12 April 2022

Showing posts with label arrahnu. Show all posts
Showing posts with label arrahnu. Show all posts

24 October 2013

Beli Emas Tertangguh

Dalam Pembelian Emas Delay ada berberapa ofer yg boleh di pilh ... rase2 yg mana lekat kt hati ble je bgtau

1. Delay 1 bulan di teruskan pada Rm 150/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 850 setiap 100 gm dan di bayar setiap bulan ( sebulan Rm 850 )

2. Delay 2 bulan di teruskan pada Rm 140/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 1,300 setiap 100 gm dan dibayar setiap 2 bulan ( Purata Sebulan Rm 650 )

3. Delay 3 bulan di teruskan pada Rm 135/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 2,100 setiap 100 gm dan di bayar setiap 3 bulan ( Purata sebulan Rm 700 )

4. Delay 5 bulan di teruskan pada Rm 125/gm. Minima 1 gm. Imbuhan Rm 3,750 setiap 100 gm dan di bayar setiap 5 bulan ( Purata sebulan Rm 750 )

Jom simpan duit dalam bentuk emas

02 September 2013

EMAS - Gred Emas Malaysia


Jenis / Gred emas di Malaysia.......hati2 tertipu





Anda mungkin ditipu tanpa sedar jika tiada ilmu tentang gred emas.Anda boleh rujuk gred Emas dipaparkan di atas.Anda perlu tahu apa itu emas 999,916,875,835,750.Ini adalah penanda kandungan emas dalam rantai tangan,rantai leher dan sebagainya.


Jika Emas 999 bermaksud kandungan emas mestilah 99% emas dan 1% campuran bahan lain sama ada perak,tembaga atau logam lain yang bukan emas.


Jika emas 916 bermaksud kandungan emasnya adalah 91.6% dan 8.4% lagi campuran logam bukan emas.Itu sebab kebanyakkan barang kemas adalah Emas 916 dan Emas 999 (rapuh) sesuai dijadikan Gold Bar untuk pelaburan atau simpanan. 

Sekarang harga emas 999 sekitarRM155/gm dan emas 916 sekitar RM145/gram

Cara kedai emas konvesional menipu adalah,lihat emas 835 dan 750 itu berapa segram dan anda mahu beli emas 916 tapi diberikan emas ini 835 atau 750 dengan harga murah di bawah harga pasaran sebenar 916 RM145/gm.Kebiasaannya kurang dalam RM10-15/gm. Jika ada keperluan mendesak dan masukkan item ke pajak gadai, baru tau emas itu bukan emas 916 tapi bermutu lebih rendah dari emas 916 yakni emas 835 atau 750.

Yg betul-betul campurannya memenuhi spesifikasi yg ditetapkan cuma di cangkuk rantai itu sahaja manakala body rantai emas lebih murah emas 835/750. Ini yg sering berlaku pada yang suka membeli emas di kedai-kedai konvesional. Kebanyakan mereka mengguna modus operandi ini dalam berniaga untuk meraih keuntungan lebih berlipat kali ganda.


Disarankan sebelum membeli eloklah bawa orang yang mahir tentang emas atau buat surat perjanjian."Sekiranya saya beli emas ini dan saya dapati kualitinya tidak sama dengan emas sebenar,kamu pekedai mestilah menukar semula item ini dengan yang lain yang sama kualiti.Sekiranya kamu enggan saya akan bawa kes ini ke meja perundangan."Kalau tak ada surat,anda dah beli...keluar dari premis sahaja andai anda ditipu.


Cara mengetahui kadar emas dan campuran logam bukan emas untuk rantai tangan emas 916,berat 51 gram ?

Emas 916 = Emas 22 karat
22/24 x 51 = 46.749 @ 46.75
> 46.75gm itu adalah emas
> 4.25gm itu adalah campuran sama ada Perak,Tembaga atau logam selain emas.
Kalau nisbah campuran ini tidak betul, label sahaja emas itu Emas 916 tapi realitinya ia bukan Emas 916 tapi bawah daripada itu emas 835/750.
Item yang bawah 10gram kebawah memang sukar untuk mendapat bacaan yang sepatutnya. Biasa item bawah 10gram ini bacaanya akan pergi pada emas 875.Yang kes begini peniaga itu bukan menipu tapi masalah pada emas itu sendiri masalah dengan ketumpatan emas dan udara.Jika bacaan dapat emas 875 ini tiada masalah.Biasanya emas yang bawah 10gram kebawah sahaja punya masalah seperti ini.