12 April 2022

Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

14 October 2014

Siapakah Yg Mengkhianati Bangsa Sendiri...





JIKA INI YG BUAT - KITA 100% BOLEH FAHAM....






Hidup umpama anai-anai...

Fikirkan lah............http://www.mohdzulkifli.com/




19 August 2014

Hukum perniagaan secara ansuran

Bai’ Al-Salam – Konsep Akad Dalam Muamalah Islam

Ada banyak konsep perniagaan dalam Islam dan salah satunya adalah BAI’ AL-SALAM. Penerangan ringkas mengenai konsep akad Bai’ Al-Salam :

Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Bai’ al-Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu :

1- Hendaklah ia diketahui jenisnya.

2- Hendaklah diketahui sifatnya.

3- Hendaklah diketahui jumlahnya.

4- Tempoh penyerahan ditentukan.

5- Mengetahui kadar nilai harganya.

6- Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan.

Hukum jual beli emas secara ansuran oleh
1. Ustaz Azhar Idrus http://www.youtube.com/watch?v=Xm5GW1zUWnM...  

2. Ustaz Zulkifli Sunnah Emas Link : Ustaz Zulkifli Youtube -http://www.youtube.com/watch?v=l-eeMJ5W2j8  

24 October 2013

Beli Emas Tertangguh

Dalam Pembelian Emas Delay ada berberapa ofer yg boleh di pilh ... rase2 yg mana lekat kt hati ble je bgtau

1. Delay 1 bulan di teruskan pada Rm 150/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 850 setiap 100 gm dan di bayar setiap bulan ( sebulan Rm 850 )

2. Delay 2 bulan di teruskan pada Rm 140/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 1,300 setiap 100 gm dan dibayar setiap 2 bulan ( Purata Sebulan Rm 650 )

3. Delay 3 bulan di teruskan pada Rm 135/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 2,100 setiap 100 gm dan di bayar setiap 3 bulan ( Purata sebulan Rm 700 )

4. Delay 5 bulan di teruskan pada Rm 125/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 3,750 setiap 100 gm dan di bayar setiap 5 bulan ( Purata sebulan Rm 750 )

Jom simpan duit dalam bentuk emas

02 September 2013

EMAS - Gred Emas Malaysia


Jenis / Gred emas di Malaysia.......hati2 tertipu





Anda mungkin ditipu tanpa sedar jika tiada ilmu tentang gred emas.Anda boleh rujuk gred Emas dipaparkan di atas.Anda perlu tahu apa itu emas 999,916,875,835,750.Ini adalah penanda kandungan emas dalam rantai tangan,rantai leher dan sebagainya.


Jika Emas 999 bermaksud kandungan emas mestilah 99% emas dan 1% campuran bahan lain sama ada perak,tembaga atau logam lain yang bukan emas.


Jika emas 916 bermaksud kandungan emasnya adalah 91.6% dan 8.4% lagi campuran logam bukan emas.Itu sebab kebanyakkan barang kemas adalah Emas 916 dan Emas 999 (rapuh) sesuai dijadikan Gold Bar untuk pelaburan atau simpanan. 

Sekarang harga emas 999 sekitarRM155/gm dan emas 916 sekitar RM145/gram

Cara kedai emas konvesional menipu adalah,lihat emas 835 dan 750 itu berapa segram dan anda mahu beli emas 916 tapi diberikan emas ini 835 atau 750 dengan harga murah di bawah harga pasaran sebenar 916 RM145/gm.Kebiasaannya kurang dalam RM10-15/gm. Jika ada keperluan mendesak dan masukkan item ke pajak gadai, baru tau emas itu bukan emas 916 tapi bermutu lebih rendah dari emas 916 yakni emas 835 atau 750.

Yg betul-betul campurannya memenuhi spesifikasi yg ditetapkan cuma di cangkuk rantai itu sahaja manakala body rantai emas lebih murah emas 835/750. Ini yg sering berlaku pada yang suka membeli emas di kedai-kedai konvesional. Kebanyakan mereka mengguna modus operandi ini dalam berniaga untuk meraih keuntungan lebih berlipat kali ganda.


Disarankan sebelum membeli eloklah bawa orang yang mahir tentang emas atau buat surat perjanjian."Sekiranya saya beli emas ini dan saya dapati kualitinya tidak sama dengan emas sebenar,kamu pekedai mestilah menukar semula item ini dengan yang lain yang sama kualiti.Sekiranya kamu enggan saya akan bawa kes ini ke meja perundangan."Kalau tak ada surat,anda dah beli...keluar dari premis sahaja andai anda ditipu.


Cara mengetahui kadar emas dan campuran logam bukan emas untuk rantai tangan emas 916,berat 51 gram ?

Emas 916 = Emas 22 karat
22/24 x 51 = 46.749 @ 46.75
> 46.75gm itu adalah emas
> 4.25gm itu adalah campuran sama ada Perak,Tembaga atau logam selain emas.
Kalau nisbah campuran ini tidak betul, label sahaja emas itu Emas 916 tapi realitinya ia bukan Emas 916 tapi bawah daripada itu emas 835/750.
Item yang bawah 10gram kebawah memang sukar untuk mendapat bacaan yang sepatutnya. Biasa item bawah 10gram ini bacaanya akan pergi pada emas 875.Yang kes begini peniaga itu bukan menipu tapi masalah pada emas itu sendiri masalah dengan ketumpatan emas dan udara.Jika bacaan dapat emas 875 ini tiada masalah.Biasanya emas yang bawah 10gram kebawah sahaja punya masalah seperti ini.

23 August 2013

TIPS UNTUK MENGESAN EMAS PALSU


Disini kami di Tamis Gold ingin share beberapa tips kepada anda berkenaan bagaimana untuk mengesan emas palsu atau tidak. Caranya sangat simple dan anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Kenapa anda perlu tahu?
1.   Menjual atau menggadai emas palsu merupakan satu kesalahan dan anda boleh didakwa
2.   Menipu pembeli adalah berdosa

Okey, tips yg mudah untuk mereka yg ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1.      Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut, cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yg tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic. Tips ini sesuai untuk emas yg besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda lihat barang kemas tersebut melekat pada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yg boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut. Ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yg banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan sahaja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasaanya setiap emas akan ditanda kualitinya seperti 916, 750 atau apa saja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 atau emas lama.

6. Jika ada tanda seperti GP(Gold Platted), atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup. Lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu.

7. Jika anda tidak sayang barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yg terhasil. Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yg terbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu bawa sendiri emas anda dan berjumpa dengan mereka yg lebih arif.

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jeans yg anda pakai (dockers pun boleh) sehingga panas dan cuba bau. Jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi,bau ikan).

10. Jika ia jongkong yg ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang kerana kebiasaanya jongkong palsu tidak mempunyai berat yg tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yg lain. Emas adalah logam yg paling padu, maka tiada logam lain yg mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yg sama.

11. Jika anda menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut. Anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta (tapi kami tidak akan bertanggungjawab jika gigi anda patah ye..hehehe)

12. Bagi mereka yg bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen.

Seterusnya, kami ingin share berkenaan jongkong emas, ia mungkin penting untuk mereka yg ingin memilikinya. Risiko jika terbeli jongkong emas palsu sangat besar dan anda mungkin bankrup.
Jongkong emas yg dijual di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis. Di antaranya:

1.   PAMP Suisse
 PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Metaux Precieux)(artistic, precious metals products). PAMP yg berpengkalan di Switzealand merupakan syarikat yg terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga. PAMP Suisse pula ada 2 jenis iaitu PAMP Suisse dengan Sijil Ketulenan Merah dan Lady Fortuna.
pamp suisse 100g goldbar TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                    PAMP Suisse 100gms Gold Bar
10pampc TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                                          Lady Fortuna
2.   Poh Kong Bunga Raya (dijual di Poh Kong)
bunga+raya+10g TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                          10 gram Bunga Raya Gold Bar
3.   Kinebar (Dijual oleh UOB
kinebar goldbar TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                              Kinebar 1 Ounce Gold Bar
4.   Kijang Emas (Syiling) dikeluarkan oleh Bank Negara
kijang.rm200 TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                         Syiling kijang Emas RM200
5. Dinar Emas Kelantan (syiling), Dinarkel
KelantanDinar TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
Berikut adalah jongkong emas/emas putih/platinum palsu yg dijual di pasaran Malaysia
platinum TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                           Platinum Palsu bergambar Suharto
fff TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                        Logam Mulia(LM) Platinum atau emas,lambang kuda,tapak kuda,kuda terbang
n TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
                                                contoh Logam Mulia palsu yg biasa dijumpai
Ini rupa sebenar emas Logam Mulia
logam+mulia TIPS CARA UNTUK MENGESAN EMAS PALSU ATAU TULEN
 *http://tamisgoldc.blogspot.com/*