12 April 2022

10 November 2021

Bagaimana Jika Jin Merasuk Pun Pandai Baca Ayat Al-Quran

 SOALAN SUKAR TETAPI MUDAH JAWAPANNYA JIKA TAHU RAHASIANYA 

▪️Soalan: 

Assalamualaikum, saya ada soalan. Sekiranya ruqyah dibacakan dan jin yang merasuk, mampu mengikut bacaan peruqyah bagaimana kita hendak menghadapi mereka?

▪️Jawapan: 

Wa alaikumus salam. Bismillah. Ajak jin itu membaca Ayat Kursi 21 kali. 

Katakan padanya, "Alhamdulillah. Kamu pandai membaca Al-Quran pula. Mari kita bersama-sama baca Ayat Kursi sebanyak 21 kali. Supaya kita dapat kumpul banyak pahala." 

Saya rasa belum sampai 21x, jin itu akan teriak-teriak minta kita berhenti membaca.  🙂

Saya pernah jumpa jin merasuk, mengatakan tajwid bacaan saya salah. Ada juga yang ikut saya membaca Al-Quran. Ia lakonan jin yang biasa dihadapi oleh peruqyah berpengalaman. 

Biasanya akan berlaku 3 keadaan: 

1. Jin mengikut membaca ayat Al-Quran tetapi beberapa potong ayat sahaja. Mereka tidak akan habiskan baca seluruh ayat atau seluruh surah. 

2. Jika pun mereka boleh habiskan baca seluruh ayat atau surah, mereka berani baca sekali atau tiga kali sahaja. 

3. Jika mereka berani baca penuh berkali-kali, biasanya mereka akan salah baca satu huruf. Contohnya huruf ada sabdu, mereka baca tidak ada sabdu. 

Teruskan membaca ayat-ayat ruqyah dan berdakwah. In sya Allah. 

Jangan berkata dalam hati, "Alamak ramai keluarga pesakit mendengar jin mengkritik bacaan aku. Malunya aku." Jika hati mula berkata demikian, lagi kena saiko oleh jin merasuk. Jin merasuk biasa pandai main psikologi. 

Begitulah rahsianya. 

Wallahu a'lam. 

Sinar Ruqyah 

2021

No comments: