12 April 2022

10 November 2021

Rawatan Penawar Santau, Sihir

#Penawar Santau,Sihir InshaAllah

Bahan-Bahan..

1)Kelapa muda 

2)3Batang Serai 

3)1sudu garam halus letakkan dalam piring

4)8@10biji lada hitam..


Cara-caranya...


Pertama Tebuk kelapa muda di atas seperti kita nak minum air kelapa, kemudian masuk kan 3batang serai di dalam kelapa.Sebelum masukkan serai pastikan ketuk dulu serai itu di bawah,dah ketuk baru masuk dalam kelapa.Kemudia masuk secubit garam halus,jika saya biasa letak 2cubit tapi secubit dah memadai . Kemudian lada hitam dalam 8biji@10biji di tumbuk bagi hancur ,dah hancur masukkan semua di dalam buah kelapa ..Selesai masuk semua bahan kacau kan bahan tersebut dalam kelapa dengan serai ..biar air larut sebati dengan air.


Bakar dalam 20minit api gas kuat sedikit..Cukup 20minit  angkat&boleh minum.Sebelum minum baca:


AL Fatihah 3x

AL ikhlas.  3x

Bismillah Lima 3x dan selawat 3x


Selesai baca minum air tersebut bagi habis..

Sekiranya anda rasa loya lepas minum,nak muntah,muntah,sedawa,pedih perut,senak perut,sebu bergodak dalam perut,ari2 berdenyut, nafas jadi laju, berpeluh-peluh,kepala jadi berat,badan menggigil,rasa tak tentu arah...Jika anda ada tanda-tanda tersebut dapatkan rawatan Islam berhampiran anda.Kerana kemungkinan besar anda terkena gangguan..


Jika perempuan period?

Sebaiknya buat ketika selepas period.Habis period terus buat.Lepas buat selang 5hari buat,sampai la next period...Bila sampai period stop jangan buat lagi.Habis period jangan buat sebulan ,pastikan kerapkan #bersama terutama waktu subur lepas habis period yang kedua ini... Sekiranya ada rezeki InshaAllah di permudahkan Allah untuk hamil..Semua atas izin Allah ok.Kalau period dah lama tak datang buat juga cara begini Munim buat selang 5hari ,bila period datang stop jangan minum lagi ok..Nanti jangan terperanjat jika darah period keluar akan keluar banyak darah kotor berketul-ketul,ada warna hitam pekat pun ada.Jika Cyst, fibroid yang masih bawah 5cm banyak yang mengecut dan keluar,semua atas izin Allah .. InshaAllah ok kita ikhtiar..


Kelapa bakar ini juga boleh menjadi penawar sekiranya diri kita terkena Sihir, santau angin,kembung perut,masalah sesak nafas dan macam-macam lagi khasiatnya...

Cuba la amalkan sangat2 rasa segar..Semua sebagai ikhtiar kesembuhan semua atas izin Allah InshaAllah...

No comments: