12 April 2022

03 October 2013

Mengapa Syiah tak makan ikan keli?






Mengapakah Syiah tidak makan ikan keli? Sebenarnya Syiah Imam Duabelas tidak makan atau haram memakan sotong, belut, sembilang, tenggiri, yu dan semua ikan tidak bersisik.

Berikut ini adalahpenjelasan dari petikan dari kitab Syiah, Amali As Saduq[1].
Pada bab : Sembahyang di atas rambut dan bulu Tidak mengapa melakukan sembahyang di atas rambut dan bulu binatang yang dimakan# dagingnya. Adapun binatang yang tidak dimakan dagingnya, maka tidak boleh dilakukan sembahyang di atas rambut dan bulunya melainkan secara rakhsah seperti melakukan sembahyang di atas baja daripada tahi binatang, acid dioksida dan lainlain. Adalah lebih baik dia tidak melakukan sembahyang di atasnya. Tetapi sesiapa yang melakukan sembahyang di atasnya, maka sembahyangnya harus (jazat). Adapun melakukan sembahyang di atas bulu serigala, maka tidak diberi rakhsah padanya melainkan pada keadaan taqiyyah dan darurat.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa ikan yang bersisik mewalikan Imam Ali a.s sementara ikan yang tidak bersisik tidak mewalikan Imam Ali. a.s. Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, Mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya? Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha).

Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi. Keli Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka. Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya. Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam (tanpa sisik). Sembilang Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana” Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukmin Ali a.s. Buku Amali Al-Saduq atau sebutan ringkasnya Al-Amali, adalah karya Syeikh al-Jalil al-Aqdam Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain Babuaih al-Qummi yang dikenali dengan Syeikh al-Saduq. Di samping Syeikh al-Saduq, muridnya Syeikh al-Mufid telah menulis nama buku yang sama. Kemudian ia diikuti oleh Syeikh al-Tusi, Ibn Syeikh, al-Murtada dan lain-lain. Buku ini dikenali juga dengan nama Al-Majalis. Ia mengandungi 97 majlis kesemuanya. Dicetak oleh Mua’ssasa al-A‘lami li-al-Mat‘bu‘at di Beirut (cetakan ke 5), 1980 setebal 544 halaman dengan kata-kata aluan oleh Syeikh Husain al-‘lami. Justeru majlis ke 93 daripada buku ini diterjemahkan daripada halaman 509 hingga 520. Majlis ini berlaku pada hari Jumaat 12 hb Sya‘ban tahun 368 Hijrah. credit to Amir putra Umar

No comments: