12 April 2022

20 October 2011

Solat Sunat Dhuha



Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha."   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)


Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: "Rasulullah s.a.w. berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur."
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: "Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang."   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

WAKTU SOLAT DHUHA
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Masuknya waktu Dhuha ialah anggaran matahari tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter).
Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Waktunya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Cara mengerjakan solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

1.  Niatnya:
أُصَلِّىْ سُنَّةَ الضُّحَا رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَىَ.
Daku mengerjakan solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha.
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
وَهَبْ لِى يَاوَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَةً وَارْزُقْنِىْ يَارَزَّاقُ كُنْ لِىْ مُسَهَّلاً.
Berilah daku wahai yang Maha Memberi ilmu dan hikmah dan kurnia-kanlah daku wahai yang Maha Pengurnia, jadi mudahkanlah daku.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ، عَدَدَ خَلْقِ اللهِ وَبِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ.                   
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya kekuasaan Allah.
5.  Berdoa

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana     seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT., murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: "Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan."
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan 'Dhuha'. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: "Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah."   (HR At-Tabrani)

https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Surat pendek yang dibaca
Surat pendek yang dibaca setelah membaca surat Al Fatihah adalah surat Asy Syamsi pada rakaat pertama dan surat Ad Dhuha pada rakaat ke dua (pendapat Imam Jalal Suyuthi dalam Hawsyil Khothiib). Pendapat lain yang juga sama kuatnya adalah membaca surat Al Kafirun pada rakaat pertama dan surat al Ikhlash pada rakaat ke dua (pendapat Ibnu Hajar dan Imam Ramli). Para ulama sepakat menganjurkan untuk mengumpulkan dua pendapat tersebut dengan membaca surat Asy Syamsi pada rakaat pertama dan Al Kafirun pada rakaat kedua, pada 2 rakaat pertama. Selanjutnya pa da 2 rakaat selanjutnya, membaca ad Dhuha pada rakaat pertama dan al Ikhlash pada rakaat ke dua. Untuk rakaat-rakat selanjutnya, membaca surat al Kafirun pada rakaat pertama dan al Ikhlash pada rakaat ke dua.



Doa setelah sholat dhuha



اَللّهُمَّ اِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اَللّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَاءِ فَاَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ اَتِنِى مَااَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”


No comments: