12 April 2022

05 August 2013

AIR KATHIRA

BAHAN-BAHANNYA:

Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.

Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira@getah anggur - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)

1 cawan sirap

6 cawan air

1 sudu teh air mawar

CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

NOTA:


Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

Rupa paras sebelum di rendam. Macam mana dia dapat nama 'kembang semangkuk' ek? korang cari sendiri


Selepas direndam



Air katira yang dah siap, tinggal untuk dingap saja. Ini wajah asli kaler putih soya



Tapi ada peniaga yang dah improvais kan dia ke warna ijo.

Ini air katira versi yang asal lagi asli. Kalu ada taruk kacang tanah tu dah tak asli u ols. Cetak rompak atau jenama tiruan barangkali. Dah jadik macam laicikang pulak.

-----------------------------
Versi lain - letak kurma + kismis + hirisan badam + kembang semangkuk + selasih + susu cair + ice cream soda

----------------------------

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

  • 2 ltr air
  • 240 g gula pasir
  • 15 biji badam tanpa kulit
  • 1 tin susu cair
  • 100 g katirah (contoh gambar sila lihat di glossary )
  • beberapa titik pewarna hijau atau merah - jika suka
  • BAHAN ISIAN TAMBAHAN JIKA SUKA :-
  • segenggam kembang semangkuk - direndam berasingan
  • 1 sb biji selasih - direndam berasingan
  • buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
  • agar2 siap makan - disagat
  • secukup ketulan ais

Cara-cara

  1. Katirah_d_rendam
    Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
  2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
  3. Air_katirah_d_campur
    Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
  4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.
  5. Katirah_kembng
    Ini contoh katirah yang telah direndam semalaman.Lebihan katirah yang telah kembang boleh disimpan di dalam freezer dan dibekukan dan tahan berbulan2.
  6. Kembang_semangkuk
    Contoh gambar kembang semangkuk yang belum direndam :-




----------------------------------------------------------------------------------------

Bahan- bahan:- 
20ml susu penuh krim
1 ½ sudu kecil susu pekat
20ml ais krim soda
1 sudu kecil buah kembang semangkuk (rendam hingga kembang)
½ sudu kecil biji selasih (rendam hingga kembang)
½ sudu kecil esen vanilla
½ biji isi kurma
½ cawan Getah Katira @getah anggur (direbus)
Sedikit pewarna hijau

Katira GUM/ Biji Katira

Cara-cara membuatnya :- 
1.      Masukkan susu penuh krim, susu pekat,ais krim soda ke dalam bekas air.
2.      Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau dan kacau rata.
3.      Masukkan buah kembang semangkuk & biji selasih yg telah direndam.diikuti isi buah kurma & air Getah Katira yg telah direbus
4.      Kacau hingga rata, masukkan ais dan sedia utk diminum.
  
Rupa biji Katira

Istimewanya air ni kerana ianya mengandungi Getah Katira (rasanya seakan buah anggur & masam).Getah Katira ni blh dibeli di mana2 kedai runcit india.



No comments: