Sembelit merupakan masalah yang biasa berlaku samada berpunca daripada kekurangan serat (fiber), dehidrasi, penyakit seperti kanser kolon atau ubat-ubatan. Sembelit ditakrifkan sebagai kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu dan/atau kondisi najis yang keras dan kering.
Walaupun masalah sembelit selalunya tidak berbahaya atau mengancam nyawa, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan akibat kembung perut, pening dan sakit perut.
Sembelit yang tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan berikut :
- Buasir : Meneran semasa membuang air besar menyebabkan salur darah (vein) membengkak
- Luka pada dubur
- Bahagian usus rektum beralih dari posisi asal akibat tekanan yang terlalu tinggi (rectal prolapse)
Minyak Zaitun Sebagai Pelincir Usus
Minyak zaitun merupakan minyak yang selamat digunakan samada diminum mentah atau dicampur ke dalam makanan. Kandungan lemak mono tak tepu membantu melicinkan usus untuk memudahkan pergerakan tinja. Ia juga membantu penyerapan air supaya najis menjadi lebih lembut.Minyak zaitun juga berfungsi sebagai anti-keradangan, memelihara usus daripada bengkak dan memudahkan penghadaman secara tak langsung. Selain itu, minyak zaitun juga merangsang pengeluaran hempedu dan enzim-enzim penghadaman menjadikan proses penghadaman lebih efektif.
Cara Minum Minyak Zaitun
Berikut ialah beberapa kaedah yang boleh digunapakai untuk memanfaatkan kelebihan minyak zaitun.- Minum minyak zaitun tanpa campuran lain
Minum 1 sudu besar minyak zaitun sebelum sarapan setiap hari. Ini ialah rutin vokalis terkenal, Amy Search untuk menjaga kesihatan jantung - Minyak zaitun dan perahan lemon
Jika anda tidak gemar bau dan rasa minyak zaitun, cuba masukkan perahan lemon. Selain memberikan aroma yang lebih enak, lemon juga baik untuk mencuci usus. - Minyak zaitun dan yogurt
Yogurt mengandungi bakteria yang baik untuk penghadaman. Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun ke dalam secawan yogurt dan nikmati setiap pagi sebagai sarapan. - Minyak zaitun dan pisang
Pisang merupakan buah yang kaya dengan serat dan potasium. Potasium merupakan zat yang membantu pergerakan usus dan melawaskan pencernaan. Hiris pisang nipis-nipis, campurkan satu sudu besar minyak zaitun dan makan bersama.
Kesan Sampingan Amalan Minum Minyak Zaitun
Walaupun minyak zaitun selamat untuk diminum dan diamalkan untuk mengatasi sembelit, ia tetapi memberikan kesan sampingan jika diambil secara berlebihan. Anggaran dos selamat bagi minyak zaitun ialah 1 sudu besar setiap hari.Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah berikut :
- Cirit birit
- Perut memulas
- Kenaikan berat badan kerana 1 sudu minyak zaitun mengandungi 119 kalori (~100g nasi)
Elakkan menggunakan minyak zaitun untuk merawat sembelit pada bayi dan kanak-kanak. Disarankan untuk memberi jus epal, puri atau jus prune dan buah-buahan berserat yang lain bagi membantu pergerakan usus dan pencernaan pada bayi dan kanak-kanak.
1 comment:
Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856
Post a Comment