Gambar ni aku nak tunjukkan bagaimana caranya nak hindarkan kulat atau serangga dan kutu2 kecil yang hidup dan membiak sehingga membantutkan pertumbuhan akar anak pokok orkid. Rendamkan pasu orkid ke dalam bekas yang mengandungi larutan anti kulat/kutu/serangga. Rendam sehingga keseluruhan daunnya tenggelam lagi baik. Seketika selepas direndam. anda akan dapat melihat entah apa2 segala jenis semut dan kutu2 kecil akan merayap atau berenang2 mabuk dan mati.
Antara yang aku ingat petua diberi oleh makcik yang sangat baik hati itu ialah:
1. Pecahkan arang atau pecahan bata merah yang akan dijadikan medium tanaman dalam pasu orkid.
2. Rendamkan pecahan arang di dalam air semalaman.
3. Celup atau rendamkan terlebih dahulu keratan ranting orkid atau benih anak orkid yang akan ditanam ke dalam bancuhan racun kulat. (Hati2:ikut sukatan yang diberi)
4.Gantungkan pasu yang sudah disemai anak orkid jauh dari sinaran tepat cahaya matahari. Haba panas boleh membantutkan pertumbuhan pokok orkid. Pokok orkid perlukan cahaya waktu pagi supaya ia dapat berbunga.
5. Pada hari yang panas lakukan penyiraman sekurang2nya 3 kali sehari.
6. Selepas 2 minggu ditanam dan mendapat siraman air yang cukup, akar2 pokok orkid yang baru akan kelihatan tumbuh.
7. Bagaimana menggunakan baja tahi ayam:
(a) Jemur tahi ayam sehingga cukup kering.
(b)Gaul tahi ayam yang sudah dikeringkan dengan serbuk anti kulat (racun semut@racun kelas1V)
8. Gunakan baja organik najis ayam buatan sendiri ini sebulan sekali atau bila2 masa diperlukan.
Inilah salah satu rahsia yang diberitahu dan diajarkan oleh makcik tu kat aku.
Tahi ayam. Tahi ayam. Itulah yang selalu disebut oleh nenek ni kat aku.
Aku pun dah pernah amalkannya. Memang ia betul2 menjadi!
Sekali sekala ia rendamkan kesemua pasu2 orkidnya ke dalam baldi yang dibancuh `malathion`.
Sekali sekala dia juga menggunakan baja semburan kimia untuk menggalakkan lagi pokok orkidnya berbunga lebat.
kredit : http://makngahpora.blogspot.my/2014/11/tahi-ayam-dan-orkid-cemerlang.html
No comments:
Post a Comment