Lemah tenaga batin sudah menjadi isu yang besar sekarang ini. Semakin ramai lelaki yang mencari cara untuk menguatkan tenaga batin. Ada yang menggunakan cara urutan, makan pil, pergi jumpa bomoh, spa dan macam-macam lagi.
Cara yang PM nak kongsikan ini adalah resepi menguatkan tenaga batin yang boleh dilakukan sendiri dirumah. Kata orang sekarang ni...DIY (ko buat sendiri la). Bahan-bahannya pula mudah didapati dan murah. Cuma segala amalan atau resepi menguatkan tenaga batin hendaklah dilakukan secara berterusan. Buat sekali takkan jadi. Jangan semua nak cepat je...
Ramuan:
1 biji kuning telur ayam kampung
17 biji lada hitam
1 sudu teh minyak sapi tulen
17 biji lada putih
3 ulas halia yang saiznya sebesar ibu jari
Caranya
Tumbuk kesemua lada hitam dan lada putih sampai lumat.
Halia pula diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya.
Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan di atas termasuklah minyak sapi dan kuning telur ke dalam satu bekas.
Kacau hingga semuanya sebati.
Akhir sekali, minumlah ramuan di atas kira-kira 1 jam sebelum berjimak dengan isteri. Jangan lupa tinggalkan ia sedikit untuk disapu pada anu anda. (Ingat sekurang-kurangnya 1 jam sebelum bukannya 5 minit sebelum. Nanti berkipas pulak pasangan anda)
Ramuan ke 2
3 batang kayu manis yang berukuran sekitar 2 inci
1 biji kuning telur ayam kampung
Caranya:
Tumbuk lumat kesemua kayu manis tadi sehingga ia berubah bentuk menjadi serbuk.
Kemudian, campurkannya dengan kuning telur ayam kampung tadi dalam gelas.
Kacaukan ia hingga sebati dan minum.
Amalkan meminum ramuan ini dua kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan petang. Sebagai tambahan, anda boleh meminumnya kira-kira 1 jam sebelum bersama isteri. InsyaAllah anda akan merasakan perubahannya dengan mampu bertahan lebih lama.
No comments:
Post a Comment