1. Ayam direbus sehingga separuh masak bersama air kelapa dan rempah-rempahan, dan kemudian dipenyetkan. Selepas itu panggang ayam hingga masak.
2. Tempe dan tauhu direbus terlebih dahulu dengan air kelapa bersama beberapa bahan yang lain termasuk gula merah, ketumbar serta bawang.
3. Sambal ulek yang sungguh enak... kesemua bahan digoreng terlebih dahulu dan kemudian diulek.
4. Sepatutnya ada keropok melinjo - disebabkan Amie pun asyik terkejar-kejar dengan 'masa' habis lintang pukang semua bahan yang hendak dibeli sehingga terlupa untuk membeli keropok melinjo di pasar.
Ayam Penyet
Bahan:
3 keping daging ayam bahagian peha
4 cawan air kelapa
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup
Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam.
4. Tekan / penyetkan daging ayam - Amie gunakan permukaan parang belitung sehingga tulang ayam kedengaran patah.
5. Panggang daging ayam sehingga masak.
Jangan lupa Sambal Ulek sebagai pelengkap Nasi Ayam penyet. Tanpa Sambal Ulek, Nasi Ayam Penyet tak ada ertinya hohohooooo....
Sambal Ulek
Bahan:
1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
3cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah 8
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi kalau tak ada memadailah gunakan lesung batu.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Tauhu & Tempe Bacem
Bahan:
potongan / kepingan tempe secukupnya - 2 batang - dipotong 7 setiap satu batang
potongan / kepingan tauhu secukupnya - 4 keping dibelah 2
air kelapa - agak-agak atas paras tauhu dan tempe
minyak
Bahan kisar:
1 sudu makan ketumbar biji - disangai terlebih dahulu
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
gula merah atau gula batu - sebesar 2 ibu jari
garam / gula / perasa pilihan
Cara: Amie rebus berasingan
1. Bahagikan bahan kisar kepada 2 dan masukkan dalam periuk.
2. Tambahkan air kelapa secukupnya ke dalam periuk.
3. Masukkan tempe dan tauhu ke dalam periuk masing-masing.
4. Masak sehingga kuah mengering.
5. Panaskan minyak dan goreng bahan tadi hingga masak.
Komen : Enaknya Tempe Bacem sungguh tak terkata! Bayangkan setelah direbus dengan pelbagai bahan, digoreng pula!
Ini Tauhu Bacem. Pada mulanya Amie bayangkan tauhu akan melekat dalam kuali akibat direbus, tetapi sangkaan Amie salah sama sekali! Jadi... kawan-kawan, jangan takut mencuba! Bila digoreng, tauhu tidak meletup-letup seperti byang dijangkan sebelumnya!
Sampailah masa untuk menghidangkan Nasi Ayam Penyet. Sediakan nasi putih secukupnya, Ayam Penyet, Sambal Ulek, Tempe Bacem, Tauhu Bacem, ulam daun kemangi, terung goreng & timun serta keropok melinjo!
Kredit: http://salamisimon1.blogspot.my/2013/07/resepi-nasi-ayam-penyet-paling-sedap.html
No comments:
Post a Comment