3 keping daging ayam bahagian peha
3 cawan santan cair
2 helai daun salam - boleh abaikan kalau tak dak!
Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 biji buah keras
1 sudu teh ketumbar biji
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup / serbuk kunyit
Cara Membuat :
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak. Toskan daging ayam. Goreng daging ayam sehingga masak. Kemudian tekan atau penyetkan .
Resepi Sambal Ulek
6 - 7 biji cili padi
5 tangka cili merah
3 cm belacan
5 ulas bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah empat
2 ulas bawang putih - hiris kasar
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula melaka secukupnya
1 sudu besar minyak untuk menggoreng
Cara Membuat :
Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam, air asam dan gula.Tumbuk semua bahan atau ulek gunakan lesung batu sehingga separa lumat. Masukkan gula melaka, tumbuk sehingga hancur. masukkan air perahan asam jawa dan sedikit garam. Gaul sebati.
No comments:
Post a Comment