12 April 2022

18 October 2011

MARi MENGiRA FARAiD





Q.Bagaimana mengira bahagian FARAiD setiap waris Qadim di atas?


1.Untuk mengira faraid, kita mesti tahu siapakah waris-waris qadim yang berhak mewarisi harta si mati.
2.Selepas itu kita mesti tahu berapakah pecahan bagi setiap waris-waris Qadim tersebut.
3.Jom mengira!

Bagi kes diatas, Suami meninggal dunia dan waris-waris Qadimnya terdiri daripada;

Seorang Ayah
Seorang Ibu
Seorang Isteri
Seorang Anak Lelaki dan
Seorang Anak Perempuan.


Manakala pecahan bagi setiap waris tersebut mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Isteri - 1/8
Anak Lelaki & Anak Perempuan - Nisbah 2:1


Maka;
1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24
bakinya 24/24 - 11/24 = 13/24
baki ini dihabiskan(diterima) oleh Anak Lelaki & Anak Perempuan dengan nisbah 2:1


Dalam kes ini, hanya ada 1 org anak lelaki & 1 org anak perempuan.
Maka, 1X2 = 2, 1X1=1
Seterusnya 2+1= 3


Nilai 3 ini akan dibahagikan dengan nilai baki harta tersebut iaitu;
13 bahagi dengan 3 = 4.33333
kerana tdk dpt jawapan dlm bentuk nombor bulat & untuk mudahkan pengiraan,kita hendaklah besarkan nombor pembawahnya...bagaimana?..mudah sajaaa..
24X3= 72


Maka, bahagian ayah 4/24 menjadi 12/72 (darab 3), ibu = 12/72 & isteri 9/72.
Baki terbaru menjadi 72/72 - (12/72 + 12/72 + 9/72) = 39/72


Nilai baki ini akan diterima oleh anak lelaki & anak perempuan.
39 dibahagikan dengan 3 = 13
Seperti yang kita ketahui bahagian lelaki adalah 2:1, maka 13 darab 2 = 26


Inilah hasilnya;
Ayah - 12/72 bah.
Ibu - 12/72 bah.
Isteri - 9/72 bah.
A.Lelaki - 26/72 bah.
A.Perempuan - 13/72 bah.


Mudahkan!


2 b continue...


next Question?



Q2. Suami meninggal dunia dan warisnya adalah ayah,ibu,seorang isteri dan seorang anak perempuan.


Formula FARAiD;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Isteri - 1/8
Anak Perempuan - 1/2


Mari Mengira;
1/6 + 1/6 + 1/8 + 1/2
= 4/24 + 4/24 + 3/24 + 12/24
=23/24


Baki yang tinggal adalah 1/24.
Baki sebanyak 1/24 akan diterima oleh ayah simati.


Oleh itu, pembahagian FARAiD adalah seperti berikut;
Ayah - 5/24 bah.
Ibu - 4/24 bah.
Isteri - 3/24 bah.
Anak Perempuan - 12/24 bah.


Bagaimana pula untuk kes dibawah ini?





Q.Suami meninggal dunia dan warisnya terdiri daripada ayah,ibu, seorang isteri & 2 orang anak perempuan?


Formula FARAiD;
Ayah - 1/6
Ibu - 1/6
Isteri - 1/8
Anak Perempuan - 2/3 (2/3 digunakan apabila hanya mempunyai anak perempuan sahaja & melebihi 1 org)


Let's count!...
1/6 + 1/6 + 1/8 + 2/3
= 4/24 + 4/24 + 3/24 + 16/24
= 27/24


alamak!..macamana nilai diatas lebih besar daripada yang dibawah?
jangan panik...ini dinamakan AUL.
apabila pengiraan menjadi begini, tukarkan nilai pembawah tadi (iaitu 24 kepada 27)

Maka pembahagian FARAiD untuk kes diatas adalah;
Ayah - 4/27 bah.
Ibu - 4/27 bah.
Isteri - 3/27 bah.
Anak perempuan - 16/27bah. (bermakna setiap anak perempuan memperolehi 8/27 bahagian)


P/S; Aul bermakna penerima harta akan menerima bahagian harta sedikit daripada nilai asal.
Kan diawalnya si ayah menerima 4/24 tapi sekarang sudah menjadi 4/27...makin mengecil bahagiannya.


Antara Tips untuk tahu samada kiraan itu betul, apabila kita mencampurkan kembali semua nilai pembahagian tadi, kita akan memperolehi nilai 1.
Seperti contoh diatas; 4/27 + 4/27 + 3/27 + 16/27 = 27/27 = 1

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


FARAID : Cara Pengiraan MUDAH Yang Anda Wajib Tahu

Senario -  sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan 3 perempuan dan juga seorang ibu dan bapa si suami.

Telah ditakdirkan si suami tadi telahpun meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si arwah.

Dengan mengandaikan bahawa perkara-perkara seperti kos pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat tak lebih 1/3 arwah telah diselesaikan terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada ahli waris tadi mengikut kaedah faraid.

Setelah merujuk kepada surah an-nisa ayat 11-12, maka kadar pembahagian harta pusaka bagi waris-waris arwah mengikut faraid adalah seperti berikut:-

1. Bahagian si ayah adalah sebanyak 1/6
2. Bahagian si ibu adalah sebanyak 1/6
3. Bahagian si isteri adalah sebanayk 1/8
4. Anak-anak mendapat lebihan daripada baki harta di mana anak lelaki akan menerima dua bahagian dan anak perempuan akan menerima satu bahagian.

Berdasarkan ketetapan dalam surah an-Nisa’ di atas, setiap seorang ahli waris akan menerima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza. Dan jumlah bahagian masing-masing adalah seperti berikut:-

1. Si ayah mewarisi sebanyak RM500,000
2. Si ibu mewarisi sebanyak RM500,000
3. Si isteri mewarisi sebanyak RM375,000
4. Anak lelaki mewarisi sebanyak RM464,285 setiap seorang
5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang

Itulah jumlah harta pusaka arwah yang diterima oleh waris-warisnya mengikut agihan secara faraid berdasarkan kepada kadar di atas.

Bagaimana kita mendapatkan nilaian bahagian ahli waris ni?

Jom kita tunjukan cara pengiraannya.

.
KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri arwah.

Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ini maka gunakan kaedah pecahan.

Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu arwah adalah 1/6 dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8.

Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tersebut.

Maka kaedahnya adalah seperti berikut:-



Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si arwah adalah 24 bahagian kesemuanya. 4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi hanya 11 bahagian telahpun diagihkan. Manakala 13 bahagian lagi adalah untuk anak-anak si arwah.

Langkah seterusnya untuk mengetahui berapakah nilai RM yang diperolehi oleh setiap daripada mereka (ayah, ibu dan Isteri si arwah) maka kita perlu bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian untuk kita ketahui berapakah jumlah bagi setiap bahagian

Maka satu bahagian adalah bernilai RM125,000


KAEDAH 2: Tentukan nilai yang diterima oleh anak-anak

Seperti mana yang kita dah bagitau awal-awal tadi bahawa anak-anak si arwah akan menerima lebihan harta setelah datuk, nenek dan ibunya mendapat bahagian masing-masing.

Memandangkan arwah mempunyai 2 orang anak lelaki maka pembahagian harta pusakanya akan terhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah penghalang (stopper) bagi waris-waris yang lain daripada menerima harta pusaka arwah .

Jadi setiap daripada anak lelaki arwah akan menerima dua bahagian manakala setiap anak-anak perempuannya akan menerima satu bahagian.

Maka cara pengiraan adalah seperti berikut:-



Tadi anda dah tahu bahawa nilai bagi lebihan harta pusaka arwah yang masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 – RM1,375,000).

Oleh itu, untuk mengetahui berapakah nilai bagi tiap-tiap satu bahagian daripada nilai baki aset maka RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7 bahagian dan anda akan dapati bahawa setiap bahagian bernilai RM232,142.86.

Dengan ini anda ketahui bahawa anak lelaki akan mewarisi baki harta pusaka arwah sebanyak RM464,285 (RM232,142 x 2 bahagian) setiap seorang dan anak-anak perempuanya pula mewarisi RM232,142.86 tiap-tiap seorang.

Jadi, itu saja caranya. Mudah kan!

Begitulah cara paling mudah pengiraan faraid secara manual dilakukan. Namun perlu diingat, apa yang kita kongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.

Bagi kes si mati yang tidak ada anak lelaki, atau selain daripada situasi di atas maka kadar pembahagiannya berubah tetapi masih tertakluk pada kadar yang dinyatakan dalam ayat 11 dan 12 dalam surah an-Nisaa’ tadi.

Satu perkara yang kita nak tekankan di sini ialah faraid adalah cara agihan harta pusaka pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.

Tanpa pentadbir harta pusaka maka tiadalah pengagihan harta pusaka dapat dibuat kepada waris. Melantik pentadbir setalah berlakunya kematian pemilik harta pusaka berkemungkinan mudah ataupun sebaliknya. Untuk mengelakan sebarang permasalahan, cadangan perlantikan pentadbir harta pusaka sewaktu anda masih hidup adalah jalan penyelesaiannya dan ianya hanya boleh dilakukan menerusi penulisan surat wasiat sahaja.

Semoga perkongsian kali ini akan memberikan sedikit pencerahan kepada anda tentang ilmu faraid yang amat berguna dalam membuat perancangan agihan harta pusaka.




No comments: