seperti dalam gambar, ini adalah arang mix campuran saya yang kini saya kongsikan bersama anda.


** LIKE saya di Facebook : Butterfly orchid dan buat tempahan online atau anda boleh terus e-mail saya di lysa_hasain@yahoo.com **

Selepas mencampurkan arang mix bersama medium lain seperti bata atau sabut, taburkan lah sedikit baja keatas medium disekeliling akarnya.


Memandangkan saya sudah lama membela pokok orkid nie, dan mempunyai pengalaman, saya telah mencipta beberapa baja untuk kegunaan pokok orkid saya mengikut jenis pokok dan mengikut keperluan pokok saya. Saya lihat dengan penggunaan baja ciptaan saya sendiri, pokok orkid saya menjadi lebih sihat dan berbunga lebih kerap sepanjang tahun. Jadi, rumah saya saya sentiasa ada bunga orkid yang blooming.

Gambar diatas ialah baja tabur campuran khas untuk butterfly orchid. 100% campuran organik, Ia membantu tumbesaran pokok. Dijual juga.

Saya kongsikan baja ciptaan saya kepada yang berminat. Jika anda mahu membeli baja ciptaan saya, bolehlah membuat tempahan online di Facebook : Butterfly orchid.atau whatsapp saya di 012 3600128


Pemilik pokok orkid perlu tau dan faham kehendak dan keperluan pokok masing-masing. Anda perlu tahu apa masalah yang sedang dihadapi pokok anda.

Belilah baja dan medium yang betul..walaupun agak mahal, sekurang kurangnya, pokok anda akan kekal lama, berbunga lebat dan menjadi kebanggaan anda untuk masa yang lama. Jadi, buatlah keputusan yang tepat untuk pokok kesayangan anda.


SPIKE BUNGA
Jangan terlalu cepat kerat spike bila bunga dah gugur. Tunggu sehingga ia betul-betul dah kering. Sebab kebanyakkan spike akan berbunga 2x sebelum kering sepenuhnya. Kuantiti bunga akan berkurangan dari yang pertama, tapi tetap ada.
Jika anda potong spike sebelum ia berbunga untuk kali ke dua..rugilah..

Pokok orkid hybrid saya adalah hasil kacukan dari pokok orkid biasa dengan Butterfly. Inilah hasil bunga selepas beberapa trial and error. Saya nie bukan nya pro dalam nama-nama saintifik pokok orkid nie.. saya cuma minat. Dan atas dasar minat yang mendalam dan masa yang mengizinkan, saya telah dapat menghasilkan Hybrid seperti dalam gambar.

Dengan penggunaan baja serbuk dan sedikit campuran arang mix, Bunga dari Pokok Hybrid saya ini menjadi lebih besar dari bunga Butterfly orkid. Seronoknya tak terhingga!!.
Pokoknya pula tahan panas, mudah dijaga dan menghasilkan kualiti bunga sebesar tapak tangan.
Memang puas hati!! Tak perlu penjagaan yang khusus dan tidak perlu baja dan siraman yang kerap.



"Buat pengetahuan anda yang membaca blog ini, kesemua gambar dalam blog adalah koleksi peribadi saya."

"Keratan/potongan juga dijual kepada yang berminat untuk mencuba tanam pokok orkid buat kali pertama"

Gambar pokok Hybrid diatas amat sesuai bagi yang baru ingin berjinak - jinak menanam pokok orkid. Jenis kacukan Butterfly orkid dgn orkid tempatan...menjadikan ia pokok tahan lasak dan mudah dijaga...lebih mudah dari menjaga pokok bunga yang lain.



Gambar yg diatas pula adalah Hybrid saya yg kedua...Kacukan Butterfly pink dengan orkid purple.
Saiz bunganya amatlah besar skali!! Puas mata memandang...hehe..
Penjagaan sama je macam jaga pokok orkid biasa.
** Saya ada menjual pakej STARTER PACK bagi yang berminat untuk mula berjinak2 membela pokok orkid nie..
**pembeli akan dapat 1 pokok orkid berbunga yang tahan lasak seperti pokok yang diatas dengan pasu,
1 set baja, 1 set medium dan khidmat nasihat step by step untuk penjagaan yg betul...semuanya dengan harga RM100 TIDAK termasuk postage **
Bagi yang berminat, boleh lah e-mail saya di lysa_hasain@yahoo.com.







Gambar pokok bunga butterfly orkid ini pula adalah koleksi peribadi butterfly orkid saya
Bagi yang berminat dengan pokok Butterfly orkid, anda bolehlah beli dari saya on line melalui Facebook saya : Butterfly orchid
atau e-mail terus ke : lysa_hasain@yahoo.com


Semua koleksi Butterfly adalah jenis berbunga besar dan berwarna terang. Dijual dari BERSAMA dengan Bunganya sekali. Ada juga jualan anak pokok butterfly dan pokok butterfly bersama spike bunga. Jadi anda bolehlah pilih yang mana berkenan dihati !!

Ini pula adalah pokok vanilla yg diimport dari Mexico. Kualiti Terbaik (superior Quality)
Ia mengeluarkan vanilla bean yang digunakan sebagai perisa makanan.Mudah dijaga. Ditanam menggunakan tanah hitam dan suka baja yg banyak. Tahap kepanasan yang medium dan air yg medium. Harga vanilla bean yang dihasilkan dalam pasaran dunia bernilai US DOLLAR RM400 sekilo!!
Keratan dijual juga. Anda boleh dapatkan keratan vanilla anda dari saya melalui Facebook saya Butterfly orchid atau terus whatsapp saya sahaja di 012 3600 128



Gambar disebelah ini pula adalah yang paling saya suka.
Jenis dari family Vanda -- mengeluarkan bau yang sangatlah harum.
Haruman Vanilla di siang hari. Terbaik!!
Saya sering mencantas bunganya untuk diletakkan didalam ruang tamu.
Haruman Vanilla asli seperti Ambi Pur..
Sangat menyenangkan dan relaxing.
Saya ada juga menanam lebih dari satu pokok supaya dapat berkongsi dengan peminat yang lain.
Setiap pemilik pokok orkid patut memilikinya !!

Ini pula anak pokok yang baru saja berbunga. Walaupun kecil, ia mampu mengeluarkan bunga yg agak memuaskan. Saiz dan warna bunga yang agak berkualiti.
Dijual on line kepada yang berminat dengan harga yang berpatutan.
Jika berminat, anda bolehlah ke Facebook Butterfly orchid atau e-mail saya di lysa_hasain@yahoo.com


Beberapa koleksi orkid yang saya simpan.
Untuk santapan mata..hehe...


MANA NAK SIMPAN POKOK ?

Anda perlu tahu, penjagaan pokok orkid di Malaysia tidak sama seperti diluar negara. Malaysia beriklim panas dan hujan sepanjang tahun dan bukan 4 season country. Oleh itu, anda perlu mana nak tempatkan pokok orkid anda dengan betul. Bagi Butterfly, simpankan ditempat yang redup dan sejuk, manakala orkid jenis yang lain boleh lah diletakkan di tempat yang mempunyai sinaran matahari supaya ia dapat hidup dengan baik. Ada sesetengah pokok orkid yang lebih suka"full sunlight" dan ada yang hanya suka "medium sunlight". Ingat ! Too much will kill it..Too little wont make any difference..

MEDIUM YANG SESUAI

Penggunaan medium yang sesuai untuk negara yang beriklim khatulistiwa adalah medium Arang dan bata.
Ia lebih peroi dan mempunyai ruang udara untuk akar yang sihat.Pada musim hujan, air tidak mudah bertakung dan tidak menyebabkan akar pokok reput. Pada musim panas pula, akar mempunyai peredaran udara yang mencukupi supaya tidak terlalu panas and tidak mudah lemas.

Penggunaan sabut kelapa baik, tetapi mudah menarik perhatian semut dan serangga yang lain. Jadi tepuk dada tanya selera! Kalau it's okay for you to deal dengan semut ..maka gunakanlah sabut. Kalau tak suka semut pada orkid anda, lebih baik jangan gunakan sabut kelapa.

Bagi yang baru tanam keratan, jangan lah siram air pada pokok dari atas daun. Sebaliknya hanya spray air keatas akarnya/mediumnya.
Jangan biarkan air bertakung kerana ia belum mempunyai akar baru dan tidak establish lagi untuk menahan kandungan air yang melampau.

Oleh itu, arang mix ciptaan saya adalah yang paling sesuai untuk nya.
Arang mix berfungsi untuk mempercepatkan pertumbuhan akar supaya pokok cepat establish dan tidak mudah mati.

Jika menggunakan medium moss khasnya untuk Butterfly orkid, anda tidak perlu kerap spray air pada musim hujan..titsan air hujan sudah cukup memadai. Aerial pokok akan menyerap wap air dan titisan air. So, tak perlulah buat apa. Pokok yang menjimatkan air pemiliknya..hehe

Anda perlu ingat dan pastikan air yang bertakung pd daun pokok orkid perlu dikeringkan/dilap supaya pucuk tidak mati./reput.

SERANGAN KUMBANG DAN SERANGGA PEROSAK

Setiap pemilik orkid perlulah memastikan kawasan simpanan orkid sentiasa bersih dari daun daun kering..
Buangkan daun orkid yang sudah kering. Jangan koyakkan dari pokok, ia akan menyebabkan pokok dijangkiti kuman. Sebaiknya alihkan dengan perlahan, ia akan terkeluar dari pokok jika ia benar2 kering. Ataupun anda boleh gunakan gunting yg bersih /sterile untuk membuat cantasan.
Sentiasa pastikan gunting yang anda gunakan adalah bersih. Hanya cuci dengan sabun dan celupkan ia di dalam air panas dan biarkan gunting sejuk sebelum menggunakan nya.
Jika malas nak buat, jgn gunakan gunting tersebut untuk benda lain. Khaskan hanya untuk cantasan orkid.
Gunakan baja yang betul dan penjagaan yang baik boleh memastikan serangga perosak tidak menghampiri pokok anda...
Akan tetapi, sekiranya ada juga serangga perosak yang merosakkan bunga atau pokok then gunakanlah racun perosak pada pokok dengan berhati2.


Saya jual dalam botol. Masukkan dalam botol spray dan boleh terus guna
Saya juga ada menjual racun serangga perosak yang dibuat dari 100% bahan organik
Saya juga menyediakan khidmat klinik orchid bagi yang mempunyai masalah kritikal tentang pokok orkid.
Hanya tunjukkan gambar pd saya, kerana ia perlu di diagnos dulu sebelum saya boleh memberikan penyelesaian bagi masalah pokok anda. Setiap khidmat nasihat diberikan percuma...tp kenalah beli produk saya!! hehe..

Kredit: http://lysahasain.blogspot.my/2012/10/orchidsbutterflyphalsmaklumat-lengkap.html 

TIP MENJADIKAN ORKID BERBUNGA DALAM TEMPOH 3 HARI

Cantiknya bunga orkid ini kan.....;)








Di sini aku ingin berkongsi sikit tip menjadikan anak bunga orkid
boleh tumbuh subur dan tidak mustahil
berbunga dalam tempoh 3 hari ++++...

Tip ini aku dapat dari seorang mak cik yg sangat gemar
dalam bab2 menanam bunga neh..

Sila copy paste tip neh..Aku halalkan dunia akhirat.
Kalo tak jadi, jangan mare pula yea.
Kita hanya berusaha, apa2 pun ALLAH yg berkuasa
memberi nyawa termasuklah pd bunga orkid neh..

TIP-TIP :
1. Siram dengan air basuhan beras
2. Bajakan orkid dengan nasi lembik (bukan nasi basi yea:)
3. Belai orkid korang dan bercakap2lah dengan pokok orkid tu
Cth : sayang orkid...berbunga ya ...
(hehehe..betul. Tak tipu..Tumbuh2an pun perlukan kasih sayang juga)
4. Dengarkan muzik2 yg lembut, sentimental..
( aku galakkan korang dengarkan bacaan Al Quran, lagi bagus.
InsyaALLAH pokok itu akan dapat roh positif)



CARA MEMBIAK BUNGA ORKID (the best link)

Kredit : http://muslimahhariini.blogspot.my/2011/02/cantiknya-bunga-orkid-ini-kan.html

Orkid & Baja Tahi Ayam






Gambar ni aku nak tunjukkan bagaimana caranya nak hindarkan kulat atau serangga dan kutu2 kecil yang hidup dan membiak sehingga membantutkan pertumbuhan akar anak pokok orkid. Rendamkan pasu orkid ke dalam bekas yang mengandungi larutan anti kulat/kutu/serangga. Rendam sehingga keseluruhan daunnya tenggelam lagi baik. Seketika selepas direndam. anda akan dapat melihat entah apa2 segala jenis semut dan kutu2 kecil akan merayap atau berenang2 mabuk dan mati.


Antara yang aku ingat petua diberi oleh makcik yang sangat baik hati itu ialah:
1. Pecahkan arang atau pecahan bata merah yang akan dijadikan medium tanaman dalam pasu orkid.
2. Rendamkan pecahan arang di dalam air semalaman.
3. Celup atau rendamkan terlebih dahulu keratan ranting orkid atau benih anak orkid yang akan ditanam ke dalam bancuhan racun kulat. (Hati2:ikut sukatan yang diberi)
4.Gantungkan pasu yang sudah disemai anak orkid jauh dari sinaran tepat cahaya matahari. Haba panas boleh membantutkan pertumbuhan pokok orkid. Pokok orkid perlukan cahaya waktu pagi supaya ia dapat berbunga.
5. Pada hari yang panas lakukan penyiraman sekurang2nya 3 kali sehari.
6. Selepas 2 minggu ditanam dan mendapat siraman air yang cukup, akar2 pokok orkid yang baru akan kelihatan tumbuh.
7. Bagaimana menggunakan baja tahi ayam:
(a) Jemur tahi ayam sehingga cukup kering.
(b)Gaul tahi ayam yang sudah dikeringkan dengan serbuk anti kulat (racun semut@racun kelas1V)
8. Gunakan baja organik najis ayam buatan sendiri ini sebulan sekali atau bila2 masa diperlukan.
Inilah salah satu rahsia yang diberitahu dan diajarkan oleh makcik tu kat aku.
Tahi ayam. Tahi ayam. Itulah yang selalu disebut oleh nenek ni kat aku.
Aku pun dah pernah amalkannya. Memang ia betul2 menjadi!
Sekali sekala ia rendamkan kesemua pasu2 orkidnya ke dalam baldi yang dibancuh `malathion`.
Sekali sekala dia juga menggunakan baja semburan kimia untuk menggalakkan lagi pokok orkidnya berbunga lebat.
kredit : http://makngahpora.blogspot.my/2014/11/tahi-ayam-dan-orkid-cemerlang.html