12 April 2022

10 November 2021

Rukyah Penyembuhan Sihir

 Bismillah


Jika anda sudah disahihkan bahwa mempunyai simptom sihir.


Semua jenis sihir Dakhily atau Khorijy

Boleh melakukan tatacara detok tersebut.

Dakhily: Jenis sihir makanan, minuman dan dihirup.

( Masryuub, ma’kuul, masyymuum)


Khorijy: Jenis sihir disiram, ditanam dan digantung.

( Marsyuusy, Madhfuun, Mu’alaq)


Kaedahnya:


Sediakan susu dan madu.

Susu lembu atau susu kambing fresh 3 litre dan 1 kg madu ( terbaik kelulut) dibahagi kepada 3 .


Di minum diwaktu pagi, tengah hari  zuhur dan selepas marghrib tanpa memakan makanan yang lain.


Detok satu hari , pastikan minum air putih secukupnya.


Tatacara penyediaan:


1. Seusai solat subuh ruqyahkan madu dan susu  1 liter yang sudah dicampur .


Kemudian minum susunya seperti minum air yg panas dengan hirupan perlahan- lahan secara bertahap .

Pastikan perut direhatkan 4 jam sebelum membuat madu dan susu yang seterusnya. 


2. Proses yang sama diulang untuk minum pada waktu tengahhari dan petang.


Ayat- ayat ruqyah syarriyyah.


1. Al Fatihah

2. Al Baqarah 1-5

3. Al Baqarah 102

4.Al Baqarah 163-164

5. Ayatul kursi

6. Al Baqarah 285-286

7. Al A’raf 54-56

8.Al A’raf 117-122

9.Yunus 81-82

10. Thaha 69

11. Al Mu’minun 115-118

12. As Shaffat 1-10

13.Al- Ahqaf 29-32

13. Ar- Rahman 33-36

14. Al - Harsh 21-24

15.Al - Jinn 1-9

16. Al- Kafirun

17. Al Ikhlas

18. Al Falaq

19. An Nass


Sewaktu meminum susu tersebut juga anda mungkin akan muntah dan pasti akan ceret beret. Jangan takut ini adalah proses detok sihir yang ada didalam tubuh anda. Pastikan  banyak minum air kosong.


Sedikit tambahan: Banyakkan mengaji al quran dan solat sunat.

Terbaik dilakukan setelah berpuasa sunat sebelum mendetok diri dengan kaedah diatas dan rutinkan dengan istiqamah dengan sunah Rasulullah Sallahula’laihiwasalam seperti solat sunat badiah dan qabliah, witir , dhuha, tahajud dan puasa sunat, zikir pagi dan petang , sedekah dan sebagainya.


Jauhi maksiat dan mohonlah pertolongan kepada Allah agar senantiasa istiqamah dalam melakukan ibadah KepadaNya.


Rutinkan sekurang- kurangnya 2 minggu sekali mendetok diri.


Next kita akan ajari membuang sihir yang di luar badan.


Wallahualam.


Dayangku Norandiy 

Bekam Medi Kuching.

3/11/2021

No comments: