Di sini salah faham yang sering berlaku di kalangan umat islam di Malaysia
PERTAMA: TULIS WASIAT UNTUK AGIH HARTA KEPADA ANAK
Rata rata apabila ditanya kepada ibu bapa sekarang, bagaimana nak agihkan harta kepada anak mereka?
Jawapannya yang diberi ialah wasiat. Sebenarnya bukan. Ini salah faham biasa yang ada di masyarakat Melayu, barangkali kerana terpengaruh dengan drama TV atau melihat 3 Abdul berulang kali.
Untuk pengetahuan
TIADA WASIAT UNTUK WARIS
Ya. Jika anda seorang ibu bapa, ada buat wasiat untuk beri sama rata kepada anak, atau anda tiada anak lelaki. Jadi anda buat wasiat supaya anda dapat bagi sama rata kepada anak, atau beri semua harta kepada anak perempuan anda
Wasiat anda tidak sah dari segi syarak.
Dari segi syarak
Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris berdasarkan hadis ini
Daripada Abi Umamah berkata, “Aku telah mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris” (Hadits Riwayat Abu Daud)
Situasi 1
Ali ada 2 anak lelaki, 2 orang anak perempuan. Ali ingin mengagihkan sama rata kepada anak lelaki dan anak perempuan. Kerana kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi.
Oleh itu, Ali pun membuat wasiat dengan syarikat A dan juga peguam A. Ali menulis semua pesanan dalam wasiat itu bagaimana anak anaknya agihkan hartanya supaya adil
Apabila meninggal, anak semua berkumpul untuk bincang agihan harta pusaka.
2 orang anak perempuannya bersetuju ikut wasiat, 2 orang anak lelaki pula tidak bersetuju dengan wasiat dibuat oleh arwah Ayah, sebab dia rasa rugi. Lelaki dapat 2 bahagian, kenapa perlu ikut wasiat untuk agih sama rata.
Akhirnya, pergagihan mengikut faraid kerana ada 2 waris tidak bersetuju. Di sini adik beradik sudah bermasam muka kerana anak perempuan terasa dengan perlakuan anak lelaki yang nampak sangat mengejar harta ayahnya dan tidak dengar pesanan ayahnya.
Kesudahan, adik beradik bergaduh kerana tidak puas hati dek kerana pusaka arwah ayah. Harta pusaka menjadi puaka
Sekarang
Apa fungsi wasiat ini?
KEDUA: APA FUNGSI WASIAT SEBENARNYA?
Fungsi wasiat ialah 2
1.Melantik Wasi/ Pentadbir/ Pemegang Amanah
Tugas wasi ialah menjalankan proses pusaka arwah dengan amanah.
Tugasnya amat berat dan banyak perlu dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun besar pahala mereka yang menjadi wasi ini kerana membantu arwah mengagihkan harta pusakanya. Peranan Wasi amat penting di Mahkamah Tinggi kerana jika tiada pelantikan wasi oleh arwah. Kes tidak diteruskan selagi tidak jumpa 2 orang penjamin
Situasi 2
Ali tidak melantik wasi. Tiba tiba beliau terkena serangan jantung. Arwah meninggalkan harta dalam nilaian 4 juta.
Oleh itu, waris yang ingin menuntut harta perlu mencari 2 orang yang sama harta 4 juta sebelum membuat proses Probate.
Disebabkan anak anak Ali tidak tahu mencari siapa. Akhirnya harta arwah sudah setahun tidak dapat dicairkan
Akhirnya harta umat islam tidak dimanfaatkan kerana proses yang sukar serta kos yang tinggi di mahkamah Tinggi
2,Wasiat 1/3 untuk amal jariah
Kita masih boleh mendapatkan saham akhirat kita walaupun kita sudah meninggal dunia.
Bagaimana?
Wasiatkan 1/3 dari harta pusaka anda untuk disedekahkan.
Di sini tidak perlu persetujuan waris kerana ini sememangnya hak arwah untuk bersedekah
Waris wajib ikut. Yang boleh tidak diikut oleh waris jika wasiat yang anda buat melebihi 1/3 harta anda.
Haa jangan pening ya
Wasiat wajib ikut – 1/3 amal jariah
Wasiat tidak wajib dikut-wasiat yang lebih 1/3 untuk beri ke waris
Dalil yang membenarkan wasiat 1/3 ini dibuat ialah perbualan ayah Saad Bin Abi Waqqas dengan Rasulullah saw
Daripada Saad bin Abi Waqas r.a, daripada bapanya dia berkata, Aku telah sakit yang teruk ketika di Mekah. Kemudian aku sembuh dari sakit yang boleh membawa mati. Maka Rasulullah saw sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah saw, ‘ Wahai Rasulullah! Aku mempunyai harta yang banyak dan tidak ada yang akan mewarisiku melainkan seorang anak perempuan. Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga (2/3) daripada hartaku?’ Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’. Aku berkata; Bagaimana kalau separuh (1/2)? Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’ Aku berkata, ‘Kalau satu pertiga (1/3)? Jawab Rasulullah saw, ‘Satu pertiga (1/3) itu sudah banyak. Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anakmu kaya dari meninggalkan mereka miskin, meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan akan diberi pahala walaupun sesuap makanan kepada isterimu’. “
Di sinilah yang membenarkan anda boleh membuat wasiat 1/3 untuk amal jariah anda di akhirat nanti
Jadi, jika saya nak agihkan harta kepada anak saya, apa yang perlu saya buat?
KETIGA CARA PERGAGIHAN MELALUI HIBAH
Jika anda jatuh dalam kategori di bawah
- Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan)
- Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
- Pasangan yang mempunyai anak angkat
- Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama
- golongan yang berpoligami
- Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah
- Golongan yang sekian lama membujang
- Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan
- Pasangan yang mempunyai anak OKU
- Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
- Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji
- Ahli perniagaan
Anda perlu merancang dari sekarang.
Kenapa?
Dalam post seterusnya saya akan terangkan satu persatu kenapa golongan di atas ini kritikal
Dengan membuat hibah bersyarat, anda boleh menghibahkan kepada anak anak secara sama rata, hibahkan kepada anak perempuan anda, dan hibahkan harta kepada suami/isteri anda
Kelebihannya hibah ialah ianya telah terkeluar dari pusaka. Maksudnya tidak akan dikira dalam faraid.
Dan waris wajib ikut apa yang diperintahkan hibah oleh Ali
Situasi 3
Ali sangat sayang kepada anak perempuan dan isteri, Beliau juga tahu mereka akan dapat bahagian paling sedikit, selebihnya akan dapat kepada adik beradik lelakinya
Oleh itu, beliau pun hibahkan rumah, duit akaun Tabung Haji, tanah di kampong, kepada isteri dan anaknya
Apabila Ali meninggal, rumah dan juga duit akaun Tabung Haji akan menjadi 100% milik isteri dan anaknya.
Adik beradiknya lelaki Ali tidak boleh menuntut kerana itu bukan harta pusaka, ianya telah terkeluar kerana Ali sudah hibahkan kepada isteri dan anaknya waktu Ali hidup
Sekarang, nampak perbezaan fungsi hibah dan wasiat?
Setiap instrumen ada kepentingan dan kegunaannya. Jika ada kawan kawan yang membuat wasiat, terangkan mereka perkara ini.
Saya jumpa ramai waktu beri slot penerangan di sekolah, dan di rumah
Wasiat bukan untuk waris. Jika buat kepada waris sekalipun, waris ada hak untuk mengikutinya atau tidak .Jika ingin agihkan harta pusaka
Buatlah hibah. Rancang harta pusaka anda sekarang
No comments:
Post a Comment